Salam... tiba2 semalam Inche Hubby request nak makan creampuff untuk supper.. sbb kebetulan mmg kakak kat Kinrara pun minta..katanya tak puas makan haritu..hehehe.. dan kebetulan juga hari nie hari Selasa.. ada citer LBS mama.. (LBS : Lagenda Budak Setan).. jadi dapat la mama stay up sambil buat creampuff tu.. sbb citer tu sampai kol 11.. kalau melangut je tgk tv boring pulak kan.. so sambil tgk tv tangan leh la buat cream puff.. anak2 semua papa bawak pegi surau ngaji..Sara pun ikut sekali.. sekarang nie mmg meraung la kalau tak dibawa sekali ke surau.. sampai dia dah tau azan je cari tudung nak ikut papa...
jadi kali nie nak cuba resepi
Fara aiza.. farra..minta izin akak tepek kan resepi kat sini sekali ye.. senang nak buat lain kali.. resepi farra memang sangat mudah dan tak banyak pakai bahan.. semuanya mmg dah ada kat rumah..anytime boleh buat..
ok nie resepinya
Cream Puff :(Pastry)250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
3 biji telur
(Cara2) :-
-Didihkan air dan butter hingga cair.
-Kemudian masukkan tepung yang diayak.
-Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk.
-Angkat dan alihkan dalam mixer
-Pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.
(Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan)
Custard(ni adunan asal, aku guna half je sbb dpt byk krimnyer ni)
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard
Cara2 :-
-Hangatkan susu dan gula atas api sederhana.
-Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
Nota :-
*Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
*Belah tengah cream puff dan masukkan cream menggunakan sudu.
Jadi inilah hasilnya semalam.. daku buat 2 adunan.. pastu utk custard tu ikut resepi betul2.. kiranya kalau nak buat 2 adunan boleh la pakai resepi custard tu..kalau nak buat 1 adunan perlu bahagi dua..
yang paling bestnya..smlm saja buat eksperimen apa jadi kalau tak guna butter tapi guna marjerin.. (ekonomi skit)..hasilnya.. sama saja :)
satu lagi eksperimen.. daku langsung tak ayak tepung..sbb pikir nnt nak masak bukannya nak terus mixing kan.. dan keputusannya.. tak ada beza juga...:)
jadi lepas nie kalau nak buat cream puff dah confirm akan pakai resepi nie dan tak perlu la ayak .. jimat masa.. nak jimat budget boleh beli marjerin macam gambar kat bawah nie.. dapat jimat 50% daripada harga mentega.. tapi utk kek tak sesuai la kan.. nnt kek tak sedap...nie khas utk cream puff je...

rupa cream puff selepas di pipe ..daku pakai nozzle swirl
nie first time beli marjerin.. saja nak cuba...memang jimat!

nie rupanya custard selepas pekat... kalau dah lama makin pekat..tapi senang nak masukkan dalam pastri.. nnt nak makan puff tu boleh panaskan sekejap dalam microwave..

first batch creampuff yang dah ready utk dimakan..tu tangan sara.. dia pun suka betul makan.. apatah lagi panas2 kan.. yummmmyyy...