Wednesday, January 4, 2012

penutup 2011


Salam....

Smlm dah janji nak ceritakan kisah penutup 2011.. sebelum tu nak cerita sbb apa daku berdiam diri sepanjang 3 bulan lepas.. spt biasa kalau dah pregnant tu mmg mabuk teruk la kan.. Alhamdulillah daku pregnant anak yang ke-4 insyaAllah.. wpun spt biasa kami tak pernah menjangka..tau2 dah pening2 muntah2 hehhee... rezeki la tu namanya.. Sara pun dah besar dan pandai berdikari wpun masih bf sbl tido.. anak yg bf lebih drp 2 thn mmg susah nak berenti kan.. harap2 nnt dia boleh terima kalau nampak baby lak yg bf..

cita pasal mabuk.. mmg rasanya kali ni paling teruk.. sampai nak angkat tangan pun tak larat.. last2 serah diri di hospital.. satu pembaharuan kitorang tukar hospital kali ni.. ke C*olumbia A*sia puchong..sbb dah survey dgn kawan2 mmg kat sini ada Doktor perempuan melayu gak dan tak perlu menunggu lama utk check up compared to hospital yg daku bersalin 3 kekanak tu sbl ni.. (S*MC)...

hasil 2 hari kat situ boleh lah disimpulkan mmg ok la kat sini.. tempat tak sesak.. bilik selesa dan lg besar drp yg satu lg tu.. fees lebih kurang ja.. tapi tak kisah la sbb mmg panel.. syukur...

*******************************

ok dah hbs cerita psl tu nak sambung cerita penutup 2011.. tanggal 30 Dis 2011, nenek sebelah husband meninggal.. sakit tua.. syukur kami sempat berjumpa dengan Arwah 2 minggu berturut-turut.. waktu tu arwah masih boleh bercakap...

31 Dis 2011 pula daku dikejutkan dengan status kawan sekolah di efbee tentang kematian salah sorang kawan kami (Tkt 1-3).. tekejut sangat sbb daku tak tau Arwah menderita sakit saraf.. rupanya dah 2 thn lbh Arwah menanggung sakit.. sampai ke 2 bln terakhir tu sakit saraf menjadi semakin teruk melibatkan kecacatan deria penglihatan..sedihnya bila dah tau Arwah dah tak ada, kalau tau sebelum tu mmg daku akan cuba ziarah waktu balik kampung..mmg kami tak begitu rapat, kelas pun lain2.. tapi kawan tetap kawan.. bila dah tak ada br terbayang kenangan zaman sekolah.. terbayang senyuman Arwah yang sangat cantik dan lemah lembut...siapa sangka kawan yang kita tak pernah tau sakit pergi dulu... ajal maut tak mengenal usia.. ntah bila giliran kita ya.. sekurang2nya Arwah sempat bersedia utk meninggalkan suami, anak dan keluarga tersayang.. daripada blog yang Arwah tulis, jelas terbayang Arwah redha bila2 masa nyawa diambil bila mengenangkan penyakit yg tiada penyembuhnya.. Alfatihah utk arwah Nurahayu Iswati Ishak.. kawanku di SMKAP..

apa2 pun pemergian Ayu menambahkan keinsafan.. menambah kesedaran pentingnya bercerita dgn kawan2 lama... kalau boleh taknak dah lepas ni ketinggalan cerita ttg hal2 penting mcm ni.. dan satu lg menyedarkan aku betapa pentingnya blog.. kalau ditakdirkan kita dah tak ada, mungkin yg tak sempat berjumpa masih boleh mengetahui cerita sbnr di blog.. atau sebagai kenangan terakhir buat orang-orang tersayang.. entry Arwah Ayu yang terakhir pada Nov 2011 ditaip oleh husbandnya sbb waktu tu dia dah tak mampu melihat, tangan pun tak mampu memegang.. cuma mampu bercakap dan mendengar... dengar citanya selepas itu Arwah dimasukkan ke ICU sehingga saat2 terakhir.. semoga Ayu damai di sana dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.. Amin..

1 comments on "penutup 2011"

Ummu Auni on 4:43 PM said...

congrats Kak nieta

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez