kisahnya semalam nak ke kenduri doa selamat jiran rumah depan, baru perasan bila nak pakai cincin, cincin tu dah tak ada di tempat biasa.. biasanya memang kalau balik kerja aku akan tanggalkan cincin dengan jam kat atas rak tu sbb mmmg tak suka pakai cincin atau jam waktu di rumah... lagipun nak ambil wuduk kan..
tapi kali ni dah tak ada rezeki, taktau la pegi mana hilangnya cincin tu.. bukan cincin kawen atau tunang.. tapi cincin tu mmg satu2nya yg aku pakai sejak 2 thn lepas.. cincin hadiah encik hubby sempena naik gred..waktu tu dia bagi duit pastu dia suruh beli apa nak beli.. mmg dah lama aim nak beli white gold.. aduhhh tak sangka pulak boleh hilang.. redha je la.. nnt maybe nak try cari sekali lagi.. yg peliknya jam ada je kat tempat biasa tu.. maybe sbb cincin tu kecik sangat jd mungkin dah terlekat dgn mana2 barang/jatuh...
kenapa tak pakai cincin tunang/kawen? cincin tu jadi simpanan buat masa sekarang sbb saiz jari makin mengecik.. sbb tu la nak beli cincin baru.. sbb tak selesa pakai cincin longgar...
semalam sempat singgah kedai emas PK survey2 cincin white gold.. just in case tak jumpa juga makcik kena la keluarkan duit S*IS yang bakal dpt minggu depan.. cuma sedih gak la.. gambar pun takde utk cincin tu.. huhuhuhu...
-daku yang sadis-
Monday, April 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "kisah cincin"
Post a Comment