Monday, October 22, 2007

kami dah kembali ke KL



Hari Raya tahun nie agak sederhana.. kadang2 terasa gak kesunyian bila Arwah nyang timah..wa mah dan wa man dah tak ada.. selalunya ptg sbl raya arwah wa mah akan hantar pulut kucai dan kuih2 traditional ke umah kami.. tapi balik kali ni umah pasangan sehidup semati di kosong tiada penghuni.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka..

kami bertolak balik ke perlis sebaik sahaja slp subuh hari Khamis.. lepas sahur dah tak tido.. dan terus bersiap2 spt nak ke tempat kerja.. Ahamdulillah jalan masih lengang..walaupun hari ni hari kerja dan rasanya masih ramai warga kota yang belum bercuti.. kami cuma berhenti rehat utk bancuh susu anak2 dan suapkan makanan anak2 di R&R Sg perak.. tapi nak ke toilet punyala beratur panjang.. terpaksa la kan.. jalan agak sibuk melepasi highway Ipoh.. lepas tu clear saja.. cuma hujan turun sikit2..Ahamdulillah selamat sampai di lkampung halaman kol 2.30pm...slp 2 kali berhenti rehat dan isi minyak sekali..

sampai di kampung mak dah sediakan segaka lauk pauk yang amatlah lazatnya... sabar2.. menunggu waktu berbuka...

Hari Jumaat kami sempat sediakan sejenis lagi kuih raya.. pastu adik ina sediakan kek coklat lembab.. mak ngan kak iza pulak sediakan lauk pauk utk berbuka dan rendang daging utk makan dengan ketupat.. rendang daging ni mmg mak la yg prepare..kami tukang ngap je..bertuah betul anak2 mak..dah la semuanya pompuan..

hari raya 1st : dini buat kali pertamanya ikut papa gi semayang raya kat surau.. yg bestnya dok tempat lelaki sbb dah tak kenal tok n kakak2 lain (semua dah pakai telekung)..so dini dok kat belakang sekali dengan abg rafiq n abg hariz (sepupu dini)... sib baik dia diam je.. risau gak takut berlari ke sana sini..

lepas semua balik dr semayang raya kami ke pusara arwah tok timah (moyang).. tok embun pun ikut sekali.. aku tak dpt menahan air mata sbb ini kali pertama ke rumah hakiki arwah.. masa arwah tak ada kami tak balik.. (arwah meninggal pada hari ibu tahun 2007, 2 hari sbl birthday ku..)

pulang dr pusara kami beraya ke umah tokngah gon dan tok ngah mud.. sedap tul makan nasik tomato dan laksa perlis makcik siti.. pastu tunggu di rumah menyambut tetamu...sampai la petang.. hujan lebat..

raya ke2: mula beraya ke umah kawan2ku dan kawan2 hubby.. ke umah suraiza di jawi dalam..suraiza ni kawanku since form 4 kat Derma.. lama gila tak jumpa sib baik ingat no. phone umah dia.. dia sekarang tgh sambung kpli utk jd cikgu.. sorang lagi kwn ku jadi cikgu.. jeles makcik.. petang ke umah Tok Wan di mata ayer.. sian tokwan nampak uzur... mungkin masih bersedih atas kehilangan Tok Pon lebih kurang 2 bulan sudah..

raya ke3 : ke umah kawan lama since form 1-3 SMKAP,sabarina.. ni pun dah jadi cikgu kat aloq setaq.. dah ada anak sorang.. gebu betul aiman.. cuma tak sempat main ngan aiman sbb dia tido..petang pula bos lama ku dtg beraya.. en anwar and family.. thanks sbb sudi dtg dr aloq setaq... :)

seronok juga raya kali ni sbb dpt jumpa kawan2 yang lama tak jumpa.. ada yang tak sempat jumpa tapi sempat bertukar2 cerita.. itu sudah cukup mengubat rindu.. insyaAllah kalau cuti panjang lagi boleh buat reunion..

kami pulang ke kl hari sabtu pagi.. mula tu plan nak balik jumaat.. tapi bila memikirkan sayang pulak cuti masih berbaki 3 hari.. jadi kami balik sabtu..cukup la untuk berehat 1 hari pada hari ahad tu...

ni gambar yang sempat ambik.. bukan senang nak kumpul anak2 utk bergambar..especially dini yang dah pandai berkawan.. dan tak hirau dah kitorang ni.. sampaikan malam waktu tido pun dia suh kitorang naik dulu..pastu abg2 sepupu dia akan hantar dia naik tido bila diorang pun nak tido.. rapat betul anakku nie dgn abg2 sepupunya..


untuk gambar2 raya..boleh lawati fotopages kami.. sila klik sini


3 comments on "kami dah kembali ke KL"

::zuraimah:: on 2:31 PM said...

amboiiiii seronoknye 2 beradik ni beraya...panjang dah rambut dini...:)

yatipruzz on 1:00 PM said...

cun nyer anak dara berdua ni :p

puterikiut on 4:02 PM said...

zuraimah : a'ah panjang dah..tapi punye la susah nak ikat

yati: ehem mak dara tak cun ke :P

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez