Wednesday, October 19, 2011

Projek Photobook 1 Malam

6 comments
Memang dari dulu kalau siapa yg kenal rapat, daku mmg la tersangat suka kan apa2 yg berkaitan dengan gambar..tak kira la samada bergambar..ambik gambar org..tgk gambar sendiri..ataupun edit gambar.. teknologi sekarang ni kan bertambah canggih..kalau dulu kita cuma boleh print gambar menggunakan filem..waktu tu suspens je cantik ke 36 keping gambar tu (1 gulung filem biasanya 36keping gambar)waktu tu nak tak nak mmg kena 'cuci' semua.. lepas tu beralih ke teknologi digital.. haa ambik la gambar berapa juta pun.. nak print boleh pilih-pilih.. lepas teknologi digital beralih kepada scrapbooking.. sonok betul nak berscrapbook.. dengan pilihan element yg creative..ada yg free ada yg perlu dibeli.. sekarang ni teknologi yang tgh top pastinya photobooking.. dulu pun ada tapi dulu mahal..gambar kawen aje yang mampu buat photobook.. (wpun zaman makcik lom ada trend tu).. mcm dah tua sgt dah ek..




ok la sbnrnya nak cite psl projek 2 hari ni.. berphotobooking.. sebelum ni mmg ada tgk blog kawan2 n status kawan2 di fb.. tapi masa tu mcm tak berani nak mencuba.. takut tak cukup creative.. pastu tiba2 hati terbuka nak kumpulkan koleksi gambar2 bermula drp Dini kecik sehingga sekarang (Dini dah 7 thn).. campur dengan gambar adik2 dan percutian sepanjang tahun,.. jd kita boleh la namakan konsep caca marba.. almaklumla ni 1st time berpb.. jadi belum ada tema specifik..kalau ada budget lebih nnt ingat nak try buat setiap sorang anak2 ada pb masing2.. tapi kena kumpul semua gambar2 drp kecik sampai bsr la kan..insyaAllah..


jadi ini la dia dipersembahkan hasil sengkang mata mama sanggup tak pegi lunch (lunch kat dpn lappy je), tgk Cinta Elisa pun sambil buat pb.. hehe.. sbb tak sabau nak siapkan pb ni.. boleh dinamakan projek 1 hari ni.. hehehe... photobook medium potrait 8x11..

































rasanya dah 95% siap..cuma nak tambah wording.. tak sabar nak submit & tunggu kehadiran abg poslaju..hehe

Monday, October 3, 2011

Jamuan Raya Butik tudung Fareeda..

3 comments
salam semua.... kalau sbl ni ada sharekan koleksi tudung2 fareeda saya kat sini , ni saja nak share 1 event yang sangat best minggu lepas.. di penghujung2 raya ni ada lagi jemputan open house.. plannya mmg nak terjah fareeda sbb nak belikan stock utk adik..memang makcik suka la kan nak memilih2 tudung ni.. apatah lagi budget org dah bagi..kita pilih ikut taste kita kan.. actually adik nak meniaga kat online gak.. sbb sekarang ni mmg tgh laris tudung fareeda ni.. bayangkan tiap2 kali pegi stock sgt2 limited mcm goreng pisang panas.. ada yg sanggup menunggu kat situ.. kalau yg tak tau kat cawangan bangi ni (HQ) mmg ada ruang khas (tertutup) utk pekerja2 fareeda sendiri menjahit tudung2 ni.. sbb tu la makcik kata mcm goreng pisang panas.. ada aja yg menunggu stock keluar.. dengar citanya utk memelihara keaslian design. lagipun derang mmg ada daftarkan di bawah Akta Hakcipta.. sapa2 yg berani nak ciplak mmg akan dihadapkan ya..

ok berbalik kepada jamuan raya hrtu.. mmg best sangat.. meriah.. tak crowded dan selesa.. siap boleh ulang 2,3 kali amik makanan sbb byk sgt makanan disediakan.. ada meehun sup tulang, nasi beriani, laksa utara, sate hj samuri, cendol, aikrim, chocolate fountain, strawberry choc,pelbagai desert.. dan yang paling bestnya ada lucky draw.. cuma bab lucky draw ni agak keciwa skit sbb tak dpt..lagipun tak tunggu sampai hbs sbb dah lama kat situ.. mmg best la sape yg dpt tu sbb dpt hadiah tudung fareeda dlm kotak eksklusif.. byk lak tu.. sekali cabut ada 5 pemenang..kalau 4 kali cabut maunya 20 kotak.. cuma yg tak tahannya cabutan dibuat sejam sekali.. hehehe...

apa2 pun mmg best sgt.. nyesal makcik tak pakai glamor2 sbb ada hadiah misteri utk baju glamer.. ahli2 keluarga termasuk staff fareeda pun ramah2 belaka.. terutamanya cik mawar kita yg sangat la jelitanya.. kebetulan makan semeja pulak tu.. thumbs up la utk beliau yg sangat peramah & mesra..

ok layan gambar ye..






ai & kakak, malu2 nak bergambar dengan Mawar..























anak sedara Aalia dengan Mawar..


















hasil borongan hari tu.. opps bukan utk diri sendiri ya..utk bisnes adik..kita tolong belikan je... tapi semuanya cantik2 :)

Tuesday, September 6, 2011

Salam Lebaran 2011

2 comments
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
mcm mana hari raya korang? masa kat kampung mmg tak sempat la nak berupdate blog ni.. tapi raya thn ni mcm rasa tak puas sangat nak beraya..rasa masa terhad aja..kalau keluar beraya rasa tak puas nak lepak kat rumah pulak.. thn ni kitorang balik beraya di perlis.. seminggu sbl tu dah balk pahang.. insyaAllah Hari Malaysia nnt akan balik pahang untuk beraya rumah saudara-mara sebelah sana pulak..

tahun ni agak istimewa sbb dapat beraya dengan kawan2 lama masa di tingkat 4-5 dulu.. 15 thn tak jumpa tu.. mmg sangat2 la rindu nak bercerita.. tapi Alhamdulillah sejak ada efbee dapat la kitorang contact semula.. ya la masa tu masing2 mana la ada hp mcm skrg kan.. jd kalau hilang nombor telefon rumah mcm mana nak contact..

juadah apa di hari raya? kalau balik kampung mmg antara yg paling best ialah makan makan makan... petang raya mak dah masak masakan wajib setiap tahun.. kari daging, paru..aduh sedapnya.. apatah lagi dicicah dgn ketupat pulut..ish tapi terlupa nak amik gambar la pulak kan.. satu lagi masakan wajib sambal daging serai.. ni pun boleh dicicah dgn ketupat.. mak sediakan dua jenis ketupat,,ketupat pulut & nasik impit.. nasik impit kitorang makan dgn kuah kacang ataupun sambal daging serai tadi.. adoiiii terliur ni.. sbb tgh berpuasa.. nyum nyum...
ok la.. kita layan gambar la dulu ya..sorry la kalau agak slow sbb rasanya nak upload semua gambar..semua nya special.. :)

tapi gambar ni start dari bwah ye.. tebalik la pulak..



open house pertama di KL.. umah ex-opismate


















































































lupa nak bwk balik tripod..ni blk KL baru leh gunakan tripod..













princess alesya yang suka bergambar..mcm2 gaya..tak payah ajar..dia reka sendiri..hehe






























dengan cousins.. termasuk Damia yg 1st time beraya















kawan2 masa form four-five ..tak plan pun nak beraya.. plan 10 minit sebelum je..
















































Raya ke-3.. siap2 nak berjalan raya..













































raya pertama malam.. berbaju tido sendondon termasuk mama.. hehe..




tembam kan damia.. baru 3 bulan tu..












raya pertama sebelah petang..anak2 dah tukar gaun.. cuaca panas yg amat..












dua beradik ni mmg suka bergaya..



















tapi mesti la menang kat kak ngah nye.. paaaling suka bergaya

















bergambar sebelum masing2 start beraya..


































keluarga kakak yg sulung..sedondon mcm 3 beradik lak..




























tema kami thn ni merah :)

















mak ayah..sedondon






































































































Monday, August 15, 2011

persiapan raya..

0 comments
Salam Ramadhan.. harini dah masuk hari ke-15 kita berpuasa.. amacam kawan2 dah juzuk ke berapa bertadarus? dah tinggal ke pose? hehhee
saya belum tinggal lagi so far..harap2nya 'cuti' time nak raya atau masa balik kampung.. senang skit kan.. :)

Tadarus masih di juzuk 10..sempat ke nak khatam ni..itupun Inche hubby yg byk tolong sambungkan.. saya bertadarus masa lepas berbuka saja.. kalau dia setiap kali lepas solat.. aduss malu.. tapi dia kata takpe..ni pun satu permulaan yg baik.. mama ni byk benor iklannya.. hehe
saja je hrni bersemangat nak update psl raya..sbb kat radio pun dah berkumandang lagu raya.. amboi semangat sungguh...

Persiapan raya? Baju raya dah siap sejak sebelum raya.. satu tu saya dah rasmi pun masa berbuka puasa di Hotel Istana hrtu.. huhuhu.. takpe ada yg lain reserve utk raya.. tema kami thn ni insyaAllah merah menyala :P...baju kurung anak2 pun dah siap..cuma baju mamanya je tak sempat nak jahit manik..org yg jahit tu bz la pulak..dah la harga dah makin naik.. kurang glam la kan takde manik.. harap2 sbl raya sempat jugak dia jhtkan..
raya di mana tahun ni? ooo tu mmg dah terang lagi bersuluh.. thn lps kat pahang kan..of course la thn ni perlis kan :P ... tapi saya dua2 semangat.. beraya kat pahang lain suasananya.. beraya kat perlis pun lain suasananya..dua2 saya suka...

Asalnya tadi nak update pasal cookies raya.. tapi tak melalut sampai ke baju raya ek... weekend smlm dah ke BWY beli barang2 nak buat cookies.. spt thn2 lps dua jenis je cookies.. cornflakes crunchies & chocolate chips.. dah dua tu je yg anak2 suka.. yg lain tu ada la order kat kwn2.. semperit kuih peberet pun dah order..tat nenas pun dah order.. thn ni ada tambahan satu lagi.. batang buruk nestum.. ataupun popia nestum...uishhhh sedapnya thn lps makan.. tak terasa dah habis...

Ok kawan2.. itu saja update utk harini aka minggu ni..kalau rajin saya update lagi.. kalau tak rajin minggu depan la pulak..
layan gambar masa berbuka puasa dengan customer di Hotel Istana.. juadah yg sangat byk.. semenarik harganya jugak.. tapi bukan boleh makan byk2 pun.. dua jenis dah kenyang.. layannnn


















































Wednesday, August 10, 2011

kisah anak-anak berpuasa..

2 comments
Dah masuk hari ke-10 baru sempat nak update psl puasa.. Inipun sbb berkursus di lab.. sementara tunggu lecturer start sempat la menaip blog..

1 minggu pertama berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah kakak berjaya puasa penuh sepanjang hari bersekolah.. adik sampai pukul 5.30..langsung tak minum air atau susu.. balik rumah baru berbuka sbb tgk dah tak larat sgt dah..muka pun dah pucat.. dah la cekeding je anak2 ku.. lgipun alesya belum pun 5 tahun.. baru 4 thn lebih.. sekurang2nya dia tak pernah tinggal sahur.. Alhamdulillah derang bangun sahur dengan jayanya...

Masuk weekend je kitorang balik pahang.. paham2 la cuaca panas sangat kat pahang..kesian kat derang..jadi bagi pelepasan berbuka dalam kereta on the way balik kampung.. sedangkan org dewasa pun mmg kering tekak betul kat sana.. panas lain macam..

Kadang2 mmg kesian sangat tgk kakak.. bayangkan kalau sekolah petang ni.. pagi sekolah agama balik tgh hari dah panas kan..pastu siap2 nak pegi sekolah kebangsaan.. org balik tgh hari panas2 boleh la rehat kat rumah kan..tapi dia br nak bermula sesi petang.. mmg tak paksa dia..tak expect dia berjaya puasa penuh pun.. tapi so far mmg dia puasa penuh..cuma blk mmg terus terbaring dpn tv.. baju sekolah pun tak sempat tukar..layan je la.. kadang2 tu berbuka pun tak hbs makan.. sian kan.. letih sangat la tu..cuma nak bagi dia tak rasa penat kami ajar dia tentang pahala.. kalau kakak puasa Allah bagi banyak pahala.. kalau kakak tolong adik Allah bagi pahala..dapat masuk syurga.. sbb kat tadika dulu usatazah dah cerita kat syurga tu ada segala-galanya..nak apa pun boleh..

Itu lah cerita anak2 berpuasa..

Friday, August 5, 2011

Selamat Datang Inche Fiesta

3 comments
Alhamdulillah asalnya waktu booking SA cakap tempoh booking 1 bln setengah.. so lebih kurang tgh Ramadhan la kan.. tapi belum maksud Ramadhan dah boleh amik.. syukur :).. tanggal 27.7.2011 Inche Fiesta dah berjaya diambil hasil bantuan abg ipar dan kakakku.. nak minta tolong inche hubby dia keja.. hari ni ku tak keje..

















fiesta dah siap di tinted kat kedai tinted..


pengalaman beli sendiri plat kereta di JPJ

4 comments
Baru-baru ni daku ada ke JPJ Wangsamaju nak daftarkan fiesta tu.. saja nak cerita kat sini just in case ada sesiapa yg nak ke JPJ jugak..

senang sangat nak daftar.. kitorang sampai JPJ tu pukul 7.45 pagi..JPJ bukak awal.. kol 7.30 dah bkk dah..sampai je kat JPJ tu.. terus ke kaunter borang di luar bangunan.. mcm pondok ambik paskad la.. cakap nak borang beli nombor plat..

pastu kalau yg belum ada copy ic boleh buat copy kat situ..ada pondok utk fotostat kat bwh tangga.. caj RM0.50 sekeping...

terus naik tangga ke tingkat 1.. boleh terus isi borang..kalau boleh bwak pen sendiri ya..sbb tak nampak mcm ada pen kat meja isi borang tu.. lepas isi borang..kalau yg belum decide nak pilih nombor mana boleh duduk dulu sbb time ni tak ramai org pun.. takyah rushing2... boleh tunggu depan screen besar No. plate terkini..sambil tilik2 atau pikir2 dulu.. kat situ pun ada jugak nombor yg senang nak ingat mcm 6070, 6090.. kalau amik nombor kat situ kena bayar minimum iaitu RM200 + RM10 untuk caj proses... lain la kalau mmg dah ada plan nak amik no yg dikehendaki, boleh terus ke kaunter nombor giliran.. tak sempat duduk dah dipanggil dah nombor giliran.. mmg cepat sangat.. proses pun sangat cepat tak sampai 5 minit.. cuma sediakan duit dan nombor dikehendaki.. jangan sediakan satu saja.. mungkin beberapa nombor.. sbb akak kat kaunter tu boleh checkkan nombor yg dikehendaki tu available ke tak...

mcm kes daku.. mmg tak ada plan nak nombor apa2..asalkan mudah diingat saja.. jd waktu tu nombor yg tgk berjalan 2000 ke atas.. so aku mintak 6080.. tapi 6080 tak ada, try 6090 ada..terus amik.. tak sampai 10 minit dah siap semua :)

tapi kalau ada yg nak nombor cantik mcm 8080, 6060, 8888, 6688..haa tu kena tender.. tender akan keluar advance skit..contohnya kalau running number waktu tu WVP..mungkin tender dah start dengan WVS...

conclusionnya :

1. bawak salinan IC
2. bawak minimum RM210
3. simpan resit/borang daripada JPJ lepas cfm nombor plate tu utk diberikan kpd Salesman kereta nanti..

itu saja.. tak perlu dokumen lain.. senang kan :)

Wednesday, August 3, 2011

0 comments






Selamat Hari Raye... berhati-hati di jalan raya.. kawan2 balik bila? kitorang InsyaAllah akan balik Sabtu ni ke Utara tanah air.. thn ni giliran peghelih.. aduhhh rindunya nak berpuasa di kampung.. berpuasa di kuantan dah dua kali perlis belum lagi ni..hehe.. apa2 pun semoga kita semua selamat sampai dan selamat pulang ke destinasi.. berhati2 di jalan raya ya kawan2 semua.. kalau ada tersalah kata sepanjang kita berkenalan tak kira la secara virtual atau secara realiti.. harap2 dimaafkan.. kita hanya manusia yang lemah mungkin tak perasan akan kelemahan diri.. ampun ampun ampun.. :)
















Wednesday, July 13, 2011

koleksi tudung Mawar Fareeda saya...

4 comments
Sebenarnya dah lama dah gambar2 ni.. saja harini terajin skit nak mengupload gambar2 yg berlapuk kat dalam lappy... mcm mana boleh terlibat dalam arena fareeda lak nie? ni bahana balik kampung la ni.. tgk adik yg dalam pantang sedap je mengorder kat online website.. almaklumla dlm pantang.. semuanya di hujung jari la kan.. tak payah nak bersusah-susah nak ke butik.. lagipun kat kampung mana ada butik tu lagi.. Alhamdulillah kemudahan zaman IT sekarang ni.. duit pun cepat je habis..

hehe balik je KL terus ajak inche hubby pegi shah alam.. yg area 'Aisiti' tu... kat situ ada satu butik Fareeda baru bukak.. kebetulan time tu ada Sales.. apa lagi kan terus grab 3 .. so dpt la harga lg murah drp beli online.. nape suke? sbb awningnya lain drp yg lain.. berkualiti tinggi.. pastu chiffonnya tak renyah mcm brand yg makcik suka beli satu lg tu.. kalau yg tu adoi susah nya nak jaga.. kena kuku sikit pun dah tertarik benang.. sbb terlalu lembut.. kalau yg ni still lembut tapi mudah diiron dan senang dipakai.. amboi mcm promosi free plak..

cukup2 la tu membebel..layan gambar je la ye..















































Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez