Termasuk entry ni dah 3 kematian orang terdekat keluarga kami.. kami redha itu semua sudah ditentukan... tanggal 13 Mei 2007 iaitu Hari Ibu.. Tok Timah pula meninggalkan kami..
suppose kami memanggilnya nyang memandangkan arwah merupakan nenek kepada mak.. dan suppose moyang kepada kami.. tapi dah dibiasakan dari kecik mengikut panggilan mak.. bermula dengan terjatuh dan cedera tulang belakang.. membawa kepada terlantar selama 2 tahun lebih..
cuma di saat-saat akhir pagi ahad tu.. menurut mak, arwah sempat disuapkan nasi dan masih mampu bercakap.. semoga arwah Tok Timah tenang di sana.. setenang riak mukanya ketika menghembuskan nafas yang terakhir.. semoga tok ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan berbahagia di sana... amin..
Wednesday, May 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "kembali ke rahmatullah...Tok Timah@moyang kami"
Post a Comment