babai jumpe lagi....








Ardini, Alesya & Qaisara









Weekend kali nie memang penuh betul jadual kitorang.. pagi sabtu gi checkup di SJMC.. spt dijangkakan Dr tak kasik aku berpuasa penuh memandangkan berat badan turun sedikit.. alamak nampaknya terpaksa la selang seli mcm nie.. risau gak takut baby tak cukup zat.. petang lak gi IOI mall beli hadiah birthday utk Dini..
balik dari giant dan IOI kitorang start activity memasak.. sbb dah muak nak makan lauk pasar ramadhan.. walaupun letih dan dah lambat syukur sempat siapkan makanan berbuka dan juadah yg simple.. hubby masak bubur lambuk.. aku lak sediakan juadah puding Aiskrim pelangi.. ingat nak buat cupcakes terus..tapi dah tak sempat.. nampaknya terpaksa sambung aktiviti di lain waktu..
malam aku start eksperimen cupcakes.. semangat habis pergi Giant siang tadi beli bahan2 keperluan.. hubby dah janji kalau tak sedap pun dia akan makan.. (risau nie takut cupcakes tak menjadi)..
Si Dini lak terpaksa menonton dari jauh.. si Mama dah blocked dapur awal2 lagi sebab tau Dini nie tersangat la rajin nak membantu.. bukannya taknak kasik..tapi memang bahaya bila dipikirkan oven yang panas.. eee tak sanggup.. so resultnye gambar2 kat bawah nie.. kalau ditanya sedap ke tak? so far aku dah bagi kat family kakak.. derang kate sedap dan siap mintak resepi..cuma derang complain cupcakes tu kecik mcm tuan yg buat jugak.. ok la kot kan? hubby pun kata sedap dah nak habis dah 1 balang.. cuma aku tersilap beli cup.. terbeli cup yang paling kecik.. (sebenarnye cup besar dah habis kat Giant tu).. so tak boleh isi banyak2..separuh cup pun naik sampai melimpah.. so lepas nie kalau nak buat lagi kena beli cup besar skit ataupun tak boleh isi banyak2...
Ahad lak kitorang ke Jln TAR nak cari baju melayu papa dan baju kurung Dini.. Thanks hubby sbb hadiahkan busana raya tu... so thn nie kitorang 1 set kuning.. :)Penat habis bayangkan dari kol 11 sampai kol 4 kat KL.. ditambah dengan orang yang sangat sangat ramai.. last2 petang je semua terbongkang tido.. sib baik hubby sempat siapkan sambal serai daging.. tq abang.. love u.. :)


subuh2 lagi aku merenung album2 lama.. cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik dah genap 2 tahun kami bersamanya.. gelak tawanya menjadi penghibur di kala duka.. selamat ulang tahun sayang.. mama dengan papa saaaaaaaayang sangat dekat dini.. maaf tak dapat celebrate.. kita celebrate belated lah yer.. nanti mama belikan kek yer.. hujung minggu nie ada hadiah istimewa menunggu dini.. dah lama dini nak kan?....happy birthday..happy birthday..happy birthday



Hari nie hati ku berbunga riang.. puding roti ku menjadi.. hubby kata sedapp!!.. terima kasih banyak-banyak kepada sorang adik yg sudi mengajar si kakak yg serba kekurangan nie..hehehe...
kisahnya bermula bila tiba2 terpikir macam mana nak habiskan roti gardenia kat umah tu.. terasa sayang sbb expired dated dah hampir.. almaklumla bulan2 puasa nie time makan limited..lagipun perut sentiasa kenyang.. memang tak sempat nak habiskan roti2 tu... lagipun sebelum nie pernah try buat puding roti nie.. tapi kurang menjadi.. biasa la resepi kat majalah bukannya boleh harap sangat.. kita faham mcm lain buku maksudkan lain..
dengan semangatnya terus mintak tolong hubby belikan susu cair dan aluminium foil.. ingat nak buat sebelum berbuka.. tapi biasala pergerakan slow.. lepas berbuka baru siap.. apa2 pun rasa puas sangat sbb hubby suka puding roti tu.. hati isteri mana yang tak suka kalau cubaan pertamanya menjadi.. hehehe
lepas nie nak masak juadah ape pulak ek.. :)





1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Green
You're green, the color of growth and vigor. Good-hearted and giving, you have a knack for finding and bringing out the best in people. Green is the most down-to-earth color in the spectrum — reliable and trustworthy. People know they can count on you to be around in times of need, since your concern for people is genuine and sincere. You take pride in being a good friend. For you, success is measured in terms of personal achievement and growth, not by status or position. Rare as emeralds, greens are wonderful, natural people. It truly is your color!
fesyen ikat rambut amoi
merenung ape tu..
fesyen amoi lagi..
tido tapi bukak mata..
fesyen teknik rebonding lak..

rindu sbb 2 hari tak jumpe..
dini mintak maaf yer...
Kuala Lumpur - Gangguan bekalan air akan berlaku di kawasan-kawasan di wilayah Kuala Lumpur dan Selangor yang disebabkan oleh kerja-kerja pembersihan kolam/tangki air seperti berikut:-
1) Tarikh gangguan : 2 Mac 2006 (Khamis), dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam. Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan seksyen 5,6,7,8,9,10 dan 52 (PJ State), Vista
Angkasa, Perumahan Rumah Pangsa PKNS Kg. Kerinchi,
Mid Valley dan Petaling Height
2) Tarikh gangguan : 2 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.30 pagi - 12.30 tengah malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Perumahan Taman Sri Putra
3) Tarikh gangguan : 2 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Taman Halaman Kesuma
4) Tarikh gangguan : 3 Mac 2006 (Jumaat),
dari jam 9.00 malam - 5.00 pagi (4 Mac).
Wilayah : Hulu Selangor
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Bandar Rawang Jaya, Sungai Choh
5) Tarikh gangguan : 3 Mac 2006 (Jumaat),
dari jam 9.30 pagi - 11.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Taman Bukit Subang
6) Tarikh gangguan : 3 Mac 2006 (Jumaat),
dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Bandar Puchong Utama
7) Tarikh gangguan : 4 Mac 2006 (Sabtu),
dari jam 10.00 malam - 10.00 pagi (5 Mac).
Wilayah : Klang
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Jalan Kebun, Taman Berjaya, Jalan Istana, Istana Alam Shah, Pejabat Daerah Klang, Pejabat MPK, Pejabat SYABAS, Bukit Tinggi, Taman Botanic, Kampung Pulau Indah, Kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa
1&2, West Port Terminal, Star Cruise, Telok Gong dan
Kota Permai.
Wilayah : Kuala Langat
Kawasan yang terlibat : Sijangkang, Batu 9 kebun Baru, Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang (termasuk kawasan industri) Bukit Komandol dan Pulau Carey
8) Tarikh gangguan : 5 Mac 2006 (Ahad),
dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Perindustrian S.B Jaya, Sg Buluh
9) Tarikh gangguan : 6 Mac 2006 (Isnin), dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam. Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Sri Rampai, Setapak Jaya, Setapak Permai, Kg. Pasir Wardiburn, Kg. Loke Yew dan Flat DBKL
10) Tarikh gangguan : 6 Mac 2006 (Isnin),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Taman Setiawangsa
11) Tarikh gangguan : 7 Mac 2006 (Selasa),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Kondo Rustika
12) Tarikh gangguan : 7 Mac 2006 (Selasa),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Sri Gombak Fasa 8,9,10,11,12 dan
Kampung Melayu Sri Gombak
13) Tarikh gangguan : 8 Mac 2006 (Rabu),
dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Bukit Serdang (Permata).
14) Tarikh gangguan : 8 Mac 2006 (Rabu),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Desa Aman Puri dan Wangsa Permai.
15) Tarikh gangguan : 8 Mac 2006 (Rabu),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Taman Wangsa Ukay, Bukit Utama,
Taman Bukit Jaya, Super Home, Jalan Wangsa 5A,
Apartment Atheneum, Bukit Antarabangsa dan Kampung
Sungai Sering.
16) Tarikh gangguan : 9 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.30 pagi - 12.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Damansara Damai
17) Tarikh gangguan : 9 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan sepanjang Jalan Hulu Klang
Segala kesulitan amatlah dikesali. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Sebarang pertanyaan atau aduan sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui sistem pesanan ringkas, s-m-s dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan hantar ke 39222 atau lawati laman web SYABAS di www.syabas.com.my untuk maklumat lanjut. Sekian, harap maklum. NAEMUDDIN ABDULLAH Pengarah Eksekutif, Komunikasi Korporat & Perkhidmatan Pelanggan
Keuntungan TM susut 50.3 peratus
Oleh Abdul Halim Yusoff
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) meraih keuntungan sebelum cukai RM1.6 bilion tahun lalu, menyusut 50.3 peratus daripada RM3.2 bilion pada 2004.
Keuntungan bersihnya pula turun 66.5 peratus kepada RM875.2 juta daripada RM2.6 bilion.
Penyusutan keuntungan itu disumbangkan peruntukan RM880 juta bagi memenuhi tuntutan DeTeAsia Holdings GmbH, bekas rakan teknikal anak syarikatnya, Celcom (Malaysia) Bhd dan beberapa pembayaran termasuk pampasan RM161 juta bagi Skim Pemisahan Sukarela (VSS), pengurangan aset dan pelaburan jangka panjang sebanyak RM158 juta.
Bagaimanapun, jumlah pendapatan TM tahun lalu naik 5.2 peratus kepada RM13.9 bilion daripada RM13.3 bilion pada 2004 didorong peningkatan pendapatan operasi mudah alih, internet dan operasi antarabangsa.
Pengerusi TM, Tan Sri Md Radzi Mansor, berkata tahun lalu syarikat terpaksa berdepan isu besar yang diwarisi membabitkan tuntutan DeTeAsia.
“Ia telah memberi kesan penurunan besar keuntungan, tetapi langkah itu perlu bagi mengelakkan masalah yang mengganggu operasi perayauan antarabangsa kami,” katanya ketika membentangkan keputusan kewangan 2005 TM di Kuala Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Ketua Eksekutif TM, Datuk Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Bazlan Osman.
Meskipun penyusunan dalam keuntungan, TM mengumumkan pembayaran dividen akhir 25 sen sesaham membabitkan pembayaran keseluruhan menjadikan jumlah dividennya bagi 2005, 35 sen.
Syarikat itu juga memperbaiki dasar dividennya, iaitu daripada antara 20 hingga 50 peratus keuntungan bersihnya kepada antara 40 hingga 60 peratus.
Abdul Wahid, berkata tahun lalu, pelaburan antarabangsa menyumbang 13 peratus atau RM1.7 bilion kepada pendapatan TM.
“TM akan terus mengembangkan pelaburan pada peringkat antarabangsa. Kami telah meningkatkan kepentingan ekuiti dalam Cambodia Samart Communication Company Ltd di Kemboja.
“Kami yakin dengan potensi pengembangan pasaran di beberapa negara Asia dan akan meningkatkan lagi pelaburan pada peringkat antarabangsa dan mengambil peluang daripada perkongsian dalam Asia Mobility Initiative (AMI),” katanya.
Bagi melebarkan pengembangan ke pasaran antarabangsa yang berdaya maju, beliau berkata, TM sedang berunding dengan pemegang saham Spice Telecom Ltd, India setelah rundingan dengan Idea Cellular Ltd sebelum ini tidak dapat diteruskan.
Tanpa menyatakan jumlah kepentingan yang dijangka diambil dalam Spice, beliau berkata, rundingan perlu menyelesaikan beberapa isu tetapi pegangan ekuiti kawalan bukanlah isu utama bagi TM setakat ini.
Mengulas lanjut mengenai pencapaian TM tahun lalu, Abdul Wahid berkata, sehingga 31 Disember lalu, pelanggan mudah alih kumpulan berjumlah 20 juta iaitu 6.9 juta pelanggan domestik dan 13.8 juta di luar negara, naik 158 peratus daripada 7.9 juta pada 2004.
Pendapatan Celcom naik enam peratus kepada RM4.5 bilion dengan jumlah pelanggannya setakat akhir tahun lalu adalah 6.9 juta iaitu 1.1 juta pelanggan pasca-bayar dan 5.8 juta prabayar dan 38,000 pelanggan 3G.
Mengenai prospek tahun semasa, Abdul Wahid berkata, 2006 dijangka membentangkan keputusan lebih baik terutama mengambil kira penyepaduan pendapatan operasi anak-anak syarikat termasuk PT Excelcomindo Pratama Tbk (XL) di Indonesia.
Shah Alam banjir besar -- *Paling buruk dalam tempoh 10 tahun *1,240 penduduk dipindah
Oleh: FAUZIAH AROF dan ZAINI RABAN
DITENGGELAMI AIR... Beginilah keadaan di beberapa kawasan termasuk sekitar Stadium Shah Alam, Selangor yang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat awal pagi semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM 26 Feb. - Ribuan penduduk Shah Alam hari ini panik dan kelam kabut apabila beberapa kawasan di bandar raya terancang itu dilanda banjir yang dianggap paling buruk dalam tempoh 10 tahun.
Banjir berkenaan yang bermula kira-kira pukul 5 pagi itu menenggelamkan lebih 4,000 rumah dan menyebabkan beberapa laluan lebuh raya terpaksa ditutup untuk semua jenis kenderaan.
Seramai 1,240 penduduk dari 260 keluarga telah dipindahkan ke tempat selamat.
Kawasan yang paling teruk ialah Kampung Kebun Bunga di Batu Tiga apabila lebih 50 buah rumah di perkampungan tersebut ditenggelami air setinggi enam meter.
Selain itu, kawasan taman perumahan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya juga terjejas teruk apabila semua rumah di kawasan itu ditenggelami air setinggi kira-kira 1.6 meter.
Banjir berkenaan turut melanda kawasan Seksyen 13 Shah Alam yang menempatkan kawasan perumahan, pasar raya Giant, Makro serta menenggelami kawasan tempat letak kereta Stadium Shah Alam dan kawasan padang bola sepaknya.
Antara kawasan yang terbabit ialah Kampung Landasan di Kampung Melayu Subang dan landasan komuter Batu Tiga, Jalan Batu Tiga Lama menuju ke Glenmarie.
Beberapa laluan di lebuh raya utama juga terpaksa ditutup untuk semua kenderaan mulai pukul 6 pagi.
Laluan terbabit ialah kawasan Batu Tiga di Lebuh Raya Persekutuan, persimpangan Bukit Jelutong di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Elite berhampiran kilang gula juga di Batu Tiga serta laluan di sekitar pasar raya Giant dan persimpangan utama TTDI Jaya.
Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selain banyak kenderaan tersadai di bahu jalan.
Pada masa yang sama, bekalan elektrik di kawasan sekitar Bukit Jelutong dan Shah Alam turut terputus selama beberapa jam dan hanya kembali pulih secara berperingkat kira-kira pukul 3 petang.
4 jobs i have in my life:
=> masa sekolah rendah jual asam, jual kuih, jual chocolate, jual buah jambu kat kelas..saja sonok2 nnt duit tu leh belanja..(modal mak keluarkan)
=> lepas SPM try keje kilang elektronik kat Kluang..masa tu konon2 nak berdikari la jauh dari family dok umah kakak..tapi gi keje 1 hari jer..sbb tak tahan letih..kejer kilang elektronik kat Perlis lak..saja nak ikut kawan2..saje sbb nak hilangkan boring..duit gaji skit sgt lebih kurang RM300++ without deducting EPF..sempat keje 2 bln..then dpt result SPM terus berenti sbb parents soh prepare study lak..
=> temporary teacher kat S.K.Putra (jadik cikgu muzik lagi..)sempat keje seminggu then TM dah panggil report duty
=> TM : Account Executive; Business Controller
4 movies i can watch over and over:
=> Harry Potter
=> Titanic (opps jiwang skit)
=> Kuch Kuch HoTa Hei (bukan peminat setia Hisdustan..tapi citer nie mmg suker)
=> Semua filem-filem Korea yang sedih2 mcm (Winter Sonata, Autumn in My Heart..dll) hai berapa bulan baru nak habis kalau ulang tgk.. sbb citer panjang gile
4 shows i love to watch:
=> CSI
=> myWife & Kids (setuju ngan Semah)
=> Buletin Utama (dikira ke?)
=> Akademi Fantasia dan seangkatan dengannya mcm Trek Selebriti, Muzik Di Ria, Beat TV(oppss)
4 places i've lived:
=>Kg Padang Pauh, Perlis (dari kecik)
=> Rumah No. 12 & 14, Taman Dahlia, Bkt Beruang, Melaka + HB3 (MMUcyber)(student)
=> 7-6-1,Vista Angkasa, Jln Pantai Bharu (kejer)
=> Vista Lavender, Kinrara + Taman Puncak Jalil (kawen)
4 places i've been on vacations: (tak banyak..cuma berulang2 tempat yang sama)
=> Pulau Langkawi + Pulau Pinang
=> Port Dickson + Melaka + Johor
=> Fraser's Hill + Bukit Tinggi Resort + Pantai TC Kuantan
=> Sabah (KK + Kundasang + Ranau)
4 favourite foods:
=> apa2 jenis nasik..mesti kena makan nasik sekurang2nya 1 kali sehari..(perut melayu betul)
=> semua masakan mak (especially ulam-ulaman, dan masakan kampung)
=> laksa perlis
=> makanan2 yang berat(cthnye roti.. kiter tak suke makanan ringan & chocolate)
4 websites i visit daily:
=> blog sendiri
=> blog2 best spt yati + aida + farra + semah + ummimon + hany + adiksu + ima + etc etc
=> newspaper (utusan,metro,berita harian
=> meebo (ganti yahooMsgr)
4 victims to do this tag:
=>goTo ima
=>goTo adiksu
=>goTo ummimon
=>goTo hany
Sabtu 18 Feb 2006We can now add to the list of victims the retired 77
yr. old TCU professor from Ft Worth whose body was
found last week in Oklahoma--and the 11 yr. old
in Sarasota, FL. Because of these recent abductions in
daylight hours, refresh yourself of these things to do
in an emergency situation...This is for you, and for
you to share with your wife, your children, everyone
you know.
After reading these 9 crucial tips, forward them to
someone you care about. It never hurts to be careful
in this crazy world we live in.
1. Tip! from Tae Kwon Do: The elbow is the strongest
point on your body. If you are close enough to use it,
do!
2. Learned this from a tourist guide in New Orleans.
If a robber asks for your wallet and/or purse, DO NOT
HAND IT TO HIM. Toss it away from you....chances are
that he is more interested in your wallet and/or purse
than you, and he will go for the wallet/purse. RUN
LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!
3. If you are ever thrown into the trunk of a ca r,
kick out the back tail
lights and stick your arm out the hole and start
waving like crazy. The driver won't see you, but
everybody else will. This has saved lives.
4. Women have a tendency to get into their cars after
shopping, eating, working, etc., and just sit (doing
their checkbook, or making a list, etc. DON'T DO
THIS!) The predator will be watching you, and this is
the perfect opportunity for ! him to get in on the
passenger side, put a gun to your head, and tell you
where to go. AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR, LOCK
THE DOORS AND LEAVE.
5. A few notes about getting into your car in a
parking lot, or parking garage:
A.) Be aware: look around you, look into your car, at
the passenger side floor, and in the back seat.
B.) If you are parked next to a big van, enter your
car from the passenger door. Most serial killers
attack their victims by pulling them into their vans
while the women are attempting to get into their cars.
C.) Look at the car parked on the driver's side of
your vehicle, and the passenger! side. If a male is
sitting alone in the seat nearest your car, you may
want to walk back into the mall, or work, and get a
guard/policeman to walk you back out.
IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better
paranoid than dead.)
6. ALWAYS take the elevator instead of the stairs.
(Stairwells are horrible places to be alone and the
perfect crime spot. This is especially true at NIGHT!)
7. If the predator has a gun and you are not under his
control, ALWAYS RUN! The predator will only hit you (a
running target) 4 in 100 times; And even then , it
most likely WILL NOT be a vital organ. RUN, Preferably
! in a zig -zag pattern!
8. As women, we are always trying to be sympathetic:
STOP. It may get you raped, or killed. Ted Bundy, the
serial killer, was a good-looking, well educated man,
who ALWAYS played on the sympathies of unsuspecting
women. He walked with a cane, or a limp, and often
asked "for help" into his vehicle or with his vehicle,
which is when he
abducted his next victim.
** *** ******** Here it is *******
9. Another Safety Point: Someone just told me that her
friend heard a crying baby on her porch the night
before last, and she called the police because it was
late and she thought it was weird. The police told her
"Whatever you do, DO NOT open the door."
The lady then said that it sounded like the baby had
crawled near a window, and she was worried that it
would crawl to the street and get run over. The
policeman said, "We already have a unit on the way,
whatever you do, DO NOT open the door." He told her
that they think a serial killer has a baby's cry
recorded and uses it to coax women out of their homes
thinking that someone dropped off a baby. He said they
have not verified it, but have had several calls by
women saying that they hear baby's cries outside their
doors when they're home alone at night.
Please pass this on and DO NOT open the door for a
crying baby ----This e-mail should probably be taken
seriously because the Crying Baby theory was mentioned
on America's Most Wanted this past Saturday when they
profiled the serial killer in Louisiana.
I'd like you to forward this to all the women you
know. It may save a life. A candle is not dimmed by
lighting another candle. I was going to send this to
the ladies only, but guys, if you love your mothers,
wives, sisters, daughters, etc., you may want to pass
it onto them, as well.
Send this to any woman you know that may need to be
reminded that the world we live in has a lot of
crazies in it a nd it's better to be safe than sorry.

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez