Thursday, August 25, 2005

update...update..


ingatkan aku sorang je dah lama tak update blog.. rupenye2 member2 lain pun ramai yg tak update.. naper ek? sume sibuk ke.. atau pun cuti2 malaysia..

+++ cuti-cuti malaysia +++
aku dah plan nak gi bercuti nie since last month lagi.. sbb cuti sekolah kali nie tak balik kampung.. selalunye kalau cuti sekolah je kitorang balik perlis.. tapi disebabkan mak nak dtg bln nie so kitorang decide nak pergi bercuti.. kebetulan cuti sekolah nie lela kawen.. (my ex-housemate kat vista angkasa) so decide tanak gi kelantan tapi gi sebelah pengantin lelaki kat muar.. bila dah alang2 gi muar tu ingat nak bermalam di melaka.. time nie la terlintas kat kepala aku nak bercuti ke melaka.. nak gi jln2 mp.. bwk dini mandi kat pool.. pastu kalau ada masa nak gi jln area mmu dulu.. tgk2 umah lama kat tmn dahlia.. teringin nak makan nasik goreng kg mak siti (tapi ada sorang junior melaka ckp gerai tu dah pindah..)

tapi tiba2 sbl cuti sekolah bermula.. plan kitorang terpaksa diubah sbb hubby aku kena gi kursus hari kenduri lela tu.. satu hari lak tu.. aduhh waktu tu frust gila sbb mmg nak sangat gi wedding lela.. nak gi kelantan jauh sgt.. tapi sbb dah plan mcm 2 aktiviti kat melaka.. so kitorang proceed jugak nak bercuti ke melaka tapi tukar tarikh.. so aku pun booking lah apartment kat Century Mahkota.. (opposite MP).. kitorang plan nak gi beramai dgn family kakak aku .. sbb kalau nak gi bercuti nie selalunye kitorang akan pergi sekali.. baru meriah dgn anak2 sedara sume..

lagi 2 hari nak ke melaka.. kakak aku terpaksa balik perlis sbb ada emergency.. so kami decide batalkan saja dan mungkin postponed ke weekend lain.. sedih pun ada... tak jadik jugak la nampaknya ke melaka..

++++ nilai 3 ++++
tak jadi ke melaka kami decide jln2 jer area kl.. aku beli buku citer lagi.. (dah masuk 3 buah dlm minggu nie).. dan esoknyer kami ke nilai 3.. saja cuci2 mata sambil survey apa yg patut.. ingatkan happening la bila cuti sekolah.. rupanya tak de orang pun... almaklumla tak gaji lagi...

++++ bersamamu tv3 ++++
ada sape2 tgk program nie? aku mmg selalu ikut.. tapi utk minggu nie tv3 combind suma2 episod dlm bersamamu special edition.. time tgk nie aku tgh dinner... rasa mcm tak dpt nak telan nasik waktu tu bila tgk mcm mana peritnya kehidupan diorang.. makan nasi berlaukkan garam.. last2 aku pegi ke dapur dan menangis sepuas2nya.. sedih sangat... masih ramai di luar sana yang hidup sebegitu susah

0 comments on "update...update.."

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez