Monday, February 12, 2007

cerita sedih...


sedih sangat bila baca berita ni.. terbayang gambar di dada akhbar tempoh hari.. kepada yang tergamak melakukannya..ingat lah balasan nya akan tiba jua...

Mayat bayi dilahir tanpa bantuan : Harian Metro Ahad 11 Febuari 2007

Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN

SEREMBAN: Polis percaya bayi yang ditemui mati di Flat Lobak di sini, Isnin lalu, dilahirkan tanpa bantuan mereka yang berpengetahuan atau pakar menyambut kelahiran kerana tali pusat bayi malang itu tidak dipotong.



Jurucakap polis berkata, siasatan juga tidak mendapat maklumat mengenai kelahiran meragukan hasil pemeriksaan di klinik dan hospital swasta di sekitar bandar ini.

“Bayi itu ditemui dengan tali pusat sepanjang kira-kira 30 sentimeter, sedangkan jika dilahirkan di klinik atau hospital malah bidan sekalipun, mereka akan memotong tali pusat berkenaan.

“Setakat ini, polis percaya bayi itu dilahirkan di tempat tertentu tanpa bantuan mereka yang pakar,” katanya.

Beliau berkata, dalang perbuatan tidak berperikemanusiaan itu juga dipercayai bukan orang yang tinggal di kawasan perumahan berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang ada maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seremban di talian 06-6014999.

Akhbar sebelum ini melaporkan, mayat bayi lelaki yang dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan ditemui masih bertali pusat, ditinggalkan dalam keadaan mengiring di sebuah lorong kecil di kawasan perumahan itu.

Bedah siasat yang dilakukan pula mendapati mangsa meninggal dunia akibat kesejukan kerana dibiarkan berbogel tanpa dibalut selepas dilahirkan.

0 comments on "cerita sedih..."

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez