Thursday, July 31, 2008

Naper Site Feeding blog saye tak detect?

0 comments

pelik pulak.. nak kata tak tukar setting..dah tukar lama dah.. tapi masih bermasalah dgn site feeding nie.. hopefully semah berjaya menyettlekan.. :)

Wednesday, July 30, 2008

gambar dgn student2 baru PLKN Kumpulan 3/2008

0 comments
nie kumpulan terakhir untuk tahun ini.. seperti biasa setiap kali bertukar kumpulan lain2 reaksinya.. untuk kumpulan ke-3 nie walaupun agak mencabar kesabaran dengan kenakalan mereka, tetap meninggalkan kenangan yang berbeza dan akan dikenang selamanya.. dan yang paling penting pengalaman tu.. rasanya keberanian dan kemahiran mengajar/coaching ku bertambah..



kalau tgk kat gambar2 nie dah boleh bayang derang nie agak nakal kan.. biasa la anak2 yang tgh meningkat..tapi yang pasti persembahan akhir mereka di majlis penutup amat membanggakan.. tahniah untuk kumpulan Angklung..cikgu sayang kamu semua.. jumpa lagi di luar kem nanti.. :) (ada ke student yang baca blog nie..takde kot)

Monday, July 28, 2008

Progress umahku..

8 comments

Disebabkan ada yang bertanya tentang progress umah.. nie ada la skit gambar yang mungkin baru 10% barang dipindahkan kot.. kitorang plan nak pindah sepenuhnya hujung bulan 8 dan cuba pindah barang2 besar dan major mulai cuti sekolah bulan 8 nanti.. SCI kitchen dah confirm nak start reno dapur 14 Ogos nie.. lepas tu dah boleh start pindah rumah baru la kot...
so far bab2 kipas..lampu sume dah settle.. dah pasang water heater.. wardrobe pun dah siap pasang.. dan bookshelf sekali.. Alhamdulillah puas hati.. walaupun budget agak lari sbb barang naik lepas Julai haritu.. apa nak buat kan.. nak tak nak benda tu mmg nak beli..
smlm sempat gi amik gambar untuk pk mcm mana nak susun.. tak sabarnya nak unpack kan buku2/magazine2 dlm kotak tu.. tapi kena tunggu weekend la jawabnya..sabar..sabar..




drawing plan untuk kitchen cabinet drp SCI Kitchen..



Ruang bacaan.. belum disusun betul lagi..



ruang tamu.. lampu dah siap dipasang..
wardrobe yang dah siap dipasang..
tambahan : cermin Bilik air..
dapur yang belum dipasang kabinet..



Lampu tangga..
Bilik anak-anak

Thursday, July 3, 2008

Alkisah Rumah Lagi

3 comments
Syukur Alhamdulillah.. tanggal 2 Julai 2008, kami dah berjaya mendapatkan kunci yang ditunggu-tunggu sebelum nie.. apa langkah pertama slp dapat kunci..oppss.. buntu sekejap sbb masa belum mengizinkan.. minggu depan aku akan ke Melaka untuk workshop 4 hari.. mungkin boleh start mengemas lepas tu.. yang penting umah perlu dibersihkan utk kali pertama..lepas tu start renovate kitchen cabinet..etc etc..

semalam aku bercuti gantian sempena keputeraan DYMM Agong.. apa plannya sepanjang hari? ooo byk sgt.. kalau nak disenaraikan rasanya tak cukup 24 jam... bermula dgn ke USJ collect kunci, berpusing2 cari opis lawyer sbb sbl nie jd mem kat sebelah je..sibuk berceloteh tak perati jalan..nie la akibatnya.. bila dah kena gi sendiri baru la kalut.. pastu sambung perjalanan ke IKEA.. nie pun hal yang sama.. dah la lama tak ke sana.. biasanya ikut jln KL.. tak ikut dr arah KESAS.. tapi berpandukan direction seorang rakan bagi..Alhamdulillah sampai juga ke sana.. pelik pulak rasanya ke IKEA sorang diri.. pusing2 sambil jamu mata, berangan dan mencatat apa yang berkenan.. dah makan masa sampai hampir 3 jam rasanya.. pastu cabaran bermula bila aku sesat sampai ke batu caves.. aduhhh kelakar pun ade.. padahal damansara bukannya jauh pun ke puchong..sbb next plan nak ke puchong lak..kat situ saja dah makan masa sejam lebih.. sbb terlepas jlan nak u-turn, terlepas la sampai ke sungai buloh, kepong,batu caves, gombak,tmn melawati,ampang, cheras,seri petaling, puchong...uwaaa lamanya nak sampai puchong.. sib baik jln2 tu familiar..cuma jauh la..habis minyak ku (dah la minyak mahal)..

Dari puchong menghala ke Bandar Puteri sbb dah lama nak ke kedai kek 'Bake with Yen'..sbb kalau gi time cuti dia tutup la pulak.. dah sampai sana culture shock la jugak..sbb tak penah pergi kedai yang jual bykkkk sgt bahan buat kek.. segala acuan ade..bestyer.. cups utk muffin pun banyakkk.. best kan? boleh la buat lepas nie.. sempat la beli cups utk muffin, acuan puding bentuk bunga (dah lama cari), acuan puding bentuk shells, gula icing dan pewarna2 utk tulisam kek, pisau potong puding yg baru sbb yg lama dah hilang.. rasanya terbuang dlm tong sampah..hehe.. sempat beli cups kecik2 utk cornflakes madu raya nnt.. awal sgt ke? saja beli siap2 sementara tak ramai org.. lgpun benda tu tak rosak..boleh simpan..

lepas ke puchong terus ke Kinrara.. pastu sambung lg perjalanan ke Giant Kinrara..dan balik.. sampai umah dlm kol 4.00 pm.. prepare makanan sbl husband balik.. dan jalan kaki ke umah baru dgn husband utk berbincang idea dan langkah seterusnya... tamat lah cuti sehariku.. walaupun tak sempat nak ke Pejabat Pos nak claim subsidi roadtax.. tak sempat nak ke kedai Hardware cari knobs utk kc.. takpe.. nnt ada masa leh sambung program..

so apa yang perlu dibuat slp dapat kunci rumah?


  1. Tukar nama di bil utilities
  2. cuci lantai
  3. ukuran untuk langsir
  4. ukuran kc
  5. pasang wardrobe
  6. pasang lampu/kipas
  7. cat tembok luar
  8. cat grill dgn warna pilihan
  9. cuci kali ke-dua
  10. boleh pindahkan barang sedikit demi sedikit

itu saja kot.. untuk gambar tunggu dulu sampai dah siap k...

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez