Monday, April 23, 2012

Senyum Sampai Langit


Rasanya ni satu lagi buku yang akan masuk senarai wishlist PBAKL nanti.. sinopsis dan gaya bahasa ala-ala cerita Korea..marah-marah sayang la katakan..petikan cerita diperolehi daripada Buletin JS.. Credit to Kak Ajah yang sangat rajin mengupdate buletin..





Sedikit sedutan daripada bab 13:



Saya nak pergi joging ni. Kalau nak ikut, siaplah cepat.” Aqil sempat bersuara sebelum dia hilang di sebalik pintu bilik mandi.Aufa menjeling. Mengajak macam tak ikhlas aje. Aufa melangkah ke almari bajunya. Bunyi pintu bilik mandi yang dibuka dari dalam langsung tidak menarik perhatian Aufa.“Apsal tak siap lagi ni?” Aqil geram apabila Aufa masih belum siap berpakaian sukan.Aufa menutup pintu almari, sehelai baju-T lengan panjang berwarna hitam tersangkut di bahu. “Pagi lagi ni, kalau awak nak membebel pun.” Aqil ni pun, subuh-subuh hari dah membebel kalah mak nenek.“Saya tunggu dekat bawah.” Dompet di atas almari solek diambil. “Lambat, saya tinggal.” Sempat Aqil berpesan sebelum keluar dari bilik tidur.Aufa turun ke ruang tamu selepas sepuluh minit. Alah, nama pun orang perempuan. Biasalah tu kalau siap lama-lama. “Jom.” Aufa berdiri di sebelah sofa.Aqil yang sedang membaca majalah mengangkat muka. “Ingatkan petang nanti baru nak turun.” Perli Aqil sambil menutup majalah di tangannya. Lama betul dia tunggu Aufa bersiap, nasib tak tertidur.Aufa mencebik. Pagi-pagi lagi dah cari gaduhlah dia ni. “Kalau nak bertekak sampai melompat anak tekak, tunggu malam sikitlah. Pagi gini mood samseng jalanan belum sampai.” Aufa sudah menunduk mengenakan kasut sukan di kaki.Aqil berdiri di belakang Aufa. “Ni apsal kacau jalan orang ni.” Aqil menolak sedikit Aufa yang duduk di muka pintu.Aufa menjeling geram. “Ni apa fasal tolak pakai kaki ni? Dulu dekat sekolah tak de belajar adab?” Ringan sahaja tangannya mahu memukul kaki Aqil tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu.Aqil melambung-lambung kunci kereta di tangan. “Ni apsal pakai kasut pun lama sangat? Cepatlah, nanti matahari dah terpacak atas kepala, mulalah bising cakap panas.” Aqil sudah bercekak pinggang. Inilah orang perempuan, buat apa pun lambat!Aufa bangun dari duduknya. “Ni apa fasal membebel macam mak nenek ni ha?” Membebel mengalahkan Puan Leha aje Aqil ni. Aufa menarik tombol pintu lalu pintu utama dikunci.“Jom.”“Kita pergi naik kereta?” Pelik jugak pergi joging naik kereta. Selalunya dia pergi joging dengan Hakim jalan kaki aje. Itu baru namanya bersenam.Aqil menjongket kening kirinya. “Kalau nak jalan kaki, awak jalanlah sorang.” Aqil terus masuk ke dalam perut kereta Mazda2 berwarna hitam itu.Aqil menurunkan cermin di sebelah tempat duduk pemandu. “Awak nak masuk ke tak? Kalau tak nak, saya tinggal aje.” Aqil sudah menukar gear reverse. Aufa ni minat betul jadi Tugu Negara nampaknya.“Iye, nak masuklah ni.” Beku sahaja suara Aufa. Aqil ni, malam semalam elok sahaja perangainya, tapi pagi ni terus bertukar kerek. Ada split personality ke apa?




2 comments on "Senyum Sampai Langit"

yatiscloset on 7:51 AM said...

kak nieta, sori off topic. ape nama website coach murah tuh?

catatan i am nieta on 8:04 AM said...

yati.. bukak kat fb.. cari raz aziz.. tapi byk stock yg dah clear huhuhu

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez