Monday, August 30, 2010

projek biskut raya 2010..Cornflakes Crunchies


Syukur Alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak buat Cornflakes Crunchy (CC)..kalau tak silap ni dah masuk tahun ke-4... kalau ikutkan sejarah la kan.. CC ni mmg faberet Kak Ani (kakak no. 2).. mmg every year dia akan request daku buatkan..siap reservekan utk makan sendiri je takmo jamu tetamu.. hehehe...

jadi thn nie tak nak hampakan permintaan dia.. daku cuba curi masa yg sesuai utk buat CC ni dalam 2 adunan.. plannya nak buat lebih..siap beli 2 kotak Cornflakes dah pun.. tapi disebabkan yg nak buatnya sorang je.. pastu oven pulak buat hal..boleh bakar 1 layer je..so kalau ada 5 tray kena 5 kali bakar... time consuming kan.. takpe sabar2...plannya nak beli yg beso skit next year.. senang nak bakar kuih raya or cakes kan...

dan ini lah hasilnya...


Dapat 2 balang tutup merah dan 1/2 cannister hijau tu utk 2 adunan..

happy sangat sbb anak2 suke....seronoknya tgk anak2 makan dgn banyak sekali.. sbb anak2 saye ni susah makan.. kena paksa baru nak makan.. tapi yg nie tayah paksa2..hehe


Ini resepinya.. (sumber : internet..sorry dah tak ingat)

CORNFLAKES CRUNCHIES (1 Adunan)

  • 1/2 cawan gula castor
  • 105g mentega
  • 1 butir kuning telur
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil vanilla essence
  • 3/4 cawan kismis
  • Ceri merah
  • Cornflakes 1/2 kotak

Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2. Ayak kedua tepung dan campurkan keadunan telur. Kemudian baru masukkan kismis dan cornflakes. Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas dan dihias dengan ceri.

Bakar selama 140 darjah celsius 15 minit dalam ketuhar atau sehingga keperang-perangan.






3 comments on "projek biskut raya 2010..Cornflakes Crunchies"

aida on 4:19 PM said...

oh bole try. Nanti nak buat sebelum naik kelas

puterikiut on 1:42 AM said...

aida...silakan..tapi suhu tu ikut kesesuaian oven yer..

puterikiut on 1:42 AM said...
This comment has been removed by the author.

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez