Tuesday, May 15, 2012

cuti-cuti Port Dickson..

0 comments
Weekend lepas plannya nak ke PD dengan family kakak saja nak rehat2 kan otak dan badan sebelum bersalin nanti.. dah lama plan nak bercuti tapi asyik tertangguh je.. dapat pegi PD pun jadi la memandangkan cuti2 mama ke Bandung & Ho Chi Minh mama burn begitu saja.. mama redha ok..

kali ni mama bawak derang ke Thistle Resort.. sebelum ni dah penah bermeeting kat sini.. memang plan nak bwk anak2 semua tido kat sini sbb masa meeting tu geram sangat tgk kolam dan private beach yang sangat cantik..Alhamdulillah tercapai juga impian mama.. lagipun ni dikira celebration untuk May's Birthday la ni.. Happy Birthday untuk papa, Sara, abg Muqiit, Mak chaq & mama sendiri...

kalau yang belum pernah sampai ke sini dicadangkan sila2 booking..tapi memang kena booking awal sbb ramai sangat kalau weekend.. service derang pun sangat best.. highly recommended.. cara nak ke Thistle ni senang saja..kalau dari KL ikut highway Seremban/PD tapi ikut exit Teluk Kemang.. straight saja (lebih kurang 10 minit drp pekan Teluk Kemang), Thistle Resort ni sebelah kanan.. berhampiran dengan TNB Resort...

ok jom layan gambar..kalau nak diikutkan mmg banyak gambar yg kitorang ambil..tapi ni yg terpilih saja la..
ketibaan kami disambut oleh badut yg bagi belon free..cewah
beratur nak check in
dah masuk bilik..bergambar dulu atas kusyen yg boleh tido jugak

mcm2 gaya kanak2 ni posing..ada yg tertonggeng
katil king size..
pandangan drp balkoni bilik kami, cantikkan..nampak swimming pool utk kids

sebelum tukar baju posing dulu
bestnya dpt main kat game room
enjoys je derang

bola yang lembut je..tak bahaya pun
siap boleh tido atas bola2 tu..mcm bantal
tingin mama nak join sekali
jom jalan tempat lain pulak
belakang tu swimming pool utk adult pulak



movie room pun ada.. last show pukul 7pm
dah ready nak terjun pool yeayyyy
jelesnye mama
nak naik atas pool yg ada mushroom
yeay mandi air hujan,,
standby nak terjun gelungsur..adik sara pun ok je nak terjun






family mak chaq dah sampai nak pegi dinner kat luar

breakfast..


second day..main kat game room lg


sebelum check out






adult swimming pool..besar kan
giliran abg muqiit dgn mak chaq lak potong kek

Happy Birthday Sara..

Qaisara now 3..

kat private beach
banana boat pun ada under resort..RM20 per pax

masih berbaju tido sbb satgi nak terjun kolam



















Friday, May 11, 2012

cik pink saye..

0 comments
saja je nak menunjuk cik spek ai yang warna pink gitu.. sangat suka casing yg kaler pink tu... kembali kepada frameless..sebelum ni dah try pakai yg ada frame tapi mmg lagi suka kalau yang frameless.. 

sangat suka... spek bonus..hehe...

 

Baju Raya anak-anak..

0 comments

Lega rasanya dah settlekan baju raya anak-anak.. bukan senang nak memilih bj utk 4 peringkat umur.. hehehe.. tupun sib baik same gender.. serious saya takde pengalaman nak beli bj untuk boy sbb saya tak ada anak boy maupun adik boy..

Syukur Alhamdulillah rezeki bonus yang company saya bagi dapatlah saya shopping utk anak2 kan.. takkan nak shopping utk mama nya je ye tak..kali ni plannya mmg nak beli bj raya utk 3 kekanak kat umah tu.. kat adik baby dah banyak sgt dah… tapi biasa la kan.. kalau tak nak beli tu yg tu yg nampak dulu.. lgpun bj baby mmg byk choice..

Makin besar makin susah nak cari baju.. mcm si Kakak sulung la..dah baju saiz 10 thn mmg sgt susah nak cari saiz ataupun pilihan.. apatah lagi kakak bertudung.. nak kena cari shirt yg sesuai.. agak mencabar.. sbb tu kalau dah jumpa tu mmg saya borong lebih sikit.. biarla lebih sikit harganya ataupun kurang sikit diskaunnya asalkan sesuai dengan kakak..lgpun kakak yang paling memerlukan baju sebenarnya.. sbb adik2 boleh lg recycle bj kakak.. tp kakak nak recycle bj sape kan..

Jadi hasil rebutan dan kena penyet dek orang.. dpt la mama belikan baju anak2 kesayangan mama ni.. tak sabar nak tgk derang try.. tapi balik nnt mmg kena explain lebih la nape ada yg lebih ada yg kurang.. nak buat mcm mana kan dah takde saiz.. kasut pun dah settle bln lepas..

Ok lepas ni cuma nak settelkan baju kurung anak2 dan upah baju mama pulak.. rasanya cukup la kot kumpul kain pasang.. setakat skrg ada 5 pasang tak jahit lagi.. letih gak tu nak kuar budget upah..


Untuk rekod diri sendiri.. inilah hasil shopping di Sogo hari ni.. :)

macam tak percaya mama larat bwk semua ni..

4 portion utk anak2.. Dini, Alesya, Sara & Adik baby (sedikit tambahan)

ni hadiah untuk Mama ..tuala untuk setiap pembelian RM200 ke atas

terapi minda mama..hehehe..beli EDP Coach Poppy tu dapat lotion dengan miniature..

Wednesday, May 9, 2012

checklist bersalin..

2 comments
Walaupun dah nak masuk anak ke-4 tapi bukannya tiap2 tahun kita bersalin ye tak.. memang perlu ada checklist untuk barang-barang keperluan bersalin ni.. apatah lagi saya bersalin nanti dah hampir dengan Hari Raya.. Tentulah kena beli in advance keperluan raya untuk anak-anak termasuk mama dan papanya sekali :)

Semalam dah settle pegi beli baju baby..Plannya tak nak beli banyak sbb sebelum ni pun dah beli sikit2 dan haritu buat 5S baju kakak2 pun banyak lagi yg boleh recycle... tapi bila dah sampai kat Sogo tu faham-faham la semua nak beli.. dgn Mickey Mousenya dengan  Fisher-Price..alahai cutenya..  

jadi kat bawah ni checklist untuk barangan yang dah dibeli dan belum dibeli bagi ibu yang akan bersalinkan anak yang kedua ke atas (boleh recycle brg anak terdahulu). 

hemm lagi sebulan ni.. tapi ada lagi brg2 yg belum setel..inipun dah beli sikit-sikit sbb taknak poket terkejut.. nampak mcm simple tapi belanjanya besar gak ni.. yang dihighlight pink tu belum dibeli.. (untuk rujukan diri sendiri)

Barang yang perlu dibeli :
Baby :
1. short sleeve seluar panjang
2. long sleeve seluar panjang
3. rompers seluar panjang
4. rompers seluar pendek
5. jumper suit (tangan panjang seluar panjang)
6. stokin, mitten
7. head band
8. barut (yg bukan tali)
9. selimut
10. bedung moden (Hugme wrap)
11. tuala baby ( hooded)
12. topi
13. rocker
14. minyak angin cap piala
15. Mami Poko New Born
16. botol susu comel (utk air masak/zamzam)
17. Sabun mandi
18. Kelambu khemah
19. Tisu basah (baby wipes)
20. Cream Drapolin (elak kulit baby melecet)
21. lapik tikar getah
22. bedding set 

Mama:
1. bengkung
2. set Nona Roguy
3. Tungku moden
4. Mandian herba Aura
5. Maternity pad 
6. Stokin 
7. Nursing pad (washable)
8. Nursing pad (pakai buang)

Keperluan mengepam
1. Botol susu storage (jingle jungle/ autumn)
2. Plastik storage (Autumn)
3. Valve pump
4. Shell (BPA free)

untuk senarai penuh boleh rujuk di entry sebelum-sebelum ni ya.. (entry lama)




storage untuk booties, mitten & head band
taraaaa... baju baru baby.. rambang mata mama beli kat sogo & butik Anakku
baju yang dah simpan dalam storage box
ni peralatan ubatan.. byk lagi yg tak beli termasuk set bersalin mama
rocker yang belum dipasang...
 
rocker adik baby yang baru dipasang.. yg lama pun masih boleh pakai tapi mmg perlukan dua sbb nak tinggal umah penjaga adik nanti..
blanket pink, bedung moden, pump accessories

Monday, May 7, 2012

Rak Buku Baru.. 2012

5 comments
Sempena Pesta Buku tahun ni.. Kitorang decide nak tambah rak buku baru sbb dah banyak sangat buku yang bertindih-tindih sebab rak buku dah penuh.. Apatah lagi kalau lepas ni kesemua 4 jenis majalah yg mama langgan sampai.. Maunya penuh ruang bacaan tu.. Kalau tak ada rak yang sempurna takut nanti entah ke mana-mana buku & majalah-majalah tu..

Untuk rekod diri sendiri, saya snapkan gambar-gambar rak baru ni sebelum dan selepas :)

inilah rak buku yang baru sampai..sebelah kiri mama punya kanan papa punya

anak-anak siap letakkan soft toy.. sabo je la.. derang yg snap ni.. mmg bakal2 blogger tegar juga nampaknya.. hehe 

Tepi sekali sebelah kiri tu novel baru yg belum dibaca..bawah tu semua koleksi novel ahadiat akashah.. semua novel dah disusun mengikut susunan nama penulis.. senang nak cari..Tempat softtoys tu sepatutnya portion untuk majalah mama 4 jenis (Nur, Pa&Ma, Mingguan Wanita & Keluarga).. so far yg telah dipindahkan ke rak buku baru cuma Pa&Ma dan Keluarga..koleksi 2011 & 2012..koleksi sebelum2 tu masih di rak buku lama

Rak Buku lama yang telah dikosongkan dan disusun semula, sebelah kiri semua novel mama, rak ke-2 koleksi dvd korea dan souviner, rak ke-3 buku anak2 termasuk buku cerita, majalah dan buku sekolah, rak ke-4  majalah setiap bulan dan koleksi album gambar yg dah makan 3 tingkat

ni antara koleksi novel mama yang dah disusun mengikut nama penulis..

Koleksi kak Noor Suraya

koleksi Ahadiat Akashah

koleksi Norhayati Berahim & Ramli Awang Murshid


taraaaa... rak baru yang hampir penuh di sebelah kanan dengan buku2 agama & kitab inche hubby.. belah kiri masih byk yg kosong :)

Happy Birthday Adriana Qaisara yang ke-3

0 comments
Dah lama tak update perkembangan terkini Sara kan..tup tup dah genap 3 tahun dah anak mama..


Buat anakanda Sara yang mama sayangi, mama ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 3 tahun.. mama sentiasa mendoakan Adik sentiasa berada di dalam lindungan Allah, dikurniakan otak yang bijak, menjadi anak yang solehah dan sihat sejahtera...

Kalau nak tau Sara ni memang sangat manja di rumah.. dia lah Queen.. kalau dia nak apa mesti dia nak nak jugak.. kakak-kakak la yang selalu mengalah, terutamanya kakak Alesya.. harap-harap bila baby dah keluar nanti Sara pulak yang akan mengalah dengan adik..


tengok cara dia posing pun dah tau dia ni sgt 'naughty' kan..
tapi kadang-kadang dia ni sangat pemalu kalau tak kenal orang tu..
happy betul dia sbb smlm kitorang bawak main2 kat jusco..pak anjang yang rajin melayan bawak main sume mainan kat situ..suka la kanak2 ni..

pre-celebration untuk Birthday Inche Hubby

0 comments

Bila masuk bulan Mei, memang berturut-turut birthday..boleh dikatakan setiap minggu ada birthday.. bermula dengan 1 Mei birthday inche hubby.. Jadi weekend tu kami tanya anak-anak nak makan apa.. sbb minggu sebelum tu dah bwk pegi makan pizza atas permintaan kakak Dini yang sukakan chicken soup.. Jadi minggu ni semua setuju nak makan KFC pulak.. ya kami memang jarang makan di luar.. kalau nak makan fast food pun selalunya take away saja.. Jadi sesekali bawak derang makan di luar mmg sangat2 dihargai... Seminggu terperap di rumah, ulang alik ke sekolah.. walau bawak ke Giant pun derang dah happy sangat...

Jadi untuk pre-celebration birthday papa ni kitorang makan KFC dan 1 slice kek SR ..(itupun share2 sbb tak habis)... kenapa pre? sbb mama dah plan nak order kek di tengah2 Mei dan celebrate semua yg sambut birthday di Bulan Mei (so far ada 5 org sedara terdekat).. tunggu update seterusnya utk pre-celebration Birthday Sara pula..

credit to Mak Su yg tolong snapkan gambar family..
Happy Birthday Papa, terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang sangat memahami.. Kami semua sayang papa.. :)

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez