Thursday, July 3, 2008

Alkisah Rumah Lagi


Syukur Alhamdulillah.. tanggal 2 Julai 2008, kami dah berjaya mendapatkan kunci yang ditunggu-tunggu sebelum nie.. apa langkah pertama slp dapat kunci..oppss.. buntu sekejap sbb masa belum mengizinkan.. minggu depan aku akan ke Melaka untuk workshop 4 hari.. mungkin boleh start mengemas lepas tu.. yang penting umah perlu dibersihkan utk kali pertama..lepas tu start renovate kitchen cabinet..etc etc..

semalam aku bercuti gantian sempena keputeraan DYMM Agong.. apa plannya sepanjang hari? ooo byk sgt.. kalau nak disenaraikan rasanya tak cukup 24 jam... bermula dgn ke USJ collect kunci, berpusing2 cari opis lawyer sbb sbl nie jd mem kat sebelah je..sibuk berceloteh tak perati jalan..nie la akibatnya.. bila dah kena gi sendiri baru la kalut.. pastu sambung perjalanan ke IKEA.. nie pun hal yang sama.. dah la lama tak ke sana.. biasanya ikut jln KL.. tak ikut dr arah KESAS.. tapi berpandukan direction seorang rakan bagi..Alhamdulillah sampai juga ke sana.. pelik pulak rasanya ke IKEA sorang diri.. pusing2 sambil jamu mata, berangan dan mencatat apa yang berkenan.. dah makan masa sampai hampir 3 jam rasanya.. pastu cabaran bermula bila aku sesat sampai ke batu caves.. aduhhh kelakar pun ade.. padahal damansara bukannya jauh pun ke puchong..sbb next plan nak ke puchong lak..kat situ saja dah makan masa sejam lebih.. sbb terlepas jlan nak u-turn, terlepas la sampai ke sungai buloh, kepong,batu caves, gombak,tmn melawati,ampang, cheras,seri petaling, puchong...uwaaa lamanya nak sampai puchong.. sib baik jln2 tu familiar..cuma jauh la..habis minyak ku (dah la minyak mahal)..

Dari puchong menghala ke Bandar Puteri sbb dah lama nak ke kedai kek 'Bake with Yen'..sbb kalau gi time cuti dia tutup la pulak.. dah sampai sana culture shock la jugak..sbb tak penah pergi kedai yang jual bykkkk sgt bahan buat kek.. segala acuan ade..bestyer.. cups utk muffin pun banyakkk.. best kan? boleh la buat lepas nie.. sempat la beli cups utk muffin, acuan puding bentuk bunga (dah lama cari), acuan puding bentuk shells, gula icing dan pewarna2 utk tulisam kek, pisau potong puding yg baru sbb yg lama dah hilang.. rasanya terbuang dlm tong sampah..hehe.. sempat beli cups kecik2 utk cornflakes madu raya nnt.. awal sgt ke? saja beli siap2 sementara tak ramai org.. lgpun benda tu tak rosak..boleh simpan..

lepas ke puchong terus ke Kinrara.. pastu sambung lg perjalanan ke Giant Kinrara..dan balik.. sampai umah dlm kol 4.00 pm.. prepare makanan sbl husband balik.. dan jalan kaki ke umah baru dgn husband utk berbincang idea dan langkah seterusnya... tamat lah cuti sehariku.. walaupun tak sempat nak ke Pejabat Pos nak claim subsidi roadtax.. tak sempat nak ke kedai Hardware cari knobs utk kc.. takpe.. nnt ada masa leh sambung program..

so apa yang perlu dibuat slp dapat kunci rumah?


  1. Tukar nama di bil utilities
  2. cuci lantai
  3. ukuran untuk langsir
  4. ukuran kc
  5. pasang wardrobe
  6. pasang lampu/kipas
  7. cat tembok luar
  8. cat grill dgn warna pilihan
  9. cuci kali ke-dua
  10. boleh pindahkan barang sedikit demi sedikit

itu saja kot.. untuk gambar tunggu dulu sampai dah siap k...

3 comments on "Alkisah Rumah Lagi"

Ummu Auni on 8:13 PM said...

kak nieta, beli rumah baru ke atas tangan orang? kat mana ek?

Zuraimah Ismail on 4:07 PM said...

waaaaa mesti seronok dah bleh masuk umah sendiri kan...hihihi raya umah baru la tahun ni ek...tahniah..tahniah....:)

by d way, lampu / kipas sume dah beli? survey x mana yg murah...

catatan i am nieta on 12:59 PM said...

ummu auni : beli rumah baru tapi atas orang..kat taman sebelum ni jugak cuma lorong lain, puncak jalil

ct: hehehe..dah lama tunggu nak masuk umah.. tapi nie tak settle lg..tgh pasang lampu kipas, dapo tak start lg..baru lukis plan..weekend nnt finalised

lampu/kipas tu beli kat nilai3, ada setengah2 campo2 beli kat Esprit Puchong Bandar Puteri, ok la harga dia.. ada iklan kat kulit belakang Impiana.Anjung Seri

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez