Wednesday, March 14, 2007

Alfatihah buat wa mah..


Assalamualaikum.. dah lama aku tak mencoret di blog nie.. tuntutan kerja yang banyak.. training merata-rata.. nak balik ofis pun seminggu sekali.. nie pun aku update di dalam kelas.. update kali nie agak berbau sedih.. aku baru saja kehilangan ibu saudara iaitu kakak kepada ayah.. kami gelarnya wa.. arwah paling rapat dengan kami sekeluarga.. umahnya cuma di seberang jalan.. memang sangat sangat rapat.. pemergiannya sangat mengejutkan.. pada petang 10 mac 2007 hari Sabtu ketika menyiram pokok di kebun... susah betul aku nak percaya bila terima sms dari kakak di kampung.. arwah jenis yang sihat..tiada penyakit merbahaya..cuma sehari sebelum tu arwah diragut..tapi tiada kecederaan..tiada demam... petang tu pun mak masih nampak arwah rancak berbual dengan jiran-jiran sebelum ke kebun belakang umah utk menyiram pokok.. yg menyedihkan kematian arwah disedari slp hampir maghrib tak balik2 ke umah.. bila dicari arwah sudah tiada.. terkujur kaku di kebun.. Innalillahiwainnailaihirajiun.. semoga arwah wa mah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..dan rohnya dicucuri rahmat Ya Allah... (sedih sangat)

mengimbas kembali arwah wa.. dia sangat peramah..sangat baik..dikenali ramai dengan sikapnya yang baik hati.. tak pernah aku nampak dia meninggikan suara atau menarik muka..boleh dikatakan setiap hari arwah akan ke rumah kami.. ada saja yg dimasaknya.. arwah memang terkenal dengan kuih qasidah .. setiap kali petang raya arwah akan menghantar pulut kucai (wajik) kaler pink.. tu mmg trademark arwah.. setiap kali kami nak balik ke kl.. arwah akan menunggu di umah kami utk menghantar di pintu pagar.. cuma 2 bln lepas arwah tak sempat nak hantar kami di pagar dan sepatutnya itulah kali terakhir arwah menghantar kami bila arwah sampai kami dah bertolak.. kata mak, arwah cakap "ala tak sempat nak tgk si kecik" (rupanya itu kali terakhir)..
arwah wa juga yang menjadi peneman kami, 2 kakak dan aku semasa kami bertunang dan nikah.. dia sentisa di sebelah menenangkan kami.. dia lah rujukan kami terutamanya mak setiap kali ada kemusykilan agama ataupun amalan harian..
sekarang tiada lagi kelibat arwah.. tiada lagi masakan arwah.. tiada lagi kelibat arwah di setiap majlis terutamanya di surau.. namun.. insyaAllah arwah akan ditempatkan bersama-sama orang yg beriman.. orang yang baik nie selalunya akan dipanggil dulu...

ku hadiahkan surah Al-fatihah utk arwah wa.. walaupun agak sedih tak dapat menatap muka wa buat kali terakhir... sehingga ke hari nie air mata masih bergenang.. masih sebak bila bercakap mengenai arwah... Alfatihah..amin


arwah bertudung putih sebelah kiri..
arwah sentiasa di sebelah ku..

0 comments on "Alfatihah buat wa mah.."

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez