selamat berpuasa semua... semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelum2 ini ya..
lama tak berblog..last entry 2 julai..ni dah 22 julai..tadi nak type entry baru perasan ada satu post tentang cukur kepala Airis belum publish..hai mama mama...
agak lembab nak mengupdate sebab nak taip kat ipad agak lenguhtangan.. tapi memang berazam insyaAllah nak update setiap hari sepanjang Ramadhan ni sebab nak sharekan menu berbuka dan kisah2 menarik sepanjang puasa untuk memori sendiri dan anak2..
tahun ni memang pengalaman baru bagi mama sebab berpuasa masih di dalam pantang 44 hari.. hari pertama puasa jatuh hari ke-41 pantang.. solat memang dah lama buat lps tempoh nifas habis.. jadi harap2nya tak ada masalah nak berpuasa selagi terdaya..
jadi untuk memastikan susu masih banyak dan berkhasiat untuk Airis, mama pastikan waktu sahur tu kena makan nasik yg banyak, lauk yg banyak, milo segelas dicampur dgn susu anmum dan soy shaklee, kurma 7 biji, air masak sekurang2nya segelas..
jadi ni catatan sahur pertama kitorang ..
- bangun jam 5.10, Airis pun bangun tidur dalam rocker
- mama makan sepinggan nasi, lauk ikan black pepper (menu pantang), telur dadar
-milo campur susu anmum segelas
-kurma cuma mampu telan 3 biji sbb perut dah penuh
lepas sahur cepat2 mama bergegas pam sbb nak make sure sempat minum air masak slp pam..target mengepam 2 kali sehari dlm bulan Ramadhan sbb dah direct feeding Airis.. jadi mama akan pam sebelum imsak dan selepas berbuka.. jadi aktiviti mengepam akan dipuasakan juga waktu puasa sbb tanak dehydrate apatah lagi masih dlm tempoh berpantang ni..
- Dini berpuasa penuh hari ni, walaupun tak terdaya nak cakap..lepas puasa baru berkicau balik..hehe.. mood pun muncung je sbb lapar..3 kali juga nak terbabas lupa nak minum air, pastu lupa nak rasa agar2 pandan, lagi 30 saat nak azan maghrib terlupa lagi tersuap mee kari.. adoi dimaafkan lah sbb hari pertama.. dah makanan depan mata agaknya.. apatah lagi tengok adik2 makan..
- Alesya sempat berbuka sampai jam 2.30 ptg sbb tak tahan sahur tak makan nasik..lgpun mmg kami tak paksa, dia masih 5 thn dan jenis yg kurus kering..lagipun puasa pertama sepanjang hari di rumah memang mencabar pun..kalau ke sekolah tak terasa sangat..tp esok dia berazam nak puasa penuh..
- Sara seperti biasa awal2 dah riuh nak puasa.. sambil minum air pun boleh ngaku dia puasa lagi.. sangat meriah tahun ni bila dia dah pandai bercakap penuh..
-menu berbuka kami hari ni :
- mee kari (mama tak makan)
- nasi putih
- ayam panggang
- telur masak kurma (mama request)
- kurma, agar2 lumut (pandan)
semuanya home made kecuali mee kari kakak yg bagi. kami bukan jenis membeli atau mkn luar sbb bkn jenis yg mkn berjenis2.. tak tau nak sumbat kat mana.. lepas terawikh pun tak ada moreh2 sbb perut masih kenyang..
maaf sempat snap ni ja sebab kelam kabut sikit masa nak berbuka tu..
seperti tahun2 sebelum ni, kami berbuka dengan kurma, air dan pemanis mulut dulu, solat jemaah maghrib dan teruskan dengan makan nasi. tapi untuk semalam mama jemaah dengan papa je, anak2 makan mee kari lambat jadi mama request solat dulu sbb lapar nasi.. kakak, alesya n sara solat bertiga... solat pun kat bawah je nak jimat masa.. tak larat naik tangga dah..hehe
terawikh pula..
-3 beradik tu semangat nak ke surau daripada terawih pertama lagi, teruja sbb biasa pergi surau tak ramai org tapi kali ni ramai.. tapi hari sekolah mungkin tak larat la nak pergi sbb derang ni tidur awal..
ok itu saja update utk hari pertama puasa 2012 ...
- Posted using BlogPress from my iPad