Thursday, December 27, 2007

selamat hari raya haji 1428...

1 comments

Monday, December 10, 2007

team building lagi..

1 comments
khamis nie berpisah lagi la dengan family nampaknya.. sbb nya kena pegi team building kat melaka... huhuhu mesti sadis nnt.. nak buat mcm mana kan.. tuntutan kerja.. 3 hari je.. hopefully alesya ok je.. sbb selama nie kalau nak tido malam dia mmg kena peluk mama dulu.. dia manja skit compared to kakak ok je.. sbb dia rapat ngan papa.. kali ni mmg kena tinggalkan baju yang dah dipakai utk alesya peluk.. sbb dulu masa pegi workshop kat penang.. dia merajuk sampai taknak makan,.. taknak minum susu.. main pun taknak.. termenung je..

hopefully semuanya ok..

Thursday, December 6, 2007

gambar lagi..birthday dan berjalan

4 comments


anak mama dah besar yer..

Thursday, November 29, 2007

inilah kawan pertama Dini..

2 comments


refer to post sbl ni.. "sian dini.." inilah irfan..kawan dini since dini berumur 2 bulan.. kesian sangat bila dah kena berpisah..










Tuesday, November 27, 2007

HAPPY 1ST BIRTHDAY TO ALESYA UMAIRAH!!!

6 comments
happy birthday adik....

tahniah sbb sbl mencapai umur setahun adik dah pandai berjalan, melangkah 2,3 tapak ke depan.. dan pandai memanggil 'mama' dan 'papa'... perkataan pertama 'amboi' - adik ni suka berleter... since umur 10 bulan.. tak sabar nak tunggu adik pandai cakap.. nnt boleh layan kakak berbual.. :)

Friday, November 23, 2007

projek scrapbooking mama

2 comments
nie antara digital scrapbook yang dah siap..tapi sebenarnye bukan scrapbook pun..sbb lebih kepada photo editing utk print 4R..kalau scrapbook kan besar2 dan lekat kat album.. belum masanya kot.. setakat print 4R pun jadi la.. :)

sian dini..

2 comments
hari nie hari last dini dijaga oleh kak nor.. sbb kak nor atau panggilan dini 'mak' dah nak berpindah ke pahang.. sedih sangat sangat sbb kak nor dah jaga dini since umur dini 2 bulan.. dah 3 tahun lebih dah.. pastu dini ni sgt rapat dengan anak bongsu kak nor, Irfan... dini dan irfan ni dah macam 2 beradik.. sbb dari irfan umur 2 tahun... taktau la mcm mana nak menghadapi perpisahan kejap lagi.. ader yang nangis ni.. kak nor pun dah sedih2 nak berpisah dengan dini.. si dini pulak masih tak paham..dah byk kali kitorang ckp psl mak nak pindah balik kampung..dia ok je sbb dia ingat mak nak bercuti je.. tak tau la mcm mana nanti.. nak cari nursery/penjaga baru pun memeningkan.. rasanya thn dpn nak htr dini ke taska dah sbb kalau ikut tahun dia dah 4thn nnt.. tapi kalau ikut bulan mmg lambat la masuk 4thn sbb birthday bulan 10...

hopefully silaturrahim antara kami dan kak nor sekeluarga tak putus begitu saja.. insyaAllah kami akan ke Pahang selalu nnt... thanks kak nor sbb jaga dini spt anak sendiri.. belikan baju.. masakkan makanan fave dini hari2... hanya Allah yang dpt membalasnya...

Wednesday, November 14, 2007

my princess ~ Ardini farhana

4 comments
gambar2 nie ambik masa kat umah nenek dini kat pahang.. puas memujuk dia bergaya..dia jenis yg tak lekat kat satu tempat..pastu mama tipu2 merajuk tanak kwn ngan dia.. cepat2 dia pujuk sambil cakap..ok ok mcm ni ek? kelakar la pulak..


open house dan kenduri kawen..

0 comments
hari sabtu tu ada beberapa jemputan.. kitorang decide cuba pergi ke semua tempat .. mula2 tu ikut hubby ke Cititel Hotel, MidValley utk jamuan guru.. kol 2.30 kitorang bertolak ke Majlis resepsi Siti Zurina di Cheras.. jem yang amat.. last2 kitorang sampai dpn lift dewan tepat pukul 4.00.. syukur dapat jumpa dengan pengantin.. berseri2 saja pengantin.. walaupun keletihan melayan tetamu.. balik dari cheras terus ke umah bestfriend merangkap opismate, zaihan kat taman kami gak.. nama je setaman tapi ni first time pegi umah die...hehe..sampai dalam kol 6 lebih.. (balik semayang asar dulu)..sonok je si alesya dapat main ngan ammar...
lepas balik.. malam tu dini demam teruk.. terus kitorang gi klinik biasa kat umah pekse dini.. alesya.. mama n papa sekali.. sbb semuanya demam.. so isnin dan selasa mama mc..rabu dan jumaat pulak ambik cuti.. khamis tu deepavali kan.. kitorang decide nak balik pahang sbb nak carikan air penawar utk demam campak alesya.. sian betul habis muka dia bintik2 merah.. hari sabtu tu Alhamdulillah semuanya dah sihat walafiat.. danbertolak balik ke kl pada hari ahad.. sempat singgah umah staf kat sungai buloh.. :)





bergambar dengan pengantin..si kakak dan adik pelik sungguh nampaknye..hehe




















alesya n ammar zarif













alesya yang demam campak..sian anakku..

Thursday, November 1, 2007

csi...

3 comments
semalam tiba2 terlintas nak tgk csi miami awal.. biasenye kitorang akan tgk siaran ulangan hari ahad.. tapi disebabkan dini tak puas lg nak main.. sementara temankan dia.. sempat la menunggu csi kol 10... hubby dah tido temankan alesya kat atas..

tapi tak puas hati giler.. kenapa kenapa kenapa dia mati???? betul ke dia mati? takkan derang nak matikan watak dia kot.. aku suke dia.. aku suke watak dia.. ish bersambung la pulak.. tak sabo nak tunggu next week..

Monday, October 29, 2007

open house sana sini..

5 comments

sepanjang hujung minggu lepas memang tak henti² menerima jemputan rumah terbuka.. syukur Alhamdulillah thn nie boleh dikatakan semua jemputan dpt dihadiri..kecuali yang tak bagi peta tu kitorang tak pandai nak pergi..

bermula dari pagi sabtu ada jemputan sambutan hari raya di surau fasa kami.. jalan kaki je ke situ.. pastu kami bertolak ke Kepong umah farra... Alhamdulillah tak sesat ikut peta yang farra bagi tu.. jalan pun clear aje ikut jln kuching.. :)

lepas tu kami singgah pasar malam Jln TAR utk beli blouse open house esok nye.. (baju raya sume tak sempat basuh lagi..hehe)

esoknya ahad pagi kami bertolak ke umah abg long di kota kemuning.. sonok betul si alesya dan kakak main dengan abg2 sepupu.. lepas zohor kami bertolak ke Sungai Buloh umah bos lama.. itu pun boleh tahan jalan..sib baik peta tu membantu... balik umah singgah umah sedara di kawasan taman perumahan kami gak tapi fasa lain..tapi dia tak ada di umah.. sampai di umah kami, akak jiran sebelah jemput ke rumah sbb ade open house jugak.. agaknya dia tinjau2 kitorang asyik tak lekat kat umah je.. makan laaagi.. byk betul derang masak.. air saje ade 4 jenis.. mcm2 jenis koktel.. heavy food ader 5 jenis kot..sume dimasak sendiri.. rajinnye la jiranku... :)

adik dan kakak pulak.. Alhamdulillah tak buat perangai sgt.. cuma kalau panas mula la dia tak selesa... si kakak tu tak la risau sgt sbb dah besar.. cuma adik kena gilir2 la makan.. kecuali masa di umah farra.. si adik dan kakak sepakat duduk sama2 sambil tgk org lalu lalang.. mama dan papa sempat gi makan.. :)







Friday, October 26, 2007

projek hari ini..

2 comments
sementara menunggu diana ready nak gi shopping (harini hari jumaat :) )...so sempat la siapkan scrap book sempena jamuan raya di opis ku...chaiyoo chaiyoo (dua di bawah tu sifoo diana yang buat..)











Monday, October 22, 2007

kami dah kembali ke KL

3 comments

Hari Raya tahun nie agak sederhana.. kadang2 terasa gak kesunyian bila Arwah nyang timah..wa mah dan wa man dah tak ada.. selalunya ptg sbl raya arwah wa mah akan hantar pulut kucai dan kuih2 traditional ke umah kami.. tapi balik kali ni umah pasangan sehidup semati di kosong tiada penghuni.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka..

kami bertolak balik ke perlis sebaik sahaja slp subuh hari Khamis.. lepas sahur dah tak tido.. dan terus bersiap2 spt nak ke tempat kerja.. Ahamdulillah jalan masih lengang..walaupun hari ni hari kerja dan rasanya masih ramai warga kota yang belum bercuti.. kami cuma berhenti rehat utk bancuh susu anak2 dan suapkan makanan anak2 di R&R Sg perak.. tapi nak ke toilet punyala beratur panjang.. terpaksa la kan.. jalan agak sibuk melepasi highway Ipoh.. lepas tu clear saja.. cuma hujan turun sikit2..Ahamdulillah selamat sampai di lkampung halaman kol 2.30pm...slp 2 kali berhenti rehat dan isi minyak sekali..

sampai di kampung mak dah sediakan segaka lauk pauk yang amatlah lazatnya... sabar2.. menunggu waktu berbuka...

Hari Jumaat kami sempat sediakan sejenis lagi kuih raya.. pastu adik ina sediakan kek coklat lembab.. mak ngan kak iza pulak sediakan lauk pauk utk berbuka dan rendang daging utk makan dengan ketupat.. rendang daging ni mmg mak la yg prepare..kami tukang ngap je..bertuah betul anak2 mak..dah la semuanya pompuan..

hari raya 1st : dini buat kali pertamanya ikut papa gi semayang raya kat surau.. yg bestnya dok tempat lelaki sbb dah tak kenal tok n kakak2 lain (semua dah pakai telekung)..so dini dok kat belakang sekali dengan abg rafiq n abg hariz (sepupu dini)... sib baik dia diam je.. risau gak takut berlari ke sana sini..

lepas semua balik dr semayang raya kami ke pusara arwah tok timah (moyang).. tok embun pun ikut sekali.. aku tak dpt menahan air mata sbb ini kali pertama ke rumah hakiki arwah.. masa arwah tak ada kami tak balik.. (arwah meninggal pada hari ibu tahun 2007, 2 hari sbl birthday ku..)

pulang dr pusara kami beraya ke umah tokngah gon dan tok ngah mud.. sedap tul makan nasik tomato dan laksa perlis makcik siti.. pastu tunggu di rumah menyambut tetamu...sampai la petang.. hujan lebat..

raya ke2: mula beraya ke umah kawan2ku dan kawan2 hubby.. ke umah suraiza di jawi dalam..suraiza ni kawanku since form 4 kat Derma.. lama gila tak jumpa sib baik ingat no. phone umah dia.. dia sekarang tgh sambung kpli utk jd cikgu.. sorang lagi kwn ku jadi cikgu.. jeles makcik.. petang ke umah Tok Wan di mata ayer.. sian tokwan nampak uzur... mungkin masih bersedih atas kehilangan Tok Pon lebih kurang 2 bulan sudah..

raya ke3 : ke umah kawan lama since form 1-3 SMKAP,sabarina.. ni pun dah jadi cikgu kat aloq setaq.. dah ada anak sorang.. gebu betul aiman.. cuma tak sempat main ngan aiman sbb dia tido..petang pula bos lama ku dtg beraya.. en anwar and family.. thanks sbb sudi dtg dr aloq setaq... :)

seronok juga raya kali ni sbb dpt jumpa kawan2 yang lama tak jumpa.. ada yang tak sempat jumpa tapi sempat bertukar2 cerita.. itu sudah cukup mengubat rindu.. insyaAllah kalau cuti panjang lagi boleh buat reunion..

kami pulang ke kl hari sabtu pagi.. mula tu plan nak balik jumaat.. tapi bila memikirkan sayang pulak cuti masih berbaki 3 hari.. jadi kami balik sabtu..cukup la untuk berehat 1 hari pada hari ahad tu...

ni gambar yang sempat ambik.. bukan senang nak kumpul anak2 utk bergambar..especially dini yang dah pandai berkawan.. dan tak hirau dah kitorang ni.. sampaikan malam waktu tido pun dia suh kitorang naik dulu..pastu abg2 sepupu dia akan hantar dia naik tido bila diorang pun nak tido.. rapat betul anakku nie dgn abg2 sepupunya..


untuk gambar2 raya..boleh lawati fotopages kami.. sila klik sini


Wednesday, October 10, 2007

Salam Aidilfitri..

0 comments

Monday, October 8, 2007

happy birthday to adik ina gak..

4 comments

sowi sowi sowi..lupa lak nak wish..padahal birthday adik ina sama ngan birthday dini..adik ina ni satu² nya adik ku.. sambut birthday sama ngan dini.. 4.10.1983.. nampaknya tahun ni dini and alesya boleh collect duit raya lebih sbb maksu dah kejer.. hehe..edit khas gambaq nie khas utk adik ina sbb dia minat fazley.. :)


Thursday, October 4, 2007

happi birthday to ardini..

4 comments
happy birthday to you..happy birthday to you...happy birthday to dini...happy birthday to you...dah 3 tahun anak mama nie yer...pejam celik pejam celik rasanya baru lagi dini celebrate birthday yg kedua thn.. utk thn nie mama sediakan kek chocolate moist utk dini..dini suke kan.. mama doakan semoga dini sentiasa beroleh keberkatanNya..membesar menjadi anak yang solehah.. belajar pandai2..jadi org yang berguna.. jangan lupakan keluarga..jaga adik baik2... bla bla bla...



ok nie gambar dini n kek semalam.. gamba mama takde sbb mama tak ready nak bergambar..gambar adik licha pun takde sbb adik tak balik lagi time tu.. petang baru ambik adik.. nnt bulan dpn kita celebrate birthday adik pulak ek..







Wednesday, October 3, 2007

esok... 4 haribulan...

9 comments
Dini.. esok birthday dini tau... dah 3 tahun berturut-turut Dini sambut Birthday dlm bulan Ramadhan.. apa mama nak prepare yer.. tunggu esok...

Monday, October 1, 2007

Balik kampung ooooo balik kampung

3 comments

weekend kali ni kami balik ke Kuantan..sonok betul dapat merasa berbuka puasa dengan family.. selama ni dok berbuka berempat je.. sesekali berbuka sama² beramai²..syok habis.. yang lagi best tu bila MIL maak asam pedas ikan patin dengan ikan patin goreng rangup.. perghh terliur pulak..

sempat la keluar ke kuantan cari kopiah cik abang utk semayang raya nnt.. hari tu dah gi cari kat masjid India.. tak ade yang berkenan la pulak.. tapi thn ni rasa mcm tak meriah sgt la Jln TAR tu.. agaknya org keje kerajaan tak dpt bonus kot.. hehe

berbalik citer di kampung.. Si alesya spt biasa..hari pertama tu jangan harap la nak berenggang dgn mama.. kalau org acah2 nak ambik dia.. terus panjat atas riba mama.. ish ish ish.. manja betul la.. hari ke-3 nak balik tu baru la nak main dgn Tok, Aki.. & mak2 sedare yang lain.. yang peliknya tu.. dia cukup takut dengar ayam berkokok.. kalau subuh2 tu dah bangun sbb dengar ayam berkokok... yg bestnya kalau bawak gi tgk ayam ok je.. sib baik la ayam tu tak berkokok kat depan dia..kalau tak mau nya meraung.. kelakar betul la adik.. tau la kat KL takde ayam berkokok.. hehe

p/s : tak sabar nak tgk baju raya purple kami.. especially baju kurung anak2.. minggu depan baru leh ambik kat kak tailor...

Thursday, September 27, 2007

kad raya...

5 comments


seperti biasa tiap² tahun.. company tempat aku bekerja nie akan bagi kad raya free utk diberikan kepada pelanggan/rakan/sedara... tapi tahun ni cuma dapat 5 keping je.. sbb dah allocate utk sales bagi kat customer.. so kami yg support ni ambik lebih2 jer la.. tu pun syukur Alhamdulillah..dapat gak bagi kat kawan² lama..family di kampung and kat baby sitter dini..

chocolate chips...

5 comments



Untuk bagi wanie jeles dan kecur liur lagi.. nie dia gambar chocolate chips closed up drp tupperware yang dah tinggal separuh.. hehe




Tuesday, September 25, 2007

juadah berbuka hari ini...Ramadhan 13

8 comments
Hari demi hari selera makan tu makin kurang pulak.. especially masa bersahur... hari nie menu kitorang ialah Paprik ayam....resepi tayah la kot sbb senang jer.. cukup mudah dan cepat.. rasa pun sedap :)














nie gambar cornflakes madu yang buat last weekend tu..

Monday, September 24, 2007

Aktiviti di hujung minggu...

0 comments
Nampaknya minggu ni bersemangat betul nak mencuba resepi2 baru.. plannya nak sediakan sejenis lagi biskut raya, pastu nak buat begedil..laksa perlis dengan pasta goreng...

so hari Sabtu tu aku sediakan laksa Perlis.. sebenarnya dah lama teringin nak makan laksa mcm mak selalu masak di kampung.. biasanya setiap kali balik perlis mmg akan masak utk kami.. tapi disebabkan dah lama tak balik.. terasa mcm nak masak laksa sendiri.. pagi2 sabtu dah ke Giant cari bahan² spt ikan..laksa dan sayur²....pastu beli sekali kelengkapan nak buat begedil dan pasta goreng...
tapi disebabkan keletihan pergi Giant hari Sabtu tu...aku cuma sempat sediakan laksa dengan puding milo..

so ini lah resepi utk laksa dan puding milo tu...Alhamdulillah laksa menjadi mcm mak selalu masak.. terubat gak rindu nak makan laksa mak.. :)


Laksa Perlis (Resepi Mak)
  • 2 ulas bwg merah
  • belacan
  • 3 keping asam gelugor
  • 5 sk cili
  • 1/2 bungkus laksa segera (ada di giant)
  • 10 ekor ikan sardin
  • Bunga Kantan
  • Daun Kesum
  • Timun/Limau Nipis/Cilipadi/ulam raja/bawang besar
  • garam
  • gula
Cara² nya :
  1. Masak air rebusan ikan, masukkan bwg, belacan, cili & asam gelugor
  2. Masuk ikan yang telah dikisar
  3. Masuk gula, garam
  4. Rebus laksa (dlm 5-10 minit)

  5. Hidangkan laksa bersama-sama ulaman , boleh ditambah dengan petis

Sedapnyerrrr... sorry gambar tak sempat ambil sbb waktu hidang laksa ni ngam² nak berbuka..


Chocolate chips














Pasta Goreng
Hari Ahad sempat sediakan biskut Cornflakes Madu..tak sempat upload gambar... Sonok betul hujung minggu lepas.. walaupun ala kadar, sekurang-nya tangan tak kosong bila balik kampung nanti ...

lanjutan post yang lalu..Adik Nurin Jazlin Jazimin

0 comments
Tak mampu nak berkata-kata..tak mampu nak menulis..seluruh negara dah mendoakan semoga pembunuh kejam berhati melebihi binatang itu akan ditangkap dan dihukum dengan seksaan dunia dan akhirat.. amin...

Untuk cerita sebenar di sebelah pihak keluarga arwah.. boleh baca di BLOG ini..

Thursday, September 20, 2007

Menu Berbuka Semalam

0 comments
Apa Menu Berbuka semalam ek..
  • ikan cencaru sumbat
  • sup daging
  • sayur kacang buncis goreng kuning...
sup daging tu feberet papa, ikan sumbat tu feberet mama, and kacang buncis tu feberet dini,, (sbb ader udang)....

tak sempat nak ambik gambar sbb dah ngap dulu..hehehe

KLJ Mode

2 comments
Hari nie aku ada meeting di Kelana Jaya... dah lama tak dtg sini..ada la dkt setahun kot... betolak dari Kinrara kol 7.00...sampai kat LDP nampak poster besar sangat drp LDP dengan Takaful Ikhalas mengiklan kan sesiapa yang ternampak adik Nurin... Aduh tersentuh sangat hati aku.. sebagai seorang ibu.. mcm mana la perasaan ibu bapa dia.. tambahan pula dah nak Raya nnt... sedihnye.. Ya Allah Ya Tuhan ku...semoga adik Nurin selamat ditemui dan pulang ke pangkuan ibubapanya secepat mungkin... Amin...

Tuesday, September 18, 2007

Menu Berbuka ~ Ramadhan 5

4 comments
Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah sbb tempat kerja mama benarkan kami balik pukul 4.30 sepanjang bln Ramadhan ni.. sampai di Kinrara utk ambik Dini dlm kol 5.00(kalau tak jam)...pastu ambik adik pulak di BK5..sembang² jap dgn kakak tanya perkembangan Alesya.. pastu baru balik umah.. sampai umah dlm kol 6.00pm... ok la sempat lagi kalau nak memasak..

Macam semalam..hubby dah blend semua ramuan... dah keluarkan udang... so mama volunter utk memasak.. switch dgn dia...dia jaga alesya.. so menu kami semalam adalah menu kegemaran mama.. (dah request sehari sbl) :P.. Ikan Masak Lada Hitam.. dgn Udang Goreng Kunyit..nak masak pun simple je especially udang goreng kunyit tu.. dini suke sgt udang goreng tu.. nak memudahkan keje mama kupas kulit udang tu sbl goreng.. jadi tak la mengambil masa bila suapkan dini nnt... (utk elakkan dia berjalan merata-rata masa mkn...better suap)

sebut psl ikan masak lada hitam ni.. tiba² je sehari sbl nya mama teringat masa berpantang dulu..ini la menu utama sepanjang berpantang..... ikan yang digoreng (minyak minima)..pastu campur dgn bhn² blend spt halia..lada hitam.. dll.. fuhhh mkn dgn nasik panas..mmg membangkitkan selera.. taktau la dgn org lain.. tapi masa berpantang mmg tak sabar² nak makan nasik sbb lauk sedap..hehe..

malam nie tak plan nak berbuka dengan apa lagi... tapi hari ni cuma bersahur dgn air masak je.. tak selera sbb sakit tekak dan batuk.. si adik dan kakak awal² dah bangun... dengar alarm agaknye..

akhir kata... selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti...

lalalalala ima dah update blog !!

0 comments
Hehehe..ima.. welcome back.. catat rekod betul la ko nie.. bayangkan tak update blog since 26 Mac 2006.. ish ish ish.. sib baik la aku tak delete lagi link tu.. sbb ko kater dah lupe password.. lain kali tanye la aku..sbb aku tau password ko hehhehe...

wanie and ija.... apa lagi..lawan cik ima tu... jom kiter update blog ramai² ... hehhee

Monday, September 17, 2007

Ayam Berempah n Kurma Telur

0 comments
Hari Ahad kami decide tanak keluar rumah dan masak sendiri... so hari ni mama masak lagi guna resepi papa.. hehe

Ayam Goreng Berempah (Untuk 2 Orang Makan)

Bahan Perap :

  • 1 Ulas Bwg Besar
  • 1 Ulas Bwg Merah
  • 3 Ulas Bwg putih
  • 2 cm halia (lbh kurang)
  • 2 Btg Serai
  • garam (secukup rasa)
Bahan Lain :
  • 4 ketul Ayam
  • 1 sk Serbuk Cili (kami guna Baba's)
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sb madu/gula (terpulang tahap kemanisan masing²)

Cara-cara Menyediakannya :

  1. Blend bahan² perap + air 250 ml - sampai hancur
  2. Gaul ayam dengan jintan, serbuk cili dan bhn² perap
  3. Perap (minimum 1 jam) - kami biasa perap sejam jer
  4. Goreng sehingga masak dan garing

Kurma Telur (Untuk Makan 2 org)

Bahan-bahan Tumis :
  • 1 ulas Bwg Merah
  • 2 ulas Bwg Putih
  • 1 ulas Bwg Besar (dibelah empat)
  • 5cm Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih
  • Bunga Lawang
  • Lada Hitam (sdkt)
  • Minyak utk menumis
Bahan-bahan lain :

  • 1/2 bj Tomato
  • 1/2 bj Potato
  • sedikit Carrot (dipotong dadu)
  • Air (1 1/2 gelas) - lebih kurang
  • Pek Rempah Kurma (24g)
  • Susu Cair (1/4) gelas

Cara Menyediakannya :

  1. Tumis Bahan-bahan tumis tadi
  2. Campurkan rempah kurma dlm periuk sekali dgn bhn² tumis
  3. Masukkan air
  4. Kacau sampai menggelegak
  5. Masuk susu dan kacau sampai menggelak
  6. Masuk tomato, carrot & bwg besar
  7. Kacau sampai pecah minyak
  8. Masuk telur, jgn kacau
  9. Masuk gula, garam secukup rasa


p/s : boleh gantikan telur dengan ayam/daging..kadang² kami rebus dulu telur..ikut selera masing²... mudah kan?



Puding Kastard Resepi Mak

3 comments
Bestnya kalau hari² dapat bercuti dan dan berpuasa di rumah.. boleh la masak juadah berbuka sendiri...

Untuk berbuka hari Sabtu, mama sediakan puding kastard, dan sardin roll... pastu untuk lauk kitorang pegi beli sbb plan hari kerja nak masak.. terbalik pulak kan..org hari kerja beli.. sbb ni la masanya nak keluar sama² pilih lauk bwk anak² sekali... so untuk lauk hari sabtu kitorang beli ikan keli masak cili dengan kerabu taugeh + kerang.. so dibawah ini ada resepi utk puding kastard yang mmg favourite kitorang resepi mak.. mmg dari sekolah rendah kg mak selalu sediakan puding ni letak dlm acuan Tupperware bentuk bunga²..bentuk shell pun ader.. tp skrg dah tak ader acuan mcm tu.. kalau ader boleh la buat lg..nampak cantik dan rasa sedap..

Puding Kastard (Resepi mak)


Bhn² :

1 tin susu sejat Ideal
2 bj telur
Gula 1 1/2 cwn
2 sb Tepung kastard (+ air sedikit utk elak berketul)
Agar² 1 bungkus
Secubit garam
Air (sehingga agar² tenggelam dlm periuk

Cara-cara menyediakannya:

  1. Kacau tepung kastard dengan sedikit air utk elak berketul

  2. Blend susu 1/2 tin, telur, tepung kastard

  3. Masak agar² dgn air sampai hancur

  4. Masukkan gula, bahan² blend tadi dan semua susu

  5. Masukkan garam utk lemak

  6. Campurkan kesemua bahan ke dlm loyang/acuan (ditapis)

  7. Sejukkan

kalau nak buat puding marble coklat..cuma ambik secawan adunan puding tadi dan campurkan dengan milo.. pastu masukkan dlm loyang berselang seli dengan puding kastard tadi... senangkan?

Friday, September 14, 2007

Menu Berbuka - 1 Ramadhan

8 comments
Syukur Alhamdulillah.. seronok rasanya dapat balik awal dan sampai rumah awal.. sempat la nak masak sendiri untuk berbuka.. tapi mungkin kami akan selang seli dengan beli di pasar ramadhan...

Menu kami...
  • Nasi putih
  • Ikan siakap masak sweet sour
  • Sup sayur

Beli :

  • Kuih pelita
  • Air tebu

yummyyyy!!!


esok cuti.. insyaAllah nak buat puding kastard.. kalau ada masa lebih nak try buat muffin resepi wanie.. ini kalau rajin la.. kalau menjadi dapat la buat untuk Hari Raya nanti... mood memasak dah datang balik ni.. :)



<<== kakak cube dulu..



Thursday, September 13, 2007

puasa dan gegaran..

2 comments
Terlebih dahulu dicapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam.. semoga sentiasa diberkatiNya...

Hari ni kitorang bangun sahur pukul 5.00.. masak yang biasa² saja.. telur masak kicap dan goreng ikan bilis... dengan air milo panas.. cukup untuksahur hari ini... selesai sahur terus bersiap² untuk memulakan tugas harian... bertolak dari rumah spt biasa kol 6.20... kalau dulu 6.30 tapi diawalkan 10 minit sbb nak hantar alesya ke umah kakak yang baru..so kena pegi dua tempat..mula hantar adik pastu hantar kakak... sementara sehingga hujung tahun sbb insyaAllah mulau tahun dpn kakak dah kena pegi school.. baby sitter kakak dah nak balik kampung..

sampai di ofis kol 7.25..waktu yang sesuai sbl parking lot penuh.. sbb bulan Ramadhan ni opis start kol 8.00...

tengah2 membaca email.. sbb smlm aku mc.. demam selsema.. so byk jugak la email yang tak dibaca... tiba² terasa kepala bergoyang... dlm hati : eh aku pening ke.. pastu lepas 5 saat goyang lagi.. tgk air dlm botol mineral pun bergocak... terus aku bangun tanya opis² mate yang lain derang rasa tak bergoyang..rupa² nya derang pun tgh konpius... terus kitorang capai handbag dan turun tangga dr tingkat 6... waktu tu org lain rileks je naik nak punch card... sbb majority yang rasa bila duduk.. kalau berjalan mungkin tak rasa...

lepas setengah jam berkumpul baru boleh naik... letih makcik... awal2 puasa dah kena exercise turun tangga.. uwaaaaaaa

tapi sekurang² nya kami ni tak la setinggi kawan²ku di Menara tu.. especially kawan ku yang preggy kat tkt 15 tu...penat la turun tangga ek.. sabo..sabo..

Thursday, September 6, 2007

Sogo Card Day.. tomorrow...

0 comments



jeng jeng jeng... agenda setiap tahun terutamanya bagi aku yang berofiskan di tengah2 kl ni.. apa lagi shopping la.. dan atakde tempat lain kat sogo la selalunye.. boleh katakan setiap minggu... esok pulak ade member's card day.. apa lagi..dah siap plan dah ngan kawan² kat sini...


ingat nak gi beli slack.. sbb baju anak² dah settle last month... konon² nya dah nak stop la.. tak tau la kot tak tahan godaan esok.. hehehe


tapi ingat lagi tahun lps.... waktu mcm ni la tgh ngandungkan alesya boleh driving gi sogo sbb nak gi member's card day.. sorang² lak tu... ish ish ish.. no wonder la anak²ku suke berjalan..


so tunggu apa yang dibeli nnt.. hehehe...


Wednesday, August 29, 2007

kepingin sangat...

4 comments
sekarang nie tengah berangan nak beli camera baru.. sebenarnya mmg dah lama tingin nak upgrade skit.. tapi still maintain dgn Nikon.. cuma nak upgrade je.. kalau dapat pakai raya ni kan best.. eermmm kena kira2 dulu.. lagipun takut kalau beli cepat2 ni.. tunggu skit lagi harga turun nyesal pulak.. so survey2 la dulu.. D40X... bile ek?

Monday, August 27, 2007

si adik dan si kakak

8 comments
dah lama tak update..sorry la kepada sape2 yang singgah tu... tak tau nape mood kureng skit nak update..padahal byk citer tapi tak tau mcm mana nak mengarang... so diringkaskan ini gambar terbaru alesya.. sekarang dah masuk 9 bulan.. tapi minggu ni dia kurang sihat..demam dan selsema...makan pun kurang..sian adik.. progress adik sekarang ni dah pandai berdiri sendiri dan 'mendarat' sendiri..hehe.. gigi dah ader 4 batang.. 2 bawah, 2 atas...

si kakak pulak dah makin petah bercakap...mcm2 soalan dia tanya.. terutamanya time dlm keter... contohnya kalau pagi2 lalu kat kinrara tu dia tanya... "mama, bila giant ni nak buka?" hehe tak sabar betul dia nak pegi giant tu... at last dapat jugak pegi masa weekend hari tu.. dapat la hadiah basikal dari mama..sbb dah lama dia nak basikal.. sbl ni basikal main2 tu ader la.. ni dah makin tinggi boleh la naik basikal betul..dia pun dengan gigihnya berlatih... dan Alhamdulillah dah pandai.. siap round2 satu rumah sambil announce kat kitorang.. "tgk dini dah pandai kan"... so ini la gambar si kakak dan basikal barunye .. :)

Sunday, July 22, 2007

workshop di penang...

0 comments



Hari ni hari ke-2 aku di penang sempena workshop internal audit... lepas tu sambung dengan workshop lain pulak di tempat yang sama.. so jadi la 5 hari aku kat sini... adui rindu tul ngan darling2 kat kl tu... nie first time aku tinggal kan adik..kakak pernah la sekali dulu masa gi taiping team building...

kakak tu sib baik la rapat dengan papa..so dia maintain dok dengan papa malam2.. tapi adik pulak aku tinggal dengan kakak di kinrara..sbb kalau time keje pun memang dia yang jaga.. sedih je waktu nak betolak tu... nak buat macam mana kan... bukannya datang nak seronok2.. tapi dah tuntutan keje...

lama gak tak datang penang ni.. sib baik la datang dengan colleague2 kat unit aku.. so tak la boring sangat... dapat la ber huha huha dalam workshop nak elakkan kebosanan dan kerinduan...


sabar..sabar...

Wednesday, May 16, 2007

Check out my Slide Show!

0 comments

kembali ke rahmatullah...Tok Timah@moyang kami

0 comments
Termasuk entry ni dah 3 kematian orang terdekat keluarga kami.. kami redha itu semua sudah ditentukan... tanggal 13 Mei 2007 iaitu Hari Ibu.. Tok Timah pula meninggalkan kami..

suppose kami memanggilnya nyang memandangkan arwah merupakan nenek kepada mak.. dan suppose moyang kepada kami.. tapi dah dibiasakan dari kecik mengikut panggilan mak.. bermula dengan terjatuh dan cedera tulang belakang.. membawa kepada terlantar selama 2 tahun lebih..

cuma di saat-saat akhir pagi ahad tu.. menurut mak, arwah sempat disuapkan nasi dan masih mampu bercakap.. semoga arwah Tok Timah tenang di sana.. setenang riak mukanya ketika menghembuskan nafas yang terakhir.. semoga tok ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan berbahagia di sana... amin..

Friday, May 11, 2007

0 comments
powered by Smilebox
Click to play Make your own Smilebox
0 comments
powered by Smilebox
Click to play Make your own Smilebox

Monday, May 7, 2007

kembalinya mengikut jejak..

0 comments
rasanya baru lagi dicatat tentang kehilangan arwah Wa Mah.. sebulan lebih selepas permergiannya yang hakiki.. wa man pula menyusul.. cinta dan kasih sayang mereka hingga ke akhir hayat.. perginya semudah si isteri.. tanpa sakit yang panjang... tanpa sebarang tanda.. mati itu satu kemestian.. cuma kita tak tahu bila dan ketikanya.. Alfatihah untuk kedua-dua wa.. wa mah dan wa man.. semoga semuanya tabah menerima.. Amin..

Friday, April 27, 2007

free..free..free

0 comments

secara kebetulan semalam kitorang on notebook kat umah ter 'on' wireless.. eh boleh connect la.. ntah sape punye.. agaknye umah sebelah kot.. hehehe.. ape laaaaaaagiiii surfing sesuke hati la.. almaklumla tak subscribe pun... tapi kalau dah ade free tu lagi bagus.. hehe

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez