Tuesday, June 19, 2012

Hari ke-8 berpantang..

2 comments
hari ni kami ke hospital untuk checkup mama n baby slp seminggu... suspens gak sbb takut doctor kata adik baby ada jaundice..harap2 tu tak ada la..mmg sgt fobia terbayang kakak2 dulu kena ambik darah hari2 sbb nak check jaundice...sian anak2 mama..

kali ni kami gunakan juga petua2 nak hilangkan jaundice walaupun rasanya mcm tak ada.. berusaha selain drp susu ibu.. kami bagi adik minum air zamzam dicampur dgn gula batu..gula batu tu direndam di dlm air..

selain drp tu ada petua lain spt gunakan lendir aloe vera sapu di dahi..katanya lendir tu akan menyerap kuning..

satu lagi picit air anggur hitam ke mulut baby..

itu semua backup plan..tapi syukur Alhamdulillah Paed kata ok..bebas jaundice.. :)..cuma mama kena make sure tak makan jamu atau kunyit dalam 2 minggu pertama ni..

hari ni juga mama rasmikan nursing cover yg sangat best..kain nipis saja jadi baby tak panas kat dlm cover tu..pastu mama boleh jenguk ikut 'tingkap'... sangat selesa nak nyusukan baby.. thanks to bff mama yg suggestkan beli cover ni... :)




adik baby n kakak sara..


mama tgh tgg giliran nak jumpa gynae..


suka dapat keluar rumah ek?


ni lah nursing cover best tu..ada mcm2 kaler...ini kaler dark brown


ini lah kerja mama hari-hari..amik gambar adik baby.. sunyi sbb tak ada org kat umah..tinggal mama, adik baby n tok..


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, June 16, 2012

Layan Gambar

0 comments
gambar-gambar Airis hari pertama sehingga ke-6




- Posted using BlogPress from my iPad

Airis Raihana part 2

0 comments
Kami dibenarkan pulang ke rumah hari ke-3 slp kelahiran Airis... mmg biasanya minimum 3 hari di hospital sbb mama nak betul2 rehat... sepanjang di hospital setiap hari mama akan makan lauk yang dibekalkan dari rumah..encik hubby yg akan masak lauk berpantang kegemaran mama.. ikan masak lada... hari2 makan pun mmg tak jemu... kalau nak ikutkan menu hospital mmg mcm2 menu boleh pilih.. spagetty la chiken chop la..tapi takkan la nak makan dlm pantang2 ni kan.. kalau ikutkan dlm tempoh 1 thn ni dah 3 kali mama hospitalised.. mula2 sbb morning sickness yg teruk..2nd sbb operation appendiks..3rd pulak bersalin..dah boleh hafal menu makanan kat sini.. hehe

ni makanan harian mama..


ni la Dr Raja .. doktor yg cool





katil 80 lagi..katil yg sama dgn sbl ni..



penjaga mama.. :)


Airis Raihana... Bunga haruman syurga.. Raihana tu sempena nama seorang rakan baik mama si sekolah yg sgt mama sayang..baik, cantik, beriman, bijak..mama harap anak mama akan mengikut jejak beliau..



haa tu dia... dah terlepas tangan dia...sesekali kasik chance landing mcm ni..


-Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, June 12, 2012

Kelahiran puteri kami ke-4 Airis Raihana

6 comments

11 Jun 2012 (Isnin)... 21 Rejab 1433...8.49pm.... 2.8kg


harini mmg spttnya aku ada appointment dgn gynea kol 2.30... dlm pukul 3 jumpa doktor tu rasa mcm ada contraction..ada tanya doktor baby dah full engaged ke.. doktor kata belum fully engaged lg dan baby masih di atas..ikut edd yg sedia ada tu 24 Jun iaitu lg 14 hr...

on the way balik sempat singgah McD Drive thru Tesco sbb nk beli chicken foldover dgn Mc Furry Horlicks...dalam ht kalau bersalin pun takde la teringat- ingat nnt..

sampai di umah contraction makin kerap dlm 40 minit sekali.. aahhh Brixton Hicks (contraction olok2) saja ni ...
dalam pukul 6 contraction 20-30 minit sekali... tp rasanya smpt tgg husband bkk puasa dgn tgg si kakak blk sekolah..dinner siap2.. sempt mntk menu yg simple tp sdp..mengidam terakhir ni.. sbb lps ni dah bersalin bkn mengidam dah namanya...

mengidam nasik mkn dgn ikan kembung bakar (guna pemanggang ajaib) , cicah sambal belacan durian dan ulam timun...Alhamdulillah dpt mkn kenyang... sambil mkn tu (kol 7) pun mmg terhenti-henti sbb sakit.. dlm 20 -10 minit sekali..
pastu trs siap nk ke hospital sementara tgg hsbnd siapkan anak2 nk htr ke umh kakak..
kol 8 bertolak dr umh.. on the way ke hospital Allah sj yg tau... sakit 10 minit sekali...kalau ikutkan septtnya waktu ni dah landing atas katil labour room tgg masa nak teran je.. tp air ketuban atau apa2 tanda masih blm ada..tp mmg kecut perut sbb waktu ni peak hours..kol 8 org KL blk kj..mmg doa spjg jln semoga dipermudahkan..waktu tak rasa contraction suh hsbnd pecut wpun x boleh pecut sgt kete byk...contraction 4 minit sekali..waktu contraction mmg warning dia bwk slow slowwwww...

sampai kat hospital kol 8.15.. nak naik wheelchair kat ER pun tak boleh sbb sakit, kena tunggu dan rilek dulu smpai cotraction surut.. rasa lega bila smpai labour room trs tukar baju dan nurse check contraction dah 9cm! anytime ok...tp dia suh tgg gynea dtg..

Gynae dtg dalam pukul 8.35 .. terus pecahkan water bag.. mmg keempat-empat anak semuanya gynae yg pecahkan..Alhamdulillah 8.49pm selamat melahirkan..

kalau baca kronologi ni mcm cepat gila dan nmpk mudahkan.. tp sakitnya sama je dik non.. cuma beza kali ni stay kat labor room kjp je tak smpat rasa debar...tp debar tak smpat sampai hospital ada la..lg teruk tau sbb contraction dalam kete..org landing atas katil labor room dah time tu...

apa-apa pun syukur sesangat sbb diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.. lps bersalin tu mmg tak boleh tidur sampai siang..tapi tak boleh tidur tu bukan la sbb sakit ke letih ke..cuma mungkin faktor persekitaran saja..hari ni hari ke2 dah sihat dah boleh berblog kira kuat la kan.. syukur syukur.. :)


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Columbia Asia Puchong

Monday, June 11, 2012

Mickey Mouse Fair

0 comments
Awal- awal cuti sekolah mama dah plan nak bawak anak2 jln2 holiday ke tempat yg menarik tetapi dkt sahaja.. jd plannya ke MV sbb kitorang jarang dtg ke sini sekeluarga... kebetulan ada pameran Mickey Mouse.. suka la anak2 tgk mickey yg besa tu.. siap boleh pusing2 lagi..

lepas tu kitorang mkn aiskrim Baskin Robin.. kebetulan hrtu hr Rabu.. kalau pakai pink boleh dpt special discount untuk certain item mcm double scoop tak sampai RM10.. biasa RM15 kalau tak silap .. kitorang beli 2 double scoop yg dlm cone dgn dlm cup.. senang nk makan.. flavour amik strawberry cheese cake, golden ribbon.. pastu choc cookies mmg kemestian la sbb sedap sangat..

lps tu bawak anak2 main kat playhouse jusco tu.. sambil si mama survey2 kot ada yg bekenan kat jusco.. tp tak berminat nak beli apa sbb dah penat time tu.. duduk je kat situ sambil tgg anak2 puas main..pastu kitorang zas ke foodcourt mkn nasik ayam.. huh lega..perut da lapar...

sebelum balik singgah ke Beard Papa beli cream puff yg sgt yummy.. mmg satu kemestian jgk kalau ke MV mmg kena beli.. n fave sekeluarga ni.. puff yg sgt besar dan cream yg rs mcm aiskrim.. tp kali ni tak beli 1 kotak sbb dak kekenyangan..

ok layan gmbr ye...




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Mid Valley, KL

Wednesday, June 6, 2012

Jalan- jalan GM Klang

0 comments



memandangkan cuti sekolah ni kami tak dpt bercuti jauh2 sbb si mama yg menunggu hr je nak bersalin... jadi plannya kali ni nak ke GM klang sbb nak cari hanger tudung.. susah nak cr hanger tudung mcm ni.. ni kali kedua kitorang ke sana.. sbl ni pegi masa bulan puasa thn lps.. tak sempat nak jalan lebih2 sbb tak
larat masa tu..

kalau yang belum pernah sampai ke sini, senang sangat nak cari GM Klang ni.. sepanjang highway ada signboard ke arah pusat borong terbesar ni.. ikut exit Bandar Botanik.. dekat je dengan AEON Bukit Tinggi..

dah sampai sini mmg rambang mata.. banyak barang2 drp China dijual secara borong.. kalau sesiapa yg minat berniaga tu mmg sesuai sgt la ke sini.. boleh dikatakan majority brg2 yg dijual kat internet tu ada dijual di sini secara borong...

ok apa yg kami sempat beli? mula2 singgah kedai brooch anak2 dgn sepit yg sangat2 cute.. dapat harga
borong tu yg best tu.. untuk mama pulak smpt memilih brooch2 uyk shawl.. rambang mata nak memilih harga pulak murah..

selain drp tu sempat beli baju basahan utk anak2.. kenapa baju basahan? sbb short sleeve.. kalau tak ok je pakai jalan..

last sekali br la sampai ke blok yg jual hanger dan rak.. seronok bkn kepalang la mama sbb nnt blk umh boleh gantung tdg2 awning tu.. :)

ok layan gambar ye..


Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez