Wednesday, September 5, 2012

Pertandingan Bercerita Alesya peringkat Kawasan..


Memang dari umurnya 4 tahun lagi Ustazah dah cakap nak minta dia wakil sekolah utk pertandingan bercerita sebab dia sgt suka buat gaya bercerita.. bila dah masuk 6 tahun ni tercapai cita2 ustazah tu walaupun ustazah dah pindah sekolah lain... lebih kurang 3 bulan berlatih dan menghafal.. boleh tahan berjela-jela juga panjang nya cerita ni.. kisah Sahabat Nabi..

walaupun tak menang tempat pertama hingga ke-3 mama tetap berbangga dengan Alesya.. sebab dia langsung tak tunjukkan yang dia neves.. kalau mama pun rasa mcm butterfly in my stomach je waktu menunggu giliran tu.. lagipun bukannya senang nak menang..semuanya hebat2 belaka.. siap ada yang bersyair bagai... lagipun banyak cabaran nak melatih anak2 umur 6 tahun ni.. tahniah lah kepada cikgu yang melatih Alesya.. 

kalau ikutkan dia nak join team nasyid macam tahun2 sebelum ni.. tapi dah cikgu minta dia wakil bercerita apa nak dikata lagi kan... agak mencabar juga nak masuk pertandingan bercerita ni.. anak2 perlulah boleh membaca dengan lancar, menghafal, intonasi dan gaya.. walaupun cuaca agak panas, dengan orang yang tersangat la ramai, mama gagahkan juga demi nak berikan moral support kat Alesya .. lagipun ni thn last dah di Tadika...





2 comments on "Pertandingan Bercerita Alesya peringkat Kawasan.."

Smiley on 10:15 PM said...

congrates alesya n mama :)

puterikiut on 1:33 PM said...

thanks smiley :)

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez