Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, December 10, 2012

big bad wolf 2012 7-23 Disember 2012

3 comments
tak tahan betul tgk status2 kat fb tentang BBW ni..pastu tgk kawan2 letak gambar kat instagram..aduh mmg menggugat jiwa.. terus mama gugel image tentang BBW ni .. apa lagikan mmg terus kejut inche hubby ajak pegi esok jugak lps subuh.. sbbnya bbw dibuka 24 jam haritu.. nak pegi kol brp pun boleh... excited mak...lagipun the mines tu dekat sgt dgn umah.. 15 minit dah boleh sampai..

esoknya ahad tu terus mama terjaga kol 5.. semangat sungguh.. lepas solat tahajud, solat subuh.. kejut anak2 mandi & solat.. pastu terus siap2 ke situ.. waktu tu dah byk jugak keter beratur..tapi takde la jammed.. pasrking pun byk lg wpun tak kosong..parking weekend RM3 saja.. parking dlm bangunan.. jalan skit la.. kitorang siap bawak troley sbb mmg dalam blog2 ramai yg cakap bwk troli sendiri.. nnt tak larat nak ngangkut buku2 yg hardcover tu...

sampai je terus posing dulu.. kitorang mmg focus ke arah children saja.. sbb taknak membazir.. buku2 yg beli kat klibf haritu pun masih ada berbaki belum baca...

sampai je situ start shopping dr kol 7-9.. tudia.. 1 section 2 jam... pilih punya pilih... target nya nak beli cloth book utk airis.. Dora utk Sara.. activity book utk Sara.. buku cerita utk Kakak Dini & Alesya... 
total damaged.. RM300 lebih utk 48 buku termasuk 3 cloth book Airis ...ok layan gambar..


kusyuk mama pilih buku..kena tgk2 gak takut ada gambar pig..hehe


kete sape la ek..

beratur nak bayar.. tayah beratur pun..sbb awal pagi

hasil rembatan harini..

buku yg dah siap disusun kat rak..sorry terbalik la pulak

sorry tak ikut susunan.. ni gambar nak balik dah

kanak2 berempat tak sabar nak bukak buku

banyaknya bukuuuuu

Monday, May 7, 2012

Rak Buku Baru.. 2012

5 comments
Sempena Pesta Buku tahun ni.. Kitorang decide nak tambah rak buku baru sbb dah banyak sangat buku yang bertindih-tindih sebab rak buku dah penuh.. Apatah lagi kalau lepas ni kesemua 4 jenis majalah yg mama langgan sampai.. Maunya penuh ruang bacaan tu.. Kalau tak ada rak yang sempurna takut nanti entah ke mana-mana buku & majalah-majalah tu..

Untuk rekod diri sendiri, saya snapkan gambar-gambar rak baru ni sebelum dan selepas :)

inilah rak buku yang baru sampai..sebelah kiri mama punya kanan papa punya

anak-anak siap letakkan soft toy.. sabo je la.. derang yg snap ni.. mmg bakal2 blogger tegar juga nampaknya.. hehe 

Tepi sekali sebelah kiri tu novel baru yg belum dibaca..bawah tu semua koleksi novel ahadiat akashah.. semua novel dah disusun mengikut susunan nama penulis.. senang nak cari..Tempat softtoys tu sepatutnya portion untuk majalah mama 4 jenis (Nur, Pa&Ma, Mingguan Wanita & Keluarga).. so far yg telah dipindahkan ke rak buku baru cuma Pa&Ma dan Keluarga..koleksi 2011 & 2012..koleksi sebelum2 tu masih di rak buku lama

Rak Buku lama yang telah dikosongkan dan disusun semula, sebelah kiri semua novel mama, rak ke-2 koleksi dvd korea dan souviner, rak ke-3 buku anak2 termasuk buku cerita, majalah dan buku sekolah, rak ke-4  majalah setiap bulan dan koleksi album gambar yg dah makan 3 tingkat

ni antara koleksi novel mama yang dah disusun mengikut nama penulis..

Koleksi kak Noor Suraya

koleksi Ahadiat Akashah

koleksi Norhayati Berahim & Ramli Awang Murshid


taraaaa... rak baru yang hampir penuh di sebelah kanan dengan buku2 agama & kitab inche hubby.. belah kiri masih byk yg kosong :)

Wednesday, May 2, 2012

PBAKL2012 part 2

0 comments
Hari ni 'singgah' lagi ke PWTC sbb nak tukar tshirt Alesya yg tersalah saiz. Dah alang-alang sampai terus ke PTS nak cari buku Tere Liye yg habis haritu. Alhamdulillah hari ni berjaya dapat. Kunjungan harini lebih santai tanpa apa2 list tambahan. Sambil round2 terbeli la jugak koleksi buku kerja dan majalah untuk anak-anak. Memang dari haritu nak cari majalah yg sesuai untuk yg berumur 6-9 tahun. Jadi untuk tahun ni try beli Majalah Sayang Muslim terbitan Ana Muslim juga. Dalam 1 kotak ada 6 majalah yg bukan bulan terkini pada harga hanya RM10 sekotak. Murah kan? Kalau majalah baru harganya RM5 satu. Saya borong 3 kotak terus.

Last sekali singgah booth Kaki Novel untuk beli Maaf Jika Aku Tak Sempurna, tergoda dengan review Pn.Ct Zuraimah kita... hehehe
majalah dan buku anak2 yg dibeli pada kunjungan ke-2
total kesemua novel yang dibeli.. tambahan 3 novel lagi..
tak sabar nak baca.. buku andrea hirata dah selesai.. sbb yg tu paling nipis.. :)

Monday, April 30, 2012

update Pesta Buku 2012

3 comments
ni entry yang paling semangat sekali nak post...utk kenang-kenangan sempena PBAKL2012.

Hari jumaat tu, seperti yang dirancang 2 bln yg lalu,saya dan bff spt biasa ambil cuti utk ke PWTC.. kami bertolak dari rumah jam 9.45. kali ni bff volunter nak drive kereta dia dengan syarat saya kena guide jln
nak ke PWTC tu.. yg kelakarnya kitorang ni selang seli, thn lps dia yg pregnant, thn ni giliran saya pula. tapi aktiviti tahunan tetap diteruskan.. semangat waja betul, yg sorang bawak perut yg sorang gigih angkut pam utk stok ebm baby kat rumah..

memandangkan kami pergi hari pertama pesta buku, org taklah seramai hati Sabtu/Ahad.. siap boleh bersantai2 sambil mengisi borang langganan majalah.. susah juga nak pujuk adik yg incharge bahagian langganan tu sbb dia sgt2 berkira utk bg hadiah.. siap kira sebijik sebijik harga langganan dan harga hadiah redeem.. last sekali slp menghabiskan lbh drp 50% drp budget buku di bahagian langganan ni berjaya la dapatkan tupperware 3 jenis & set pinggan Vantage.. mula tu pikir taknak Vantage tu sebab rasanya dah byk kat umah, tapi kalau ambil brg lain mcm tak berbaloi. pastu terpikir apa salahnya kalau ditambah set Vantage tu at least boleh tambah qty kalau ada sedara dtg rumah ke ada majlis ke.. sbb yg sedia ada pun cuma utk 6 pax.. ok tamat kisah redeem.. mesti korang tertanya2 kan mcm mn ibu mengandung ni bwk set vantage yg berat tu dgn tupperware yg boleh tahan besar tu.. apa lagi import Inche hubby la.. kebetulan dia ada kursus smpai tgh hr.Jadi sempat la dia solat Jumaat kat sana.. thanks la kat Inche hubby sbb sanggup melayan karenah isteri dia ni.. 2 kali dia ulang alik htr brg dan buku hehe...

ok cerita tentang novel pulak lps melanggan majalah yg berejam2 tu ( lama sbb yg handlenya sorang saja.. ya mmg sorang.. yg lain budak br kalau liaise dgn derang pun nnt derang akan refer ke budak senior tu.. bosan kan...)

lps lunch dan temankan bff mengepam, pergi ronda2 dewan lain pulak nak cari booth2 yg ada dlm list spt JS, PTS, Adiwarna & Ana Muslim.. cuma di gerai Pts agak keciwa sbb buku2 Tere Liye cuma tinggal 2.. yg lain semua dah habis.. katanya stok mungkin tak akan ada sehingga penghujung Pesta Buku.. pelik kenapa la derang ni tak perbanyakkan stok.. kalau tak muat tempat pun sekurang-kurangnya boleh ditambah pada hari lain.. ini bukan pertama kali, sebelum ni buku2 Andrea Hirata juga habis pada hari pertama.. sebut tentang AH, saya sempat membeli novel terbaru beliau 11 Patriot.. nipis saja bukunya tapi cukup la pengubat rindu untuk membaca nukilan terbaru beliau. Masih berkisarkan tentang Belitong :)

Jadi ini lah antara yg sempat dibeli.. 9 novel dan selebihnya merchandise Ana Muslim utk anak2.. Tak dilupakan buku-buku cerita kanak2 utk kakak dan adik.. :)

InsyaAllah hari Rabu ni saya nak lari sekejap ke sana sbb nak tukar tshirt Alesya..salah size la pulak.. pastu ingat nak beli novel terbaru Ahadiat..hrtu tak beli sbb tak bawa card Popular.. kalau ada card Popular dapat la 20% diskaun..
kak Noor Suraya @ Kak Su yang cute.. tiap2 tahun dapat jumpa dia Alhamdulillah..

ni koleksi untuk anak-anak.. tshirt Ana Muslim design baru, buku cerita dan alat tulis
ini buku dan majalah inche Hubby, sungguh berbeza genre kami ya
ibu mengandung 7 bulan ++
hanya ini saja novel yang saya beli.. tak banyak kan
seperti biasa saya sangat suka baca kata-kata kak su..walaupun sebaris ayat
barang-barang mama, paper bag Ujang tu design baru.. sangat suka kumpul..

Monday, April 23, 2012

Senyum Sampai Langit

2 comments
Rasanya ni satu lagi buku yang akan masuk senarai wishlist PBAKL nanti.. sinopsis dan gaya bahasa ala-ala cerita Korea..marah-marah sayang la katakan..petikan cerita diperolehi daripada Buletin JS.. Credit to Kak Ajah yang sangat rajin mengupdate buletin..





Sedikit sedutan daripada bab 13:



Saya nak pergi joging ni. Kalau nak ikut, siaplah cepat.” Aqil sempat bersuara sebelum dia hilang di sebalik pintu bilik mandi.Aufa menjeling. Mengajak macam tak ikhlas aje. Aufa melangkah ke almari bajunya. Bunyi pintu bilik mandi yang dibuka dari dalam langsung tidak menarik perhatian Aufa.“Apsal tak siap lagi ni?” Aqil geram apabila Aufa masih belum siap berpakaian sukan.Aufa menutup pintu almari, sehelai baju-T lengan panjang berwarna hitam tersangkut di bahu. “Pagi lagi ni, kalau awak nak membebel pun.” Aqil ni pun, subuh-subuh hari dah membebel kalah mak nenek.“Saya tunggu dekat bawah.” Dompet di atas almari solek diambil. “Lambat, saya tinggal.” Sempat Aqil berpesan sebelum keluar dari bilik tidur.Aufa turun ke ruang tamu selepas sepuluh minit. Alah, nama pun orang perempuan. Biasalah tu kalau siap lama-lama. “Jom.” Aufa berdiri di sebelah sofa.Aqil yang sedang membaca majalah mengangkat muka. “Ingatkan petang nanti baru nak turun.” Perli Aqil sambil menutup majalah di tangannya. Lama betul dia tunggu Aufa bersiap, nasib tak tertidur.Aufa mencebik. Pagi-pagi lagi dah cari gaduhlah dia ni. “Kalau nak bertekak sampai melompat anak tekak, tunggu malam sikitlah. Pagi gini mood samseng jalanan belum sampai.” Aufa sudah menunduk mengenakan kasut sukan di kaki.Aqil berdiri di belakang Aufa. “Ni apsal kacau jalan orang ni.” Aqil menolak sedikit Aufa yang duduk di muka pintu.Aufa menjeling geram. “Ni apa fasal tolak pakai kaki ni? Dulu dekat sekolah tak de belajar adab?” Ringan sahaja tangannya mahu memukul kaki Aqil tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu.Aqil melambung-lambung kunci kereta di tangan. “Ni apsal pakai kasut pun lama sangat? Cepatlah, nanti matahari dah terpacak atas kepala, mulalah bising cakap panas.” Aqil sudah bercekak pinggang. Inilah orang perempuan, buat apa pun lambat!Aufa bangun dari duduknya. “Ni apa fasal membebel macam mak nenek ni ha?” Membebel mengalahkan Puan Leha aje Aqil ni. Aufa menarik tombol pintu lalu pintu utama dikunci.“Jom.”“Kita pergi naik kereta?” Pelik jugak pergi joging naik kereta. Selalunya dia pergi joging dengan Hakim jalan kaki aje. Itu baru namanya bersenam.Aqil menjongket kening kirinya. “Kalau nak jalan kaki, awak jalanlah sorang.” Aqil terus masuk ke dalam perut kereta Mazda2 berwarna hitam itu.Aqil menurunkan cermin di sebelah tempat duduk pemandu. “Awak nak masuk ke tak? Kalau tak nak, saya tinggal aje.” Aqil sudah menukar gear reverse. Aufa ni minat betul jadi Tugu Negara nampaknya.“Iye, nak masuklah ni.” Beku sahaja suara Aufa. Aqil ni, malam semalam elok sahaja perangainya, tapi pagi ni terus bertukar kerek. Ada split personality ke apa?




Wednesday, April 18, 2012

buku...buku...buku

0 comments
kawan2 dah ambil cuti ke Jumaat depan? ada apa Jumaat tu? semestinya pesta setahun sekali kita ..pesta buku 2012...

plannya kali ni taknak beli banyak kan sbb tak larat nak jalan banyak-banyak mengheret buku2 yg berat tu.. tapi untuk JS (Jemari Seni) mmg gerai wajib la kan.. apatah lagi Kak Noor Suraya ada keluarkan buku ekslusif utk PBAKL 2012 ni... tak sabarnya :)

ni antara buku baru yg tengah panas keluar dari oven ni.. memang target nak beli ni.. :)



Tuesday, March 20, 2012

kembali berblog.. mood membaca..

0 comments
Mood berblogging datang balik.. sebelum ni mmg diam saja mmg tak ada mood nak berblogging.. tiba2 pagi ni rasa mcm nak tulis something.. banyak benda dah tertinggal sejak bebrapa bulan tak berblog ni.. mmg teringat nak kongsi pengalaman operation appendiks bulan 1 haritu. Kronologi dan kesan apabila ibu mengandung mengalami appendiks.. tapi nanti2 la ya.. takmau yg serius2 lagi.. utk permulaan Cuma nak ‘panaskan’ bilik kecil ini dulu..

Mcm mana boleh terpanggil nak berblog kembali ni? semalam ternampak coretan penulis kesayangan kak Su (Noor Suraya) di fb tentang coretan dan pengalaman menulis buku Nyanyian Tajung Sepi (NTS). Lepas melawat blog kak Su, terus teringin nak berblog kembali.

Semalam dah start buka balik buku2 yang berhabuk dan belum dibuka plastic pembalut tu (belum dibaca). Si kakak dah berleter mama ni asyik beli buku tapi tak baca pun.. hehehe.. so kpi bulan ni nak menghabiskan novel2 yang belum dibaca tu sebelum start pesta buku 2012 bulan 4 nanti.. kalau belum habis dibaca mmg tak boleh beli buku baru pesta buku nanti. (boleh percaya ke ni)… tapi utk penulis2 mcm Kak Su, Hlovate, Imaen, Andrea Hirata (ada buku br ke), Ahadiat Akashah, mmg nak beli la.. sbb tu priority bacaan.. teringin nak beli buku La Tahzan.. ramai yg dah baca dan promote buku tu..


InsyaAllah plan pesta buku thn ni tak habis beribu la kot.. mungkin nak habiskan duit di gerai Ana Muslim utk anak2, buku masakan dan yang paling penting setiap tahun nak renew subscription majalah Pa&Ma & Keluarga.. mungkin tambah satu lagi majalah lain.. tapi kalau nak tambah mmg la kena beli rak buku baru..dah tak muat dah rak yg lama tu..

Kenapa saya suka melanggan majalah waktu Pesta Buku? Sbb hadiah2 langganan sangat menarik.. terutamanya Tupperware dan Vantage.. biasanya saya dan BFF akan ambil cuti Hari Jumaat pertama (1st day) pesta buku tu.. kami akan serbu kaunter langganan dulu.. waktu tu hadiah mmg mewah lagi..banyak stok yang ada utk dipilih.. harap2 thn ni pun mcm tu… Cuma samada larat atau tak je..

Syukur tempat kerja inche hubby dekat saja (walking distance).. jadi dia akan tolong ambilkan hadiah2 tu bawa balik.. baru la boleh ronda2 cari novel..kalau tak mmg tak larat la.. nie bukan kali pertama saya pregnant ke pesta buku.. 3 thn lepas masa mengandungkan Qaisara pun (9 bulan) saya sempat ke pesta buku 2 kali..waktu tu mmg byk novel saya beli utk stok semasa dalam pantang… sambil mengepam sambil membaca.. sekarang sejak dah ada ipad ni kurang sikit membaca.. teruk betul kan.. kena asah balik minat membaca ni.. :)

Ok untuk cerita-cerita lain mengenai pesta2 buku sebelum ni, boleh klik di sini setiap tahun utk pra dan pasca pesta buku.. jangan tak tau saya akan buat wishlist sebelum ke pesta buku termasuk database buku yang ada.. tak mau terbeli 2 kali.. kadang2 kita excited tgk buku2 yg murah tu sampai terlupa yang kat rumah mmg dah ada.. :)


Thursday, April 28, 2011

Pesta buku 2011.. ya be da be du.. Part 2

6 comments
dah seminggu ke Pesta Buku ni baru dapat menghupdate.. hehehe...sebelum ni dah post kat sini ...layan gambar ye...



Kak Noor Suraya, penulis kesayanganku tgh sign kat novel terbaru beliau Langsir Biji Remia



Inche Imaen pun penulis kegemaran sayer...



ni booth JS.. cantik sangat design thn ni.. ada mcm tingkap kayu..








dah habis.. jom balik







tak banyak kan borong kali ni (barang redeem melanggan majalah dah hantau ke keter)










ni dia hasil langganan majalah, buku utk anak2, novel mama :) yang paling best Tupperware2 tu...












































Tuesday, April 19, 2011

Jadual Penulis Jemari Seni

0 comments
Memandangkan PBAKL makin la hampir.. mood pun asyik tingatkan buku buku buku je.. tadi sempat copykan jadual penulis JS (Jemari Seni) yang akan hadir di PBAKL 2011 nnt..sorry sempat letak JS je sbb daku mmg peminat fanatik JS..kat umah tu dah jadi mcm kedai buku JS dah..hehehe

































sumber : Facebook JS































kawan-kawan plan nak pegi bila? kitorang (saya dan inche hubby) insyaAllah akan ke sana Jumaat nie iaitu 1st day.. dah amik cuti dah :) .. jumpa di sana ya...






Tuesday, April 5, 2011

Pesta buku 2011.. ya be da be du..

0 comments









pernah terbaca di post PTS kalau tak silap.. Pesta Buku ni umpama hari raya bagi penggemar buku.. setahun sekali la katakan.. kalau dah hari raya tu nak kena sediakan budget la kan untuk nak beraya sakan.. hehehe..


rasanya thn nie agak slow la kot..sbb byk stock2 dah habis baca lagi... cuma targetnya nak serang booth Jemari Seni.. nak cari buku kak Noor yang baru.. Langsir Biji Remia.. pastu nak cari buku Imaen.. mmg sangat suka baca buku2 dua penulis ni.. dan of course nak cari buku Andrea Hirata yang baru.. Dwilogi Padang Bulan.. kalau ada rezeki teringin nak dapatkan signature Andrea hari Ahad tu.. kalau berpeluang la kan..


untuk kawan2 yang minat dgn buku2 PTS boleh la printkan diskaun 30% daripada fb PTS ya.. jumpa di saaaanaaa


Friday, December 24, 2010

pesta buku kanak-kanak 2010 part 2

2 comments
TIKET KE ZOO NEGARA..ADA DISKAUN SBB BELI KAT PESTA BUKU..OPPSS SORRY NAPE HURUF BESAR LAK NI..SBB UPDATE PAKAI HANDPHONE MCM BENGONG2 SKIT



















Thursday, December 23, 2010

Jom ke Pesta Buku Kanak-Kanak KL

3 comments













dah lama tak update kan..actually banyak benda nak update.. tapi masalahnya kat opis nie lepas kol 8.30 mmg tak boleh nak upload gambar... nak upload kat umah faham2 la kan..memang bercinta..

apa-apaun saja nak update pasal Pesta Buku Kanak-kanak nie.. kitorang plan nak bwk anak2 pegi..tapi harinie Inche hubby nak pegi 'sola- sola' (survey) dulu...

untuk kawan-kawan satu company..selamat bercuti mulai minggu depan straight sampai thn depan ye.. :)

Monday, November 29, 2010

Shopping Buku di PTS Book Cafe

3 comments



Salam semua.. Selamat Hari Isnin..hehe..so amacam weekend? menarik ke?kitorang tak plan pun nak pegi Kilang PTS nie.. tapi Encik hubby browse2 tgk2 ada 'warehouse sale' kat PTS, so apa lagi kan.. terus la print map ke Batu Caves tu ..kitorang plan kalau tak jumpe takpe anggap jalan2 je..then bwk anak2 singgah tasik ke mana2.. je.. asalkan bawak derang jalan2.. almaklumla dah cuti sekolah...kalau kita pun sure boring dok rumah je kan...
bila sampai sana pelik pulak tgk nape takde org pun nie.. kata warehouse sale.. rupa2nya derang mmg ada buat sale kat tingkat atas gudang tu.. cantik tempatnya..dah mcm kedai buku.. nama pun Book Cafe.. ada meja ada kerusi..kalau umah dekat2 situ mmg boleh lepak2 baca buku..
so far ok la untuk yg mmg plan nak beli buku.. especially buku2 agama.. yang normal price ada diskaun 25%.. buku2 motivasi ada diskaun 50%.. tapi mama tak berapa excited sbb byk lg buku kat umah.. lgpun lg suka baca cuku JS.. kalau buku PTS nie suka beli koleksi Andrea je..tapi yang baru lom keluar...
lepas ke PTS kitorang terus ke PJ singgah Amcorp Mall.. saja bwk sbb derang tak penah pegi lagi.. sempat la bergambar depan aquarium..suka betul2 budak2 tu tgk fish...
itu saja update utk minggu nie :)
p/s: Ariani ada Sale.. nak pegi la lunch hour jap gi.. hehe




Wednesday, August 4, 2010

Tetralogi Laskar Pelangi..hebat!!!

0 comments
Kisah bermula apabila disyorkan seorang rakan utk membaca novel Laskar Pelangi ni..dia syorkan aku masukkan sekali ketiga2 senarai buku (ketika itu) Laskar Pelangi, Sang Pemimpi & Edensor dalam wishlist ke Pesta Buku.. tapi amatlah kecewanya bila dapat tau Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi dah habis.. yang tinggal hanya la Edensor.. laris sungguh kan.. utk mengubat kekecewaan..kubeli juga Edensor tu dengan harapan nnt boleh cari dua lagi yg awal dan sepatutnya dibaca dulu.. kisahnya ada di post yang ini.

Daku memang kagum dengan kegigihan dan kesusahan rakyat Pulau Belitong..sungguh jauh berbeza dengan di tempat kita kan.. Pelbagai rencah digarap oleh penulis kreatif yang tidak lokek berkongsi pengalaman ini.. Andrea Hirata.. Dalam Buku Sang Pemimpi buatku tertawa sorang2 bila baca sejarah bagaimana nama penulis Andrea wujud.. dan tak sangka pula beliau dapat bertemu dengan Andrea sebenar (punca nama ini) jauh di Eropah..sungguh kagum dan terharu bila baca pengalaman2 Ikal & Arai di Eropah..kisah bagaimana Ikal dan Arai boleh berjaya daripada sekolah di ulu nun jauh di Pulau Belitong ke Universiti di Jakarta dan seterusnya peringkat Master di Eropah..

tak sangka kan mimpi mereka menjadi kenyataan apabila dua2 berjaya ke Sorbone University, Perancis.. mmg patut kisah hidupnya dinovelkan.. kalau tak dinovelkan pun dah mmg nampak seperti kisah novel..luar biasa.. siapa sangka ada yang kaya dengan pengalaman spt ini… pengalaman mengembara di Eropah..menghadapi kekerasan dan kezaliman sesetengah kaum di Eropah..hanya menelan daun2 pohon ceri kerana kehabisan duit..meredah salji buat pertama kali sampai di negara orang hanya kerana sedikit masalah komunikasi..sampai berdarah2 hidung dan hampir membeku.. hebat..

Walaupun aku tak pernah ke sana.. tapi bila membaca tetralogi ni terasa seperti aku berada bersama-sama mereka menjadi salah satu watak di dlm novel.. sekalung tahniah buat saudara Andrea Hirata kerana berjaya membuat aku berpaling drp penulis2 novel yang lain (mendahulukan buku beliau).. maaf ya buku2 yg masih pending di rak.. anda semua yang terbaik.. sbb tu anda berada di situ.. akan ku lunaskan hutang2 ku utk habiskan ‘pending’ tu selepas selesai Maryamah Kapov nanti…

Daku dah habis baca Edensor.. terus bergegas cari sambungan dan finale utk kisah hidup ikal ini dalam Maryamah Kapov (baru ku tau ada 4 rupanya)..belum habis baca..dengan harapan tiada sad ending pleaseeee…semoga Ikal berjaya bertemu dengan A Ling dan berjaya membahagiakan keluarga di Belitong.. Arai pun semoga berjaya memenangi hati Zakiah..

Bertahun2 di Negara orang..jauh beribu batu.. kecantikan gadis2 Eropah tetap tidak berjaya melunturkan hasrat hati mereka.. hebatt sungguh..






























































Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez