Friday, August 5, 2011

pengalaman beli sendiri plat kereta di JPJ


Baru-baru ni daku ada ke JPJ Wangsamaju nak daftarkan fiesta tu.. saja nak cerita kat sini just in case ada sesiapa yg nak ke JPJ jugak..

senang sangat nak daftar.. kitorang sampai JPJ tu pukul 7.45 pagi..JPJ bukak awal.. kol 7.30 dah bkk dah..sampai je kat JPJ tu.. terus ke kaunter borang di luar bangunan.. mcm pondok ambik paskad la.. cakap nak borang beli nombor plat..

pastu kalau yg belum ada copy ic boleh buat copy kat situ..ada pondok utk fotostat kat bwh tangga.. caj RM0.50 sekeping...

terus naik tangga ke tingkat 1.. boleh terus isi borang..kalau boleh bwak pen sendiri ya..sbb tak nampak mcm ada pen kat meja isi borang tu.. lepas isi borang..kalau yg belum decide nak pilih nombor mana boleh duduk dulu sbb time ni tak ramai org pun.. takyah rushing2... boleh tunggu depan screen besar No. plate terkini..sambil tilik2 atau pikir2 dulu.. kat situ pun ada jugak nombor yg senang nak ingat mcm 6070, 6090.. kalau amik nombor kat situ kena bayar minimum iaitu RM200 + RM10 untuk caj proses... lain la kalau mmg dah ada plan nak amik no yg dikehendaki, boleh terus ke kaunter nombor giliran.. tak sempat duduk dah dipanggil dah nombor giliran.. mmg cepat sangat.. proses pun sangat cepat tak sampai 5 minit.. cuma sediakan duit dan nombor dikehendaki.. jangan sediakan satu saja.. mungkin beberapa nombor.. sbb akak kat kaunter tu boleh checkkan nombor yg dikehendaki tu available ke tak...

mcm kes daku.. mmg tak ada plan nak nombor apa2..asalkan mudah diingat saja.. jd waktu tu nombor yg tgk berjalan 2000 ke atas.. so aku mintak 6080.. tapi 6080 tak ada, try 6090 ada..terus amik.. tak sampai 10 minit dah siap semua :)

tapi kalau ada yg nak nombor cantik mcm 8080, 6060, 8888, 6688..haa tu kena tender.. tender akan keluar advance skit..contohnya kalau running number waktu tu WVP..mungkin tender dah start dengan WVS...

conclusionnya :

1. bawak salinan IC
2. bawak minimum RM210
3. simpan resit/borang daripada JPJ lepas cfm nombor plate tu utk diberikan kpd Salesman kereta nanti..

itu saja.. tak perlu dokumen lain.. senang kan :)

4 comments on "pengalaman beli sendiri plat kereta di JPJ"

Anonymous said...

tank kiu bro~

arsz2814 on 5:36 PM said...

Egt nak agkt 2814,berapa pula harganya ye? Bpe lama pulak kte boleh smpn 6ber tu?

ain said...

plate number 2 ti jpj bg kt salesman trus pas confirm ke??
boleh ke kte beli no labuan if kte dari Perak...

Anonymous said...

sbb dah bayar kereta bersama registration dll, boleh tak claim balik rm210 dari dealer kereta baru tu ?

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez