Monday, September 24, 2007

Aktiviti di hujung minggu...


Nampaknya minggu ni bersemangat betul nak mencuba resepi2 baru.. plannya nak sediakan sejenis lagi biskut raya, pastu nak buat begedil..laksa perlis dengan pasta goreng...

so hari Sabtu tu aku sediakan laksa Perlis.. sebenarnya dah lama teringin nak makan laksa mcm mak selalu masak di kampung.. biasanya setiap kali balik perlis mmg akan masak utk kami.. tapi disebabkan dah lama tak balik.. terasa mcm nak masak laksa sendiri.. pagi2 sabtu dah ke Giant cari bahan² spt ikan..laksa dan sayur²....pastu beli sekali kelengkapan nak buat begedil dan pasta goreng...
tapi disebabkan keletihan pergi Giant hari Sabtu tu...aku cuma sempat sediakan laksa dengan puding milo..

so ini lah resepi utk laksa dan puding milo tu...Alhamdulillah laksa menjadi mcm mak selalu masak.. terubat gak rindu nak makan laksa mak.. :)


Laksa Perlis (Resepi Mak)
  • 2 ulas bwg merah
  • belacan
  • 3 keping asam gelugor
  • 5 sk cili
  • 1/2 bungkus laksa segera (ada di giant)
  • 10 ekor ikan sardin
  • Bunga Kantan
  • Daun Kesum
  • Timun/Limau Nipis/Cilipadi/ulam raja/bawang besar
  • garam
  • gula
Cara² nya :
  1. Masak air rebusan ikan, masukkan bwg, belacan, cili & asam gelugor
  2. Masuk ikan yang telah dikisar
  3. Masuk gula, garam
  4. Rebus laksa (dlm 5-10 minit)

  5. Hidangkan laksa bersama-sama ulaman , boleh ditambah dengan petis

Sedapnyerrrr... sorry gambar tak sempat ambil sbb waktu hidang laksa ni ngam² nak berbuka..


Chocolate chips














Pasta Goreng
Hari Ahad sempat sediakan biskut Cornflakes Madu..tak sempat upload gambar... Sonok betul hujung minggu lepas.. walaupun ala kadar, sekurang-nya tangan tak kosong bila balik kampung nanti ...

0 comments on "Aktiviti di hujung minggu..."

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez