Monday, May 7, 2012

Rak Buku Baru.. 2012


Sempena Pesta Buku tahun ni.. Kitorang decide nak tambah rak buku baru sbb dah banyak sangat buku yang bertindih-tindih sebab rak buku dah penuh.. Apatah lagi kalau lepas ni kesemua 4 jenis majalah yg mama langgan sampai.. Maunya penuh ruang bacaan tu.. Kalau tak ada rak yang sempurna takut nanti entah ke mana-mana buku & majalah-majalah tu..

Untuk rekod diri sendiri, saya snapkan gambar-gambar rak baru ni sebelum dan selepas :)

inilah rak buku yang baru sampai..sebelah kiri mama punya kanan papa punya

anak-anak siap letakkan soft toy.. sabo je la.. derang yg snap ni.. mmg bakal2 blogger tegar juga nampaknya.. hehe 

Tepi sekali sebelah kiri tu novel baru yg belum dibaca..bawah tu semua koleksi novel ahadiat akashah.. semua novel dah disusun mengikut susunan nama penulis.. senang nak cari..Tempat softtoys tu sepatutnya portion untuk majalah mama 4 jenis (Nur, Pa&Ma, Mingguan Wanita & Keluarga).. so far yg telah dipindahkan ke rak buku baru cuma Pa&Ma dan Keluarga..koleksi 2011 & 2012..koleksi sebelum2 tu masih di rak buku lama

Rak Buku lama yang telah dikosongkan dan disusun semula, sebelah kiri semua novel mama, rak ke-2 koleksi dvd korea dan souviner, rak ke-3 buku anak2 termasuk buku cerita, majalah dan buku sekolah, rak ke-4  majalah setiap bulan dan koleksi album gambar yg dah makan 3 tingkat

ni antara koleksi novel mama yang dah disusun mengikut nama penulis..

Koleksi kak Noor Suraya

koleksi Ahadiat Akashah

koleksi Norhayati Berahim & Ramli Awang Murshid


taraaaa... rak baru yang hampir penuh di sebelah kanan dengan buku2 agama & kitab inche hubby.. belah kiri masih byk yg kosong :)

5 comments on "Rak Buku Baru.. 2012"

Ummu Auni on 3:25 PM said...

nak pinjam ye buku akak

catatan i am nieta on 8:50 AM said...

Ummu Auni : no problem dear...:)

Zuraimah Ismail on 2:54 PM said...

waaaa banyaknye rak bukuuuuuu....
yg lama tu kat bilik study ek?
mcm best je ruang die..siap ada meja tuk lepak2 baca buku...

catatan i am nieta on 7:17 AM said...

ct... rak buku baru tu sblh rak lama..kitorg buat mini library kt family hall tu...:) sng anak2 nak buat homework sbb tu letak meja..

redz on 11:22 AM said...

kalau rasa nak jual koleksi buku ahadiat akashah sila inform saya
serta bagi senarai nama dan harga serta pos di Sabah
redzdha_46@yahoo.com.my

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez