Monday, May 7, 2012

Happy Birthday Adriana Qaisara yang ke-3

0 comments
Dah lama tak update perkembangan terkini Sara kan..tup tup dah genap 3 tahun dah anak mama..


Buat anakanda Sara yang mama sayangi, mama ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 3 tahun.. mama sentiasa mendoakan Adik sentiasa berada di dalam lindungan Allah, dikurniakan otak yang bijak, menjadi anak yang solehah dan sihat sejahtera...

Kalau nak tau Sara ni memang sangat manja di rumah.. dia lah Queen.. kalau dia nak apa mesti dia nak nak jugak.. kakak-kakak la yang selalu mengalah, terutamanya kakak Alesya.. harap-harap bila baby dah keluar nanti Sara pulak yang akan mengalah dengan adik..


tengok cara dia posing pun dah tau dia ni sgt 'naughty' kan..
tapi kadang-kadang dia ni sangat pemalu kalau tak kenal orang tu..
happy betul dia sbb smlm kitorang bawak main2 kat jusco..pak anjang yang rajin melayan bawak main sume mainan kat situ..suka la kanak2 ni..

pre-celebration untuk Birthday Inche Hubby

0 comments

Bila masuk bulan Mei, memang berturut-turut birthday..boleh dikatakan setiap minggu ada birthday.. bermula dengan 1 Mei birthday inche hubby.. Jadi weekend tu kami tanya anak-anak nak makan apa.. sbb minggu sebelum tu dah bwk pegi makan pizza atas permintaan kakak Dini yang sukakan chicken soup.. Jadi minggu ni semua setuju nak makan KFC pulak.. ya kami memang jarang makan di luar.. kalau nak makan fast food pun selalunya take away saja.. Jadi sesekali bawak derang makan di luar mmg sangat2 dihargai... Seminggu terperap di rumah, ulang alik ke sekolah.. walau bawak ke Giant pun derang dah happy sangat...

Jadi untuk pre-celebration birthday papa ni kitorang makan KFC dan 1 slice kek SR ..(itupun share2 sbb tak habis)... kenapa pre? sbb mama dah plan nak order kek di tengah2 Mei dan celebrate semua yg sambut birthday di Bulan Mei (so far ada 5 org sedara terdekat).. tunggu update seterusnya utk pre-celebration Birthday Sara pula..

credit to Mak Su yg tolong snapkan gambar family..
Happy Birthday Papa, terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang sangat memahami.. Kami semua sayang papa.. :)

Luncheon di Amarin Mid Valley

0 comments
Alhamdulillah perut kenyang betul ni.. tima kasih la kat sorang sahabat ni yang dari dulu memang pemurah nak belanja kawan2 dia yang bertiga ni.. nama je satu bangunan.. selang 1 tingkat lak tu.. tapi kalau nak jumpa time2 mcm ni je la.. kalau lunch hari2 tu masing2 dah ada team lunch sendiri... kitorang ni sebenarnya geng sejak zaman uni lagi.. sangat rapat ke mana saja bersama.. ada jugak2 pakwe2 uni dulu panggil geng awek basikal sampai sekarang.. mau taknya ke mana pun berbasikal sama-sama.. sonoknya zaman tu... syukur Alhamdulillah lepas grad kitorang keje di company yang sama sbb masa kat univ dulu kami berempat pemegang biasiswa company yg kitorang keje skrg ni.. :)

ok dipendekkan cite.. daripada zaman awek2 sampai zaman mak orang....kami masih berkawan.. sesekali buat gathering mcm ni.. luncheon kali ni ditaja oleh Puan Wanie sempena kenaikan pangkat..tahniah ye... nanti leh belanja lagi :P

nieta & ija

ima & wanie

Hajjah Ija


ayam pandan yang sangat yummy
cantik kan seat dia..pink color
emmmm empuk sekali
ni dessert last sekali.. sorry la gambar tak ikut susunan..cendol campur nangka..sedap :)
siakap masak stim limau.. sedap banget
eksklusif ..sesuai utk corporate function jugak
menu-menu yang semuanya nampak menarik
thanks to ija yang rajin meng'snap' gambar
tomyam campur.. sedap!
thanks kepada penaja utama :)
nie dia penaja nya..semoga murah rezeki Wanie..boleh belanja kami lagi
desert yang paling paling saya suka.. pulut mangga.. sedapnya pulut yang lembut, buah mangga yang sangat manis
sedap sampai tak terkata.. semua layan food
kailan ikan masin..
butter prawn

Friday, May 4, 2012

perfume baru...

0 comments
Perfume kat rumah dah habis.. plannya nak try yang baru.. bertahun2 asyik pakai perfume yang sama.. daripada baru kawen sampai la dah nak masuk beranak 4...oppps bukan maksudnya perfume tu tak habis2.. cuma tak tukar brand je.. kali ni nak masukkan dlm wish list sempena birthday yg ke 33... wishlist hadiah untuk diri sendiri.. tadi ke MV sempat cuba coach poppy flower ni.. wangiiiiiiiii.... plannya nak pegi beli selasa ni sempena cuti cuti ofis.. (ofis tutup sbb ada mesyuarat Agung).. yg tak satu ofis tak cuti ya.. Sogo..tungguuuuuuu... sanggup menahan diri tak shopping tadi sbb nak tunggu shopping di Sogo.. almaklumla dapat voucher birthday.. thanks Sogo sbb sudi berikan saya voucher parking flat rate RM5 je.. sape nak bagi kan flat rate RM5 kat Sogo.. mcm tau2 je makcik nak shopping berejam2 kat situ... byk stok yg dah habis ni.. nak serbu Bobby Brown, perfume & anak2 punya baju raya.. harap dipermudahkan...


Wednesday, May 2, 2012

PBAKL2012 part 2

0 comments
Hari ni 'singgah' lagi ke PWTC sbb nak tukar tshirt Alesya yg tersalah saiz. Dah alang-alang sampai terus ke PTS nak cari buku Tere Liye yg habis haritu. Alhamdulillah hari ni berjaya dapat. Kunjungan harini lebih santai tanpa apa2 list tambahan. Sambil round2 terbeli la jugak koleksi buku kerja dan majalah untuk anak-anak. Memang dari haritu nak cari majalah yg sesuai untuk yg berumur 6-9 tahun. Jadi untuk tahun ni try beli Majalah Sayang Muslim terbitan Ana Muslim juga. Dalam 1 kotak ada 6 majalah yg bukan bulan terkini pada harga hanya RM10 sekotak. Murah kan? Kalau majalah baru harganya RM5 satu. Saya borong 3 kotak terus.

Last sekali singgah booth Kaki Novel untuk beli Maaf Jika Aku Tak Sempurna, tergoda dengan review Pn.Ct Zuraimah kita... hehehe
majalah dan buku anak2 yg dibeli pada kunjungan ke-2
total kesemua novel yang dibeli.. tambahan 3 novel lagi..
tak sabar nak baca.. buku andrea hirata dah selesai.. sbb yg tu paling nipis.. :)

Monday, April 30, 2012

update Pesta Buku 2012

3 comments
ni entry yang paling semangat sekali nak post...utk kenang-kenangan sempena PBAKL2012.

Hari jumaat tu, seperti yang dirancang 2 bln yg lalu,saya dan bff spt biasa ambil cuti utk ke PWTC.. kami bertolak dari rumah jam 9.45. kali ni bff volunter nak drive kereta dia dengan syarat saya kena guide jln
nak ke PWTC tu.. yg kelakarnya kitorang ni selang seli, thn lps dia yg pregnant, thn ni giliran saya pula. tapi aktiviti tahunan tetap diteruskan.. semangat waja betul, yg sorang bawak perut yg sorang gigih angkut pam utk stok ebm baby kat rumah..

memandangkan kami pergi hari pertama pesta buku, org taklah seramai hati Sabtu/Ahad.. siap boleh bersantai2 sambil mengisi borang langganan majalah.. susah juga nak pujuk adik yg incharge bahagian langganan tu sbb dia sgt2 berkira utk bg hadiah.. siap kira sebijik sebijik harga langganan dan harga hadiah redeem.. last sekali slp menghabiskan lbh drp 50% drp budget buku di bahagian langganan ni berjaya la dapatkan tupperware 3 jenis & set pinggan Vantage.. mula tu pikir taknak Vantage tu sebab rasanya dah byk kat umah, tapi kalau ambil brg lain mcm tak berbaloi. pastu terpikir apa salahnya kalau ditambah set Vantage tu at least boleh tambah qty kalau ada sedara dtg rumah ke ada majlis ke.. sbb yg sedia ada pun cuma utk 6 pax.. ok tamat kisah redeem.. mesti korang tertanya2 kan mcm mn ibu mengandung ni bwk set vantage yg berat tu dgn tupperware yg boleh tahan besar tu.. apa lagi import Inche hubby la.. kebetulan dia ada kursus smpai tgh hr.Jadi sempat la dia solat Jumaat kat sana.. thanks la kat Inche hubby sbb sanggup melayan karenah isteri dia ni.. 2 kali dia ulang alik htr brg dan buku hehe...

ok cerita tentang novel pulak lps melanggan majalah yg berejam2 tu ( lama sbb yg handlenya sorang saja.. ya mmg sorang.. yg lain budak br kalau liaise dgn derang pun nnt derang akan refer ke budak senior tu.. bosan kan...)

lps lunch dan temankan bff mengepam, pergi ronda2 dewan lain pulak nak cari booth2 yg ada dlm list spt JS, PTS, Adiwarna & Ana Muslim.. cuma di gerai Pts agak keciwa sbb buku2 Tere Liye cuma tinggal 2.. yg lain semua dah habis.. katanya stok mungkin tak akan ada sehingga penghujung Pesta Buku.. pelik kenapa la derang ni tak perbanyakkan stok.. kalau tak muat tempat pun sekurang-kurangnya boleh ditambah pada hari lain.. ini bukan pertama kali, sebelum ni buku2 Andrea Hirata juga habis pada hari pertama.. sebut tentang AH, saya sempat membeli novel terbaru beliau 11 Patriot.. nipis saja bukunya tapi cukup la pengubat rindu untuk membaca nukilan terbaru beliau. Masih berkisarkan tentang Belitong :)

Jadi ini lah antara yg sempat dibeli.. 9 novel dan selebihnya merchandise Ana Muslim utk anak2.. Tak dilupakan buku-buku cerita kanak2 utk kakak dan adik.. :)

InsyaAllah hari Rabu ni saya nak lari sekejap ke sana sbb nak tukar tshirt Alesya..salah size la pulak.. pastu ingat nak beli novel terbaru Ahadiat..hrtu tak beli sbb tak bawa card Popular.. kalau ada card Popular dapat la 20% diskaun..
kak Noor Suraya @ Kak Su yang cute.. tiap2 tahun dapat jumpa dia Alhamdulillah..

ni koleksi untuk anak-anak.. tshirt Ana Muslim design baru, buku cerita dan alat tulis
ini buku dan majalah inche Hubby, sungguh berbeza genre kami ya
ibu mengandung 7 bulan ++
hanya ini saja novel yang saya beli.. tak banyak kan
seperti biasa saya sangat suka baca kata-kata kak su..walaupun sebaris ayat
barang-barang mama, paper bag Ujang tu design baru.. sangat suka kumpul..

Monday, April 23, 2012

Senyum Sampai Langit

2 comments
Rasanya ni satu lagi buku yang akan masuk senarai wishlist PBAKL nanti.. sinopsis dan gaya bahasa ala-ala cerita Korea..marah-marah sayang la katakan..petikan cerita diperolehi daripada Buletin JS.. Credit to Kak Ajah yang sangat rajin mengupdate buletin..





Sedikit sedutan daripada bab 13:



Saya nak pergi joging ni. Kalau nak ikut, siaplah cepat.” Aqil sempat bersuara sebelum dia hilang di sebalik pintu bilik mandi.Aufa menjeling. Mengajak macam tak ikhlas aje. Aufa melangkah ke almari bajunya. Bunyi pintu bilik mandi yang dibuka dari dalam langsung tidak menarik perhatian Aufa.“Apsal tak siap lagi ni?” Aqil geram apabila Aufa masih belum siap berpakaian sukan.Aufa menutup pintu almari, sehelai baju-T lengan panjang berwarna hitam tersangkut di bahu. “Pagi lagi ni, kalau awak nak membebel pun.” Aqil ni pun, subuh-subuh hari dah membebel kalah mak nenek.“Saya tunggu dekat bawah.” Dompet di atas almari solek diambil. “Lambat, saya tinggal.” Sempat Aqil berpesan sebelum keluar dari bilik tidur.Aufa turun ke ruang tamu selepas sepuluh minit. Alah, nama pun orang perempuan. Biasalah tu kalau siap lama-lama. “Jom.” Aufa berdiri di sebelah sofa.Aqil yang sedang membaca majalah mengangkat muka. “Ingatkan petang nanti baru nak turun.” Perli Aqil sambil menutup majalah di tangannya. Lama betul dia tunggu Aufa bersiap, nasib tak tertidur.Aufa mencebik. Pagi-pagi lagi dah cari gaduhlah dia ni. “Kalau nak bertekak sampai melompat anak tekak, tunggu malam sikitlah. Pagi gini mood samseng jalanan belum sampai.” Aufa sudah menunduk mengenakan kasut sukan di kaki.Aqil berdiri di belakang Aufa. “Ni apsal kacau jalan orang ni.” Aqil menolak sedikit Aufa yang duduk di muka pintu.Aufa menjeling geram. “Ni apa fasal tolak pakai kaki ni? Dulu dekat sekolah tak de belajar adab?” Ringan sahaja tangannya mahu memukul kaki Aqil tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu.Aqil melambung-lambung kunci kereta di tangan. “Ni apsal pakai kasut pun lama sangat? Cepatlah, nanti matahari dah terpacak atas kepala, mulalah bising cakap panas.” Aqil sudah bercekak pinggang. Inilah orang perempuan, buat apa pun lambat!Aufa bangun dari duduknya. “Ni apa fasal membebel macam mak nenek ni ha?” Membebel mengalahkan Puan Leha aje Aqil ni. Aufa menarik tombol pintu lalu pintu utama dikunci.“Jom.”“Kita pergi naik kereta?” Pelik jugak pergi joging naik kereta. Selalunya dia pergi joging dengan Hakim jalan kaki aje. Itu baru namanya bersenam.Aqil menjongket kening kirinya. “Kalau nak jalan kaki, awak jalanlah sorang.” Aqil terus masuk ke dalam perut kereta Mazda2 berwarna hitam itu.Aqil menurunkan cermin di sebelah tempat duduk pemandu. “Awak nak masuk ke tak? Kalau tak nak, saya tinggal aje.” Aqil sudah menukar gear reverse. Aufa ni minat betul jadi Tugu Negara nampaknya.“Iye, nak masuklah ni.” Beku sahaja suara Aufa. Aqil ni, malam semalam elok sahaja perangainya, tapi pagi ni terus bertukar kerek. Ada split personality ke apa?




kembali bertaut...

0 comments
ingat tak kisah minggu lepas daku bersedih sbb cincin hilang..kisahnya di sini.... kalau dah jodoh mng tak ke mana kan.. semalam abg ipar call alkisahnya dia terjumpa cincin tu kat area parking kereta umah dia... mmg sah la cincin tu tercicir waktu nak simpan dlm beg.. syukur Alhamdulillah... jimat duit makcik.. sib baik la bersabar seminggu dulu sbl pegi beli ganti.. hari ni buk dpt khabar gembira... harapnya berpanjangan la khabar gembira ni sampai bila2.. baru ka semangat nak kerja di pagi Isnin kan... 🌻




Thursday, April 19, 2012

Kisah GIGI

0 comments
Pagi td ada dengar kat radio tentang topik tips memilih pasangan..lebih kurang mcm tu la tak ingat yg tepatnya.. pastu ada sorang caller ni (lelaki) dia kata dia suka tengok kat gigi.. kalau gigi perempuan tu berterabur atau kuning something wrong la tu.. adoi kalau mcm tu tak kawen la kau dik non.. tingat dulu doctor gigi pernah cakap..gigi kuning ni kadang2 berasal drp genetic.. sbb gigi ada 2 jenis satu yg jenis putih satu jenis yg memang dari asal kuning (bkn disebabkan oleh tak menjaga gigi dengan betul).. tapi kalau nak ikut kualiti yg genetic gigi kuning ni lagi kuat giginya berbanding gigi putih. Jadi tak baik la kalau disebabkan gigi kuning terus tak nak kawan dengan org tu..

Dulu-dulu pernah jugak terdengar orang (yg belum kawen) nak yg mcm tu nak yang mcm ni.. tak nak mcm tu tak nak mcm ni.. berhati-hati tau sbb kadang2 yg kita tak nak tu yg kita dapat.. kena percaya pada qada’ dan qadar.. kalau boleh yg tak nak tu jangan la disebut pun.. takut berbalik pulak dik ye..

Wednesday, April 18, 2012

buku...buku...buku

0 comments
kawan2 dah ambil cuti ke Jumaat depan? ada apa Jumaat tu? semestinya pesta setahun sekali kita ..pesta buku 2012...

plannya kali ni taknak beli banyak kan sbb tak larat nak jalan banyak-banyak mengheret buku2 yg berat tu.. tapi untuk JS (Jemari Seni) mmg gerai wajib la kan.. apatah lagi Kak Noor Suraya ada keluarkan buku ekslusif utk PBAKL 2012 ni... tak sabarnya :)

ni antara buku baru yg tengah panas keluar dari oven ni.. memang target nak beli ni.. :)



kacang tumbuk Pak Arab

0 comments
alkisahnya sejak pregnant mmg suka makan kurma atau kismis atau apa2 kudapan yg dicadangkan mmg baik utk kesihatan mcm kacang badam etc etc...

baru2 ni puas browse mana2 supplier yg jual kurma nabi ataupun ajwa.. almaklumla sekarang ni di luar musim..kalau bulan Ramadhan mmg senang nak beli.. kalau ada pun mmg mahal yg amat.. jauh sungguh dgn harga di pasar Madinah kan...

haritu terjumpa booth pak arab yang jual kurma kismis ni di Giant.. tengok2 ajwah dia jual 100g RM18.00.. 100 g tu lebih kurang dlm 8 bj kot.. hehe...tapi ajwa yg dia jual mcm kering skit.. tak mcm yang mak beli kat Madinah..

jadi kitorang beli kurma biasa yg dlm kotak tu, lembut je... cukupla utk stok mama & Sara minggu ni.. rasanya minggu dpn akan ada jual kat lobi ofis sbb minggu dpn kan dapat B & gaji.. selalunya org T* akan byk melabur kat situ minggu depan.. termasuk la makcik.. hehe

tak jadi beli ajwa, kitorang beli kacang tumbuk ni.. ni mmg faberet mama wpun agak manis tapi mcm dah satu kewajipan kat atas meja tu jarang putus stok.. kudapan petang2 :)


lunch harini...

0 comments
harini tak masuk ofis, cuma beremail drp rumah.. jadi lunch pun simple2 je..tiba2 tingin nak makan nasik putih panas2, ikan bilis goreng garing, telur mata kerbau letak kicap letak sos letak butter... fuhhhh licin :) kenyang dah ni Alhamdulillah...

Monday, April 16, 2012

kisah cincin

0 comments
kisahnya semalam nak ke kenduri doa selamat jiran rumah depan, baru perasan bila nak pakai cincin, cincin tu dah tak ada di tempat biasa.. biasanya memang kalau balik kerja aku akan tanggalkan cincin dengan jam kat atas rak tu sbb mmmg tak suka pakai cincin atau jam waktu di rumah... lagipun nak ambil wuduk kan..

tapi kali ni dah tak ada rezeki, taktau la pegi mana hilangnya cincin tu.. bukan cincin kawen atau tunang.. tapi cincin tu mmg satu2nya yg aku pakai sejak 2 thn lepas.. cincin hadiah encik hubby sempena naik gred..waktu tu dia bagi duit pastu dia suruh beli apa nak beli.. mmg dah lama aim nak beli white gold.. aduhhh tak sangka pulak boleh hilang.. redha je la.. nnt maybe nak try cari sekali lagi.. yg peliknya jam ada je kat tempat biasa tu.. maybe sbb cincin tu kecik sangat jd mungkin dah terlekat dgn mana2 barang/jatuh...

kenapa tak pakai cincin tunang/kawen? cincin tu jadi simpanan buat masa sekarang sbb saiz jari makin mengecik.. sbb tu la nak beli cincin baru.. sbb tak selesa pakai cincin longgar...

semalam sempat singgah kedai emas PK survey2 cincin white gold.. just in case tak jumpa juga makcik kena la keluarkan duit S*IS yang bakal dpt minggu depan.. cuma sedih gak la.. gambar pun takde utk cincin tu.. huhuhuhu...

-daku yang sadis-

Thursday, April 12, 2012

layan movie di malam hari..

0 comments

lately ni agak susah nak lelapkan mata.. kadang2 sampai pukul 11 ke atas pun belum ngantuk lagi.. jadi sementara nak tunggu mata terlelap tu layan je la movie-movie kat you*tube tu.. kebetulan baru habis baca buku Dalam Mihrab Cinta.. (ya mmg makcik ketinggalan zaman)..beli dah lama tapi terperap kat rak buku menunggu giliran..



jadi bila dah khatam tu br la semangat nak tgk movie.. mmg sebelum ni pejam mata taknak tgk movie dulu kalau tak harus la makcik tak baca2 novelnya..lepas habis tgk DMC tu layan pulak Ketika Cinta Bertasbih 1&2.. itupun ketinggalan ketapi kan.. ish ish ish.. pastu lagi ketinggalan layan pulak Sang Pemimpi.. hehehe.. yg penting dah settle 3 movie tu... walaupun Sang Pemimpi tu dah lama baca..


movie dia ada sambungan tak? sape tau?









sedih la cerita ni.. nangis ooo








citer ni pun nangis gak.. huhu



Monday, April 9, 2012

kaftan blouse

0 comments


sejak pregnant ni, byk baju2 dlm wardrobe dah tak boleh dipakai.. semua kebaya kena simpan dulu...jd trend terbaru mama ke ofis atau majlis ialah kaftan... majority kaftan2 ni mama beli di online boutique sama ada supply drp Jakarta ataupun local..kalau yg kerawang dan glam tu majoritynya drp indon..


k layan gambar antara koleksi kaftan mama.. cuma purple & pink tak sempt di snap..















Monday, March 26, 2012

catatan hari ni..

0 comments
Harini saya bercuti tahunan sebab kakak minta cuti nak g htr anak ke Kuantan.. jadi saja nak catatkan aktiviti seharian sementara menunggu anak2 pergi dan balik sekolah..

5.45 : inche hubby dah kejutkan anak2 utk mandi dan solat subuh
6.30 : inche hubby bertolak ke tempat kerja, ( kalau hari biasa saya akan bertolak sekali, anak2 akan dihantar oleh inche hubby ke umh kakak yg satu lorong dgn kami, selang 4 buah rumah..), saya akan bertolak dulu sbb nak elakkan jam kalau lbh drp 6.35

7-8 : anak2 akan main ipad atau tgk tv sementara tgg van, breakfast sekali

8.00: van sekolah kakak akan dtg ambil utk ke sekolah agama, van sekolah adik pun dtg serentak
11.00: kakak balik dr sekolah agama
11-12 : kakak salin baju sekolah kebangsaan & lunch
12.00 : van sekolah kakak dtg

-layan Sara di rumah-

5.30 Inche hubby ambil Alesya di Pasti (tp hrni saya akan ambil tengah hari sbb cuti)
7.20 kakak balik drp sekolah ptg, solat maghrib, dinner & buat homework

pastu sume tidoooooo kol 9 lbh sbb esok nak bgn awal.. yeayyy


p/s: sempena cuti-cuti hrni terasa mcm nak buat cupcakes orange moist la... dah lama x baking..ni dah sihat mood baking mcm dtg balik...










Friday, March 23, 2012

cik merah dah sampai

2 comments
semalam cik merah saya dah sampai.. sonoknya!! memandangkan ada yang bertanya..saya sharekan review cik merah di sini...

saya order di sini..





bahagian dalam wallet.. mmg byk card slot & tempat letak duit pun dalam.. tak spt yg saya sangka sbl ni ingatkan sempit je tempat duitnya..





















bahagian belakang.. boleh isi bil






























dapat kotak dan care card...

sila abaikan buat yang tak berminat ye..

yang benar,
saya yang excited

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez