Friday, January 21, 2011

yeaaa... dah sampai..

6 comments

lalalalalala...hari nie semangat datang keje.. sbb tunggu abg poslaju datang.. dan yang ditunggu-tunggu dah sampai.. :)

Tuesday, January 18, 2011

alkisahnye.. nak cari ID lanyard

0 comments
alkisahnye mcm nie.. daku mmg dah lama sukakan id lanyard cik coachie nie.. tapi bukan senang nak jumpe yg available.. kalau kat c*oach malaysia mmg tak ada.. pastu hari tu ada sorang member bgtau kat c*oach empire ada.. sbbnya kat situ baru sebulan bukak.. derang tgh buat promotion & mmg ada juai lanyard kat situ...

so makcik pun dengan semangat yg waja terus ke sana.. sbb kalau boleh dapat terus biar la mhl skit at least kita boleh pegang2, tgk2.. ye dak..

senang saja nak ke Empire Subang Jaya nie... utk sesape yang tak pernah pergi lagi boleh la cuba.. terletak betul2 bersebelahan dengan Subang Parade.. kiranya kalau drp Kesas, amik exit USJ, pastu maintain straight ke arah Persiaran Kemajuan (jgn ikut atas sbb atas tu ke NPE),a kan jumpa simpang ke SDMC sblh kanan, straight lagi.. dan ke kiri (ada signboard tulis Pusat Bandar Subang Jaya, ada signboard KTM Subang jugak)..straight je sampai jumpe Carrefour Subang kat sblh kanan, Subang Parade di tengah2 antara Empire Gallery tu dgn Carrefour.. parking pun senang je sbb tak ramai lg yang pegi situ...

kat dalam tu ada gak nampak kedai2 makan mcm Chilly's, Belanga, Kenny Rogers & Madam Kwan..pastu butik baby pun ada mcm Poney, Adam's Kids, Guess..

ok cakap psl lanyard td..dgn hampanya makcik tak beli pun.. sbbnya yg mcm diidamkan tak ada.. yg ada color dark brown/black yg tak ada corak..plain leather.. harga RM250...

jadi makcik plan nak beli kat sini je.. sbb ini satu2 nya website yg tgh available stock kat Malaysia.. makcik tak sabar hokey..



nie la lanyard yg nak tu..nak yg gold










dan yang paling tak tahannya.. tak dapat lanyard makcik beli yang ni pulak...sbbnya minggu depan nak ke Kuching 2 hari..ada meeting.. tu yg tiba2 rasa nak tukar beg baru khas utk 2 hari.. (nak yg kecik je)...dan yg paling tergoda sbb kaler pink tu.. diajual 1 set.. ada yg besar, yg sederhana & yg kecik tu utk beg mekap.. hahaha..amacam justify tak..















sekian, terima kasih..

Thursday, January 13, 2011

yang mana satu idaman kalbu...kain sari

10 comments
kawan-kawan.. boleh bagi cadangan tak yang hijau no. 1 ke no. 2 lagi cantik?




























































tiba2 tergoda nak beli kain Sari dari India tu..terjumpa link kat facebook.. katanya ada member dia belajar di India yg supply... dalam byk2 warna daku mmg jarang ada warna hijau..dan hijau yang no. 1 mmg tak ada langsung.. tapi hijau no. 2 tu pun cantik.. tunjuk kat inche suami seperti biasa jawapannya..semua cantik..ambik dua2.. hahaha.. sabo je la...

so kawan2 yang berminat boleh la ke kedai adik nie ye.. daku takde share apa2 pun kenal poun idak..hehe...

Sunday, January 9, 2011

homework pertama dini..

5 comments
alkisah minggu pertama kakak di sekolah dah berahhir..minggu depan masuk minggu ke-dua dan penentuan kelas kakak.. masa briefing haritu GB dah bagitau student akan diberikan latihan maths & bm sepanjang minggu orientasi dan akan diberi pulang pd jumaat utk revision di rumah.. selasa akan ada exam utk menentukan kedudukan kelas.. mama berharap sangat kakak tak dpt kelas di tingkat atas..(ada 2 kelas di tingkat atas)..sebabnya dapat bayangkan kakak nak heret trolley beg tu naik tangga... currently kakak di bilik darjah bawah...

jadi inilah buku latihannya..kakak perlu siapkan 2 buah buku nie.. tapi sampai ke hari nie (Ahad) masih belum siap..dia boleh rileks2 saja tgk tv..main dengan adik.. semalam (Sabtu ) mama dah seharian tgk dia buat homework.. tapi mmg tak tahan preasure bila tgk dia buat slow saja.. malamnya papa ambik alih tapi tak buat pun..sambung dengan ngaji..harapannya hari nie la..tapi hari nie pun dia tak siap lagi.. kalau mama dulu selagi tak siap homework takkan tido tanpa paksaan drp sesiapa.. aduhhhhh tension2...

disebabkan tension.. mama mmg handover terus ke papa tgkkan homework dia..guna cara dia sendiri la konon2nya..malas nak masuk campur.. tgk la nnt dia boleh siap ke tak...

sempat la mama siapkan kerja2 rutin weekend bila kakak tgh study dgn papa & adik, adik sara pula tido lagi.. iron baju sekolah, iron baju kerja & kumpulkan setempat barang yang akan dibawa esok..









nie salah satu latihan BM















2 buah buku latihan yang perlu disiapkan..ada 100 mukasurat












sederet baju kakak & adik, beg swan utk sekolah kebangsaan, beg barney utk sekolah agama, minnie utk PASTI adik, strawberry utk orientasi kakak..








p/s: hari Jumaat kakak balik dari sekolah cakap dia tak makan apa2 sebab tak bawak duit.. adusss.. rupanya2 dia masukkan dlm poket baju sekolah agama..bila nak sekolah petang dah terlupa nak masukkan balik ..esok kena bg dua dompet la nampaknya..padahal sekolah agama tu takde jual apa2 pun..

dia dah mula minta dibekalkan nugget..sebelum nie dia tak nak.. nak beli food kat kantin je.. nie agaknya dah serik sbb kes tertinggal duit tu..nampaknya esok mama kena bangun kol 5.15 la nak siapkan bekal dia..

Thursday, January 6, 2011

Cuti-cuti Cameron Highland 2010

3 comments
Cameron Highland 2-4 Dis 2010

Dah sebulan dah nie baru berkesempatan nak bercerita psl cuti-cuti Cameron Highland.. Sebelum pergi lagi mmg dah plan nak tulis kat blog tentang cerita-cerita berkaitan percutian kali nie untuk rekod sendiri dan rujukan buat yang tercari-cari maklumat mengenai percutian ke Cameron. Bukan apa, sebelum ke sana ada la juga daku gugel..tapi tak banyak info psl nie.. tu yg berazam lepas nie nak cerita siap dgn gambar…jd senang untuk yang pertama kali nak kesana..

2 Disember 2010 (Day 1):
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 7.. lebih kurang masa org ke pejabat sebab hari ni mmg hari bekerja pun, jadi kalau lebih daripada pukul 7 takut jem la pulak kan.. Inche Hubby ikut highway Guthrie terus menuju ke Utara, dan kami pilih exit Simpang Pulai. Untuk makluman nak ke Cameron ni ada byk jalan sekarang, melalui Bentong boleh, Tapah boleh, tapi kalau ikut Simpang Pulai, jalan tak la bengkang bengkok sangat berbanding Tapah.. kata org yang pernah naik ikut Tapah la..

Kami sampai dalam pukul 12 lebih.. daripada exit Simpang Pulai tu makan masa 1 jam setengah untuk naik ke atas..

Sampai je di atas kitorang berhenti kat Pasar pagi kat tepi jalan area Brinchang tu specific lagi Kea Farm… banyak barang2 dan hasil ladang jual kat sini.. ada strawberry, ada jagung, sayur2an, souviner, payung.. semuanya gambar strawberry…. Mmg macam2 ada la.. Cuma kena bijak menawar.. silap2 haribulan tersalah beli harga jauh lebih mahal daripada pasar malam.. kitorang Cuma borong barang2 makanan sbb dah kebulur rasanya… terus telan sandwich & nasi lemak bekal sbb dah naik ke atas tu mmg sejuk kan..jadi perut pun cepat lapar..hujan pulak lebat.. nak turun beli pun susah.. makan dalam kereta je.. dapat la makan jagung bakar Cameron yang katanya manis sangat tu.. kalau yg mentah dijual RM1 kalau yg dah dibakar RM3.. boleh tahan mahal kan…

Lepas hilang segala pening dan lapar..kitorang sambung perjalanan menuju ke Hotel Titiwangsa di pekan Brinchang. Memang tak susah nak cari hotel nie.. ada byk signboard.. kalau gugel2 kan hotel nie br je beroperasi thn lepas.. mmg tak dinafikan la peralatan kat dalam bilik pun baru2 lagi.. kalau ikutkan masa cuti sekolah nie sewa RM160 semalam.. tapi sbb kitorang pakai nama staff (kwn adik) untuk booking, dapat la diskaun tinggal RM130 semalam, dan kami booking utk 2 malam termasuk breakfast. Dinner tak amik pun sbb plannya nak makan luar.. sini mcm lebih kepada vegetarian food sbb ramai pelancong luar yg dok sini..

Destinasi seterusnya ke Bee Farm,.. sbbnya anak2 sedara kata derang pernah dtg sini bergambar dengan lebah2 gergasi kat dalam taman tu.. tapi waktu tu pakai camera phone je.. kali nie kitorang plan nak bergambar betul2 dkt bee2 tu semua…

Hujan renyai2 masa sampai kat sini.. tapi redah je la kan dah alang2 sampai.. kalau daripada pekan Brinchang, Bee Farm nie dah ke arah Kea Farm tadi..dekat dengan simpang nak ke ladang teh BOH.. lepas bergambar-gambar dengan Bee tu semua kitorang singgah kat pasar KEA Farm tu, sempat la beli strawberry segar..pastu balik hotel rehat2 je...

lepas Maghrib kitorang kuar hotel balik sebab plannya nak shopping kat pasar malam..mmg sangat best la pasar malam nie.. penuh dengan pinkkkk saja.. maunya tak semuanya berasaskan gambar strawberry.. utk girls mmg suka la.. payung.. ..soft toys..baju..stationery..bukan takat anak2 yang suka..si mama nya yang over you..hehehe

lepas ke pasar malam kitorang terus balik hotel dan singgah dinner kat restoren bwh hotel tu.. Restoren Nur Kasih.. makanan kat situ ok..boleh order goreng2 ataupun nasik campo kalau sebelah siang..condition restoren tu pun ok bersih.. mmg dah banyak kedai makan kat cameron.. takde la mcm yg diimagine kan ..dekat pasar malam pun ada jual food sama mcm kat psr malam sini..

3 Disember 2010 (Day 2):
hari nie cuaca cantik.. so dapat la kami bergambar-gambar dengan riangnya... so plan nya 1st sekali nak pegi Ladang Teh BOH... jalan sana sangat mencabar.. especially kalau bertembung dengan bas.. kalau bas Express tu memang tak muat nak masuk..sape2 yg pegi naik bas mmg kena transit naik bas under ladang... bas yg muat dengan jalan yg sempit tu...

Alhamdulillah inche hubby bawak dengan penuh dedikasi..hehehe...view memang cantik.. hijau je... bila dah sampai kat tapak ladang yg dah dikomersialkan..memang hilang rasa penat & pening.. ada lawatan ke dalam kilang teh..pastu ada tempat jual2 teh..ada tester utk teh yg derang promote....dan yg paling bestnya ada cafe yg boleh minum teh 7 makan2 kat situ.. teh tariknya sedap... best.. !! sejuk2 minum panas2 mmg best...

lepas ke ladang teh kitorang ke Tanah Rata nak cari MARDI.. bila dah sampai dah petang dah nak pukul 4.. tapi sempat la beli tiket..pastu masuk dalam jalan-jalan tgk bunga ros, tgk sayur-sayuran.. anak2 paling suka main kat playground atas bukit tu...sangat cantik...

on the way nak balik dah nampak TM Resort kat tepi sebelah kiri.. dekat je dengan MARDI tu....

pastu terus ke landmark tanah rata kat tepi jalan tu..ada tulis welcome to cameron highland...layan je anak2 sedara nak bergambar... hehehhee

pastu balik untuk solat mahrib dan ke pasar malam lagi..hari2 ke pasar malam ek.. kali nie mamanya beli tupperware strawberry & pencil case strawberry..nak balik singgah beli strawberry segar...


4 Disember 2010 (Day 3):
Harinie last kitorang kat Cameron.. lepas checkout, kitorang terus ke arah Brinchang dan plan utk singah ka pasar tepi jalan Kea farm tu lagi..plannya nak beli sayur utk mak sbb lepas nie nak balik Perlis terus..tapi keter dah penuh daaaa..almaklumla nak balik kg..baju2 saje dah penuh...

jadi kitorang terus menghala ke Utara dan sampai kampung dalam pukul 3.00 petang...

kat depan kedai souviner sebelum balik

di pasar malam..hujan daa

di Ladang Teh Sungei Palas

Lawatan dalam kilang teh..



makan strawberry waffle kat Rajoo's Farm..sodap..lembut sangat
kat taman rose, MARDI
nie pun kat MARDI..cantik..
nie kat landmark Cameron.. sonok betul anak2 golek2 atas rumput..cuaca sangat menarik..nyamannnn

shopping kat pasar malam..











bergambar dalam bilik hotel









alesya memang suka posing






sementara menunggu breakfast.. self service..sejuk betul pagi2 siap pakai hand glove

















kat Bee Farm..byk patung lebah comey2..tapi tak sempat bergambar banyak2 sbb hujan..belakang tu taman yang ada banyak bunga2 sbb lebah2 yang real nie nak hisap madu..
















kat Kea Farm di Brinchang punya pasar...banyak pilihan barang kat sini..













Itu saja update untuk Cameron.. lepas nie nak update cuti2 di Fraser Hill pulak..

Wednesday, January 5, 2011

persiapan sebelum ke sekolah

4 comments

Hari nie hari ke-3 kakak ke sekolah.. hari yang mendebarkan sebab hari nie mama dah tak cuti.. kakak dan adik kena transit ke umah umi... saja nak share persiapan sebelum ke umah baby sitter..agak memeningkan.. bukan saja nak prepare barang anak2..barang mamanya pun banyak almaklumla cuti lama woo seminggu lebih.. so peralatan mama pun kena letak depan pintu..kalau tak ada yang tertinggal..

checklist persiapan kakak sebelum ke umah baby sitter :

1. baju sekolah kebangsaan siap dengan tudung, (name tag letak siap2 kat tudung, duit letak siap2 dlm poket)
2. bekal air minum
3. beg sekolah petang complete dengan stationeries
4. beg sekolah pagi pun kena complete dgn stationeries
5. baju semasa transit (tukar baju sbb takut kotor masa lunch kat umh ummi)
6. tuala
7. sikat/bedak


checklist mama sbl ke opis (lps cuti panjang)

1. telekung
2. breastpump & tools
3. stok novel (semasa mengepam)
4. baju nak pakai esok..


** dalam berhati-hati tu ada jugak yg mama tertinggal, benda penting lak tu..passcard

checklist Alesya ke PASTI

1. bekalan utk breakfast (dia makan dlm kereta atau kat umah ummi)
2. baju utk petang, (baju yg sesuai dgn ngaji/solat)
3. telekung
4. susu
5. beg sekolah & stationeries

checklist utk Adik Sara ke umah Mak Chaq (kakak mama)

1. susu perahan
2. tambahan diapers (kalau stok dah habis)
3. baju memang mak chaq dah simpan dan basuh siap2..


*** semua barang ni akan letak siap2 depan pintu ataupun isi siap2 letak dlm bonet to ensure esok boleh bertolak kol 6.30...

nampak mcm simple tapi agak pening mamanya nak cari satu per satu benda2 nie.. itupun baju sekolah sume dah iron siap2 weekend.. CHALLENGE MAMA!!!!


Alesya ke PASTI (5 tahun)

0 comments
Alesya baris ke-3 dari belakang..huhu paling kenit..almaklumla bulan lepas baru genap 4 tahun..


Kalau tadi bercerita kisah kakak ke sekolah ..nie kisah Adik pulak.. nie tahun ke-dua dia ke PASTI.. seperti biasa memang excited la dia nak ke sekolah..hari-hari tanya bila nak start sekolah sbb tak sabar nak pakai uniform baru, beg sekolah baru..hehehe

semalam mama sempat hantar adik jam 8.00 kat PASTI, kakak pun ikut sekali sbb sekolah agama tak start lagi..dpt la kakak jumpa cikgu2, ustazah2 lama.. sonok betul adik jumpe kawan-kawan lama & baru..

jadi jadual adik pulak mcm nie...

6.30am : bertolak ke umah ummi dgn kakak dengan mama/papa
8.00: ke PASTI dengan cikgu
5.30-6.00 : papa akan jemput balik ke rumah
7.30 : ngaji/surau dengan papa & adik Sara, kakak mungkin tak ikut

Cerita dini ke sekolah..

0 comments
Hari pertama kakak ke sekolah Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. kakak ditempatkan ke kelas sementara 1 Mutiara sebelum exam tapisan kelas hari selasa nie..
Semuanya ada 8 kelas.. total 1 kelas lebih kurang 35 orang..so far daripada pemerhatian ku dini nie jenis yang sangat diam kalau kat luar rumah..berat betul mulut dia nak cakap.. taktau la dia malu ke dia takut ke dia tak biasa ke..tapi suara dia slow sangat kalau cikgu tanya.. harap2 nnt ok la tu..mungkin dia takut2 lagi..

kakak dah ready nak ke school
kakak beratur nak ke kantin..

masuk kelas kakak dok depan sekali.. sbb mama tau dia agak kurang fokus..dia suka tgk kiri tgk kanan tgk belakang..mungkin sbb ramai sangat mak bapak kat luar tu..jangan kata budak..cikgu pun gabra tgk ramai sgt yg observe..

masa rehat kakak pulak kitorang observe daripada jauh.. mama bekalkan RM2.00 sbb masa orientasi Sabtu tu dah survey harga2 food kat kantin..semuanya RM1.. air pun RM1..kalau kakak bawak bekal air dapat la jimat RM1.. kitorang saja perati dari jauh..takmau manja kan dia sangat..jadi biar dia beli makanan sendiri dan cari kwn..so far ok la dia dok dgn kwn 1 kelas.. tapi tak sampai hati pulak kita tgk dari jauh je kan..dah la tu dia beli junk food je.. agaknya dia tak nampak ada mee & nasik kat tepi.. so mama ajarkan dia beli mee.. hari nie mungkin dah ok..papa akan tunggu waktu rehat minggu pertama nie sbb tak bz lagi kat sekolah..sempat la dia balik and jenguk kakak...

sesi sekolah kakak bermula 1.00ptg, rehat 3.10 sampai 3.30 dan balik kol 6.30pm..bas sekolah akan ambil pukul 11.30am..lepas ni kitorang akan hantar kakak & adik ke uma baby sitter (read: umi) seawal 6.30am..

jadual kakak mcm nie.

6.30 : ke umah umi
7.30 : bas sekolah akan amik ke sekolah agama
7.45-10.30 : KAFA Integrasi Ibnu Sina, Puncak Jalil
10.45 : sampai ke umah umi, makan dan siap2 utk ke sekolah kebangsaan
11.30 : naik bas sekolah ke S.K. Seksyen 1 Bandar Kinrara
6.30-7.30 : bergerak balik ke rumah (sampai lambat sbb peak hours, org balik kerja dengan balik sekolah)

nampak agak meletihkan jadual kakak kan..tapi mama doakan kakak boleh..insyaAllah...

hari nie hari ke-3 kakak ke sekolah dan hari pertama kakak ke KAFA..sorry mama tak dpt hantar kakak sbb mama ada training.. mlm nie boleh la observe mcm mana keadaan dia sehari suntuk lebih daripada 12 jam.. harap2 smeuanya ok..

untuk yang akan menghantar anak2 ke sekolah thn dpn dan tak ada maid mmg perlu sediakan duit lebih untuk transit & transport..

Monday, January 3, 2011

Hari Orientasi Kakak Dini di sekolah

3 comments





















Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez