Tuesday, January 17, 2012

di mana nak beli iPad?

3 comments
masa baru2 nak beli iPad hr tu..byk juga surfing & gugel nak cr kedai mana yang mudah & paling dkt dgn rumah utk beli ipad ni.. tapi tak byk yg share..kalau kat m'udah tu selalunya tak ada kedai dan pernah tertipu dgn iklan.. satu kedai kat subang.. kat situ tak mention pun ada beza kalau beli putih atau hitam.. bila dah sampai sana rupanya2 kalau nak warna putih kena tambah 50.. geram dgn layanan salesman yang layan tak layan tu.. terus balik dan decide nak beli kat apple store saja... tak ada extra charge pun utk order ipad putih..

sebenarnya sekarang dah banyak authorised reseller apple kat kl ni.. antaranya Seng Heng, Harvey Norman, dan antara yang dekat EpiStore.. tapi masa nak beli kat Epistore tu stock dah habis utk haritu..

jadi cara yang terbaik ialah samada walk in ke reseller2 yg terdekat (Seng Heng biasanya ada je stock), ataupun kalau sanggup menunggu boleh la order di apple store online (tgg shipping kurang drp seminggu)..kalau nak ikutkan harga semua sama cuma kalau beli kat apple store online kelebihannya boleh buat customise engraving. Sangat sesuai utk yang nak belikan hadiah utk yg tersayang kan..

mcm kami pula ipad yang 1st tu (putih) beli di Apple Store online.. yg kedua sbb tak kisah nak warna apa kami walk in saja ke Sen Heng.. asalkan cepat dan dekat.. urgent beli sbb anak2 berperang berebutkan ipad mama.. hehehe..

ok layan gambar..










ni la engraving nya..





zooming engraving..

























ni pula ipad husband aka anak2 punya.. ni game yang sara paling suka main.. layan baby tu.





sara yang keletihan main ipad sampai tertido pun sblh ipad..

Wednesday, January 4, 2012

penutup 2011

1 comments
Salam....

Smlm dah janji nak ceritakan kisah penutup 2011.. sebelum tu nak cerita sbb apa daku berdiam diri sepanjang 3 bulan lepas.. spt biasa kalau dah pregnant tu mmg mabuk teruk la kan.. Alhamdulillah daku pregnant anak yang ke-4 insyaAllah.. wpun spt biasa kami tak pernah menjangka..tau2 dah pening2 muntah2 hehhee... rezeki la tu namanya.. Sara pun dah besar dan pandai berdikari wpun masih bf sbl tido.. anak yg bf lebih drp 2 thn mmg susah nak berenti kan.. harap2 nnt dia boleh terima kalau nampak baby lak yg bf..

cita pasal mabuk.. mmg rasanya kali ni paling teruk.. sampai nak angkat tangan pun tak larat.. last2 serah diri di hospital.. satu pembaharuan kitorang tukar hospital kali ni.. ke C*olumbia A*sia puchong..sbb dah survey dgn kawan2 mmg kat sini ada Doktor perempuan melayu gak dan tak perlu menunggu lama utk check up compared to hospital yg daku bersalin 3 kekanak tu sbl ni.. (S*MC)...

hasil 2 hari kat situ boleh lah disimpulkan mmg ok la kat sini.. tempat tak sesak.. bilik selesa dan lg besar drp yg satu lg tu.. fees lebih kurang ja.. tapi tak kisah la sbb mmg panel.. syukur...

*******************************

ok dah hbs cerita psl tu nak sambung cerita penutup 2011.. tanggal 30 Dis 2011, nenek sebelah husband meninggal.. sakit tua.. syukur kami sempat berjumpa dengan Arwah 2 minggu berturut-turut.. waktu tu arwah masih boleh bercakap...

31 Dis 2011 pula daku dikejutkan dengan status kawan sekolah di efbee tentang kematian salah sorang kawan kami (Tkt 1-3).. tekejut sangat sbb daku tak tau Arwah menderita sakit saraf.. rupanya dah 2 thn lbh Arwah menanggung sakit.. sampai ke 2 bln terakhir tu sakit saraf menjadi semakin teruk melibatkan kecacatan deria penglihatan..sedihnya bila dah tau Arwah dah tak ada, kalau tau sebelum tu mmg daku akan cuba ziarah waktu balik kampung..mmg kami tak begitu rapat, kelas pun lain2.. tapi kawan tetap kawan.. bila dah tak ada br terbayang kenangan zaman sekolah.. terbayang senyuman Arwah yang sangat cantik dan lemah lembut...siapa sangka kawan yang kita tak pernah tau sakit pergi dulu... ajal maut tak mengenal usia.. ntah bila giliran kita ya.. sekurang2nya Arwah sempat bersedia utk meninggalkan suami, anak dan keluarga tersayang.. daripada blog yang Arwah tulis, jelas terbayang Arwah redha bila2 masa nyawa diambil bila mengenangkan penyakit yg tiada penyembuhnya.. Alfatihah utk arwah Nurahayu Iswati Ishak.. kawanku di SMKAP..

apa2 pun pemergian Ayu menambahkan keinsafan.. menambah kesedaran pentingnya bercerita dgn kawan2 lama... kalau boleh taknak dah lepas ni ketinggalan cerita ttg hal2 penting mcm ni.. dan satu lg menyedarkan aku betapa pentingnya blog.. kalau ditakdirkan kita dah tak ada, mungkin yg tak sempat berjumpa masih boleh mengetahui cerita sbnr di blog.. atau sebagai kenangan terakhir buat orang-orang tersayang.. entry Arwah Ayu yang terakhir pada Nov 2011 ditaip oleh husbandnya sbb waktu tu dia dah tak mampu melihat, tangan pun tak mampu memegang.. cuma mampu bercakap dan mendengar... dengar citanya selepas itu Arwah dimasukkan ke ICU sehingga saat2 terakhir.. semoga Ayu damai di sana dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.. Amin..

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

0 comments
Salam.... rindu nak berblog semula slp lbh krg 3 bln menyepi.... banyak sgt nak dikongsikan tp bkn kali ni...insyaAllah akan buat 1 entry khas utk penutup 2011. Harini nak cerita ttg Tahun Baru dulu. Apa yg menarik tahun baru selain drp bunyi bising mercun pukul 12 tgh mlm? thn ni ctt rekod sambut tahun baru tanpa anak2 dan suami.. derang blk Pahang, mama x dpt join sbb byk kj kn settlekan sbl hujung thn..tinggal la mama dengan Sara kat umh.. tp kitorg lepak n tido umh kakak yg selang 5 buah umh je... sonok sgt bila dpt berjiran dgn kakak sendiri... lps ni sng htr anak2 jln kaki je.. Dini dgn Alesya pun dah tak pyh htr umh bb sitter utk transit. Transit umh makchaq je...

Hari Ahad 1hb tu suami dgn anak2 dah blk.. mmg plan mlmnya nak buat BBQ beramai2 dgn famili kakak...sorry terlupa sgt nak snap pics... agaknya excited sgt berBBQ waktu tu...

satu lg kenangan di hr pertama tahun baru 2012, berjaya pujuk En.Hubby beli satu lg iPad...sebelum ni mama dah beli satu (sampai 30 Dis 2011) sbb order di a*pple online.. bila anak2 blk dr Pahang terus berebut dgn Adik Sara yg dah conquer awal spjg derg kt kg...last2 mamanya yg tersepit huhu..

mmg En. hubby ada ckp nak beli gak sbb anak2 mmg dah biasa guna, pinjam abg sepupu derg kat umh mak chaq...
akhirnya dpt la satu lg ipad warna hitam.. mama punya warna putih.. kredit kt Pn. Semah sbb tlg setupkan.. punyala blur nape x dpt setup apa2 pun.. rupa2nya sbb tak ada network connection lg.. thanks yer Sifu Semah .. hehe.. (akak berjaya setupkan ipad hsbd) sbb setupkan pakai wifi kat umh.... yeayyyy!!!

ok la utk mlm ni.. saja nak test berblog pakai ipad..

apa2 pun mlm ni agak excited sbb anak dah anak start sekolah esok.. kakak Dini dah jd senior Thn 2, Alesya dah jd senior Pasti 6 thn.. masuk thn ke-3 adik ke Pasti..mama doakan semoga anak2 mama menjadi pelajar yg cemerlang dunia dan akhirat.. Amin




Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez