Thursday, January 6, 2011

Cuti-cuti Cameron Highland 2010


Cameron Highland 2-4 Dis 2010

Dah sebulan dah nie baru berkesempatan nak bercerita psl cuti-cuti Cameron Highland.. Sebelum pergi lagi mmg dah plan nak tulis kat blog tentang cerita-cerita berkaitan percutian kali nie untuk rekod sendiri dan rujukan buat yang tercari-cari maklumat mengenai percutian ke Cameron. Bukan apa, sebelum ke sana ada la juga daku gugel..tapi tak banyak info psl nie.. tu yg berazam lepas nie nak cerita siap dgn gambar…jd senang untuk yang pertama kali nak kesana..

2 Disember 2010 (Day 1):
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 7.. lebih kurang masa org ke pejabat sebab hari ni mmg hari bekerja pun, jadi kalau lebih daripada pukul 7 takut jem la pulak kan.. Inche Hubby ikut highway Guthrie terus menuju ke Utara, dan kami pilih exit Simpang Pulai. Untuk makluman nak ke Cameron ni ada byk jalan sekarang, melalui Bentong boleh, Tapah boleh, tapi kalau ikut Simpang Pulai, jalan tak la bengkang bengkok sangat berbanding Tapah.. kata org yang pernah naik ikut Tapah la..

Kami sampai dalam pukul 12 lebih.. daripada exit Simpang Pulai tu makan masa 1 jam setengah untuk naik ke atas..

Sampai je di atas kitorang berhenti kat Pasar pagi kat tepi jalan area Brinchang tu specific lagi Kea Farm… banyak barang2 dan hasil ladang jual kat sini.. ada strawberry, ada jagung, sayur2an, souviner, payung.. semuanya gambar strawberry…. Mmg macam2 ada la.. Cuma kena bijak menawar.. silap2 haribulan tersalah beli harga jauh lebih mahal daripada pasar malam.. kitorang Cuma borong barang2 makanan sbb dah kebulur rasanya… terus telan sandwich & nasi lemak bekal sbb dah naik ke atas tu mmg sejuk kan..jadi perut pun cepat lapar..hujan pulak lebat.. nak turun beli pun susah.. makan dalam kereta je.. dapat la makan jagung bakar Cameron yang katanya manis sangat tu.. kalau yg mentah dijual RM1 kalau yg dah dibakar RM3.. boleh tahan mahal kan…

Lepas hilang segala pening dan lapar..kitorang sambung perjalanan menuju ke Hotel Titiwangsa di pekan Brinchang. Memang tak susah nak cari hotel nie.. ada byk signboard.. kalau gugel2 kan hotel nie br je beroperasi thn lepas.. mmg tak dinafikan la peralatan kat dalam bilik pun baru2 lagi.. kalau ikutkan masa cuti sekolah nie sewa RM160 semalam.. tapi sbb kitorang pakai nama staff (kwn adik) untuk booking, dapat la diskaun tinggal RM130 semalam, dan kami booking utk 2 malam termasuk breakfast. Dinner tak amik pun sbb plannya nak makan luar.. sini mcm lebih kepada vegetarian food sbb ramai pelancong luar yg dok sini..

Destinasi seterusnya ke Bee Farm,.. sbbnya anak2 sedara kata derang pernah dtg sini bergambar dengan lebah2 gergasi kat dalam taman tu.. tapi waktu tu pakai camera phone je.. kali nie kitorang plan nak bergambar betul2 dkt bee2 tu semua…

Hujan renyai2 masa sampai kat sini.. tapi redah je la kan dah alang2 sampai.. kalau daripada pekan Brinchang, Bee Farm nie dah ke arah Kea Farm tadi..dekat dengan simpang nak ke ladang teh BOH.. lepas bergambar-gambar dengan Bee tu semua kitorang singgah kat pasar KEA Farm tu, sempat la beli strawberry segar..pastu balik hotel rehat2 je...

lepas Maghrib kitorang kuar hotel balik sebab plannya nak shopping kat pasar malam..mmg sangat best la pasar malam nie.. penuh dengan pinkkkk saja.. maunya tak semuanya berasaskan gambar strawberry.. utk girls mmg suka la.. payung.. ..soft toys..baju..stationery..bukan takat anak2 yang suka..si mama nya yang over you..hehehe

lepas ke pasar malam kitorang terus balik hotel dan singgah dinner kat restoren bwh hotel tu.. Restoren Nur Kasih.. makanan kat situ ok..boleh order goreng2 ataupun nasik campo kalau sebelah siang..condition restoren tu pun ok bersih.. mmg dah banyak kedai makan kat cameron.. takde la mcm yg diimagine kan ..dekat pasar malam pun ada jual food sama mcm kat psr malam sini..

3 Disember 2010 (Day 2):
hari nie cuaca cantik.. so dapat la kami bergambar-gambar dengan riangnya... so plan nya 1st sekali nak pegi Ladang Teh BOH... jalan sana sangat mencabar.. especially kalau bertembung dengan bas.. kalau bas Express tu memang tak muat nak masuk..sape2 yg pegi naik bas mmg kena transit naik bas under ladang... bas yg muat dengan jalan yg sempit tu...

Alhamdulillah inche hubby bawak dengan penuh dedikasi..hehehe...view memang cantik.. hijau je... bila dah sampai kat tapak ladang yg dah dikomersialkan..memang hilang rasa penat & pening.. ada lawatan ke dalam kilang teh..pastu ada tempat jual2 teh..ada tester utk teh yg derang promote....dan yg paling bestnya ada cafe yg boleh minum teh 7 makan2 kat situ.. teh tariknya sedap... best.. !! sejuk2 minum panas2 mmg best...

lepas ke ladang teh kitorang ke Tanah Rata nak cari MARDI.. bila dah sampai dah petang dah nak pukul 4.. tapi sempat la beli tiket..pastu masuk dalam jalan-jalan tgk bunga ros, tgk sayur-sayuran.. anak2 paling suka main kat playground atas bukit tu...sangat cantik...

on the way nak balik dah nampak TM Resort kat tepi sebelah kiri.. dekat je dengan MARDI tu....

pastu terus ke landmark tanah rata kat tepi jalan tu..ada tulis welcome to cameron highland...layan je anak2 sedara nak bergambar... hehehhee

pastu balik untuk solat mahrib dan ke pasar malam lagi..hari2 ke pasar malam ek.. kali nie mamanya beli tupperware strawberry & pencil case strawberry..nak balik singgah beli strawberry segar...


4 Disember 2010 (Day 3):
Harinie last kitorang kat Cameron.. lepas checkout, kitorang terus ke arah Brinchang dan plan utk singah ka pasar tepi jalan Kea farm tu lagi..plannya nak beli sayur utk mak sbb lepas nie nak balik Perlis terus..tapi keter dah penuh daaaa..almaklumla nak balik kg..baju2 saje dah penuh...

jadi kitorang terus menghala ke Utara dan sampai kampung dalam pukul 3.00 petang...

kat depan kedai souviner sebelum balik

di pasar malam..hujan daa

di Ladang Teh Sungei Palas

Lawatan dalam kilang teh..



makan strawberry waffle kat Rajoo's Farm..sodap..lembut sangat
kat taman rose, MARDI
nie pun kat MARDI..cantik..
nie kat landmark Cameron.. sonok betul anak2 golek2 atas rumput..cuaca sangat menarik..nyamannnn

shopping kat pasar malam..











bergambar dalam bilik hotel









alesya memang suka posing






sementara menunggu breakfast.. self service..sejuk betul pagi2 siap pakai hand glove

















kat Bee Farm..byk patung lebah comey2..tapi tak sempat bergambar banyak2 sbb hujan..belakang tu taman yang ada banyak bunga2 sbb lebah2 yang real nie nak hisap madu..
















kat Kea Farm di Brinchang punya pasar...banyak pilihan barang kat sini..













Itu saja update untuk Cameron.. lepas nie nak update cuti2 di Fraser Hill pulak..

4 comments on "Cuti-cuti Cameron Highland 2010"

CT on 1:52 PM said...

waaaa bestnya...dah lama x gi cameron...last sekali masa adik dlm perut...so dah 3 tahun lebih dah x pegi

puterikiut on 8:17 AM said...

ct..dah lama dah tu ek..boleh la pegi lagi.. hehehe..

John Young on 2:50 PM said...

Best nye...cameron highlands
homestay : www.samguesthousehighlands.blogspot.com

ketikketok on 5:24 PM said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez