Wednesday, May 9, 2012

checklist bersalin..


Walaupun dah nak masuk anak ke-4 tapi bukannya tiap2 tahun kita bersalin ye tak.. memang perlu ada checklist untuk barang-barang keperluan bersalin ni.. apatah lagi saya bersalin nanti dah hampir dengan Hari Raya.. Tentulah kena beli in advance keperluan raya untuk anak-anak termasuk mama dan papanya sekali :)

Semalam dah settle pegi beli baju baby..Plannya tak nak beli banyak sbb sebelum ni pun dah beli sikit2 dan haritu buat 5S baju kakak2 pun banyak lagi yg boleh recycle... tapi bila dah sampai kat Sogo tu faham-faham la semua nak beli.. dgn Mickey Mousenya dengan  Fisher-Price..alahai cutenya..  

jadi kat bawah ni checklist untuk barangan yang dah dibeli dan belum dibeli bagi ibu yang akan bersalinkan anak yang kedua ke atas (boleh recycle brg anak terdahulu). 

hemm lagi sebulan ni.. tapi ada lagi brg2 yg belum setel..inipun dah beli sikit-sikit sbb taknak poket terkejut.. nampak mcm simple tapi belanjanya besar gak ni.. yang dihighlight pink tu belum dibeli.. (untuk rujukan diri sendiri)

Barang yang perlu dibeli :
Baby :
1. short sleeve seluar panjang
2. long sleeve seluar panjang
3. rompers seluar panjang
4. rompers seluar pendek
5. jumper suit (tangan panjang seluar panjang)
6. stokin, mitten
7. head band
8. barut (yg bukan tali)
9. selimut
10. bedung moden (Hugme wrap)
11. tuala baby ( hooded)
12. topi
13. rocker
14. minyak angin cap piala
15. Mami Poko New Born
16. botol susu comel (utk air masak/zamzam)
17. Sabun mandi
18. Kelambu khemah
19. Tisu basah (baby wipes)
20. Cream Drapolin (elak kulit baby melecet)
21. lapik tikar getah
22. bedding set 

Mama:
1. bengkung
2. set Nona Roguy
3. Tungku moden
4. Mandian herba Aura
5. Maternity pad 
6. Stokin 
7. Nursing pad (washable)
8. Nursing pad (pakai buang)

Keperluan mengepam
1. Botol susu storage (jingle jungle/ autumn)
2. Plastik storage (Autumn)
3. Valve pump
4. Shell (BPA free)

untuk senarai penuh boleh rujuk di entry sebelum-sebelum ni ya.. (entry lama)




storage untuk booties, mitten & head band
taraaaa... baju baru baby.. rambang mata mama beli kat sogo & butik Anakku
baju yang dah simpan dalam storage box
ni peralatan ubatan.. byk lagi yg tak beli termasuk set bersalin mama
rocker yang belum dipasang...
 
rocker adik baby yang baru dipasang.. yg lama pun masih boleh pakai tapi mmg perlukan dua sbb nak tinggal umah penjaga adik nanti..
blanket pink, bedung moden, pump accessories

2 comments on "checklist bersalin.."

Anonymous said...

baby gurl gak ka kali ni....byk nampak pink ja :)-umai--

puterikiut on 1:48 PM said...

ya la tu umai.. :)

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez