Hari ni hari ke11 Syawal baru berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang kita berkenalan ya.. jangan disimpan di dalam hati..
Harini hari ke-3 mula berkerja selepas cuti panjang.. mood raya pun masih ada.. sedangkan orang yang bercuti seminggu raya pun rasa malas nak start kerja minggu ni..apatah lagi saya yang dah bercuti 2 bulan lebih ni kan.. naik raya terus kerja.. hehehe...
ok cerita pasal raya.. syukur Alhamdulillah masih berkesempatan beraya dengan kedua-dua famili di Kuantan & Perlis.. tahun ni giliran Kuantan, jadi kami bertolak ke Kuantan lebih awal sebelum raya, hari Jumaat pagi tu.. syukur jalan masih lagi clear ..mungkin ramai yg dah bertolak sehari sebelum tu sbb cuti sekolah bermula Khamis, ataupun mungkin ada yang bertolak sebelah malam, lebih bertenaga selepas berbuka.. tapi bagi kami, memang jarang travel malam sebab masing2 mata tak berapa terang kalau malam2 ni..
Sehari sebelum Aidilfitri, dikejutkan dengan berita perginya seorang sahabat kerana kemalangan. Alfatihah utk arwah Ipah yang disayangi, insyaAllah Ipah akan ditempatkan di kalangan yang terbaik.. perginya pula pada hari Jumaat di bulan yang baik bulan Ramadhan.. Subhanallah... terbayang wajah Ajiq yang sebaya dengan Dini.. semoga yang ditinggalkan tabah dan redha...kita yang masih ada ni perlu meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa kan..
***********************
Hari pertama Aidilfitri, sambutan sangat meriah di Felda Panching.. kalau di perlis rumah kami agak jauh2 drp satu sama lain.. tapi di Felda umah nya dekat2 dan bersebelahan..walaupun tak sehampir rumah teres..lepas solat Aidilfitri, kitorang teruskan aktiviti wajib bersalam-salaman dan bergambar.. lepas tu tetamu pun sampai dan tak berhenti-henti sampai ke malam.. memang meriah.. kitorang pun beraya ke umah jiran2 yang dah macam saudara sebab masing2 dah lama bermukim di situ kan.. sampai bercucu cicit dah pun..
Aidilfitri ke2 kitoranng bertolak ke Temerloh utk ziarah pusara arwah tok yang meninggal hujung tahun lepas...lepas tu meneruskan ziarah di umah saudara mara sebelah mak mertua.. dan bertolak ke Kuantan semula selepas Asar.. highway jem la pulak agaknya ramai keluar beraya.. sampai rumah dan pukul 8 lebih.. lepas dinner dan packing kitorang bertolak balik ke KL dalam pukul 10malam sbb esok pagi (Raya ke3) nak bertolak balik ke Perlis..
Aidilfitri ke 3..kitorang bertolak ke Perlis dalam pukul 10 pagi.. tak rushing sangat sbb jalan di KL pun clear aja.. almaklumla tinggal warga kota yang tak pulang ke kampung ja... majority masih sibuk berhari raya di kampung...sampai di Perlis jam 4 petang.. sambutan raya diteruskan di Perlis pulak,... seronoknya raya :) nak post gambar memang banyak.. almaklumla mamanya penat mengerah anak2 bergambar sbb nak masukkan dalam pb raya nanti... jadi kita tunggu pb raya ya.. ntah bila la boleh mulakan projek.. sibuknya mama balik kerja ni...cerita pasal activity mengepam susu utk Airis di next entry ya
tema kuning dengan famili Kuantan
dengan famili perlis..
Wednesday, August 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Salam Aidilfitri.."
Post a Comment