Thursday, September 29, 2005

anakku demam campak

0 comments
Dah lama tak update blog nie... sekarang nie byk betul kerja... ada2 saja kerja bertambah.. belum siap kerja yg lain dah bertambah.. apa kan daya itu semua tuntutan.. bermula dengan menyiapkan tender.. first time aku kerja melebihi 24 hrs.. datang ofis pukul 7.30 pagi sampai la 12.00t/hari keesokan harinya... menyiapkan tender bukan la satu benda asing bagi dept kami.. bila ada tender baru.. unit yg terlibat mmg perlu stayback.. malas nak citer panjang memandangkan agak confidential.. yg pastinya sepanjang di pejabat aku rindukan ardini.. rindu sangat...terasa mcm dah lama tak balik rumah.. sian dini..sib baik dia lebih manja dengan papa..so tak ada masalah kalau aku balik lambat.. as long as ada salah sorang.. dia akan ok.. tapi kalau dua2 tak ada abis la tak sampai 5 minit dah meraung cari.. kecuali kalau kat umah 'mak nor' - baby sitter dini...

-Jumaat 23 sept 2005-
Dini dah start demam panas.. merengek-rengek tak nak baring..nak dukung.. tapi bila nak dukung pun still nangis.. kesian sangat.. susu taknak..makan tak nak.. agaknya sakit tekak.. kami bwk ke klinik dan mmg dini demam panas.. tekak pun merah..

-sabtu 24 sept 2005-
Dini still dmm.. semalaman dini tak tido.. termasuk mama dan papa.... badan still panas jenuh kami bergilir2 lap dgn tuala basah.. bila bagi ubat dia peluh.. tapi tak habis kebah.. sbb tu dia tak lega2.. sbb tak habis kebah..biasa dah mkn ubat tu terus kebah.. tapi kali nie lain skit.. agaknya ubat tak sesuai.. so decide esok t/hari leh bwk ke klinik lagi satu lps papa balik sekolah..

tapi dlm pukul 10 lebih dini nangis lagi meracau-racau..aku dah risau sbb tinggal aku ngan dini kat umah.. so terus call papa suh balik awal.. nak bwk dini gi klinik..

-ahad 25 sept-
dini dah ok skit tapi still taknak minum susu sangat.. ..sib baik dia nak mkn nestum...w/pun taknak mkn bubur nasik.. kami perasan ada bintik2 kat muka dini.. my goodness byk lak tu... nie bukan ruam nie.. sbb muka dia dah merah sbb penuh dgn bintik2 tu.. okkkk owwwww... dini kena demam campak la... nak gi klinik dah tutup..lagipun tak sure campak ke ruam.. so tunggu esok pagi...lagipun dia ok.. tak nangis.. tak garu2.. demam pun dah ok..

-isnin 26 sept-
kami declare cuti hari nie.. walaupun bukan senang papa nak ambik cuti (emergency 7 hari setahun tu).. then terus bwk dini jumpa dr... sian tgk dini.. nak mandi tak boleh.. sbb kalau demam campak mak dah pesan jgn mandi..takut tak keluar semua campak tu.. kalau tak keluar lagi bahaya... dan Dr confirmkan mmg betul campak.. Dr kata mmg campak ada 2 conditions.. setengahnye gatal2.. dan ada setengah tak gatal.. Alhamdulillah Dini tak gatal2.. (dpt bygkan mcm mana gatal time aku kena dmm campak masa umur 17 thn dulu)

-selasa 27 sept-
hari nie dah start keje balik.. since dini pun ok cuma merengek2 manja nak dukung... so dah boleh hantar umah 'mak nor'...

Monday, September 5, 2005

karnival tv3..

2 comments
isnin datang lagi.. hehehe

semalam kami sekeluarga ke Karnival TV3 kat Bukit Jalil.. kebetulan dah dkt dengan umah kami kat Tmn Puncak Jalil.. so teringin jugak nak pergi jenguk apa yg ada sbb selama nie tgk kat tv kat tempat2 lain mcm menarik.. kami bertolak lebih kurang pukul 10 pagi ... time tu dah ramai gila org.. keter dah byk.. alamak mcm mana nak parking nie.. last2 kitorang u-turn dan parking kat stesen LRT Sri Petaling.. haaa ok jugak.. sbb dini pun tak pernah naik lrt.. boleh la bwk dini naik lrt kan.. lagipun tak payah nak berasak2 parking kat area stadium tu.. (actually jarak Sri Petaling ke stadium boleh jln kaki je...tak sempat panas punggung dah sampai..heheh) tapi sbb nak jimatkan tenaga dan dan bwk dini naik lrt ok la kan.. dini punye la excited.. sibuk sungguh dia pandang sini sana .. byk benda baru agaknya.. sampai kan time kitorang nak ambik gambar pun dia still bz pandang sini sana..

bila sampai di Bkt Jalil mmg dah ramai org.. panas pun dah terasa.. alamak nyesal pulak tak turun kan payung tadi.. ada mcm2 gerai.. antara booth yg kitorang singgah...

Booth karangkraf .. best gak sbb lepas isi survey derang bagi free magazine.. so kalau 2 borang..dptlah 2 magazine..hehhe

Booth Ahadiat Akashah.. sebenarnye aku nie salah sorang drp peminat setia Ahadiat.. sejak sekolah lagi.. dulu selalu gi state library kat kampung baca buku2 Ahadiat.. (state library tu sebelah ayah punye office..so tiap2 ptg boleh ikut ayah gi pinjam buku) byk buku ahadiat yg aku beli buat collections (boleh dikatakan semua).. dan antara yg aku suka budak setan .. pastu bila masuk universiti Ahadiat compile kan semua buku budak setan jadik Lagenda Budak Setan.. time tu berkira gak nak beli sbb agak mahal la.. RM30.. scholar lak tak masuk lagi.. hehehe.. tapi minat punye psl.. aku betul2 sayang nak habiskan buku tu (agak tebal)..sbb kalau dah habis nanti habis la citer Kashah.. (watak Budak Setan).. mmg aku menghayati gila citer tu.. sampai aku nangis bila Ayu meninggal.. sbb kesian kan Kashah.. Pastu ade sambungan.. Katerina.. tapi lepas Katerina, citer Ahadiat kurang menyengat.. dan semalam bila di gerai tu... rupanya Ahadiat ada keluarkan buku baru sambungan Budak Setan & Katerina.. Lagenda Berakhir.. RM19..belum ada di Kedai Buku.. Wahhh begitu excited aku.. Tapi sayangnya time tu Ahadiat tak ada.. kalau tak boleh la mintak autograf dan ambik gambar..hehehe..

Booth Ayam brand.. isi form boleh dapat pelapik meja..

Booth Cerekarama.. sempat ambil gambar Ako Mustafa dengan Eizlan Yusof.. (nanti upload kat Fotopages)

Booth Buletin Utama sempat ambil gambar Fadzil Mohd Rais.. dan sorang lagi lady sebelah Fadzil.. tak tau nama

Booth Maybank my hubby isi borang credit card sbb dpt 3 yrs free annual fees


Booth Anti Dadah
sempat tgk video mcm mana pesalah undang2 disebat.. MasyaAllah ngerinyer... sakitttt

Booth JAS ada open Quiz.. siapa boleh jwb dpt souviner JAS mcm payung.. beg.. byk gak la hadiahnye.. tapi aku cuma dpt memo pad..hehehe

Booth METRObeli suratkhabar..pastu dpt sekotak tisu..pastu dpt kupon putar roda.. segan gak nak putar time tu sbb kena beratur panjang.. lagipun majority dpt tisu.. grand prize beg.. tapi dah rezeki aku dapat beg.. hehehe


Booth zoo
sempat bergambar..

booth2 lain tu kami cuma lalu dan tgk2 skit je.. sbb hari makin panas.. dan org makin ramai.. cuma dengar dkt pentas utama derang tgh melelong brg2 personal personality2 mcm Hanc Isaac.. Adibah Noor.. utk didermakan ke Tabung Bersamamu..

sebelum balik lagi sekali aku lalu dpn booth Ahadiat dengan harapan dia dah dtg booth.. rupanya dia masih di pentas utama.. tak pe la tak der rezeki nak tgk muka dia dari dekat..

Friday, September 2, 2005

0 comments
sekadar untuk berkongsi bersama email yg diperolehi drp salah seorang sahabatku..


PETUA MEMBELAI CINTA

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya.
Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.



WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psiko! logi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.


CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pa! sangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasanga kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut criteria yang dianjurkan! oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan Yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseor! ang itu taat kepada ibadatnya.

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab,
"Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi.
"Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah,"
Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.'
Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.
' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya."

Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.

Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.


TEGUR CARA BERHIKMAH

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri." Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:

"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan."

"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suamidan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah ! akan lembut hatinya. Antara maksudnya,

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah."

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez