Tuesday, March 8, 2011

Permohonan online utk Tahun 1 (Selangor)


Salam..untuk semua yang ada anak yang akan bersekolah tahun 2012 atau 2013 boleh la daftar di sini ya..

Alhamdulillah kitorang dah daftarkan Alesya sekali dengan sekolah kakak.. senang dah boleh daftar online..kalau tak nak kena cari masa yang sesuai pulak nak ke sekolah.. semua yang tinggal si Selangor boleh refer di laman web JPN selangor utk maklumat lanjut..

sumber : ihsan daripada laman web JPN selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/
1.0 Tatacara Permohonan Murid Tahun 1 secara Online

1. Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPMSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa atau penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2011 hingga 30 April 2011 melalui laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor melalui pautan di URL seperti berikut: http://apps.moe.gov.my/esppsel/

2. Ibu bapa atau Penjaga yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Ibu bapa atau Penjaga adalah diingatkan agar membaca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan gagal.

3. Setelah mengisi permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak bagi tujuan Perakuan Permohonan yang perlu dibuat di sekolah yang dipohon.

4. Pemohon perlu mendaftarkan nombor MyKid anak. Sila masukkan Tarikh Lahir, Daerah Dipohon dan Jenis Sekolah (bertanda *) sebelum meneruskan permohonan. Semakan nama sekolah dan di mana Daerah PPD Dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php

5.Setelah pendaftaran dilaksanakan sistem akan memaparkan maklumat permohonan termasuk Id pengguna dan No Pin. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan. Sila simpan noPin tersebut bagi tujuan pengemaskinian dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang.

6. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak 3 kali sahaja.

7. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Atas Talian eSPMSel ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

8. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

9. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon oleh murid atau menghubungi meja bantuan melalui telefon atau mengemukakan pertanyaan melalui alamat email yang disediakan.

3 comments on "Permohonan online utk Tahun 1 (Selangor)"

Ummu Auni on 1:09 PM said...

kalau ikut tahun lepas, masih kena pergi sekolah untuk submit documentation (surat beranak, sijil nikah etc etc tu). cuba akak check dgn sekolah.

puterikiut on 1:54 PM said...

ok nnt akak check.. akak rasa bwk tu lps dpt confirmation..

CT on 2:19 PM said...

ok done...mmg kene gi sekolah bawa dokumen semua..

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez