Tuesday, March 22, 2011

Si Bold Putih..

6 comments

taraaaa... genap setahun beli E72..mama tukar ke BB pulak.. sbb nya kawan2 dah pakai BB..senang nak berBBM..hehe..pastu features BB dah upgrade.. tu yang daku suka..
tapi kan so far kalau nak compare dgn E72 tu ada la kekurangannya skit.. antaranya BB ni tak boleh buat video call.. pastu satu lagi package yang daku amik tak boleh direct ke mail directory company..aduh nak beremail susah la skit..kena type email address satu2.. ataupun just reply email.. nak compose tu kena make sure tau email address..
kalau dari segi camera.. dah sama dgn E72..5MP.. ok la kan..kalau dulu daku mmg taknak pakai BB ni sbb camera low MP.. sekarang dah upgrade dah.. :)

Tuesday, March 8, 2011

Permohonan online utk Tahun 1 (Selangor)

3 comments
Salam..untuk semua yang ada anak yang akan bersekolah tahun 2012 atau 2013 boleh la daftar di sini ya..

Alhamdulillah kitorang dah daftarkan Alesya sekali dengan sekolah kakak.. senang dah boleh daftar online..kalau tak nak kena cari masa yang sesuai pulak nak ke sekolah.. semua yang tinggal si Selangor boleh refer di laman web JPN selangor utk maklumat lanjut..

sumber : ihsan daripada laman web JPN selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/
1.0 Tatacara Permohonan Murid Tahun 1 secara Online

1. Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPMSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa atau penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2011 hingga 30 April 2011 melalui laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor melalui pautan di URL seperti berikut: http://apps.moe.gov.my/esppsel/

2. Ibu bapa atau Penjaga yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Ibu bapa atau Penjaga adalah diingatkan agar membaca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan gagal.

3. Setelah mengisi permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak bagi tujuan Perakuan Permohonan yang perlu dibuat di sekolah yang dipohon.

4. Pemohon perlu mendaftarkan nombor MyKid anak. Sila masukkan Tarikh Lahir, Daerah Dipohon dan Jenis Sekolah (bertanda *) sebelum meneruskan permohonan. Semakan nama sekolah dan di mana Daerah PPD Dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php

5.Setelah pendaftaran dilaksanakan sistem akan memaparkan maklumat permohonan termasuk Id pengguna dan No Pin. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan. Sila simpan noPin tersebut bagi tujuan pengemaskinian dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang.

6. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak 3 kali sahaja.

7. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Atas Talian eSPMSel ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

8. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

9. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon oleh murid atau menghubungi meja bantuan melalui telefon atau mengemukakan pertanyaan melalui alamat email yang disediakan.

Thursday, March 3, 2011

Rindu...

0 comments
Rindu sungguh nak berblogger..tapi apa kan daya..masa mencemburuiku..hehhehehehe...
sibuk sibuk sibuk.. rasa mcm antara masa2 paling sibuk sepanjang tahun ni & thn lps kot.. ada projek baru thn nie.. dicampur dgn data S*IS yang tak settel2 jugak.. amboi nak dapat bonus bukan senang kan.. nak buat waktu kerja mmg tak sempat..terpaksala balik lambat setiap hari nak tenung data tu satu2.. smlm pun tido kol 1 pagi sbb nak siapkan data.. adoi..pening kepala makcik tak cukup tido..

nie dah submit rasa lega skit wpun suspens menunggu kelulusan bos besar.. ada rezeki ada la ye.. tahniah utk kawan2 yang tak amik S*IS dapat bonus paling banyak compared to thn lepas kan.. harap2 kenaikan pun banyak thn ni.. tahniah jugak utk company yang mencatat keuntungan tertinggi.. Alhamdulillah..

nak berangan bonus pun tak boleh lagi..selagi bos tak sign hehehe.. so itu entry next next la ye :D... apa2 pun just nak share sebagai rekod...

makcik ada wallet baru ..yeaaaaa..my fave coach.. ini advance punya shopping ni..hehehhe...dah lama nak cari medium size wallet sbb senang nak isi dlm wristlet.. and my favourite color too :))


p/s : tak sabar nak tunggu 2 bulan lagi..graduation si Sara.. hehhe...

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez