Monday, April 30, 2012

update Pesta Buku 2012


ni entry yang paling semangat sekali nak post...utk kenang-kenangan sempena PBAKL2012.

Hari jumaat tu, seperti yang dirancang 2 bln yg lalu,saya dan bff spt biasa ambil cuti utk ke PWTC.. kami bertolak dari rumah jam 9.45. kali ni bff volunter nak drive kereta dia dengan syarat saya kena guide jln
nak ke PWTC tu.. yg kelakarnya kitorang ni selang seli, thn lps dia yg pregnant, thn ni giliran saya pula. tapi aktiviti tahunan tetap diteruskan.. semangat waja betul, yg sorang bawak perut yg sorang gigih angkut pam utk stok ebm baby kat rumah..

memandangkan kami pergi hari pertama pesta buku, org taklah seramai hati Sabtu/Ahad.. siap boleh bersantai2 sambil mengisi borang langganan majalah.. susah juga nak pujuk adik yg incharge bahagian langganan tu sbb dia sgt2 berkira utk bg hadiah.. siap kira sebijik sebijik harga langganan dan harga hadiah redeem.. last sekali slp menghabiskan lbh drp 50% drp budget buku di bahagian langganan ni berjaya la dapatkan tupperware 3 jenis & set pinggan Vantage.. mula tu pikir taknak Vantage tu sebab rasanya dah byk kat umah, tapi kalau ambil brg lain mcm tak berbaloi. pastu terpikir apa salahnya kalau ditambah set Vantage tu at least boleh tambah qty kalau ada sedara dtg rumah ke ada majlis ke.. sbb yg sedia ada pun cuma utk 6 pax.. ok tamat kisah redeem.. mesti korang tertanya2 kan mcm mn ibu mengandung ni bwk set vantage yg berat tu dgn tupperware yg boleh tahan besar tu.. apa lagi import Inche hubby la.. kebetulan dia ada kursus smpai tgh hr.Jadi sempat la dia solat Jumaat kat sana.. thanks la kat Inche hubby sbb sanggup melayan karenah isteri dia ni.. 2 kali dia ulang alik htr brg dan buku hehe...

ok cerita tentang novel pulak lps melanggan majalah yg berejam2 tu ( lama sbb yg handlenya sorang saja.. ya mmg sorang.. yg lain budak br kalau liaise dgn derang pun nnt derang akan refer ke budak senior tu.. bosan kan...)

lps lunch dan temankan bff mengepam, pergi ronda2 dewan lain pulak nak cari booth2 yg ada dlm list spt JS, PTS, Adiwarna & Ana Muslim.. cuma di gerai Pts agak keciwa sbb buku2 Tere Liye cuma tinggal 2.. yg lain semua dah habis.. katanya stok mungkin tak akan ada sehingga penghujung Pesta Buku.. pelik kenapa la derang ni tak perbanyakkan stok.. kalau tak muat tempat pun sekurang-kurangnya boleh ditambah pada hari lain.. ini bukan pertama kali, sebelum ni buku2 Andrea Hirata juga habis pada hari pertama.. sebut tentang AH, saya sempat membeli novel terbaru beliau 11 Patriot.. nipis saja bukunya tapi cukup la pengubat rindu untuk membaca nukilan terbaru beliau. Masih berkisarkan tentang Belitong :)

Jadi ini lah antara yg sempat dibeli.. 9 novel dan selebihnya merchandise Ana Muslim utk anak2.. Tak dilupakan buku-buku cerita kanak2 utk kakak dan adik.. :)

InsyaAllah hari Rabu ni saya nak lari sekejap ke sana sbb nak tukar tshirt Alesya..salah size la pulak.. pastu ingat nak beli novel terbaru Ahadiat..hrtu tak beli sbb tak bawa card Popular.. kalau ada card Popular dapat la 20% diskaun..
kak Noor Suraya @ Kak Su yang cute.. tiap2 tahun dapat jumpa dia Alhamdulillah..

ni koleksi untuk anak-anak.. tshirt Ana Muslim design baru, buku cerita dan alat tulis
ini buku dan majalah inche Hubby, sungguh berbeza genre kami ya
ibu mengandung 7 bulan ++
hanya ini saja novel yang saya beli.. tak banyak kan
seperti biasa saya sangat suka baca kata-kata kak su..walaupun sebaris ayat
barang-barang mama, paper bag Ujang tu design baru.. sangat suka kumpul..

 

3 comments on "update Pesta Buku 2012"

aida on 10:53 AM said...

kak nieta, buku apakah yang akak beli ada sain kak noor suraya tu

puterikiut on 11:23 AM said...

aida..tu buku Hang Tuah..buku terbaru Kak Su keluaran Adiwarna.. (booth Adiwarna bukannya JS).. kat luar tak jual lg.. kalau nak beli bgtau akak rs akak ada simpan voucher diskaun RM5

CT on 2:21 PM said...

wahhh dapat vantage lagi....kite x subscribe ape2..so xde la dpt goodies or freebies banyak sgt...tapi mmg berbaloi pergi first day sbb x ramai..less than 2 hours dah settle...:)

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez