Thursday, October 4, 2012

ronda Kenanga Wholesale City

0 comments
post tertunggak sejak 2 minggu lps.. huhu...

dah lama tingin nak ke KWC ni tp reti jalan ke sana..kebetulan ada meeting hari jumaat di KL.. lunch hour trs zasss dari opis customer.. amik cab je..plannya mmg nk jalan2 cuci mata je sbb belum gaji daa... bulan ni terasa lamaanya nak gaji..almaklumla baru lepas raya...poket dah hampir2 koyak ni..

smpai je sana tahan je membeli sebab takut byk lg kedai yg lagi murah kat atas.. lagipun targetnnya nk ke tkt 5 cari butik Emystic..nak cari baju saloma yg kuar majalah tu..

on the way nk ke tkt 5 tu mmg byk sgt la kedai yg menarik dan murah..sebab kebanyakannya jual borong...sape2 yg minat berniaga mmg elok sgt la ke sini... kebanyakan bj yg jual online tu pun amik kt sini rasanya... untung kan..tapi beli satu2 pun boleh..tak pun any 3 item dpt harga borong..

jadi apa rembatan mama kali ni? blouse untuk mama..sori blm ada gambar..topi utk airis..korean style.. dan semestinya baju saloma yg dicari2 tu... sori la ye tak dpt nk tunjukkan gambar kedai emystic tu..sebabnya staff kt situ tak bg snap.. melepaslah promotion kedai uols secara free... tak rugi dik oi kalau org amik gmbr ltk dlm blog..lg untung ada...nnt ramai yg serbu kedai lps google image..

apa2 pun ni lah fesyen saloma yg mama nak... dah htr tailor suh tambah lining kt lengan...hehe

*credit to emystic fb image




untuk yg nak ke sana boleh la google map kenanga wholesale city..dkt je dgn berjaya times square n stesen hang tuah...

parking masih lagi free kat dlm building..tapi tak jumpa pulak foodcourt...agaknya blm ada ataupun salah wing.. hrtu sempat singgah minum kat old town white coffee je...



Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 21, 2012

hobi saya...

0 comments

hehe ni la hobi saya sekarang selain daripada tidur,minum susu...hee sedapnye jari saya...nyum nyum

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 5, 2012

Pertandingan Bercerita Alesya peringkat Kawasan..

2 comments
Memang dari umurnya 4 tahun lagi Ustazah dah cakap nak minta dia wakil sekolah utk pertandingan bercerita sebab dia sgt suka buat gaya bercerita.. bila dah masuk 6 tahun ni tercapai cita2 ustazah tu walaupun ustazah dah pindah sekolah lain... lebih kurang 3 bulan berlatih dan menghafal.. boleh tahan berjela-jela juga panjang nya cerita ni.. kisah Sahabat Nabi..

walaupun tak menang tempat pertama hingga ke-3 mama tetap berbangga dengan Alesya.. sebab dia langsung tak tunjukkan yang dia neves.. kalau mama pun rasa mcm butterfly in my stomach je waktu menunggu giliran tu.. lagipun bukannya senang nak menang..semuanya hebat2 belaka.. siap ada yang bersyair bagai... lagipun banyak cabaran nak melatih anak2 umur 6 tahun ni.. tahniah lah kepada cikgu yang melatih Alesya.. 

kalau ikutkan dia nak join team nasyid macam tahun2 sebelum ni.. tapi dah cikgu minta dia wakil bercerita apa nak dikata lagi kan... agak mencabar juga nak masuk pertandingan bercerita ni.. anak2 perlulah boleh membaca dengan lancar, menghafal, intonasi dan gaya.. walaupun cuaca agak panas, dengan orang yang tersangat la ramai, mama gagahkan juga demi nak berikan moral support kat Alesya .. lagipun ni thn last dah di Tadika...





ebm Airis...

3 comments

syukur Alhamdulillah....ini lah storage pkastic yg mams smpn utk stok...biasa mama akan isi 3 oz je utk 1 plastik sbb sng nk bg Airis minum sekaligus. taou gambar ni sbb terlupa bawak botol storageke ofis, jadi kena guna back up ebm liner ni..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, September 4, 2012

ebm untuk airis..

0 comments

syukur Alhamdulillah...rezeki Airis..deep freezer mama dah penuh...so far mama susun dkm plastik besar mcm giant ke tesco ke pastu ikut bulan dan tarikh..yg mana terkini tu akan diletak bawah sekali..nak susun satu2 mmg tak boleh la sbb nnt susah nak ambik kalau x kumpul dalam 1 beg plastik..

syukur setakat umur Airis hampir 3 bulan ni, mama masih mengepam sekurang2nya 4 kali sesi.

sesi 1 : jam 7.30 (dalam kereta kat parking)
sesi 2 : jam 11.00
sesi 3 : jam 2.30
sesi 4 : jam 7 (di rumah)

selalunya hasil pam tu mama akan bekalkan ke rmh kakak 4 botol penuh (5oz per botol) = 20 oz
selebihnya mama akan simpan sebagai stok. sebolehnya nak berikan Airis dgn susu segar yg belum dibekukan terutamanya di bulan2 awal ni...

haritu risau sangat sebab dia taknak menyusu dgn botol. agaknya sbb bau ibu kan..mana la dia nak..mesti la nak menyusu direct kan..pandai anak mama yer...

hari first kerja tu mmg risau sgt takut kelaparan anak mama.. tapi Alhamdulillah lega sgt bila kakak ckp dia ok je minum dlm botol...

so far sekali minum 2 oz ++ ... biasanya akan habis 3 botol penuh 5 oz tu... :)

   




Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri..

0 comments
Hari ni hari ke11 Syawal baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang kita berkenalan ya.. jangan disimpan di dalam hati.. 

Harini hari ke-3 mula berkerja selepas cuti panjang.. mood raya pun masih ada.. sedangkan orang yang bercuti seminggu raya pun rasa malas nak start kerja minggu ni..apatah lagi saya yang dah bercuti 2 bulan lebih ni kan.. naik raya terus kerja.. hehehe... 

ok cerita pasal raya.. syukur Alhamdulillah masih berkesempatan beraya dengan kedua-dua famili di Kuantan & Perlis.. tahun ni giliran Kuantan, jadi kami bertolak ke Kuantan lebih awal sebelum raya, hari Jumaat pagi tu.. syukur jalan masih lagi clear ..mungkin ramai yg dah bertolak sehari sebelum tu sbb cuti sekolah bermula Khamis, ataupun mungkin ada yang bertolak sebelah malam, lebih bertenaga selepas berbuka.. tapi bagi kami, memang jarang travel malam sebab masing2 mata tak berapa terang kalau malam2 ni.. 

Sehari sebelum Aidilfitri, dikejutkan dengan berita perginya seorang sahabat kerana kemalangan. Alfatihah utk arwah Ipah yang disayangi, insyaAllah Ipah akan ditempatkan di kalangan yang terbaik.. perginya pula pada hari Jumaat di bulan yang baik bulan Ramadhan.. Subhanallah... terbayang wajah Ajiq yang sebaya dengan Dini.. semoga yang ditinggalkan tabah dan redha...kita yang masih ada ni perlu meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa  kan..

***********************

Hari pertama Aidilfitri, sambutan sangat meriah di Felda Panching.. kalau di perlis rumah kami agak jauh2 drp satu sama lain.. tapi di Felda umah nya dekat2 dan bersebelahan..walaupun tak sehampir rumah teres..lepas solat Aidilfitri, kitorang teruskan aktiviti wajib bersalam-salaman dan bergambar.. lepas tu tetamu pun sampai dan tak berhenti-henti sampai ke malam.. memang meriah.. kitorang pun beraya ke umah jiran2 yang dah macam saudara sebab masing2 dah lama bermukim di situ kan.. sampai bercucu cicit dah pun.. 

Aidilfitri ke2 kitoranng bertolak ke Temerloh utk ziarah pusara arwah tok yang meninggal hujung tahun lepas...lepas tu meneruskan ziarah di umah saudara mara sebelah mak mertua.. dan bertolak ke Kuantan semula selepas Asar.. highway jem la pulak agaknya ramai keluar beraya.. sampai rumah dan pukul 8 lebih.. lepas dinner dan packing kitorang bertolak balik ke KL dalam pukul 10malam sbb esok pagi (Raya ke3) nak bertolak balik ke Perlis.. 

Aidilfitri ke 3..kitorang bertolak ke Perlis dalam pukul 10 pagi.. tak rushing sangat sbb jalan di KL pun clear aja.. almaklumla tinggal warga kota yang tak pulang ke kampung ja... majority masih sibuk berhari raya di kampung...sampai di Perlis jam 4 petang.. sambutan raya diteruskan di Perlis pulak,... seronoknya raya :) nak post gambar memang banyak.. almaklumla mamanya penat mengerah anak2 bergambar sbb nak masukkan dalam pb raya nanti... jadi kita tunggu pb raya ya.. ntah bila la boleh mulakan projek.. sibuknya mama balik kerja ni...cerita pasal activity mengepam susu utk Airis di next entry ya 
 tema kuning dengan famili Kuantan


 dengan famili perlis..


Wednesday, August 15, 2012

0 comments

Kuih raya oooo kuih raya...akhirnya berjaya jgk mama siapkan 3 jns ni dlm masa 3 hari...1 hari sejenis...jd siap la cornflakes madu, chocolate chips dan cornflakes crunchy... Dah hbs setengah balang. ..xpe mmg nak buat utk mkn2 sendiri je

Published with Blogger-droid v2.0.6

iftar hari ke 24

0 comments

Memandangkan anak2 berpuasa, kami fokuskan menu kegemaran derang...kalau over2 satgi yg dipilihnya telur je...

Paprik ayam
Kacang buncis
Ikan goreng

Published with Blogger-droid v2.0.6

iftar hari ke 23

0 comments

- Kari ikan
- telur dadar
- sawi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 12, 2012

iftar hari ke-21

0 comments

Hari ni menu berbuka kami special skit..tapi tak byk..itupun dah kenyang yang amat..kalau lebih drp tu confirm tak habis..

Ikan siakap bakar
Telur bungkus
Air sirap bandung cincau

Hari ni first time mama ikut papa ke bazar ramadhan...sbl ni derang pegi beli soya je...hasilnya tak beli apa2 pun kecuali soya..tak ada Yang menambat hati...kecuali bandung cincau..balik umh terus berbuka dgn bandung cincau sendiri..lagipun mama mana boleh minum ais kan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

biskut raya pertama 2012. ... cornflakes crunchy

0 comments

Mulanya mama plan tak nak bust kuih raya thn ni..nak fokus ke terawikh (sendiri2 je) dan adik Airis.... Tapi last minutes tukar pikirsn..takde umph pulak raya tanpa biskut wajib ni... Jadi khamis tu kitorang zassss ke giant beli bhn2 nak buat biskut...

Lepas je berbuka dan solat maghrib terus jalan kerja...biskut ni tak susah..tapi oven msma kecik je...nak tgg hbs bkr tu yg lama... Pembantu pun bertambah thn ni..Sara yg plg byk membantu...suka tul dia dpt susun cup dan sudukan cornflakes....
Jadi inilah hasilnya... Ada 2 jns lg menunggu...tupun biskut wajib...semangat nak buat sbb seisi keluarga suka...termasuk family di kg..derang dah tanya2 dah ni...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

iftar hari ke-20

0 comments





K layan menu iftar mlm ke 21...
-air jagung
-air asam tomato
-telur bungkus
-ayam msk kicap
-sayur sawi
-asam pedas ayam (kakak bagi)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 9, 2012

testing baju kuring raya...

0 comments

Huhuhu tailor buat besar sbbnya silap mama jgk last mnt plan jd x sempat bg contoh bj...ala tak sedondon la raya ni adik...

By the way tema kami thn ni kuning/gold...uols mcm mana dah settle semua?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

iftar hari ke 19...

0 comments

Menu kami hari ni...

-Agar2 milo favourite semua
-Agar2 sirap
-Agar2 blackcurrent
-ayam panggang
-ayam masak Ros
-air jagung & sirap

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 7, 2012

koleksi melur poh kong

1 comments

First time tgk kat iklan mama dah terpikat...sbb bunganya yang sweet tu... Pastu hrtu kat kuantan saja tunjuk2 kat inche hubby tak sangka pulak dia nak sponsor...apa lagi kan org dah offer ksn..kira hadiah birthday la ni ek..

Published with Blogger-droid v2.0.6

iftar sepanjang minggu kedua...

0 comments
Sejak habis pantang ni tak cukup tangan mama nak update blog.. Cuma sempat snap je... Lauk kami simple2 saja tapi yang penting berselera dan kenyang betul tak...




ikan siakap sweet sour, sotong goreng kunyit, ayam panggang, agar2 milo, keropok lekor, air jagung utk mama, air laici cincau untuk kakak, sirap untuk yang lain...



sambal telur rebus, ayam panggang blackpepper, hati ayam goreng


sup ayam, sayur kailan, sambal belacan


telur asin, paprik ayam,ikan goreng, goreng pisang tanduk panas


tomyam ayam, kailan, ayam masak kicap, agar2 sirap pandan


ayam panggang, sup daging, ayam paprik


ni lah food tester kami...hehe

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez