Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

digital scrapbook again..

0 comments
Kalau dah 1 hari tu ada lebih daripada 1 post tu maknanya saya tak busy dan boring ataupun tgh semangat berblogging.. itulah yang terjadi semenjak dua menjak ni.. sbb tak nak layan sakit belakang yang sangat perit.. taknak beratkan otak.. saya nak rehat2 saja sementara menanti lagi 2 minggu nak mc rehat.. kiranya ada di ofis ni pun standby2 in case ada apa2 yg memerlukan khidmat saya...

jadi ini lah hobby saya yang dah lama tertunggak sejak mengandung ni.. digital scrapbooking..tadi terjumpa 1 program yg semestinya free utk ipad namely ScrapPad.. 

jadi inilah hasilnya :)



wallpaper baru.. yeayyy family pics..
saja nak tayang casing baru mama color pink.. hehe


Wednesday, October 19, 2011

Projek Photobook 1 Malam

6 comments
Memang dari dulu kalau siapa yg kenal rapat, daku mmg la tersangat suka kan apa2 yg berkaitan dengan gambar..tak kira la samada bergambar..ambik gambar org..tgk gambar sendiri..ataupun edit gambar.. teknologi sekarang ni kan bertambah canggih..kalau dulu kita cuma boleh print gambar menggunakan filem..waktu tu suspens je cantik ke 36 keping gambar tu (1 gulung filem biasanya 36keping gambar)waktu tu nak tak nak mmg kena 'cuci' semua.. lepas tu beralih ke teknologi digital.. haa ambik la gambar berapa juta pun.. nak print boleh pilih-pilih.. lepas teknologi digital beralih kepada scrapbooking.. sonok betul nak berscrapbook.. dengan pilihan element yg creative..ada yg free ada yg perlu dibeli.. sekarang ni teknologi yang tgh top pastinya photobooking.. dulu pun ada tapi dulu mahal..gambar kawen aje yang mampu buat photobook.. (wpun zaman makcik lom ada trend tu).. mcm dah tua sgt dah ek..




ok la sbnrnya nak cite psl projek 2 hari ni.. berphotobooking.. sebelum ni mmg ada tgk blog kawan2 n status kawan2 di fb.. tapi masa tu mcm tak berani nak mencuba.. takut tak cukup creative.. pastu tiba2 hati terbuka nak kumpulkan koleksi gambar2 bermula drp Dini kecik sehingga sekarang (Dini dah 7 thn).. campur dengan gambar adik2 dan percutian sepanjang tahun,.. jd kita boleh la namakan konsep caca marba.. almaklumla ni 1st time berpb.. jadi belum ada tema specifik..kalau ada budget lebih nnt ingat nak try buat setiap sorang anak2 ada pb masing2.. tapi kena kumpul semua gambar2 drp kecik sampai bsr la kan..insyaAllah..


jadi ini la dia dipersembahkan hasil sengkang mata mama sanggup tak pegi lunch (lunch kat dpn lappy je), tgk Cinta Elisa pun sambil buat pb.. hehe.. sbb tak sabau nak siapkan pb ni.. boleh dinamakan projek 1 hari ni.. hehehe... photobook medium potrait 8x11..

































rasanya dah 95% siap..cuma nak tambah wording.. tak sabar nak submit & tunggu kehadiran abg poslaju..hehe

Tuesday, April 5, 2011

Pesta buku 2011.. ya be da be du..

0 comments









pernah terbaca di post PTS kalau tak silap.. Pesta Buku ni umpama hari raya bagi penggemar buku.. setahun sekali la katakan.. kalau dah hari raya tu nak kena sediakan budget la kan untuk nak beraya sakan.. hehehe..


rasanya thn nie agak slow la kot..sbb byk stock2 dah habis baca lagi... cuma targetnya nak serang booth Jemari Seni.. nak cari buku kak Noor yang baru.. Langsir Biji Remia.. pastu nak cari buku Imaen.. mmg sangat suka baca buku2 dua penulis ni.. dan of course nak cari buku Andrea Hirata yang baru.. Dwilogi Padang Bulan.. kalau ada rezeki teringin nak dapatkan signature Andrea hari Ahad tu.. kalau berpeluang la kan..


untuk kawan2 yang minat dgn buku2 PTS boleh la printkan diskaun 30% daripada fb PTS ya.. jumpa di saaaanaaa


Sunday, October 31, 2010

My first cupcakes order..

2 comments












Thanks to Ima sbb berminat nak order cuppies utk anak kesayangan Aisha Sofea.. Aisha mmg suka kek coklat.. jadi Ima order cupcakes coklat khas utk makan2 di rumah saja.. lagipun Aisya dah try cupcakes ni last week & feedback pun positive..hehehe...

sangatt-sangat teruja nak siapkan cupcakes nie walaupun perlu korbankan masa tido.. (bangun awal n tido lambat).. takpa la sekali sekala kan.. aku siapkan 2 jenis cupcakes hari Jumaat malam.. (Chocolate Chips flavour dgn Blueberry) .. Blueberry tu kakak yg tempah sbb nak jamu tetamu ke rumahnya hari Ahad..

Sabtu malam pulak masa untuk mendeco-deco.. Ima tak cerewet memilih tema.. jadi aku cadangkan buat Chocolate Chips with Chocolate Ganache.. Aisya kan pencinta coklat.. :)

dan ini adalah hasilnya.. nampak simple tapi amat mencabar.. patut la kebiasaannya kalau utk Chocolate Ganache nie org akan caj lebih ya... nampak mudah tapi perlu teliti..jika tersilap sikit nnt coklat tak berkilat ataupun keras selain drp kos la kan...

lepas nie nak cuba deco mengikut tema pulak.. contohnya : tema padang rumput, Elmo, Butterfly..atau tema Edible Image spt Snow White, Barbie, Upin Ipin ataupun Sponge Bob...










Monday, October 25, 2010

ini dia... yang ditunggu-tunggu...

5 comments
hehehhehehehehehehehehehehehe...

akhirnya yang ditunggu-tunggu dah tiba masanya.. apa lagikan baking class buat julung-julung kalinya.. kalau diikutkan dua tiga kali gak pk nak pegi ke taknak.. sbb cost pun boleh tahan kan..pastu memikirkan nak tinggal sara padahal hari Ahad..

tapi sbb bukan selalu kan.. dah anggapla ianya ilmu.. selama nie buat cupcakes cuma berpandukan internet/youtube/tanya kawan-kawan yang lagi terer.. tak pernah tgk org demo kan.. so kali nie teringin jugak nak berguru.. dan kebetulan sorg rakan fwdkan iklan class cupcakes nie.. kelas nie di rumah cikgu sendiri....







tengah menimbang berat cupcakes pakai digital scale..















nie antara deco yang diajar.. comot n herot petot.. almaklumla beginner kan.. hehehe..










kakak-kakak yang join class nie jugak.. 4 org saja mmg best belajar sbb tak ramai...












tq to inche hubby yang memahami n menjaga anak-anak.. :)

Friday, October 15, 2010

jom verangan lagi..

3 comments
lately nie kan hobi ku berkobar-kobar nak baking kan.. buat muffin every week..minggu nie plannya nak buat banana muffin pulak utk dibekalkan inche hubby ke PD..ada camping dgn student..

btw.. merujuk kepada perkara di atas.. (hehe skema).. nie la yg diverangankan tu.. cantik tak? ala2 chef pompuan yg selalu baking tepi laut tu..hehe
asyik verangan je keje mak..bile nak buat keje ni nak oi... (tapi sambil berangan mak buat keje yer.. sbb tenet slow sgt lately kat opis..so menyempatla nak verangan..amacam baek punye alasan.. hehe)



Thursday, October 7, 2010

Tips-tips untuk bersemangat ke tempat kerja..

5 comments
Selalunya kalau penat balik dari pejabat, nak mengingatkan esok kena bangun awal lagi..kita akan jadi malas kan.. biasa la manusia normal kan..ada ke org yg berkobar-kobar nak ke ofis tiap2 hari? kecuali la kalau ada buah hati pengarang jantung ke kat pejabat tu kan..
bagi daku.. selain daripada niat nak berkhidmat la kan.. nie antara semangat2 dan motivasi untuk ke pejabat...oppps jangan salah anggap ye..bukan makcik buat nie masa time pejabat ye... tu dah curi tulang la pulak kan..makcik akan layan masa lunch hour dan selalunya sebelum waktu pejabat bermula..sbb makcik kan sampai awal opis..seawal 7.30..dicampo dengan sekarang nie dah tak berani tido dalam kete.. (ada nampak kete jenazah kat parking daa)..



1. Buku/novel... (contoh motivasi.. "eee tak sabarnya nak baca buku lunch time nanti..especially novel2 yang sangat best dan tak sabar nak dihabiskan")






2. cd Korea.. aku pernah bersemangat nak habiskan cd korea yang sangat best mcm citer my girl nie.. nak tgk kat umah tak sempat kan..so datang opis awal2 tgk cd dulu..hehe







3. shopping.. especially kalau dah dapat gaji/bonus/sis/atau ada Sale...mesti la tak sabar nak tunggu esok kan..






4. terkini daku sangat 'gila' mencari design2 yang cantik untuk deco cupcakes.. nie tgh semangat nak dtg opis sbb nak kumpulkan design2 yang simple dan cantik la nie...hahaha



















apa2 pun.. yang penting..kerja jalan.. hehe

Monday, October 4, 2010

Happy Birthday Anakku Ardini Farhana yang ke-6

8 comments
Buat kakak, mama ucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke-6..dah besar anak mama nie ye.. mama doakan kakak menjadi anak yang Solehah, berjaya dunia dan akhirat, dijauhkan dari bahaya, dilindungi Allah sentiasa...
cup cakes nie mama sediakan khas untuk kakak.. mama tau kakak suka upin dan ipin.. jenuh mama sorok kan waktu nak decor cuppies tu sbb nak buat surprise untuk kakak (dan adik sekali).. cup cakes nie kakak makan di sekolah dengan kawan2 ye.. We love you kakak.. muahhhhh

Wednesday, August 4, 2010

Tetralogi Laskar Pelangi..hebat!!!

0 comments
Kisah bermula apabila disyorkan seorang rakan utk membaca novel Laskar Pelangi ni..dia syorkan aku masukkan sekali ketiga2 senarai buku (ketika itu) Laskar Pelangi, Sang Pemimpi & Edensor dalam wishlist ke Pesta Buku.. tapi amatlah kecewanya bila dapat tau Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi dah habis.. yang tinggal hanya la Edensor.. laris sungguh kan.. utk mengubat kekecewaan..kubeli juga Edensor tu dengan harapan nnt boleh cari dua lagi yg awal dan sepatutnya dibaca dulu.. kisahnya ada di post yang ini.

Daku memang kagum dengan kegigihan dan kesusahan rakyat Pulau Belitong..sungguh jauh berbeza dengan di tempat kita kan.. Pelbagai rencah digarap oleh penulis kreatif yang tidak lokek berkongsi pengalaman ini.. Andrea Hirata.. Dalam Buku Sang Pemimpi buatku tertawa sorang2 bila baca sejarah bagaimana nama penulis Andrea wujud.. dan tak sangka pula beliau dapat bertemu dengan Andrea sebenar (punca nama ini) jauh di Eropah..sungguh kagum dan terharu bila baca pengalaman2 Ikal & Arai di Eropah..kisah bagaimana Ikal dan Arai boleh berjaya daripada sekolah di ulu nun jauh di Pulau Belitong ke Universiti di Jakarta dan seterusnya peringkat Master di Eropah..

tak sangka kan mimpi mereka menjadi kenyataan apabila dua2 berjaya ke Sorbone University, Perancis.. mmg patut kisah hidupnya dinovelkan.. kalau tak dinovelkan pun dah mmg nampak seperti kisah novel..luar biasa.. siapa sangka ada yang kaya dengan pengalaman spt ini… pengalaman mengembara di Eropah..menghadapi kekerasan dan kezaliman sesetengah kaum di Eropah..hanya menelan daun2 pohon ceri kerana kehabisan duit..meredah salji buat pertama kali sampai di negara orang hanya kerana sedikit masalah komunikasi..sampai berdarah2 hidung dan hampir membeku.. hebat..

Walaupun aku tak pernah ke sana.. tapi bila membaca tetralogi ni terasa seperti aku berada bersama-sama mereka menjadi salah satu watak di dlm novel.. sekalung tahniah buat saudara Andrea Hirata kerana berjaya membuat aku berpaling drp penulis2 novel yang lain (mendahulukan buku beliau).. maaf ya buku2 yg masih pending di rak.. anda semua yang terbaik.. sbb tu anda berada di situ.. akan ku lunaskan hutang2 ku utk habiskan ‘pending’ tu selepas selesai Maryamah Kapov nanti…

Daku dah habis baca Edensor.. terus bergegas cari sambungan dan finale utk kisah hidup ikal ini dalam Maryamah Kapov (baru ku tau ada 4 rupanya)..belum habis baca..dengan harapan tiada sad ending pleaseeee…semoga Ikal berjaya bertemu dengan A Ling dan berjaya membahagiakan keluarga di Belitong.. Arai pun semoga berjaya memenangi hati Zakiah..

Bertahun2 di Negara orang..jauh beribu batu.. kecantikan gadis2 Eropah tetap tidak berjaya melunturkan hasrat hati mereka.. hebatt sungguh..






























































Monday, July 26, 2010

shopping di KK Home Deco Nilai 3

2 comments
hari sabtu plannya nak ke Nilai 3, almaklumla gaji dah masuk..mana boleh biarkan duit tu berkepuk lama2 dalam beg.. hehehe...

jadi fokus utama kami ke KK.. last kitorang pegi rasanya dah sebulan lebih.. takpun 2 bulan dah.. masa tu tak plan nak beli apa2 sbb fokusnya nak beli barang2 kenduri kawen adik..

tapi kali nie agak keciwa... sbb baaaaaanyak sangat stok tak ada.. majority yg daku angan2kan tak ada.. rupanya2 minggu lps baru je ada members day.. katanya diskaun sampai 80%..agaknya dah habis diborong rombongan cik kiah..huhuhu..frust daku...

jadi hasil drp tinjauan..sempat la amik gambar utk angan2.. nak amik kat tempat terbuka tak berani takut kena marah dgn sales2 girl2 yang garang2 tu.. (tapi tak semua la)...jadi ini ja yg sempat disnap..





model of the day aka tuan puteri alesya.. dia yg suruh amik kan gambar ni..siap suruh fokus kat sofa comel tu.. sib baik dia tak cakap nak beli.. merasa duduk pun jadi la ye adik..









alesya kat sofa size S..comel...kakak dan adik tido dalam kete dgn papa..

nie rak yang aku inginkan..kat umah dah ada satu size kecik.. saja amik gambo nak tgk cara dia hias n susun








suka rak aka penggantung yg ala2 bumbung umah tu.. kat bwh bumbung tu pun boleh gantung.. ada hanger





dan taraaaaaaaaa... aku dah berjaya dptkan membership card... sbl ni agak susah nak dpt..sbbnya syarat nak dptkan kad ni kena beli rm300 ke atas pada 1 hari.. Tapi sekarang derang buat promosi beli brg terpilih pd harga RM50 dah boleh jadi member..kad ni seumur hidup n byk diskaun extra2 kalau jd member.
jadi.. plannya nak ke KK branch Wangsa Maju minggu dpn sbb ada MembersDay kat branch sana lak.. insyaAllah.. :)

Tuesday, June 1, 2010

koleksi buku ahadiat akashah

3 comments
lanjutan post smlm.. saja je nak snap gambar2 koleksi novel2 Ahadiat dari zaman sekolah dulu.. kalau dikirakan aku start bace buku2 dia pun sbb tiru kakak.. time tu kitorang pinjam kat state library... ye la dah nama pun sekolah.. duit yg ayah bagi mesti la nak guna utk buku2 sekolah..takkan nak beli novel lak.. masa tu la.. jadi bile dah kerja aku kumpul semula buku2 ahadiat wpun dah dibaca..saja nak buat koleksi dan siaran ulangan..


kalau tak silap buku yg buat nama ahadiat ni meletop time tu..Budak Rap & Budak Setan.. antara buku2 yang buat aku ulang dua tiga kali.. budak setan..(1-3 kalau tak silap), katerina, Pilot Cafe (sequelnya secangkir pilot cafe)..sangat best buku ni..Matilda.. Otak..haa ni unik2 punya cerita.. kalau siapa2 yg memang minat tulisan ahadiat ni tau corak penulisan dia mcm mana.. skop cerita agak unik.. kena pulak dgn citarasa zaman tu.. cthnya buku Budak Rap..time tu mmg tgh meletop era rap.. ada jugak buku2 yang buat aku sangat tak puas hati dgn ending..cthnya mcm Cinderella '98.. Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Wajah.. uishhhh sib baik zaman tu takde blog2 or FB yg boleh direct connected dgn penulis..kalau tak maunya aku complain nape la ending dia mcm tu.. kalau tak silap heronya mati tak sempat nak ckp hal sebenar.. kadang2 antara sbb aku suka buku2 ahadiat nie sbb dia ada camporkan sedikit unsur2 thriller.. cthnya mcm cerita Matilda.. mmg sangat tak sangka akan berakhir dgn pembunuhan..


sorry la ye buat yg tak suka kan ahadiat.. tapi aku tetap suka.. :)




Sunday, May 9, 2010

percubaan cup cakes mama

2 comments
sempena Bulan Mei nie mmg banyak celebration.. dimulai dengan birthday Papa, Adik Sara, Hari Ibu & Birthday Mama (coming soon)..jadi dengan semangat yang berkobar-kobar mama siapkan Cupcakes ni especially utk anak2 mama yang disayangi..Syukur derang suka sangat cupcakes ni.. taraaaaa...
















Sunday, April 19, 2009

KLIBF 2009 - PWTC

4 comments
Seperti yang dirancang.. hari Jumaat aku amik cuti semata-mata nak ke Pesta Buku.. Bertolak dari umah kol 9.30 dah janji ngan Zaihan ke KLIBF)... Zaihan nie opismate merangkap jiran setaman..sbb tu senang kitorang nak gi mana2..hehe

30 minit dari umah ku ke PWTC..parking kat stesen Putra..wahh kol 10.15 dah penuh parking? cepat tul derang nie..pastu sampai dpn PWTC dah ada yg menjenjet beg nak balik..uish cepat tul derang shopping...kalau aku sejam dua jam mmg tak cukup la..

Hasil nya.. aku berjaya beli novel2 yg dlm list.. tapi ada gak yg dlm wishlist tu tak jumpa booth..cthnya mcm booth PTS & Laskar Pelangi (tatau booth apa).. tapi ok la sbb ganti ngan beberapa buku yg takda dlm wishlist mcm buku2 panas drp kilang lagi (tapi aku mmg suka penulisnya..sequel lak tu..so tangkap je la..) kali nie puas hati sbb buku2 yg aku masukkan dlm wishlist tu semuanya yg dah direview & rating 5 bintang atau 4 1/2...
ok layan je la gambar2 nie... saja utk kenang-kenangan dan rujukan next pesta buku.. kalau ikutkan rasa tak puas nak jalan.. itupun dah kol 3.. tapi sbb tak larat nak jalan dah campo sakit pinggang.. kitorang plan maybe pegi 2nd round utk ke booth2 yg tak smpt singgah tu.. yg penting beli dlm list dulu...thanks to Zaihan ngan hubby yg tlg bwkkan buku2 ku yg byk itu..


senarai database buku sedia ada & wishlist..takut terbeli dua kali..

mak buyung yang menunggu hari nak bersalin tapi masih bersemangat nak ke Pesta Buku


nie lah hasilnya..novel2 plus buku anak2.. sedikit cenderamata drp booth Sayang Muslim..
semua buku2 Hlovate drp Jemari Seni Booth.. seperti dijangka Hlovate takkan ada..dia kan penulis misteri..lgun dia kat luar negara sekarang.. Cukup terhari bila setiap pembelian buku Hlovate diselitkan dgn Al-Ma'thurat yang siap ditandatangani penulis muda nie..
Ni yang paling best..aku borong sume buku kak Noor Suraya yang belum ada dlm simpanan & belum dibaca..pastu dapat sign semua buku2 tu..best best.. sbbnya kak Su bukan setakat sign, tapi setiap buku lain2 ucapannya.. thn lepas pun dah jumpa kak Su & dpt sign Surat Ungu Untuk Nuha..

nie contoh yang kak su dah coretkan..

Siri terbaru Hasil Tulisan Kak Su.. aku mmg suka kumpul buku2 pengembaraan mcm nie..beli 3 dapat t-shirt..

Hadiah-hadiah daripada Karangkraf untuk langganan majalah..aku perbaharui langganan majalah Pa&Ma & Impiana... suka melanggan sbb dapat resit utk income tax + diskaun tambahan + hadiah yang boleh dipilih2..
aku pilih peti surat, tempat gantung kunci, congkak & frame gambar.. utk 2 majalah sahaja..

nie dia buku-buku yang dah siap disimpan di rak buku.. mmg tak sabar nak habiskan baca semuanya.. membazir ke? rasanya tak.. sbb ini utk stok bacaan.. lgpun aku beli kat pesta buku dpt diskaun yg lebih drp diskaun di kedai buku..bonusnya dapat tandatangan penulis lagi..

apa2 pun mmg happy sangat..

list2 novel yang dibeli :

  1. Trilogi Ramli Awang Murshid : Bagaikan Puteri
  2. Cinta Sang Ratu
  3. Hijab sang Pencinta
  4. Ayat-Ayat Cinta
  5. Ketika Cinta bertasbih 1
  6. Ketika Cinta bertasbih 2
  7. Biru Ungu Cinta (Noor Suraya)
  8. Keranamu Ain (Noor Suraya)
  9. Rindunya Kian Membara (Noor Suraya)
  10. Tanah Andriyana (Noor Suraya)
  11. Panggil Aku Dahlia (Noor Suraya)
  12. Kebun Mimpi (Noor Suraya, Shud, Rnysa)
  13. Ayuh Lari Ke Pulau Harapan (Noor Suraya)
  14. Misteri Rumah Asap di Ladang Seri Taming (Noor Suraya)
  15. Ekspedisi ke Pinggir Taman Negara (Noor Suraya)
  16. 5 Thn 5 Bulan (Hlovate)
  17. aA + bB (Hlovate)
  18. Rooftop Rant (Hlovate)
  19. Tunas (Hlovate)
  20. Bohemian (Aeman) - authornya kuar solat jumaat
  21. Labyrinth (Aeman)
  22. Kompilasi Budak Momok (Ahadiat Akashah)
  23. Kompilasi Sekeping Kad valentine (Ahadiat Akashah)
  24. Tiga Hari Kemudian (Ahadiat Akashah) , cite baru panas lg..sambungan Untuk Tiga Hari
  25. Chinta (Norhayati Berahim) dapat jumpa author gak
  26. Cenderawasih (Fatinilam Sari Ahmad)
  27. Cintanya Kian Membara (Diya Elora) - (cite baru yang mendpt review yang menarik)




Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez