Wednesday, March 1, 2006

patah hati...


aku frust betul..bile dengar berita dan baca paper hari nie... ini yang down nie...

Keuntungan TM susut 50.3 peratus
Oleh Abdul Halim Yusoff


TELEKOM Malaysia Bhd (TM) meraih keuntungan sebelum cukai RM1.6 bilion tahun lalu, menyusut 50.3 peratus daripada RM3.2 bilion pada 2004.



Keuntungan bersihnya pula turun 66.5 peratus kepada RM875.2 juta daripada RM2.6 bilion.

Penyusutan keuntungan itu disumbangkan peruntukan RM880 juta bagi memenuhi tuntutan DeTeAsia Holdings GmbH, bekas rakan teknikal anak syarikatnya, Celcom (Malaysia) Bhd dan beberapa pembayaran termasuk pampasan RM161 juta bagi Skim Pemisahan Sukarela (VSS), pengurangan aset dan pelaburan jangka panjang sebanyak RM158 juta.

Bagaimanapun, jumlah pendapatan TM tahun lalu naik 5.2 peratus kepada RM13.9 bilion daripada RM13.3 bilion pada 2004 didorong peningkatan pendapatan operasi mudah alih, internet dan operasi antarabangsa.

Pengerusi TM, Tan Sri Md Radzi Mansor, berkata tahun lalu syarikat terpaksa berdepan isu besar yang diwarisi membabitkan tuntutan DeTeAsia.



“Ia telah memberi kesan penurunan besar keuntungan, tetapi langkah itu perlu bagi mengelakkan masalah yang mengganggu operasi perayauan antarabangsa kami,” katanya ketika membentangkan keputusan kewangan 2005 TM di Kuala Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif TM, Datuk Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Bazlan Osman.

Meskipun penyusunan dalam keuntungan, TM mengumumkan pembayaran dividen akhir 25 sen sesaham membabitkan pembayaran keseluruhan menjadikan jumlah dividennya bagi 2005, 35 sen.

Syarikat itu juga memperbaiki dasar dividennya, iaitu daripada antara 20 hingga 50 peratus keuntungan bersihnya kepada antara 40 hingga 60 peratus.

Abdul Wahid, berkata tahun lalu, pelaburan antarabangsa menyumbang 13 peratus atau RM1.7 bilion kepada pendapatan TM.

“TM akan terus mengembangkan pelaburan pada peringkat antarabangsa. Kami telah meningkatkan kepentingan ekuiti dalam Cambodia Samart Communication Company Ltd di Kemboja.

“Kami yakin dengan potensi pengembangan pasaran di beberapa negara Asia dan akan meningkatkan lagi pelaburan pada peringkat antarabangsa dan mengambil peluang daripada perkongsian dalam Asia Mobility Initiative (AMI),” katanya.

Bagi melebarkan pengembangan ke pasaran antarabangsa yang berdaya maju, beliau berkata, TM sedang berunding dengan pemegang saham Spice Telecom Ltd, India setelah rundingan dengan Idea Cellular Ltd sebelum ini tidak dapat diteruskan.

Tanpa menyatakan jumlah kepentingan yang dijangka diambil dalam Spice, beliau berkata, rundingan perlu menyelesaikan beberapa isu tetapi pegangan ekuiti kawalan bukanlah isu utama bagi TM setakat ini.

Mengulas lanjut mengenai pencapaian TM tahun lalu, Abdul Wahid berkata, sehingga 31 Disember lalu, pelanggan mudah alih kumpulan berjumlah 20 juta iaitu 6.9 juta pelanggan domestik dan 13.8 juta di luar negara, naik 158 peratus daripada 7.9 juta pada 2004.

Pendapatan Celcom naik enam peratus kepada RM4.5 bilion dengan jumlah pelanggannya setakat akhir tahun lalu adalah 6.9 juta iaitu 1.1 juta pelanggan pasca-bayar dan 5.8 juta prabayar dan 38,000 pelanggan 3G.

Mengenai prospek tahun semasa, Abdul Wahid berkata, 2006 dijangka membentangkan keputusan lebih baik terutama mengambil kira penyepaduan pendapatan operasi anak-anak syarikat termasuk PT Excelcomindo Pratama Tbk (XL) di Indonesia.


sumber : Berita Harian

4 comments on "patah hati..."

Anonymous said...

patah hati jugakkkk

catatan i am nieta on 9:40 AM said...

punah harapan ku nak dapat bonus 3 bulan..uwaaaaaaaaa

adiksu on 11:11 AM said...

heheheh cool cool

Anonymous said...

jugak saya.. patah patah.. ualallaa

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez