Thursday, August 20, 2009

Original Samsonite Notebook Backpack For Sale

1 comments

Plannya nak let go backpack ni sbb jarang diguna..biasa pakai beg satu lg.. jd sape2 yg berminat nak beli boleh contact k...

Wednesday, August 19, 2009

Kebun Mimpi

4 comments















Kebun Mimpi yang menggabungkan 3 cerita (Keranamu Ain, Nyanyian Tanjung Sepi & Biru Ungu Cinta). Rupa-rupanya watak2 utama 3 cerita ni ada kaitan. Jadi kalau dah baca 3 novel ni pasti kita nak tau sedikit perkembangan kepada watak-watak utamanya.apa terjadi kepada Fatah, Kamal, Ain, Nik Mohd Adam, Dr. Sharifah Nur Khaleeda... Kebun Mimpi nie menyelitkan sedikit sambungan daripada kisah-kisah sebelum ini. Dan ending yang meruntun hati dalam kebun mimpi.. watak utama dalam Kebun Mimpi nie lebih fokus kepada Ain & Adam (sambungan cerita Keranamu Ain), rasanya mungkin ada sambungan lagi kot sbb belum tau apa yang terjadi pada kisah Ain & Adam.
Oh ya.. dalam Kebun Mimpi nie ada 3 cerita tau.. 2 lagi kisah drp Syud & Rnysa..tapi aku belum habis baca lagi.. sbb lepas baca Kebun Mimpi aku patah balik ke Biru Ungu Cinta..hehe

Biru Ungu Cinta

0 comments





















Cerita yang membuatkan air mata berjuraian..dari awal sampai akhir..kisah antara Seera Asyikin (sedapkan nama tu), Fatah & Kamal.. aku tabik dengan Seera yang sangat tabah menghadapi pelbagai ujian..berpisah dengan kekasih yang dikenali sejak kecil hanyalah disebabkan oleh kesilapan orang lain..boleh menyelami bagaimana perasaan orang yang menunggu saat2 malaikat maut datang menjemput..mmg sedih sangat.. juga dapat merasai perasaan yang bakal ditinggalkan..kisah cinta 3 watak ini akan bersambung di Kebun Mimpi..(sayang aku dah terbaca dahulu, sepatutnya baca kemudian, tak sangka pulak dua cerita ni berkaitan..)

tapi yang belummemiliki mmg patut beli..ataupun pinjam..mmg best sangat cita nie.. harap lepas nie kak Noor Suraya dapat keluarkan novel2 yang mcm nie.. (mmg semua novel kak Su best pun).

Satu kelebihan novel2 Kak Su nie selain drp ayat2 yg sedap, watak2 di dlm setiap novel mmg selalunya akan berkaitan (wpun sedikit).

Thursday, August 6, 2009

keja lama keje baru..

5 comments
wah wah wah..berabuk sungguh dah umah nie... berabuk tu membayangkan tuan rumahnya busy la tu.. sangat2 busy lately sampai jangankan nak update..nak baca blog kawan2 pun tak sempat... balik umah dah flat..bukak internet kat umah hanya utk check email atau urgent transaction..selebihnya aku gunakan masa berkualiti tu utk anak2 n rehat..

apa cita keje di tempat baru? hemmm seperti yg aku dah jangka..keje banyak menunggu... pending keje lebih drp setengah thn..byk tu nak kena catch up balik.. sabar sabar... nie la namanya cabaran di tempat baru kan.. aku jugak yang buat keputusan nak tinggalkan confort zone.. jd selamat datang la ke zone keje tanpa henti lak.. nie pun sempat curi2 masa di pagi hari sbl orang ramai dtg... aku belum biasa lg la dgn open concept nie.. rasa mcm semua org tgk apa yg aku buat.. hehhee

hari last kat opis lama mmg aku down habis.. sayang sungguh nak tinggalkan kawan2.. meleleh jugak la.. tapi control... tanak tunjuk sedih sgt..sbb nnt aku akan selalu ke sana jugak..cuma bukan sebagai opismate..sbg partner pulak.. sememangnya keje2 di sini akan byk berhubung dgn opis lama ku...

hari pertama di opis baru? hemmm ingatkan 7.40 tu dah dikira awal...rupanya parking dah penuh...sedih tul sbb pass card ku belum boleh ekses parking..terpaksala parking di open air parking berbayar tu...jauh lak tu nak menapak dah la barangnya byk..almaklum la first day...sabar2 cabaran tu...

tapi rasa legaaaa sangat sbb dah jumpa port utk express ebm.. ada surau yg complete dgn kunci dan electric supply di belakang nun.. takpa la asalkan ada..wpun sgt penat nak ulang alik ke toilet yang jauh dan turun tangga hantar ebm ke freeze (menumpang freeze orang)...aku sentiasa berdoa semoga dipermudahkan aku nak susukan anak ku dgn susu ibu selama yg mungkin...

kalau ikutkan tahap kesabaran mmg sgt byk cabarannya.. awal2 report duty aku dah disuruh outstation 3 hari ke Butterworth.. aku perlu korbankan salah satu,... bos atau anak...so aku pilih anak..sorry bos..kali nie sy terpaksa menolak.. aku dah berikan alasan..dan byk jugak alasannya utk aku pergi..last sekali dia kata ok wpun muka tak berapa nak ikhlas.. aku mmg sgt tak sedap hati..ya la baru keje dan byk songeh.. tapi mcm aku kata, aku kena korbankan salah satu.. takpa la..kalau lama di sini nnt bos akan tau aku bukan sengaja nak tolak..nnt kalau anak dah besar skit boleh la aku outstation mcm tu...

apa2 pun isnin ni aku akan ke kuching... dan demi anak jugak aku kuatkan diri utk balik hari..keluar di awal pagi dan terus balik flight petang...

itu saja utk hari nie... bos ada kat depan la.. satgi dia kata curi tulang.. hee

Wednesday, July 15, 2009

sedih..

3 comments
sebenarnya aku dlm mode sedih nie.. bukannya apa.. hari2 terakhir kat opis nie dah makin dkt..pengganti pun dah dtg..skrg pun tgh train budak baru tu buat keja2 aku.. sedih tau.. sebenarnya aku mmg dari hari tu 50-50 nak tgl kan opis nie.. cuma memikirkan peluang bukannya selalu datang.. semua org ckp mcm tu..

kat sini semuanya best.. kerja ok..rileks je.. bos best.. location opis.. (boleh shopping sogo tiap2 hari..boleh gi jln TAR tiap2 jumaat).. kawan2 pun best.. dan yang paling bestnya cubic ku besar spt blk AGM.. sangat privacy sbb di hujung opis.. nak tido bwh meja pun takde org perasan (belum pernah buat).. aku sangat2 sayang kan opis nie.. huwaaaaaaaaaaa

tolong la tolong la.. aku perlukan motivasi nak pindah ke opis baru.. dah la dgr citenye kat opis yg berkonsepkan terbuka tu takde fridge utk aku simpan ebm..pastu nak pumping pun kena naik ke surau...sungguh jauh berbeza dgn di sini.. surau di sebelah cubic ku je..fridge pun di sebelah je.. huwaa huwaa huwaa...

sampai ke hari nie aku tak buat persiapan apa pun utk berpindah.. tapi lambat laun kena la jugak takkan nak dok sini selamanya dah pengganti pun ada kan..sian la adik tu nak kena dok menumpang tempat lain..

semoga dipermudahkan bila betukar kerja nnt.. walaupun belum tukar lagi aku dah dgr cerita kerja yang menunggu di sana amat la banyak.. ntah sempat ke tak aku nak berblogging lepas nie.. lagipun dah konsep terbuka takut org nampak la aku berblogging.. hehe..kita tunggu dan lihat..



yea yea kiter dapat hadiah

0 comments
semalam lepas balik dr surau tgk2 ada bungkusan nie kat atas meja.. macih kawan2..pakcik makcik..yang sudi berikan daku hadiah.. hadiah nie sempena hari lahir yang ke 30..auwww dah 30 ke? ish mcm tak caya.. takpe apa ada pada nombor.. yang penting hati tetap muda.. hehe



























p/s: hadiah yang putih tu from my boss.. tq boss..



Tuesday, July 14, 2009

Tagging Game by Mummy Lyana..

3 comments

The rules:
• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award
- Mummy Lyana nie senior merangkap housemate masa di study di MMU Melaka dulu..
- Mummy Lyana nie sangat vogue walaupun time tu study lagi..cukup pandai bergaya
- Mummy Lyana famous dengan jelingan manja tu..
- Mummy Lyana ni sangat la sayangkan Lyana siap ada blog khas utk Lyana tu
- She's very helpful and intelligent.. betul nie tak bodek punya..

• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
-daku nie jenis yang tak byk cakap..kadang2 org sangkakan sombong.. sebenarnya tidak
-sangat suka shopping..ikut mood..kalau mood shopping tu datang tiap2 hari daku kuar shopping
-sangat suka bagi hadiah dan menerima hadiah, rasanya sonok sangat kalau dpt beri hadiah, sbb aku sukakan proses nak bagi hadiah tu..bermula dr cr idea nak bg apa..nak wrap mcm mana.. etc etc, & paling best part tgk muka kegembiraan org yg terima hadiah tu..
-sensitif orangnya..mudah terasa
-suka belajar & bertanya..
-suka mengumpul handbag, wallet & kasut...
-suka juga mempelbagaikan fesyen baju
-suka bergaya
-agak sistematik..tak suka sesuatu yang last minutes..sbb nnt akan rasa kelam kabut..
-tak pandai mengajar & kurang kesabaran.. selalunya anak2 husband yang akan ajarkan..sbb aku nie cepat melenting...
-daku sangat sukakan novel.. rasa tak senang duduk kalau 1 hari tak baca novel


• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
1-intan - cikgu yang cantik manis
2-Ealyie-si mama iris yang menunggu masa nak bersalinkan 2nd baby
3-ima-kawan baikku yang selalu kena dera dgn ku.. hehe..sowi la ima kalau aku garang2..:P
4-su- mama lutfi & balkis..so motherly
5-ct zuraimah-kawan yg bersemangat tinggi, businesswoman-to-be kot..
6-Fara Aiza - Successful lady yang cukup cukup committed...
7-sape2 yang baca blog nie.. tq


Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.

Tuesday, July 7, 2009

Father's Day

0 comments
walaupun entry nie agak basi..sbb Father's Day dah lepas..saja nak letak utk kenangan.. Just nak share saat2 manis n happy si ayah dapat hadiah daripada mama & 3 princess tu.. taraaaa..



handmade card nie mama beli di sini..suka sangat..















adik sara tengah syok tido..takleh join bergambar..




















si mama nya pun dapat hadiah from Sogo sempena Birthday

Monday, July 6, 2009

first day keje

5 comments
fuhh lama betul rasanya aku tak dtg keje..bayangkan dr bulan april.. bila dah sampai opis rasa blur tatau nak start kat mana.. sib baik email aku mmg check tiap2 hari kat umah..kalau tak maunya berbakul2 email nak kena baca...

pagi tadi dah hantar anak kat umah kakak..sedih rasa nak tinggal kan anak2 especially sara yang tak berenggang dgn aku selama 2 bulan nie.. harap2 adik ok.. sementara nie mak chaq jaga dulu..tunggu 2 bulan kot pastu leh hantar kat org lain/nursery...

kalau tanya persiapan nak keje..mmg sangat busy smlm.. aku iron sume baju utk seminggu..susun baju anak2 utk pakai di rumah baby sitter pun utk seminggu..iron baju sekolah si kakak..semuanya utk seminggu.. sbb takut tak sempat kalau nak siapkan malam.. pagi tadi pun berlari2 siap..takut si sara nangis nak susu..sementara dia diam tu la nak mandi..nak solat.. nak siap..

harap2 sara tak nyusahkan mak chaq.. dok diam2 ye.. senang mak chaq nak masak..kita jumpa petang nanti..

Sunday, June 28, 2009

cantik tak?

2 comments


nie la keje daku masa bercuti rehat sebelum bersalin haritu... browse2 online shop n terjumpa 'kedai' jual frame nie.. suka sangat.. mmg dah plan nak buat untuk si 3 beradik tu.. cuma utk Qaisara tak sempat nak letak gambar lg..saper2 yg berminat leh ke kedai nie.. ada byk frame cantik2 n customised... :)






















Wednesday, June 24, 2009

kisah mengepam EBM di kampung

9 comments

korang tau tak gambar apa kat atas tu? haa tu la gambar EBM yang diperah masa di kampung.. aku kat kampung lebih kurang 2 minggu.. masa tu nak pam pun rasa dilema sbb takut ebm tak tahan sampai ke KL..almaklumla perjalanan makan masa 7 jam... kalau cair kan frust je nanti.. tapi daku kuatkan semangat dan kurang kan berharap.. 1 hari dapat la dalam 4Oz.. kira penuh jugak la freezer mak dgn ebm2 daku sampaikan mak nak isi ikan ngan daging pun tak muat..sowi mak.. hehe
hari yang dinantikan sampai.. mmg sbl2 tu daku tak habis2 berdoa semoga dipermudahkan dan susu2 tu selamat sampai ke Kl dan bertahan beku.. sempat ber-sms dgn kwn2 ttg pengalaman2 bwk ebm jauh.. thanx to fara yang byk bg info.. Intan pun.. tq yer..
syukur perjalanan kami dipermudahkan Allah.. perjalanan mengambil masa 6 jam.. cuaca pulak mendung.. sbl tu kami dah isi EBM tu dalam flusk yang isi ais tu..pastu siap gi survey kat kilang ais tube sbb nak beli ais awal2 pagi sbl bertolak.. haa nie la hasilnya.. penuh flusk tu dgn ais.. sbb ada sorang kawan pesan isi ais banyak2... supaya tak cair...
sampai je kat umah terus kerja keras pecahkan ais2 tu pastu pindahkan ke freezer.. syukur... semoga niat murniku untuk menyusukan anakku dgn susu yg terbaik dipermudahkan.. Amin..
0 comments
Salam... kami dah selamat berada di Kl semula.. mama pun dah habis pantang.. tak sampai 2 minggu lagi dah nak masuk keje..jd just nak sharekan gambar2 the latest Qaisara.. cerita2 detail nnt ada masa k.. almaklumla sekarang nie jd fulltime housewife nak kawal 3 anak dara tu.. so kelam kabut skit mengejar itu mengejar ini...









gambar sejurus slp dilahirkan..














rambut Qaisara sebelum dicukur botak..lebat kan?
























taraa... nie dah botak n dah start panjang semula..











nie gambar the latest.. dah tembam..
nie gambar hari ke-46 lepas habis pantang.. saja kuar jalan gi umah kakak..

Saturday, June 6, 2009

pengalaman besalinkan Qaisara.

14 comments
sebelum entry nie basi...sib baik daku sempat catat dulu..kalau nak harap type terus mcm tak sempat je..semuanya nak mengejar masa..nie pun baby tgh tido..

06/05/2009 :
-start sakit pukul 12 tgh malam..mula rasa sakit sejam sekali
-tunggu sampai kol 5 pagi, dan terus bertolak ke SDMC, sebelum tu kena hantar anak2 ke umah kakak di Kinrara. Kami dah janji awal2 dgn anak2..kalau mama sakit nak ke hospital, kakak dgn adik kena gi umah mak chaq tau..derang mmg suka sangat..kat sana kakak2 n abg sepupu rajin melayan..

-sampai SJMC kol 5.30 pagi, terus ke labour room kat tkt 4

-katanya ramai patien hrnie..termasuk la patient Dr. Delaila (O&G ku)

-waktu nurse check contraction tu, baru 5cm tapi dinding rahim mash tebal..berlenang jugak la air mata sbb mmg sakit waktu check bukaan tu...

-contraction 10 minit sekali..Dr pun dah sampai (dah pagi)..sekali lagi Dr check bukaan, tapi kali nie kurang sakit..mungkin kepakaran Doktor tu mengurangkan sakit..Dr pecahkan air ketuban untuk mempercepatkan proses..masa keluar air ketuban tu ku sangkakan terbuang air..ish dah masuk anak ke3 pun tak pro lagi... sakit bersalin ni kejap je ingat..dah lama skit lupa dah.. sbb tu org tak serik nak bersalin...

-kali ke-3 nurse check contraction.. slp diberi ubat cuci perut.. waktu nie contraction dah minit sekali.. dan mmg kesakitan makin terasa sampai aku tak sedar aku pegang tangan nurse tu melarang dia sentuh mana2 anggota badanku especially time contraction.. tapi nurse kata time contraction la dia kena measure..

-pastu rasa makin sakit, rupanya2 dah nampak kepala baby, walaupun Dr tak masuk lagi, bidan kat situ suruh push je kalau contraction.. time tak ada contraction tayah push..buat buang tenaga je...

-Dr masuk dan standby semua.. tenaga ku makin berkurang untuk push..mayb faktor2 kurang tidur..umur yag makin bertambah (kurang exercise), pastu tak dinner..kebetulan makan petang..jd malam dah kenyang.. tak sangka lak nak bersalin esoknya..

-kiranya major push dalam 3 peringkat.. mula2 tu keluar kepala..pastu tunggu contraction lg keluar badan..ingatkan dah settle..rupanya kaki belum keluar..kena push sekali lagi..

-waktu push tu sbb tak larat sangat, tak sedar aku geleng kepala tanda surrender (maksudnya perlukan bantuan vacuum/forsep) tapi ada sorang midwife nie (chinese), sangat2 pandai motivatekan daku..dia cakap, takpe cuba lagi..sekejap lagi dah boleh rehat..dia pujuk aku macam pujuk anak2..

-akhirnya baby selamat dilahirkan jam 9.10pagi..Alhamdulillah..

-rasanya kali ni mmg catat sejarah jugak sbb ramai dalam labour room tu.. Doktor, midwife 2 orang, nurse pelatih 2 orang

-sepanjang di hospital, layanan mmg tiptop sbb ramai nurse pelatih..

-sampaikan sepanjang ditolak ke wad, aku mengaduh saja sbb sakit seluruh badan & contraction (pengecutan rahim slp bersalin) setiap 10 minit, dicampur dengan sakit kesan 10 jahitan..nurse pelatih tu tak habis2 cakap sorry puan sorry puan.. mmg rasa perut bila nak gerak..walaupun setakat nak bangun duduk makan ubat..aku lalok sampai 9 jam tapi tak boleh tidur sbb sakit contraction.. setiap 6 jam aku telan pain killer..paling sakit waktu breasfeeding..mmg dugaan betul waktu nak menyusu.. mungkin ada kaitan dgn hormon pengeluaran susu..terpaksa menyusu sambil baring..

-sbb tu la aku hanya sms kawan2 pukul 9 malam..sbb keadaan yag lalok n sangat lemah , lalok tu disebabkan injection ubat utk cptkan pengecutan rahim (slp deliver), kena 2 dose lak tu..paha kiri n paha kanan..

-selepas 3 hari baru la contraction tu lega, tapi sakit jahitan tu lega slp hari ke-15..selama 15 hari pertama tu mmg tak boleh banyak duduk, berdiri, berjalan..

-aku start berbengkung/bertungku slp 5 hari..syukur brat maintain spt sbl ersalin..40kg..
-spt sbl nie aku makan ubat phytonatal Nona Roguy, tapi cuma start makan slp 10 hari (sbb baby ada jaundice)..

-pam susu pulak bermula di hari ke-6..stok ebm dalam 6oz/day.. tak pam byk sbb baby lagi memerlukan..aku cuma pam waktu baby nyenyak tidur..

-aku start balik berpantang d kampung slp 4 minggu di KL..kiranya betul2 ready utuk long distance (7jam)

-hari ke 28 start mengurut & bercukur baby (sekarang baby dah botak)..
-nnt akan ku update gambar terbaru baby.. dah lain skit mukanya...

Sunday, May 24, 2009

new handphone?

5 comments
daku tgh survey2 handphone baru sbb rasa mcm dah boring pakai iPAC.. hehe.. ada tak sape2 leh suggest nak beli handphone apa? budget range tak melebih RM2k.. so far dalam kepala ku terbayang N95.. suka yang ala2 gitu yang ada casing mcm tu..






Friday, May 22, 2009

jadual berpantang ku..

3 comments
belum ada masa nak cerita pasal pengalaman bersalin kali ke-3 nie.. nnt rasanya ada masa nak tulis dulu pastu terus type..

cuma nak cerita pasal jadual harian seorang ibu yang berpantang.. dah nama blog nie pun catatan mama kan..

0600am : bangun pagi.. bertuku (oleh MIL) -

aku cuma tadah badan je..kadang2 tu tertido walaupun mil tgh tukukan.. teruk tul kan.. tapi nak buat mcm mana kalau dah ngantuk sangat.. sbb aku byk berjaga malam..selalunya baby akan bangun 2 jam sekali ataupun 1 jam sekali utk menyusu..

8.00: mandi + berbengkung
8.30: minum pagi (milo panas + biskut JACOBS)
9.00: berehat/EBM/breastfeed baby
12.00: lunch (nasik panas + 1/2 jenis lauk)
4.00 : minum petang (milo panas + Biskut JACOBS)
6.00: mandi + berbengkung
6.30: makan malam (nasi panas + lauk)
7.30: turun bawah (tgk tv)
11.00 : tidur

ini la jadual harianku.. kalau tgk kat gap2 antara masa makan tu aku buat apa ek? hemmm tiap2 hari keje ku ngadap novel sambil baring.. nak duduk lama2 tak boleh nnt sakit.. nak ngadap pc pun tak boleh sbb pc kat bawah.. jd kejenye baca buku...baca majalah.. berangan nak beli tu berangan nak beli nie..

hari nie dah masuk hari ke-17 baru la aku rasa sihat dan tak sakit2 lagi.. rasa kali nie lama sangat sakitnya.. especially di kesan jahitan.. sbb tu aku minimumkan penggunaan tenaga termasuk la naik turun tangga.. aku start turun tangga tgk tv kat bwh pun lepas dah masuk hari ke-10.. bayangkan sebelum tu hanya aku dan baby di atas.. makan minum suma di atas.. sib baik MIL ku sangat sporting..dia la yang pakaikan bengkung.. yang mandikan daun2 ubat..yang masakkan lauk.. pastu hidangkan kat atas.. thanks mak..


ok next entry boleh citer psl pengalaman dlm labour room buat kali ke-3.. skrg daku nak berehat dulu.. berpantang ni penting utk kesan jangka masa panjang.. walaupun nampak ok tapi kena ikut la jugak..sbb kalau sakit2 badan diri sendiri yang menanggungnya.. daa




Monday, May 18, 2009

Lagi gambar adik Sara..

3 comments
ok nie lagi gambar2 Adriana Qaisara..mukanya lain drp kakak2nya kan..rasanya semua muka anak2 ku lain.. hehe





nie masa lepas dilahirkan..


























si kakak yang happy dapat adik..skrg dah tak kasik org panggil dia adik..suh panggil dia kakak

Inilah Adik Sara..

2 comments
Hari nie dah genap hari ke-12..baru sempat nak upload gambar sara.. nie gambar yang diambil oleh pihak SDMC di awal-awal kelahiran..



Nama : Adriana Qaisara Binti Ahmad Hamili

DOB : 06 05 2009, 9.10am
Weight : 2.5 kg
POB : Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya
O&G : Dr Delaila Ahmad
Paed : Dr. Sofeah Ali

Friday, May 15, 2009

Selamat Bersalin..

11 comments
Syukur Alhamdulillah.. daku dah selamat deliver 3rd baby pada 6.5.2009..(tak dpt tarikh 5.5.2009).. btw cerita detail akan diceritakan kat next entry.. nie saja nak war2kan khabar baik.. gambar baby pun nnt la ye.. tak upload lg.. camera sume kat atas.. pc kat bwh.. aku pun tak turun2 ke bawah....berkurung dlm blk je.. mmg berpantang sungguh.. bkannya mengada-ngada tapi tak tahan sakit kalau naik turun tangga.. jahitan agak byk kali nie.. 10 jahitan...

nnt akan kuperkenalkan Adriana Qaisara kat blog nie.. jumpa lagi...

p/s: thanks atas ucapan kawan2 ... dan yang wish birthday ku hari nie.. hadiahnya mana.. ? hehe


Tuesday, May 5, 2009

kisah dua kanak-kanak nie..

4 comments




















gambar nie diambil hari Jumaat hrtu lepas beli 2 baby botak nie.. sebenarnya dua org kanak2 nie nak sangat baby botak nie.. dulu dah pernah beli kat kakak masa kecik2.. tapi dah tercabut kepala.. pastu dah tak boleh bunyi2/menari2 dah.. bile dibeli sekali lagi punya la suka derang main ngan baby nie..derang bg gelaran baby botak.. siap belakon breastfeeding kan baby tu ok.. lawak je kalau peratikan..hehe


Monday, May 4, 2009

10 hari lagi...

5 comments
huhu.. kalau diikutkan lg 10 hari Edd aku.. bersamaan 11 hari lagi birthday ku...suspens2.. sbbnya sebelum2 nie tak pernah sampai ke tarikh Edd tu... aku dah lupa mcm mana rasa contraction nie.. lupa lak nak tanya Dr time yang sesuai utk bergegas ke spital.. ada sape2 leh kongsi?




Saturday, May 2, 2009

Reward Diri Sendiri..

2 comments
last weekend aku ke Optometry sbb plannya nak tukarkan spect yang aku pakai skrg nie... rasanya pun dah setahun lebih buat.. ke dah 2 thn lebih ek..tak ingat lak.. pastu dah alang2 masuk kedai tu..ternampak la pulak Sun Glasses... mmg ada gak plan nak beli sun glasses baru utk driving.. asalnya nak survey2 je.. tapi Salesman tu sangat la bagus..punya la ramah dan sabar sampai aku leh tergoda nak beli satu.. ini la hasilnya.. hehehe































jd minggu nie aku dapat 2 spect... (reward diri sendiri la konon sbb bln nie kan tayah kuar budget minyak & makan kat opis)..yeehaa..



Friday, May 1, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang..

0 comments
1 Mei datang lagi.. hari nie birthday my hubby.. sorry tak dapat nak celebrate lebih2.. biasanya kitorang akan buat double celebration sbb birthday kami di bulan yang sama..

aku dah tanya hadiah apa dia nak thn nie..spt biasa jawapannya.. tak nak apa2..yang penting semuanya selamat..



Glitter Photos



Semoga dirimu berbahagia selalu..terima kasih kerana membahagiakan kami..We Love You..!!!


Lirik ini khas untuk papa..

Anuar Zain - Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu






Best Blog Ever from Baby Lyana

0 comments
Thanks ya sbb bg aunty award nie.. best ke blog aunty nie.. ala biasa2 je.. hehe
ok nie awardnye..

Dan Award nie aunty nak bagi kat semua yang ada dlm bloglist aunty tu.. kalau tak best takkan la aunty nak add dlm bloglist..tul tak.. hehe



Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez