Wednesday, August 10, 2011

kisah anak-anak berpuasa..


Dah masuk hari ke-10 baru sempat nak update psl puasa.. Inipun sbb berkursus di lab.. sementara tunggu lecturer start sempat la menaip blog..

1 minggu pertama berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah kakak berjaya puasa penuh sepanjang hari bersekolah.. adik sampai pukul 5.30..langsung tak minum air atau susu.. balik rumah baru berbuka sbb tgk dah tak larat sgt dah..muka pun dah pucat.. dah la cekeding je anak2 ku.. lgipun alesya belum pun 5 tahun.. baru 4 thn lebih.. sekurang2nya dia tak pernah tinggal sahur.. Alhamdulillah derang bangun sahur dengan jayanya...

Masuk weekend je kitorang balik pahang.. paham2 la cuaca panas sangat kat pahang..kesian kat derang..jadi bagi pelepasan berbuka dalam kereta on the way balik kampung.. sedangkan org dewasa pun mmg kering tekak betul kat sana.. panas lain macam..

Kadang2 mmg kesian sangat tgk kakak.. bayangkan kalau sekolah petang ni.. pagi sekolah agama balik tgh hari dah panas kan..pastu siap2 nak pegi sekolah kebangsaan.. org balik tgh hari panas2 boleh la rehat kat rumah kan..tapi dia br nak bermula sesi petang.. mmg tak paksa dia..tak expect dia berjaya puasa penuh pun.. tapi so far mmg dia puasa penuh..cuma blk mmg terus terbaring dpn tv.. baju sekolah pun tak sempat tukar..layan je la.. kadang2 tu berbuka pun tak hbs makan.. sian kan.. letih sangat la tu..cuma nak bagi dia tak rasa penat kami ajar dia tentang pahala.. kalau kakak puasa Allah bagi banyak pahala.. kalau kakak tolong adik Allah bagi pahala..dapat masuk syurga.. sbb kat tadika dulu usatazah dah cerita kat syurga tu ada segala-galanya..nak apa pun boleh..

Itu lah cerita anak2 berpuasa..

2 comments on "kisah anak-anak berpuasa.."

Farra on 2:25 PM said...

alhamdulillah ..sejuk perut ibu mengandung :)

puterikiut on 1:41 PM said...

Farra.. Amin...

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez