Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri..

0 comments
Hari ni hari ke11 Syawal baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang kita berkenalan ya.. jangan disimpan di dalam hati.. 

Harini hari ke-3 mula berkerja selepas cuti panjang.. mood raya pun masih ada.. sedangkan orang yang bercuti seminggu raya pun rasa malas nak start kerja minggu ni..apatah lagi saya yang dah bercuti 2 bulan lebih ni kan.. naik raya terus kerja.. hehehe... 

ok cerita pasal raya.. syukur Alhamdulillah masih berkesempatan beraya dengan kedua-dua famili di Kuantan & Perlis.. tahun ni giliran Kuantan, jadi kami bertolak ke Kuantan lebih awal sebelum raya, hari Jumaat pagi tu.. syukur jalan masih lagi clear ..mungkin ramai yg dah bertolak sehari sebelum tu sbb cuti sekolah bermula Khamis, ataupun mungkin ada yang bertolak sebelah malam, lebih bertenaga selepas berbuka.. tapi bagi kami, memang jarang travel malam sebab masing2 mata tak berapa terang kalau malam2 ni.. 

Sehari sebelum Aidilfitri, dikejutkan dengan berita perginya seorang sahabat kerana kemalangan. Alfatihah utk arwah Ipah yang disayangi, insyaAllah Ipah akan ditempatkan di kalangan yang terbaik.. perginya pula pada hari Jumaat di bulan yang baik bulan Ramadhan.. Subhanallah... terbayang wajah Ajiq yang sebaya dengan Dini.. semoga yang ditinggalkan tabah dan redha...kita yang masih ada ni perlu meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa  kan..

***********************

Hari pertama Aidilfitri, sambutan sangat meriah di Felda Panching.. kalau di perlis rumah kami agak jauh2 drp satu sama lain.. tapi di Felda umah nya dekat2 dan bersebelahan..walaupun tak sehampir rumah teres..lepas solat Aidilfitri, kitorang teruskan aktiviti wajib bersalam-salaman dan bergambar.. lepas tu tetamu pun sampai dan tak berhenti-henti sampai ke malam.. memang meriah.. kitorang pun beraya ke umah jiran2 yang dah macam saudara sebab masing2 dah lama bermukim di situ kan.. sampai bercucu cicit dah pun.. 

Aidilfitri ke2 kitoranng bertolak ke Temerloh utk ziarah pusara arwah tok yang meninggal hujung tahun lepas...lepas tu meneruskan ziarah di umah saudara mara sebelah mak mertua.. dan bertolak ke Kuantan semula selepas Asar.. highway jem la pulak agaknya ramai keluar beraya.. sampai rumah dan pukul 8 lebih.. lepas dinner dan packing kitorang bertolak balik ke KL dalam pukul 10malam sbb esok pagi (Raya ke3) nak bertolak balik ke Perlis.. 

Aidilfitri ke 3..kitorang bertolak ke Perlis dalam pukul 10 pagi.. tak rushing sangat sbb jalan di KL pun clear aja.. almaklumla tinggal warga kota yang tak pulang ke kampung ja... majority masih sibuk berhari raya di kampung...sampai di Perlis jam 4 petang.. sambutan raya diteruskan di Perlis pulak,... seronoknya raya :) nak post gambar memang banyak.. almaklumla mamanya penat mengerah anak2 bergambar sbb nak masukkan dalam pb raya nanti... jadi kita tunggu pb raya ya.. ntah bila la boleh mulakan projek.. sibuknya mama balik kerja ni...cerita pasal activity mengepam susu utk Airis di next entry ya 
 tema kuning dengan famili Kuantan


 dengan famili perlis..


Wednesday, August 15, 2012

0 comments

Kuih raya oooo kuih raya...akhirnya berjaya jgk mama siapkan 3 jns ni dlm masa 3 hari...1 hari sejenis...jd siap la cornflakes madu, chocolate chips dan cornflakes crunchy... Dah hbs setengah balang. ..xpe mmg nak buat utk mkn2 sendiri je

Published with Blogger-droid v2.0.6

iftar hari ke 24

0 comments

Memandangkan anak2 berpuasa, kami fokuskan menu kegemaran derang...kalau over2 satgi yg dipilihnya telur je...

Paprik ayam
Kacang buncis
Ikan goreng

Published with Blogger-droid v2.0.6

iftar hari ke 23

0 comments

- Kari ikan
- telur dadar
- sawi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 12, 2012

iftar hari ke-21

0 comments

Hari ni menu berbuka kami special skit..tapi tak byk..itupun dah kenyang yang amat..kalau lebih drp tu confirm tak habis..

Ikan siakap bakar
Telur bungkus
Air sirap bandung cincau

Hari ni first time mama ikut papa ke bazar ramadhan...sbl ni derang pegi beli soya je...hasilnya tak beli apa2 pun kecuali soya..tak ada Yang menambat hati...kecuali bandung cincau..balik umh terus berbuka dgn bandung cincau sendiri..lagipun mama mana boleh minum ais kan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

biskut raya pertama 2012. ... cornflakes crunchy

0 comments

Mulanya mama plan tak nak bust kuih raya thn ni..nak fokus ke terawikh (sendiri2 je) dan adik Airis.... Tapi last minutes tukar pikirsn..takde umph pulak raya tanpa biskut wajib ni... Jadi khamis tu kitorang zassss ke giant beli bhn2 nak buat biskut...

Lepas je berbuka dan solat maghrib terus jalan kerja...biskut ni tak susah..tapi oven msma kecik je...nak tgg hbs bkr tu yg lama... Pembantu pun bertambah thn ni..Sara yg plg byk membantu...suka tul dia dpt susun cup dan sudukan cornflakes....
Jadi inilah hasilnya... Ada 2 jns lg menunggu...tupun biskut wajib...semangat nak buat sbb seisi keluarga suka...termasuk family di kg..derang dah tanya2 dah ni...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

iftar hari ke-20

0 comments





K layan menu iftar mlm ke 21...
-air jagung
-air asam tomato
-telur bungkus
-ayam msk kicap
-sayur sawi
-asam pedas ayam (kakak bagi)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 9, 2012

testing baju kuring raya...

0 comments

Huhuhu tailor buat besar sbbnya silap mama jgk last mnt plan jd x sempat bg contoh bj...ala tak sedondon la raya ni adik...

By the way tema kami thn ni kuning/gold...uols mcm mana dah settle semua?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

iftar hari ke 19...

0 comments

Menu kami hari ni...

-Agar2 milo favourite semua
-Agar2 sirap
-Agar2 blackcurrent
-ayam panggang
-ayam masak Ros
-air jagung & sirap

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 7, 2012

koleksi melur poh kong

1 comments

First time tgk kat iklan mama dah terpikat...sbb bunganya yang sweet tu... Pastu hrtu kat kuantan saja tunjuk2 kat inche hubby tak sangka pulak dia nak sponsor...apa lagi kan org dah offer ksn..kira hadiah birthday la ni ek..

Published with Blogger-droid v2.0.6

iftar sepanjang minggu kedua...

0 comments
Sejak habis pantang ni tak cukup tangan mama nak update blog.. Cuma sempat snap je... Lauk kami simple2 saja tapi yang penting berselera dan kenyang betul tak...




ikan siakap sweet sour, sotong goreng kunyit, ayam panggang, agar2 milo, keropok lekor, air jagung utk mama, air laici cincau untuk kakak, sirap untuk yang lain...



sambal telur rebus, ayam panggang blackpepper, hati ayam goreng


sup ayam, sayur kailan, sambal belacan


telur asin, paprik ayam,ikan goreng, goreng pisang tanduk panas


tomyam ayam, kailan, ayam masak kicap, agar2 sirap pandan


ayam panggang, sup daging, ayam paprik


ni lah food tester kami...hehe

Saturday, August 4, 2012

Shopping jln tar...

2 comments

X sempat nak snap gambar sbb terlalu bz betrbut2 jln di tgh pns tu...sbnrnya bkn beriya nak ke jln tar tu..tp mmg nk kena pegi sbb janji dgn tailor nk jumpa kat area situ nk bg kain ry...hehe org dah siap bj raya mama plk br nk hantar ye...ye la sbl ni kan pregnant mn boleh nak expect ukuran berubah ke tak..dibuatnya lemak2 masa pregnant tu tak kecut2 mcm mn kan..syukur Alhamdulilah berat maintain cuma kat perut je ada lemak yg degil skit nak hilang...

Ok sambung cite psl jln tar.. Shopping waktu tgh hr sgt la tak best... Panas dan dahaga... Nk tgk apa pun takde mood sbb pns.. Kalau sesiapa yg ada peluang pergi mlm lps terawikh tu better la pegi mlm...sejuk dan x dahaga... Mlm pun tutup lmbt...pukul 2 pun bkk lg...

Jadi hasilnya hrtu mama beli tudung utk anak2...brooch, tu je... Bj anak2 mama dah beli kat jusco...tak sabar nk tgk kanak2 tu berkebaya nyonya thn ni..tema kami insyaAllah kuning thn ni..uols pulak mcm mana?

Om itu saja update jln tar... Minggu dpn kena pegi lagi nak amik Baju raya...rasanya mcm nak singgah Ariani... Hrtu pegi tgk2 je mata dah tetpikat kat chiffon selendang ct tgh offer...maniknya sgt cantik...mmg begemerlapan...adui dui dui....

Wednesday, August 1, 2012

testing 123

2 comments

Hehe mengetest blogging via samsung note.. Pakai apps blogger-droid.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez