Tuesday, September 6, 2011

Salam Lebaran 2011


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
mcm mana hari raya korang? masa kat kampung mmg tak sempat la nak berupdate blog ni.. tapi raya thn ni mcm rasa tak puas sangat nak beraya..rasa masa terhad aja..kalau keluar beraya rasa tak puas nak lepak kat rumah pulak.. thn ni kitorang balik beraya di perlis.. seminggu sbl tu dah balk pahang.. insyaAllah Hari Malaysia nnt akan balik pahang untuk beraya rumah saudara-mara sebelah sana pulak..

tahun ni agak istimewa sbb dapat beraya dengan kawan2 lama masa di tingkat 4-5 dulu.. 15 thn tak jumpa tu.. mmg sangat2 la rindu nak bercerita.. tapi Alhamdulillah sejak ada efbee dapat la kitorang contact semula.. ya la masa tu masing2 mana la ada hp mcm skrg kan.. jd kalau hilang nombor telefon rumah mcm mana nak contact..

juadah apa di hari raya? kalau balik kampung mmg antara yg paling best ialah makan makan makan... petang raya mak dah masak masakan wajib setiap tahun.. kari daging, paru..aduh sedapnya.. apatah lagi dicicah dgn ketupat pulut..ish tapi terlupa nak amik gambar la pulak kan.. satu lagi masakan wajib sambal daging serai.. ni pun boleh dicicah dgn ketupat.. mak sediakan dua jenis ketupat,,ketupat pulut & nasik impit.. nasik impit kitorang makan dgn kuah kacang ataupun sambal daging serai tadi.. adoiiii terliur ni.. sbb tgh berpuasa.. nyum nyum...
ok la.. kita layan gambar la dulu ya..sorry la kalau agak slow sbb rasanya nak upload semua gambar..semua nya special.. :)

tapi gambar ni start dari bwah ye.. tebalik la pulak..



open house pertama di KL.. umah ex-opismate


















































































lupa nak bwk balik tripod..ni blk KL baru leh gunakan tripod..













princess alesya yang suka bergambar..mcm2 gaya..tak payah ajar..dia reka sendiri..hehe






























dengan cousins.. termasuk Damia yg 1st time beraya















kawan2 masa form four-five ..tak plan pun nak beraya.. plan 10 minit sebelum je..
















































Raya ke-3.. siap2 nak berjalan raya..













































raya pertama malam.. berbaju tido sendondon termasuk mama.. hehe..




tembam kan damia.. baru 3 bulan tu..












raya pertama sebelah petang..anak2 dah tukar gaun.. cuaca panas yg amat..












dua beradik ni mmg suka bergaya..



















tapi mesti la menang kat kak ngah nye.. paaaling suka bergaya

















bergambar sebelum masing2 start beraya..


































keluarga kakak yg sulung..sedondon mcm 3 beradik lak..




























tema kami thn ni merah :)

















mak ayah..sedondon






































































































2 comments on "Salam Lebaran 2011"

Farra on 1:59 PM said...

wah wah merah gitu..utara mmg sangat terik kan raya kali ni?

selamat hari raya ! :)

puterikiut on 2:25 PM said...

farra... 2,3 hari sbl raya hujan tak berenti.. tapi hari raya tu Alhamdulillah panas..cuma terik tu mmg terik..

selamat hari raya untuk farra & family juga :) .. bila nak buat open house?

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez