Tuesday, March 20, 2012

kembali berblog.. mood membaca..


Mood berblogging datang balik.. sebelum ni mmg diam saja mmg tak ada mood nak berblogging.. tiba2 pagi ni rasa mcm nak tulis something.. banyak benda dah tertinggal sejak bebrapa bulan tak berblog ni.. mmg teringat nak kongsi pengalaman operation appendiks bulan 1 haritu. Kronologi dan kesan apabila ibu mengandung mengalami appendiks.. tapi nanti2 la ya.. takmau yg serius2 lagi.. utk permulaan Cuma nak ‘panaskan’ bilik kecil ini dulu..

Mcm mana boleh terpanggil nak berblog kembali ni? semalam ternampak coretan penulis kesayangan kak Su (Noor Suraya) di fb tentang coretan dan pengalaman menulis buku Nyanyian Tajung Sepi (NTS). Lepas melawat blog kak Su, terus teringin nak berblog kembali.

Semalam dah start buka balik buku2 yang berhabuk dan belum dibuka plastic pembalut tu (belum dibaca). Si kakak dah berleter mama ni asyik beli buku tapi tak baca pun.. hehehe.. so kpi bulan ni nak menghabiskan novel2 yang belum dibaca tu sebelum start pesta buku 2012 bulan 4 nanti.. kalau belum habis dibaca mmg tak boleh beli buku baru pesta buku nanti. (boleh percaya ke ni)… tapi utk penulis2 mcm Kak Su, Hlovate, Imaen, Andrea Hirata (ada buku br ke), Ahadiat Akashah, mmg nak beli la.. sbb tu priority bacaan.. teringin nak beli buku La Tahzan.. ramai yg dah baca dan promote buku tu..


InsyaAllah plan pesta buku thn ni tak habis beribu la kot.. mungkin nak habiskan duit di gerai Ana Muslim utk anak2, buku masakan dan yang paling penting setiap tahun nak renew subscription majalah Pa&Ma & Keluarga.. mungkin tambah satu lagi majalah lain.. tapi kalau nak tambah mmg la kena beli rak buku baru..dah tak muat dah rak yg lama tu..

Kenapa saya suka melanggan majalah waktu Pesta Buku? Sbb hadiah2 langganan sangat menarik.. terutamanya Tupperware dan Vantage.. biasanya saya dan BFF akan ambil cuti Hari Jumaat pertama (1st day) pesta buku tu.. kami akan serbu kaunter langganan dulu.. waktu tu hadiah mmg mewah lagi..banyak stok yang ada utk dipilih.. harap2 thn ni pun mcm tu… Cuma samada larat atau tak je..

Syukur tempat kerja inche hubby dekat saja (walking distance).. jadi dia akan tolong ambilkan hadiah2 tu bawa balik.. baru la boleh ronda2 cari novel..kalau tak mmg tak larat la.. nie bukan kali pertama saya pregnant ke pesta buku.. 3 thn lepas masa mengandungkan Qaisara pun (9 bulan) saya sempat ke pesta buku 2 kali..waktu tu mmg byk novel saya beli utk stok semasa dalam pantang… sambil mengepam sambil membaca.. sekarang sejak dah ada ipad ni kurang sikit membaca.. teruk betul kan.. kena asah balik minat membaca ni.. :)

Ok untuk cerita-cerita lain mengenai pesta2 buku sebelum ni, boleh klik di sini setiap tahun utk pra dan pasca pesta buku.. jangan tak tau saya akan buat wishlist sebelum ke pesta buku termasuk database buku yang ada.. tak mau terbeli 2 kali.. kadang2 kita excited tgk buku2 yg murah tu sampai terlupa yang kat rumah mmg dah ada.. :)


0 comments on "kembali berblog.. mood membaca.."

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez