Monday, March 26, 2012

catatan hari ni..

0 comments
Harini saya bercuti tahunan sebab kakak minta cuti nak g htr anak ke Kuantan.. jadi saja nak catatkan aktiviti seharian sementara menunggu anak2 pergi dan balik sekolah..

5.45 : inche hubby dah kejutkan anak2 utk mandi dan solat subuh
6.30 : inche hubby bertolak ke tempat kerja, ( kalau hari biasa saya akan bertolak sekali, anak2 akan dihantar oleh inche hubby ke umh kakak yg satu lorong dgn kami, selang 4 buah rumah..), saya akan bertolak dulu sbb nak elakkan jam kalau lbh drp 6.35

7-8 : anak2 akan main ipad atau tgk tv sementara tgg van, breakfast sekali

8.00: van sekolah kakak akan dtg ambil utk ke sekolah agama, van sekolah adik pun dtg serentak
11.00: kakak balik dr sekolah agama
11-12 : kakak salin baju sekolah kebangsaan & lunch
12.00 : van sekolah kakak dtg

-layan Sara di rumah-

5.30 Inche hubby ambil Alesya di Pasti (tp hrni saya akan ambil tengah hari sbb cuti)
7.20 kakak balik drp sekolah ptg, solat maghrib, dinner & buat homework

pastu sume tidoooooo kol 9 lbh sbb esok nak bgn awal.. yeayyy


p/s: sempena cuti-cuti hrni terasa mcm nak buat cupcakes orange moist la... dah lama x baking..ni dah sihat mood baking mcm dtg balik...










Friday, March 23, 2012

cik merah dah sampai

2 comments
semalam cik merah saya dah sampai.. sonoknya!! memandangkan ada yang bertanya..saya sharekan review cik merah di sini...

saya order di sini..





bahagian dalam wallet.. mmg byk card slot & tempat letak duit pun dalam.. tak spt yg saya sangka sbl ni ingatkan sempit je tempat duitnya..





















bahagian belakang.. boleh isi bil






























dapat kotak dan care card...

sila abaikan buat yang tak berminat ye..

yang benar,
saya yang excited

Thursday, March 22, 2012

dress baru..

2 comments
kalau yang mengenali saya mesti dah faham saya mmg suka berfesyen.. sejak preggy ni agak kurang saya shopping utk baju sbb kebanyakan maternity wear yg ada di mkt tak sepadan dgn size saya yg kecil.. tapi dah masuk bulan ke-6 ni rasa mcm sgt boring dah asyik pakai bj yg sama.. jadi saya byk browse2 fesyen2 dress yang boleh dipakai oleh ibu mengandung mcm saya juga.. (5 bln br org tau saya pregnant..huhu)


jadi ini antara dress yang saya dah order drp chanteqdress.. baju yg ala2 Yuna pakai tapi Yuna perutnya kempis.. tak sesuai la kalau saya sesuaikan dgn jacket/top.. nnt nampak bonjolan lak kat perut.. hehehe.. so plannya saya akan sesuaikan dress hitam ni dengan kaftan chiffon pendek separas pinggang yg saya beli baru2 ni (sorry tak ada gambar)..


InsyaAllah dress ni akan sampai esok.. tak sabar nak cuba.. kalau sesuai boleh beli lagi :) nnt lepas bersalin pun boleh pakai semua baju2 yg saya beli ni sbb bukan bj mengandung pun.. jimat kan?





contoh pemakaian kaftan dengan dress

Wednesday, March 21, 2012

merahnya mak ngah..

2 comments
bonus masih mengira-ngira tapi ahkak dah start shopping.. boleh? jangan tak tau dah lama tak shopping (konon2nya) sbb tak larat nak jalan.. kalau pegi tesco pun kena berenti byk tempat sbb kalau jalan lama2 rasa nak pitam.. apatah lagi nak pegi klcc ke sogo ke midvalley ke.. mmg idak la dlm keadaan skrg ni.. tapi disebabkan 2,3 minggu ni sangat menduga kesabaran.. ahkak hilangkan stress tu dgn online shopping (baik punya alasan)..


sebenarnya mmg tgh mencari-cari wallet baru..plannya hasil drp claim L*HDN boleh la gunakan sikit utk beli wallet tu.. Alhamdulillah thn ni mmg dpt claim byk drp thn lps.. agaknya derang dah tertolak duit bonus ahkak thn lps byk sgt kot.. hehehe.. jadi hasil rembetannya.. taraaaaa... kali ni tak beli coach dah sbb mmg frust sungguh tgk belambak wallet coach fake kat mkt.. nak sama lak tu.. tension la jugak kan..


























amacam cantik tak? merah gitu.. kalau ikutkan tak berapa suka zippy style.. tapi kalau memikirkan security ok la kan.. tertutup dan insyaAllah kad2 tak tercicir.. ni tgh tunggu abg posmen dtg hantar... sabar sabar.. :)

Tuesday, March 20, 2012

kembali berblog.. mood membaca..

0 comments
Mood berblogging datang balik.. sebelum ni mmg diam saja mmg tak ada mood nak berblogging.. tiba2 pagi ni rasa mcm nak tulis something.. banyak benda dah tertinggal sejak bebrapa bulan tak berblog ni.. mmg teringat nak kongsi pengalaman operation appendiks bulan 1 haritu. Kronologi dan kesan apabila ibu mengandung mengalami appendiks.. tapi nanti2 la ya.. takmau yg serius2 lagi.. utk permulaan Cuma nak ‘panaskan’ bilik kecil ini dulu..

Mcm mana boleh terpanggil nak berblog kembali ni? semalam ternampak coretan penulis kesayangan kak Su (Noor Suraya) di fb tentang coretan dan pengalaman menulis buku Nyanyian Tajung Sepi (NTS). Lepas melawat blog kak Su, terus teringin nak berblog kembali.

Semalam dah start buka balik buku2 yang berhabuk dan belum dibuka plastic pembalut tu (belum dibaca). Si kakak dah berleter mama ni asyik beli buku tapi tak baca pun.. hehehe.. so kpi bulan ni nak menghabiskan novel2 yang belum dibaca tu sebelum start pesta buku 2012 bulan 4 nanti.. kalau belum habis dibaca mmg tak boleh beli buku baru pesta buku nanti. (boleh percaya ke ni)… tapi utk penulis2 mcm Kak Su, Hlovate, Imaen, Andrea Hirata (ada buku br ke), Ahadiat Akashah, mmg nak beli la.. sbb tu priority bacaan.. teringin nak beli buku La Tahzan.. ramai yg dah baca dan promote buku tu..


InsyaAllah plan pesta buku thn ni tak habis beribu la kot.. mungkin nak habiskan duit di gerai Ana Muslim utk anak2, buku masakan dan yang paling penting setiap tahun nak renew subscription majalah Pa&Ma & Keluarga.. mungkin tambah satu lagi majalah lain.. tapi kalau nak tambah mmg la kena beli rak buku baru..dah tak muat dah rak yg lama tu..

Kenapa saya suka melanggan majalah waktu Pesta Buku? Sbb hadiah2 langganan sangat menarik.. terutamanya Tupperware dan Vantage.. biasanya saya dan BFF akan ambil cuti Hari Jumaat pertama (1st day) pesta buku tu.. kami akan serbu kaunter langganan dulu.. waktu tu hadiah mmg mewah lagi..banyak stok yang ada utk dipilih.. harap2 thn ni pun mcm tu… Cuma samada larat atau tak je..

Syukur tempat kerja inche hubby dekat saja (walking distance).. jadi dia akan tolong ambilkan hadiah2 tu bawa balik.. baru la boleh ronda2 cari novel..kalau tak mmg tak larat la.. nie bukan kali pertama saya pregnant ke pesta buku.. 3 thn lepas masa mengandungkan Qaisara pun (9 bulan) saya sempat ke pesta buku 2 kali..waktu tu mmg byk novel saya beli utk stok semasa dalam pantang… sambil mengepam sambil membaca.. sekarang sejak dah ada ipad ni kurang sikit membaca.. teruk betul kan.. kena asah balik minat membaca ni.. :)

Ok untuk cerita-cerita lain mengenai pesta2 buku sebelum ni, boleh klik di sini setiap tahun utk pra dan pasca pesta buku.. jangan tak tau saya akan buat wishlist sebelum ke pesta buku termasuk database buku yang ada.. tak mau terbeli 2 kali.. kadang2 kita excited tgk buku2 yg murah tu sampai terlupa yang kat rumah mmg dah ada.. :)


Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez