Friday, December 31, 2010

sepintas lalu memori untuk tahun 2010


pejam celik pejam celik 2010 dah nak melabuhkan tirai.. mmg banyak sungguh kenangan pahit manis kalau nak kenangkan.. kalau boleh yg pahit tu mmg taknak kenang dah..yang manis2 aja ok.. tapi cuma nak recap sepanjang tahun 2010 nie sebelum bermula tahun baru sebentar lagi...


Cuti-Cuti Malaysia
rasanya tahun 2010 ni banyak sangat kitoorang pegi cuti-cuti malaysia bawak anak2.. daripada ke PD bula Feb, pastu ke Penang, Cherating, Cameron Highlands & Fraser Hills.. percutian yg biasa2 saja tapi anak2 sangat suka.. mungkin sbb dah besar..

Gadget
2. beli handpone baru E72, 2 camera baru, 1 Lumix, 1 Nikon, 1 Netbook baru HP

Keluarga
pulangnya ke Rahmatullah Arwah Tok Embun, kenduri kawen adik Ina

Hobi
Bermulanya aktiviti baking cuppies, dan seterusnya melarat ke bisness.. dan dapat ke kelas cupcakes 1st time..

itu antara coretan yang dipaparkan di dalam blog.. banyak lagi yang hanya tersimpan di dalam memori tuan punya blog..hehehe..yg lepas tu biar la lepas kan.. yang pasti apa azam 2011 ya?

1. nak perbanyakkan amal ibadat.. akhirat..akhirat...jgn duniawi je nieta
2. nak kurangkan marah2 kat anak2... (rasanya nie tiap2 thn aku berazam)
3. nak kumpul duit skit2 setiap bulan utk dibekalkan kpd mak ke Haji thn 2011 insyaAllah...
4. apa lagi ek.. nnt la dipikir-pikirkan... tengah tahun pun boleh berazam kan.. yang penting ke arah positif..Hijrahhhhh...

ok kawan2 yg baca blog nie.. Selamat Tahun Baru diucapkan... semoga tahun yang mendatang akan lebih cerah dan bermakna untuk kita semua.. Amin..

2 comments on "sepintas lalu memori untuk tahun 2010"

aida on 6:57 AM said...

Selamat thn baru juga kak

y@tipruzz on 6:29 PM said...

slamat tahun baru. moga sumer impian menjadi kenyataan :)

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez