Thursday, November 27, 2008

selamat ulangtahun ke-2 anakku alesya umairah..

5 comments
26 nov 2008..genap alesya 2 tahun, syukur Alhamdulillah.. sekejap aje anak mama dah cukup 2 tahun.. memang dia nampak lebih matang dan berdikari.. terutamanya sejak aku pregnant nie.. dia lebih bermanja dengan papanya.. sejak syawal hrtu lg dia dah pandai ikut kakak dan papa berjemaah di surau.. byk masanya dihabiskan dengan bermain, menulis, melukis dgn kakak.. perasan gak dua2 orang kanak2 nie tak berapa layan kartun.. apatah lagi cite lain.. pelik kan selalunya budak2 suke tgk kartun kan.. syukur Alhamdulillah dia bukannya jenis yang kuat merengek.. kalau makan pun mmg tanak dibantu..nak makan sendiri..semua apa yang kakak buat semua ditirunya..

mama doakan adik sentiasa dilindunyi Nya, berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang solehah.. wahai umairah..semoga adik membesar dengan bijaksana sebijak namamu.. amiin..

Tuesday, November 25, 2008

tips makan ubat

2 comments
kalau baca tajuk kat atas tu mesti ingatkan psl cara nak bagi anak2 senang makan ubat kan.. sebenarnya silap tu.. anak2 ku mmg jenis yang mudah makan ubat.. suap pakai sudu je.. masalahnya si mama nya yang susah nak makan ubat..

memang ngaku la aku nie jenis yang liat sangat nak makan ubat.. nie pregnant kali ke-3 nie pun sama la..mmg tak berubah2 drp pregnant kan si dini..alesya.. dgn yang nie.. banyak betul nak kena telan pil ni.. belum lg dicampo dgn supplement DHA yang minyak ikan utk baby tu.. taktau la mcm mana nak buat..kalau paksa sangat takut terkeluar balik pulak.. mmg terus terang cakap ubat2 yang Dr bagi tak pernah yang habis..

kalau org tengok aku mkn ubat mesti tergelak punya..siap sediakan makanan tambahan kat sblh tu.. kek ke buah ke.. air tu toksah ckp la.. bila makan je rasa mcm melekat kat tgh2 tekak... adui...

tapi so far liat2 makan ubat pun.. baby2 ku sihat.. cuma yang tak sihat nya diri sendiri la.. sbb nutrien semua dah pegi ke baby.. mcm mana la nak motivate kan diri mkn ubat dgn efficientnya nie ek..

Monday, November 17, 2008

Alfatihah untuk bekas bos ku

3 comments
Disebabkan hari Jumaat aku mc, pagi tadi baru baca email drp Ustaz Zakuan psl kematian Arwah .. Al-Fatihah untuk Arwah dan semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di sana.. Sesungguhnya Arwah memang seorang manager yang baik.. penuh dengan sifat-sifat kebapaan yang mendalam.. aku mmg hormat sangat dengan dia..time tu mmg fresh lagi..lepas graduate terus ditempatkan di bawah unit Arwah.. banyak contoh dan teladan yang aku pelajari drp Arwah.. walaupun hanya sempat bersama di bawah 1 unit selama 6 bulan sebagai eksekutif sementara.. lepas tu aku ditukarkan ke tempat sekarang untuk confirm jawatan...

Semoga keluarganya tabah dan redha menghadapi ujian ini. Al-Fatihah untuk Arwah Hj Mohamad Rais b Raminus..Amin..

kegilaan saya

0 comments
pagi tadi dengar Hot Fm citer psl kegilaan.. terpikir pulak apa kegilaan aku ek.. ermmmm kalau kegilaan untuk seminggu ni, aku tgh gila menghabiskan stok2 novel yang beli masa kat pwtc haritu.. rasanya 80% dah habis kot.. yang tak habis lagi tu sama ada tak ade dlm tangan ataupun jalan cita nya boring.. pastu semalam start marathon baca semula cita Harry Potter..start dari awal sampai la finale.. rasanya nie kali ke-3 dah kot aku ulang.. hehehe.. almaklumla kalau dah cuti/mc tak ke mana2 boring la kan..baik la ngadap buku..

tadi masa drive ke opis terbayang pulak kegilaan masa kat sekolah dulu.. masa aku sekolah dulu, kegilaan yang plg obvious dan mmg diperakui oleh family aku sendiri pun..aku ni gila study.. bukannya berlagak atau pun saja nak buka cita.. tapi mmg nie la kegilaan aku.. aku paling suka beli buku latihan/rujukan..kalau dah beli mmg tak sabar nak start..kadang tu tak sempat sampai umah.. ingat lg masa tu.. Sasbadi, preston, pelangi.. kalau ada pesta buku mesti nak beli at least 1 buku.. tiap2 hari kat umah balik sekolah lepas buat homework aku layan la buku2 nie.. especially kalau ada buku baru..

kalau musim2 exam tu aku siapkan jadual utk study.. tapi aku nie jenis yang tak biasa dok hostel.. study kat umah ok la.. study kat library tak ok.. sbb tu sampai ke SPM pun mmg aku tak biasa study di library/group discussion.. maybe dah biasa study di umah sunyi2.. dan mungkin sbb aku nie jenis yang cepat gabra..so aku kena buat preparation yang secukupnya sbl exam.. kiranya kalau pekse besar2 tu.. minggu nak pekse tu aku dah tak bukak buku2 tebal..cuma buat latihan dan refer notes2 yang kaler2 tu.. kalau tak nnt aku rasa gabra sbb rasa mcm tak ready nak exam.. kiranya lg 1 hr nak exam tu aku cuma habiskan masa dgn buat latihan/hafal2 je.. jangan tak tau aku sgt suke reading subject yang ada hafal2 nie..

tapi walaupun aku ni kire kategori yang ngadap buku je..aku pun jenis yang layan hiburan gak..agaknya terikut2 style kakak yang dah di sekolah menengah.. tingat lagi masa form 1 aku minat habis ngan kumpuan Exist.. siap jd members Fan club.. asal jumpe je article/gambar derang walaupun kat pembungkus nasik lemak aku lekatkan kat buku khas.. tapi mak ngan ayah tak larang sbb tak menganggu pun.. dan seingat aku..mak/ayah tak pernah bukak mulut suruh aku bukak buku.. sbb mmg aku suka belajar..hehhe.. kalau kat univ aku rajin belajar mcm tu agaknya dah score dah kan..hehehe.. culture shock jauh dr family.. dan tak pernah dok hostel...huhuhu...

kalau dah habis exam atau masa free, untuk release tension baru la ke library pinjam buku citer..tu pun kegilaan gak tu.. pinjam novel 2 buah, 2 hari dah pulangkan tukar yang lain pulak.. tu belum dikira berjenis2 libray aku pergi..library sekolah, state library, perpustakaan bergerak (yang atas bas tu).. rasanya start dari Darjah 2 aku mula mengenal Siri Salma, Anak-anak Hadi, Siri 5 Sekawan, Sekolah Seri Melur..semuanya pinjam di library.. ingat lagi cita-cita time tu nak sambung belajar kat Sekolah Seri Melur..hahaha

bestkan bile ingat zaman sekolah dulu..aku enjoy dengan lifestyle aku... pegi tuition..pegi library pinjam buku pastu balik rumah.. waktu tu takde cyber cafe..takde Playstation.. takde handphone nak ber-sms..

budak2 zaman sekarang lagi banyak godaannya kan.. nak kena jatidiri kuat.. yang paling penting azam diri sendiri...bukannya paksaan sesape..

nie cuti sekolah dah start..ingat weekend nie nak gi cari buku2 rujukan nak hadiahkan kat anak2 sedara.. hopefully derang suka..kalau aku..mesti aku suka gila..cuti sekolah leh buat latihan banyak2.. yahooo

Monday, November 10, 2008

gambar raya..

2 comments

Monday, November 3, 2008

update terbaru

4 comments
lamanya tak update blog.. sejak raya pun baru 5 hari dtg keje..sempat dtg 2 hari lps cuti raya lps pastu MC..mc..mc... UL... terus ke SJMC dan Dr bagi mc 10 hari..

gambar2 raya pun tak sempat nak transfer drp camera.. birthday dini pun tak sempat nak update di blog.. nak buat open house atau celebrate birthday dini apatah lagi.. mmg masa di rumah dihabiskan dengan berbaring saja.. sambil habiskan koleksi dvd korea..

semoga aku sihat spt sedia kala lepas nie... segala2nya tak ada mood nak buat..

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran

1 comments

kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. kepada yang akan pulang ke kampung semoga berhati-hati di jalan raya, selamat sampai dan selamat kembali.. kepada yang sedang bergembira jangan dilupakan kepada yang bersedih .. kepada yang sihat sejahtera jangan dilupa kepada yang terlantar sakit.. yang penting kita doakan yang terbaik untuk semua..
mohon maaf jika ada salah dan silap..almaklumla kita semua insan biasa..


jumpa lagi lepas raya nanti.. maaf gambar raya tahun lepas tak sempat nak edit di photoshop.. tunggu gambar raya nanti la..


see ya...

Wednesday, September 17, 2008

projek kuih raya..

1 comments
Berenti sekejap dr buat report..letih mata ku ngadap excel je.. nie nak citer psl kuih raya lak.. hrtu buat tapi tak sempat nak amik gambar.. saja ja amik gambar nie untuk reference dan kenangan diri sendiri.. cookies nya simple2 saja.. yg senang2 ja. almaklumla saya buat sorang2.. daripada membukak cup..membakar..menyimpan.. itu belum dikira time alesya boring siap tido atas riba sambil buat kuih.. (kakak dgn papa gi semayang terawikh)
cuma tinggal 1 jenis ja tak siap lg..dah log cuti untuk buat kuih raya..sepatutnya hari nie.. tapi disebabkan smlm baru urgent leave (spttnya mc).. dipostponed kan cuti tu ke esok atau lusa.. nak buat cornflakes crunchies...


so ini lah gambarnya..tadaaa
1. honey cornflakes
2. chocolate crunch
3. chocolate chips cookies

Thursday, September 11, 2008

semangat berkobar-kobar nak buat kuih raya nie..

5 comments
amboi bulan2 pose nie..post pun asyik pasal makan je kan.. seperti biase..bila dah masuk bulan pose nie Alhamdulillah keje berkurang..biasenya akan ada routine work saja.. jadi banyak la masa terluang..dalam masa2 terluang tu sempat la aku bukak2 balik buku resepi dan plan nak buat biskut apa raya nanti..

last week dah ke BW. Yen untuk beli barang2 nak buat kek dgn cookies.. ramai betul makcik2 nak beli brg buat kek.. anak2 dgn hubby tunggu kat kete je..senang aku nak memilih..

plannya nak buat biskut choc chips rangup mcm tawun lepas, pastu nak buat honey cornflakes, chocolate crunch, cornflakes crunchies & muffin.. yg lain tu dah order samperit & tart nenas... wahhh semangatnye.. almaklumla umah baru kot.. haa kalau kawan2 tak dtg umah raya nie siap.. :P

nie tengah bersiap sedia nak ke BW. Yen KL plak.. nak temankan member la konon2nya.. biasa la..kalau dah minat tu..pegi 100 kali pun tak kisah.. dah siap list nak beli apa nie.. hai temankan member konon..

sorry entry kali nie tadak gambaq.. tak sempat nak captured.. see ya..

Wednesday, September 10, 2008

ct bagi award.. tq tq

0 comments
wahhh sonoknye hari nie sbb saye dpt award lagi.. thanks yer siti sbb suke singgah blog kiter.. so ini la award yg saye dpt..

1. I love your blog














siapa saya nak bagi award nie ek.. saya rasa saya nak bagi kat semua yang singgah di sini la..

2. Tetap bersinar selama Ramadhan
















Bagaimana caranya?
1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda
2. Lanjutkan tags ini minimal ke 5 blogger muslim yang anda kenal. Jangan lupa tinggalkan komentar pada blog mereka
3. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags

Catatan:Yang mendapatkan tags ini hanya untuk blogger muslim.So, tags ni dilanjutkan kepada...

jadi untuk semua blogger2 yang singgah di sini dan sentiasa bersinar mengupdate blog di Bulan Ramadhan ini..saya anugerahkan award ini yer..

Tuesday, September 9, 2008

kisah roti jala lagi..

7 comments
hehehe tak habis2 lagi pasal roti jala..almaklum la feberet..

nie citer nye bile si puteri sulung dini ke surau utk berterawikh.. mmg tiap2 malam dia akan ikut papa dia ke surau dkt taman kami.. dan mmg kebiasaannya surau akan sediakan beberapa juadah/minuman untuk morey.. tapi ada satu malam nie.. kebetulan ada roti jala.. beriya-iya dia nak bwk balik ke rumah sbb dia kata 'mama suka ni'.. pastu kebetulan time dia balik aku dah terlelap.. dia balik je dari jauh dah panggil2 aku..pastu cakap..'dini bwk balik kuih mama suka nie..bangun la mama..jom la kita makan..' pastu agaknya dia tgk aku ngantuk sgt..terus dia kata.. takpe nnt dini amik bwk naik atas ye.. tak sempat nak ckp apa..berdesup dia turun amik kuih jala tu.. (waktu tu tak terbayang lagi kuih apa la yg mama suka)... wahh terharunya...

rupanya dini pun suka makan kuih jala tu.. so dengan semangatnya aku buat lagi kuih jala.. kali nie kuih jala berlauk pulak.. yummiii :)


atas permintaan farra...nie resepinya.. sumber resepi : http://www.myresepi.com/

Roti Jala : (lebih kurang 12 keping)

Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2sb tepung kastard
  • 2sb susu cair
  • 2 cawan air
  • garam
  • sedikit pewarna kuning telur

Cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. tapis dalam mangkuk.
  2. Panaskan kuali non-stick dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti
    jala.
  3. Bila sudah masak, boleh lipat atau gulung.
  4. Boleh dihidang dengan gulai ayam atau kuah durian atau gula

Inti roti jala:

  • 1 tin sardin/tuna
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • mayonnis

Cara:

  1. Tumiskan bawang besar dab bawang putih yang dipotong, masukkan sardin/tuna,
    biarkan sampai hampir kering (jgn ambil kuah)
  2. angkat dan gaulkan dengan mayonis
  3. ambil 2 keping roti jala dan letakkan sedikit ini diatasnya dan
    digulung.


Friday, September 5, 2008

berbuka day-4

2 comments


Hari nie dengan semangatnya aku plan nak sediakan roti jala dengan kari ayam.. agaknya sbb boleh dikatakan seminggu sekali roti jala nie jd sarapan kami di opis.. beli di kantin..nie bila dah berpuasa teringat-ingat pulak.. dah alang2 acuan pun ada..bahan2 pun cukup..boleh aja nak buat.. tapi jarang2 sekali buat.. cara nak melipat pun tak pro.. konon-konon nak tiru roti jala kak timah la nie (tuan punya kantin kami)..takpe la nnt boleh improve lagi..yang pasti kuih jala ku licin :) ...




Tuesday, September 2, 2008

31 Ogos 2008 dan Salam Ramadhan..

5 comments
salam.. terlebih dahulu nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kpd semua yang singgah di blog ini.. semoga amalan kita diberkati-Nya..insyaAllah...

apa cita pada 31 ogos?

spt berminggu2 yang lalu..kami masih sibuk memindahkan barang2 yg masih tertinggal di rumah lama.. dan semestinya perlu clearkan umah baru sbl ramadhan..takut tak terlarat nanti..Alhamdulillah kami dah start memasak di dapur yang baru..sbb dah pindahkan gas/alat2 masak/peti ais.. sungguh excited :)

kalau perasan, ada 1 pintu lagi tak habis psg sbb kaler tak matching.. ==>>

apa menu pertama? nasi goreng cina untuk sarapan..dan nasik minyak + sambal serai daging + sambal bilis..

dan 31 ogos juga merupakan hari terakhir kami di rumah lama.. walaupun hari2 lalu.. sedih tu ada la jugak.. 3 thn lebih kat situ.. kalau ikut kan situ lg dkt dgn surau..jiran2 pun semuanya ok.. tapi apa nak buat.. tuan rumah tanak jual kan.. takpa la yang penting kami masih di taman dan fasa yang sama..

satu lg yg aku discover pd 31 ogos.. baru perasan anak2 takut dgn bunga api merdeka.. (yg real bkn dlm tv)..kebetulan boleh nampak dr rumah.. org punya excited nak tgk..tiba2 perasan dua beradik tu nyorok kat belakang...hehe kelakar pun ada...
si dua beradik yang takutkan bunga api..==>>
so apa juadah berbuka hari pertama? ikan masak lemak, ikan goreng dan puding permata.. cuma resepi utk kastard dah diolah sbb farra kata lembik kan.. Alhamdulillah menjadi.. husband dan anak2 suka..

puding permata==>> (permata coklatnya dah kurang sbb dah kena ngap dgn si tukang rasa..read : dini)
==>>budak kecik yg tido menonggeng akibat tido kol 1 pg..hehe kelakar tul..

Monday, August 25, 2008

kisah pindah rumah & hujung minggu

0 comments
target nak pindah rumah by cuti sekolah kan.. Alhamdulillah semuanya dah dipindahkan ke rumah baru tanpa menggunakan lori..kami angkut dgn bergotong royong mengusung dan naik kete je.. Alhamdulillah dah jimat kos lori.. cuma sekarang nie yg tinggal tong gas, peti ais & pinggan mangkuk harian.. target nak pindah 100% by weekend nnt sbb kena kosongkan stok makanan dlm fridge dulu..

kami berpindah a.k.a start bermalam di rumah baru pada Ahad, 17 august 2008..menggambil berkat malam nisfu shaaban..esoknya mak dgn ayah sampai dr perlis.. so amik cuti isnin sampai rabu sbb nak layan mak ayah..mak ayah dtg kl pun setahun sekali je.. jd curi2 masa bwk mak ayah gi jln2 shopping sempena raya.. takpe la..unpack barang tu boleh dibuat kemudian.. slow and steady..hehe

hari sabtu ke Tmn Ehsan, first time nak gi Hytex Warehouse sale..targetnya nak beli baju basahan anak2 untuk ke rumah baby sitter.. kol 9.30 dah terpacak dpn pagar..tersalah waktu..ingatkan bukak kol 9.00 rupanya kol 10.00.. tapi mmg dah ramai bersedia nak serbuuuu.. bila pintu pagar terbukak je.. aku dah tercengang2..aik..baju2 dah habis derang angkut? (almaklum la first time..culture shock skit).. rupa2 nya derang nie mengangkut baju2 yg ada masuk dlm bakul/plastik dibawa dr umah.. pastu dok kat tepi2 baru nak pilih.. apa punya perangai la kan.. mmg geram habis.. last2 aku yg kecik nie cuma sempat amik yg lebihan je.. pastu part yg paling tension tu.. dia asingkan bahagian toddler dgn baby.. kirenye aku kena beratur bayar 2 kali.. nak tau tak beratur bayar makan masa 2 jam.. aduhhh sakit tumit kaki.. hubby dgn anak2 dah balik ke kete tunggu dlm kete je..

so moral of the story..lepas nie kalau nak pegi.. tayah la pegi awal2..sama je..pastu pegi sorang2 tayah bwk anak2..satu lagi..kena aim nak beli apa..so boleh terus serbu tempat tu..kalau setakat nak jln2 mkn angin sambil pilih2 bj mcm kat mall tu tayah harap la.. sbb crowded dan sempit..

apa2 pun.. berjaya membeli t-shirt2 anak2, dan sedare2.. sedikit toileteries, kasut anak2.. tapi utk yang nak dpt baby baru.. mmg sgt2 berguna.. sbb bj2/mitten/booties baby sgt byk, murah dan cantik.. mmg boleh jimat..

balik umah..sambung mengemas barang/pindah barang.. waduh.. mmg letih sangat...

hari ahad pulak kami sambung aktiviti mengemas dan pindah barang..pasang langsir dan pindahkan astro..wahh dah boleh tgk tv kat rumah baru.. petang bertolak ke rumah hany/zainal..sorry sbb lambat..tetamu pun dah balik.. niat di hati makanan habis pun tak apa..sbb niat nak meraikan.. :)

itu saja cerita hujung minggu kali nie.. daa

Thursday, August 21, 2008

happy birthday mak..

0 comments
Disebabkan semalam aku bercuti..tak sempat nak update blog.. nak ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran mak yang ke-60 pada 20 ogos 2008.. kebetulan mak ada di kl bersama-sama kami untuk meraikan bermalam di rumah baru..:) Selamat Hari Jadi, mak.. semoga mak dilimpahi keberkatan..di murahkan rezeki..dikurniakan kesihatan yang baik.. terima kasih mak kerana membesarkan kami..memberikan kami pendidikan yang sempurna sehingga ke hari ini.. love you..




Wednesday, August 13, 2008

minat saya..

2 comments

Ini adalah salah satu drp minat saya.. kalau dulu saya suka membaca..setiap hari balik dari sekolah.. mandi,makan, solat..lepas tu saya akan bergegas ikut ayah ke Perpustakaan Negeri untuk pinjam buku..sekejap je.. lepas tukar buku..bwk balik rumah, siapkan homework dan dengan semangatnya nak start membaca.. sampaikan mak selalu bebel..nak makan pun susah kalau dah dapat buku.. tapi saya akan dahulukan buku pelajaran.. tiap2 hari saya akan ikut jadual waktu belajar..pastu nak terapikan minda saya dengan melayan novel pulak.. kalau nak tau nie lah salah satu sbb saya rabun sejak sekolah rendah lagi .. saya sanggup membaca dlm gelap (lampu dah ditutup..hehe)

bila dah kerja..saya mula mengumpul buku2 cerita/novel yang saya baca masa di perpustakaan tu sebagai collection.. sanggup ulang baca..(saya peminat Ahadiat Akashah).. kalau tak caya nie lah collection ahadiat saya.. (di tingkat 2).. yang lain2 tu collection novel2 creative/alaf 21.. cuma bila dah berkeluarga masa membaca dah terhad..saya lebih banyakkan membaca majalah-majalah seperti Impiana..Anjung Seri..Pa&Ma..Nur..

kalau perasan di dalam cermin tu koleksi DVD Drama Korea saya.. :)




kisah chicken pox ardini..

2 comments



dah seminggu dini kena chicken pox..masa kena hari sabtu lepas.. rasa mcm nak nangis tgk keadaan dia..penuh kat semua bahagian..termasuk telinga..kepala.. tapak tangan.. tapi syukur Alhamdulillah..dia jenis yang kuat semangat.. masih boleh bermain..boleh duduk2 tgk tv..cuma ku perhatikan kalau dia letih dia akan baring sendiri.. hari isnin tu mmg aku amik urgent leave sbb tak sampai hati nak hantar ke umah baby sitter.. chicken pox tu bermula di sana.. jd tak ada apa yang nak dirisaukan berjangkit sbb semua dah kena... nie pun dah seminggu lebih..keadaan dia pun dah ok..insyaAllah esok dah boleh ke sekolah.. rindu agaknya nak ke sekolah..



nie gambar nie dia yang minta mama snap kan.. katanya ambik la gambar dini sakit.. (sempat lagi tu)








Tuesday, August 12, 2008

sayer dapat award :)

2 comments

first of all thanks to cik zura sbb sudi bagi award kat kiter..



Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.Here are the rules to follow:


1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate other blog (optional).
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.
Dan seterusnya blogger yang dapat blog ni diberikan kepada.

saya dapat award :)

0 comments
first of all thanks to cik zura sbb sudi bagi award kat kiter..

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.Here are the rules to follow:


1) Put the logo on your blog.

2) Add a link to the person who awarded you.

3) Nominate other blog (optional).


4) Add links to those blogs on yours.


5) Leave a message for your nominees on their blogs.


Dan seterusnya blogger yang dapat blog ni diberikan kepada.



  1. semah

  2. yatipruzz

  3. aida

  4. kak tie

  5. ct zuraimah

  6. hany

  7. Farra Aiza

Friday, August 1, 2008

dah berjaya... update saya dah nampak..hehe

3 comments
hari nie terjumpa blog member lama masa kat SMD dulu, Cik Zura, tgk2 terperasan ada update blog saye dlm blog dia.. eh eh dah berjaya la.. thanks kat sikulat maybe air tangan dia godek2 blog nie kot..hehehe.. tapi katanya kalau nak add update blog saye kena letak http://puterikiut.blogspot.com/rss.xml... tips baru dari sikulat kalau tak boleh add blog role kawan2.. buat cik zura.. tq sbb add blog kite.. kier pun dah add awak punye blog :) rajin2 la update ye..

Thursday, July 31, 2008

Naper Site Feeding blog saye tak detect?

0 comments

pelik pulak.. nak kata tak tukar setting..dah tukar lama dah.. tapi masih bermasalah dgn site feeding nie.. hopefully semah berjaya menyettlekan.. :)

Wednesday, July 30, 2008

gambar dgn student2 baru PLKN Kumpulan 3/2008

1 comments
nie kumpulan terakhir untuk tahun ini.. seperti biasa setiap kali bertukar kumpulan lain2 reaksinya.. untuk kumpulan ke-3 nie walaupun agak mencabar kesabaran dengan kenakalan mereka, tetap meninggalkan kenangan yang berbeza dan akan dikenang selamanya.. dan yang paling penting pengalaman tu.. rasanya keberanian dan kemahiran mengajar/coaching ku bertambah..



kalau tgk kat gambar2 nie dah boleh bayang derang nie agak nakal kan.. biasa la anak2 yang tgh meningkat..tapi yang pasti persembahan akhir mereka di majlis penutup amat membanggakan.. tahniah untuk kumpulan Angklung..cikgu sayang kamu semua.. jumpa lagi di luar kem nanti.. :) (ada ke student yang baca blog nie..takde kot)

Monday, July 28, 2008

Progress umahku..

8 comments

Disebabkan ada yang bertanya tentang progress umah.. nie ada la skit gambar yang mungkin baru 10% barang dipindahkan kot.. kitorang plan nak pindah sepenuhnya hujung bulan 8 dan cuba pindah barang2 besar dan major mulai cuti sekolah bulan 8 nanti.. SCI kitchen dah confirm nak start reno dapur 14 Ogos nie.. lepas tu dah boleh start pindah rumah baru la kot...
so far bab2 kipas..lampu sume dah settle.. dah pasang water heater.. wardrobe pun dah siap pasang.. dan bookshelf sekali.. Alhamdulillah puas hati.. walaupun budget agak lari sbb barang naik lepas Julai haritu.. apa nak buat kan.. nak tak nak benda tu mmg nak beli..
smlm sempat gi amik gambar untuk pk mcm mana nak susun.. tak sabarnya nak unpack kan buku2/magazine2 dlm kotak tu.. tapi kena tunggu weekend la jawabnya..sabar..sabar..




drawing plan untuk kitchen cabinet drp SCI Kitchen..



Ruang bacaan.. belum disusun betul lagi..



ruang tamu.. lampu dah siap dipasang..
wardrobe yang dah siap dipasang..
tambahan : cermin Bilik air..
dapur yang belum dipasang kabinet..



Lampu tangga..
Bilik anak-anak

Thursday, July 3, 2008

Alkisah Rumah Lagi

3 comments
Syukur Alhamdulillah.. tanggal 2 Julai 2008, kami dah berjaya mendapatkan kunci yang ditunggu-tunggu sebelum nie.. apa langkah pertama slp dapat kunci..oppss.. buntu sekejap sbb masa belum mengizinkan.. minggu depan aku akan ke Melaka untuk workshop 4 hari.. mungkin boleh start mengemas lepas tu.. yang penting umah perlu dibersihkan utk kali pertama..lepas tu start renovate kitchen cabinet..etc etc..

semalam aku bercuti gantian sempena keputeraan DYMM Agong.. apa plannya sepanjang hari? ooo byk sgt.. kalau nak disenaraikan rasanya tak cukup 24 jam... bermula dgn ke USJ collect kunci, berpusing2 cari opis lawyer sbb sbl nie jd mem kat sebelah je..sibuk berceloteh tak perati jalan..nie la akibatnya.. bila dah kena gi sendiri baru la kalut.. pastu sambung perjalanan ke IKEA.. nie pun hal yang sama.. dah la lama tak ke sana.. biasanya ikut jln KL.. tak ikut dr arah KESAS.. tapi berpandukan direction seorang rakan bagi..Alhamdulillah sampai juga ke sana.. pelik pulak rasanya ke IKEA sorang diri.. pusing2 sambil jamu mata, berangan dan mencatat apa yang berkenan.. dah makan masa sampai hampir 3 jam rasanya.. pastu cabaran bermula bila aku sesat sampai ke batu caves.. aduhhh kelakar pun ade.. padahal damansara bukannya jauh pun ke puchong..sbb next plan nak ke puchong lak..kat situ saja dah makan masa sejam lebih.. sbb terlepas jlan nak u-turn, terlepas la sampai ke sungai buloh, kepong,batu caves, gombak,tmn melawati,ampang, cheras,seri petaling, puchong...uwaaa lamanya nak sampai puchong.. sib baik jln2 tu familiar..cuma jauh la..habis minyak ku (dah la minyak mahal)..

Dari puchong menghala ke Bandar Puteri sbb dah lama nak ke kedai kek 'Bake with Yen'..sbb kalau gi time cuti dia tutup la pulak.. dah sampai sana culture shock la jugak..sbb tak penah pergi kedai yang jual bykkkk sgt bahan buat kek.. segala acuan ade..bestyer.. cups utk muffin pun banyakkk.. best kan? boleh la buat lepas nie.. sempat la beli cups utk muffin, acuan puding bentuk bunga (dah lama cari), acuan puding bentuk shells, gula icing dan pewarna2 utk tulisam kek, pisau potong puding yg baru sbb yg lama dah hilang.. rasanya terbuang dlm tong sampah..hehe.. sempat beli cups kecik2 utk cornflakes madu raya nnt.. awal sgt ke? saja beli siap2 sementara tak ramai org.. lgpun benda tu tak rosak..boleh simpan..

lepas ke puchong terus ke Kinrara.. pastu sambung lg perjalanan ke Giant Kinrara..dan balik.. sampai umah dlm kol 4.00 pm.. prepare makanan sbl husband balik.. dan jalan kaki ke umah baru dgn husband utk berbincang idea dan langkah seterusnya... tamat lah cuti sehariku.. walaupun tak sempat nak ke Pejabat Pos nak claim subsidi roadtax.. tak sempat nak ke kedai Hardware cari knobs utk kc.. takpe.. nnt ada masa leh sambung program..

so apa yang perlu dibuat slp dapat kunci rumah?


  1. Tukar nama di bil utilities
  2. cuci lantai
  3. ukuran untuk langsir
  4. ukuran kc
  5. pasang wardrobe
  6. pasang lampu/kipas
  7. cat tembok luar
  8. cat grill dgn warna pilihan
  9. cuci kali ke-dua
  10. boleh pindahkan barang sedikit demi sedikit

itu saja kot.. untuk gambar tunggu dulu sampai dah siap k...

Tuesday, June 24, 2008

Hati Berbunga Riang

4 comments
baru je telefon lawyer.. yahoooo esok cheque keluar.. lepas cheque clear boleh lah collect kunci.. kunci yang ditunggu-tunggu tu.. hehe..

rasanya barang2 keperluan utk masuk umah dah settle kot..kipas, lampu, hob, hood, quotation utk dapur..(estimated, tapi dah finalised nak pilih kontraktor yang mana).. lps nie boleh start memasang lampu, kipas dan renovate dapur.. target masuk rumah b4 end of august..sempat ke.. sbb kalau lebih dr tu dah nak masuk bulan pose.. mintak2 semuanya dipermudahkan..

ada sape2 penah upah cleaner tak? kalau ade nak mintak info skit..


Tuesday, June 17, 2008

Template Baru :D

5 comments
hehe..suke sangat berjaya menukar template baru dengan sendirinya.. tq semah for the link.. lepas nie senang la nak tukar2.. tapi kena tunggu jemu dulu..kalau tak terase sayang pulak nak tukar kulit..


Monday, June 16, 2008

selamat Hari Bapa - 15 Jun 2008

0 comments
Diucapkan selamat menyambut Hari Bapa terutamanya buat ayah tersayang, suami tercinta dan tak dilupakan bapa mertua ku di Pahang.. Dan juga untuk semua yang bergelar bapa, daddy, papa, ayah, abi, bapak dan apa2 gelaran sekali pun..



love you ayah.. terima kasih di atas semua jasa-jasa ayah mendidik, membesarkan,
menjaga kami berempat.. - anak ayah-

Wednesday, June 11, 2008

kisah balik kampung..

5 comments

Nak meredakan rasa marah dan geram..hari nie tgk gambar2 sepanjang di kampung hari tu.. terjumpa gambar semasa ke dusun ayah.. ayah mmg rajin kalau bab2 pertanian nie.. apatah lagi lepas bersara nie.. mmg masa diluangkan di kebun di Tunjong atau di dusun pusaka arwah tok di Bukit Manik.. yang untungnya ke-empat2 anak perempuannya la.. balik kg kalau kena musim nya dapat la makan buah sebanyak mana sampai kenyang.. saja nak share gambar2 kebun baru ayah utk kenangan dan tracking progress pertumbuhan pokok2 ayah.. :) Ini gambar pokok2 yang ayah tanam lebih kurang 2 thn di Kebun Tunjong..

pokok getah diselang seli dgn pokok pisang.. sbl diusahakan, kebun nie semak mcm hutan..tiap2 hari ayah ke kebun nie utk jaga supaya tak semak..


pokok petai..
pokok durian..
pokok manggis yang ayah tanam..eh eh dah ada buah



pokok manggis yg ditanam oleh anak ke-3 (aku la tu) eh apesal tak besar2 ek sama je mcm tuan dia..

pokok rambutan..eh eh dah menghijau..senang nye nak pungut.. ayah berbaju biru.. dan cucu2 nya serta menantu...




sementara menunggu pokok buah-buahan membesar, ayah selang seli dgn pokok pisang..pisang emas..pisang berangan.. Alhamdulillah menjadi..



Monday, June 9, 2008

sangat marah..

1 comments
aduh meluap-luap betul.. sangat marah nie.. baru je call law firm kepada nyonya seller tu..ntah apa2 punya keje..tiap2 hari nak kena call..call sekali belum tentu dpt cakap..attending client la..engage on the line la.. kali ke-3 baru nak dpt ckp tu pun dgn kerani je.. since January..nie dah berapa bulan pending..walaupun ongoing..tapi yang pasti aku belum dpt kunci sbb keje lemau sangat.. document di bank seller dah siap jumaat hr tu.. itupun aku tau sbb hr2 call org bank.. nak harapkan law firm tu follow up/feedback jgn harap la.. aku jugak yang kena call bgtau sila gi collect document..hampeh.. sib baik la law firm panel agak proactive bab2 nie.. sejuk skit...

hari nie pulak rasa nak meletup sbb call law firm tu dia ckp dah pegi collect tapi tak ada document.. dah pegi salah tingkat mmg la tak ada.. aku dah pesan jumaat hr tu.. pegi tingkat 4.. ini la akibatnya kalau tak take note... dipergi nya tingkat 5..mmg la tak ada.. kan dah rugi 1 hari lagi..esok la pulak.. itupun kalau office boy dia keje..dibuatnya dia cuti ke mc ke.. tak pegi bank tu ke.. aduhh meletup lagi makcik....

nyesal betul ikut nyonya tu hire lawyer lama dia..kalau aku terus amik panel lawyer utk s&p & loan pun ok.. tayah susah2 nak contact firm yang ntah apa2 tu..harapkan opis je lawa..so black list la law firm di Taipan ni..

dah la perangai nyonya tu pun meluat.. b4 jual ckp bukan main elok..bila dah bayar 10% deposit PR ntah apa2.. nak call pun susah..nak mintak masuk umah amik gambar pun susah..apa tah lagi nak kautim mintak kunci awal..marah nie marah.... adui

Thursday, June 5, 2008

harga minyak naik lagi??

8 comments
aduh aduh aduh..patutla jem semacam je on the way balik rumah smlm..stesen minyak penuh sesak..Alhamdulillah aku tak termasuk sekali di antara yang beratur nak isi minyak sbb terbuka hati nak isi minyak malam sebelumnya.. pening betul bila memikirkan harga minyak naik lagi..lepas ni siap la..segala2nya naik.. harga saham je yang tak naik2.. aduhhhh

tadi Hot check di Hot FM bincang pasal langkah2 utk berjimat-cermat..aku nak cut cost kat mana ek? pening gak pk sambil drive ke opis pagi tadi.. kat mana yang perlu di slash nie..

1. mengurangkan makan di luar - dah mmg jarang sangat2

2. Parking kete di LRT - tambang LRT pegi balik cuma RM80 sebulan + parking RM40 + minyak ke stesen terdekat (Bkt Jalil) kurang RM100 = RM220 berbanding budget minyak sebulan utk harga baru RM400

3. bwk bekal breakfast setiap hari - boleh dipertimbangkan

4. Mengurangkan penggunaan minyak kereta di hujung minggu - bawak anak2 ke tempat dekat2 je...asalkan derang happy..cthnya Giant Kinrara/IOI/Equine

5. Memperbanyakkan penggunaan kereta manual berbanding kereta auto..

6. Tukar pakej astro ke pakej yang paling murah - akan buat hari ini

7. Perlu keluar seawal 6.30am utk mengelak jem, jd boleh jimat minyak - dah biasa buat, cuma lately lambat 15 minit

8. Kurangkan activity shopping terutamanya hari Jumaat - beli masa2 tertentu sahaja (boleh buat ke?)


*** kalau berterus-terusan mungkin kena consider item no. 2 tu..

Wednesday, June 4, 2008

gambar terkini

0 comments
tak ada apa yang nak diupdate..tak ada idea la nak mengarang.. letak gambar je la..


Wednesday, May 21, 2008

ucapan..

2 comments
mula2 sekali nak ucap terima kasih banyak2 di atas ucapan.. dan hadiah drp kawan2.... yang penting ingatan.. terharu sangat...

untuk kak Tie aka Ummimon dan family..diucapkan tahniah di atas kelahiran Muhammad Adam.. dah bukak blog kak tie dan tgk gambar baby Adam yang comel dan montel..

tak sabar nak menunggu minggu dpn..sbb Isnin nnt nak balik Perlis.. dah lama woo tak balik..sejak Raya Haji.. kali nie kami balik seminggu nak duduk puas2 kat kampung..nak makan puas2 apa yang diingini..daging bakar, ikan bakar, sambal belacan mak, laksa..adui terliur dah nie..

Thursday, May 15, 2008

update terkini..

0 comments
dah lama tak masuk blog nie.. banyak betul benda tertinggal untuk diupdate.. dah la bulan 5 nie byk event berlaku dlm keluarga kami.. so express punya update la nie.. rasanya tak terlambat nak wish.. Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia nie.. terutamanya untuk mak di perlis.. mak mertua di pahang.. saaaaayang mak..



Selamat Hari Guru untuk semua Guru2 di dunia nie termasuk my beloved husband.. and also to me? hehenie ada sedikit gambar terbaru masa ke utara audit hari tu dan birthday husband 1 Mei hari tu.. kek tu dibakar khas oleh si isteri..hehe



(di langkawi.. nak naik feri ke Kuala Kedah.. )



( Dengan ofismet, Zaihan kat Holiday Inn Hotel, Feringhi)





(di Penang)

Thursday, April 17, 2008

kisah buku lagi..

5 comments
tak habis2 lagi citer pasal KLIBF'08..hehe.. hari jumaat petang (3 hari terakhir) tu kami ke sana lagi..kali nie dah tau nak beli apa..berjaya dapatkan buku Surat Ungu Untuk Nuha yang Aida recommend tu.. (jumpa ngan penulis jugak :) dan lukis potret/karikatur anak2.. itu saja.. selebihnya submit form cabutan bertuah dan teman hubby beli buku2 lain..

bercakap tentang Surat Ungu Untuk Nuha.. mmg best citer tu..tak habis baca lagi nie.. tupun curi2 baca dlm keta pagi2 sementara nak naik ke opis.. agaknya 2 minggu baru habis kalau mcm tu.. tapi cita tu mmg best..susah nak stop.. especially Muzammil yang nakal betul ngusik Nuha.. so sweet kan..

dah tu..habis cite pasal buku.. :)

sedikit update minggu nie.. 2 hari ke training GE** ..lepas nie 5 hari di Perak sbb start program jurulatih P*** tu.. dan ahad pulak bertolak ke Langkawi sebagai auditor ..audit bermula isnin..tapi saja ambil flight ahad utk shopping skit dgn ofismate.. dah lama tak ke langkawi nie.. anak kecik lagi susah nak shopping pinggan mangkuk..bahaya.. lagipun berat nak bawak.. nie dah alang2 terbang senang skit nak bwk balik...tak plan lagi nak beli apa..tgk la nnt..

lepas ke Langkawi akan terus ke A.Setaq..dan seterusnya Audit berakhir di Penang.. Penang pun destinasi kegemaran gak sbb sng nak shopping DVD Korea.. oppps..!!

uish byk nya aku outstation bulan nie.. takpe lepas nie tak ada dah kot... cuma semangat skit kali nie sbb ada geng nak tido hotel..kalau tak sorang2 je mmg tak best la kan.. aku nie nak audit ke nak bercuti nie? ish ish ish...kira 2 dalam 1 la.. ;)

Tuesday, April 8, 2008

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

6 comments

seronok betul dapat ke Pesta Buku..tu aktiviti tahunan kami tu.. sehingga ke hari nie aku dah pegi 2 kali.. mungkin 2 kali je kot..lagi byk pegi lagi byk duit habis.. tapi hubby mcm nak pegi lagi..almaklumla org tu sekolah dia dpn PWTC je.. best kan..


Hari pertama dah plan awal2 dengan member opis..gi time lunch..naik STAR LRT.. mmg kitorang plan 1st day nie nak survey dan focus kat langganan.. sbb nak ke kaunter melanggan tu boleh tahan lama.. nak beratur dan redeem hadiah.. Alhamdulillah berjaya melanggan Pa&Ma setahun.. dan dapat hadiah mangkuk Vantage..best2 menambah koleksi.. hadiah tak sesuai dengan majalah?sbb nya sepatutnya dpt soft toy..tapi rasa mcm tak praktikal..dah byk kat umah..anak2 pun dah bosan kot..baikla tukar hadiah..:) member pulak berjaya melanggan Pa&Ma dan Keluarga.. kami stuck lama kat booth Karangkraf..isi survey 3 pages tapi hadiah berbaloi..dpt t-shirt, novel dan kupon..


Hari ke-dua ke PWTC dengan hubby pulak.. tinggal anak2 kat umah sbb sian nnt derang penat..tapi dah janji dengan Dini nak belikan buku cerita dan buku kerja.. kalau dia tak suh janji pun mmg plan nak belikan.. utk adik sekali.. senang tayah berebut novel dengan mama..

kali nie kami mmg pusing semua dewan.. free gift pun byk..boleh bawa balik utk anak2.. mcm eraser..kipas..book mark.. dan mama dapat sehelai lagi t-shirt..t-shirt jalan2 tau bukan t-shirt tulis karangkraf..satu kaler putih satu kaler pink..


mmg puas hati sbb dapat beli novel2 kesukaan..boleh buat stok banyak2 especially time outstation baca dlm ERL ataupun time balik kampung.. majalah pulak majoritinya hiasan dalaman.. tahan je hati kalau lalu dpn kedai mamak maybank tu sbb nak simpan utk beli kat pesta buku..sbb kalau beli kat sini ada resit..penting tu.. :)


so ini lah gambar2 buku dan majalah yang diborong sepanjang 2 hari tu.. nie tak termasuk buku2 hubby.. cuma buku mama..dini dan adik je.. dini yang semangat susun dan suh mama amik gambar tu..

Monday, March 31, 2008

update umah...

5 comments
semalam, kami sempat jalan kaki ke bakal umah baru sbb owner dia dah dtg.. bukan sng nak masuk umah tu sbb ownernye sangat la bz.. so kesempatan yang ada aku amik gambar byk2.. dgn amik video.. senang nak berangan dan budget apa yg patut sementara menunggu proses pindah milik siap.. cuma nak share kan skit ja gambar yang berkaitan.. tayah la lebih2 sbb bukannya betul2 selesai lagi..lagipun kalau dah complete nnt br syok share gambar kat sini kan..

==>> (toilet) : cadangan nak tambah cermin, heater dengan toileteries storage ===>> toilet no. 3, pintu dah ditukar ke sliding ..
==>> porch : cadangan perlu pindah tiang dan tukar pagar,so boleh masuk 2 bj kete..tapi tu budget ntah bile..hehe
===>> dapur : counter top dah sedia ada, cadangan : tambah hanging cabinet
==>> pandangan belakang umah.. boleh sambung tanam atau pindah pokok betik..pokok serai dan pokok pandan dr umah sekarang..blkg kaler biru tu sekolah dini..senang nak hantar dini :)
===>> stor kat bawah tangga..


Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez