Friday, December 31, 2010

sepintas lalu memori untuk tahun 2010

2 comments
pejam celik pejam celik 2010 dah nak melabuhkan tirai.. mmg banyak sungguh kenangan pahit manis kalau nak kenangkan.. kalau boleh yg pahit tu mmg taknak kenang dah..yang manis2 aja ok.. tapi cuma nak recap sepanjang tahun 2010 nie sebelum bermula tahun baru sebentar lagi...


Cuti-Cuti Malaysia
rasanya tahun 2010 ni banyak sangat kitoorang pegi cuti-cuti malaysia bawak anak2.. daripada ke PD bula Feb, pastu ke Penang, Cherating, Cameron Highlands & Fraser Hills.. percutian yg biasa2 saja tapi anak2 sangat suka.. mungkin sbb dah besar..

Gadget
2. beli handpone baru E72, 2 camera baru, 1 Lumix, 1 Nikon, 1 Netbook baru HP

Keluarga
pulangnya ke Rahmatullah Arwah Tok Embun, kenduri kawen adik Ina

Hobi
Bermulanya aktiviti baking cuppies, dan seterusnya melarat ke bisness.. dan dapat ke kelas cupcakes 1st time..

itu antara coretan yang dipaparkan di dalam blog.. banyak lagi yang hanya tersimpan di dalam memori tuan punya blog..hehehe..yg lepas tu biar la lepas kan.. yang pasti apa azam 2011 ya?

1. nak perbanyakkan amal ibadat.. akhirat..akhirat...jgn duniawi je nieta
2. nak kurangkan marah2 kat anak2... (rasanya nie tiap2 thn aku berazam)
3. nak kumpul duit skit2 setiap bulan utk dibekalkan kpd mak ke Haji thn 2011 insyaAllah...
4. apa lagi ek.. nnt la dipikir-pikirkan... tengah tahun pun boleh berazam kan.. yang penting ke arah positif..Hijrahhhhh...

ok kawan2 yg baca blog nie.. Selamat Tahun Baru diucapkan... semoga tahun yang mendatang akan lebih cerah dan bermakna untuk kita semua.. Amin..

Siap!! esok sekolah yeaaaa

1 comments
Esok kakak akan mula sesi orientasi Tahun 1.. kami hantar ke sekolah Kinrara Seksyen 1.. sekolah kat dalam taman nie dah siap tpi sbb dah last minute, nak elakkan kelam kabut proceed je kakak ke sekolah nie..
Mama doakan kakak berjaya.. belajar pandai-pandai ya kakak.. :)



atas permintaan kakak nak bergambar dengan baju sekolah yg dah siap digosok oleh si mama..

beg sekolah purple utk sekolah agama, beg sekolah pink untuk sekolah kebangsaan..
almaklumla kakak kami nak tinggalkan di umah baby sitter utk transit..so tanak kelam kabut ataupun konpius better sediakan 2 bj beg..





baju sekolah kebangsaan ada 5 pasang, sekolah agama 2 pasang.. yg hujung tu sekolah tadika adik.. sesat kat situ..hehe














uniform sekolah kitorang pelbagaikan brand.. darpada yg mahal sampai yg murah.. sebab tak ada pengalaman beli uniform lagi, so taktau mana yg sesuai dengan kakak.. list harga kat bwh nie untuk rujukan sendiri thn dpn.. hehe

1. kiko baju & kain (RM55.80)
2. canggih baju & kain (RM42.80)
3. Unggul baju (RM12.99), kain sekolah agama Canggih
4. School baju (RM14.99), kain sekolah agama Canggih
5. 2 pasang baju yg ditempah, kain di Jackel jenama Canggih, tak igt dah semeter berapa, tapi upah sepasang RM20

Untuk sekolah kebangsaan dini akan bersekolah petang, dan sekolah agama sesi pagi.. kitorang akan hantar kakak ke umah baby sitter kol 6.30, dan akan naik bas sekolah ke sekolah agama..lepas tu transit umah baby sitter dan ke sekolah kebangsaan.. petang papa akan tunggu di rumah uruskan homework dan ngaji kakak..

mama doa sangat2 semuanya dipermudahkan.. harap2 kakak akan mudah adapt dengan dunia sekolah baru.. setakat hari nie mmg tak ada kwn2 tadika dulu yg pegi sekolah tu.. majority ke sekolah bkt Jalil/ Taman U... huhuhu..kakak kena survive ok cari kwn2 baru... insyaAllah.. yakin boleh ye kakak.. :)

Saturday, December 25, 2010

coach baru..hehehe

2 comments
Syukur syukur... duit SIS dah masuk...apa itu SIS? sis tu mcm bonus la..tapi sbb kitorang nie kat bahagian 'jualan' jadi kitorang tak entitle utk dpt bonus..kitorang entitle untuk dapat insentif..kiranya kalau achieve target insyaAllah akan dpt insentif nie setiap suku tahun...

jadi apa yang dah makcik laburkan utk sis suku pertama nie.. jeng jeng jeng... ini la hasilnya..reawrd diri sendiri la konon2nya nie..

dah lama minat dengan brand 'jurulatih' ni..mula2 berjinak2 beli wristlet dulu.. makcik mmg suka beg yg 100% leather.. jadi cita2 dah tercapai nak beli handbag 'jurulatih' 100% leather nie.. ini dia.. apricot color.. :)

Kalau sape2 nak ke butik Coach, kat The Garden ada diskaun 30% utk selected item.. :)





Friday, December 24, 2010

shopping lagi..

1 comments
Dah lama plan nak beli jeans Levi's nie.. sbb sangat cantik warna dan fabriknya, ringan je.. mak kumpul duit drp jual cuppies ok.. bukan senang nak kelurkan RM250 hanya utk beli jeans....jadi sbb tanak rasa bersalah guna duit gaji..ku gunakan duit bisnes.. (ada beza ke? hehehe)..untuk rekod sendiri dan kenang-kenangan ye.. lagipun bukan ramai pun yg baca blog nie.. saja nak share dgn kawan2 je.. so lepas ni kalau nak beli jeans lagi boleh la refer kat size nie.. :) kalau badan tak naik la.. huhuhu

type : Bold Curve Skinny Boot
Size 25
Color : Blue Black



pesta buku kanak-kanak 2010 part 2

2 comments
TIKET KE ZOO NEGARA..ADA DISKAUN SBB BELI KAT PESTA BUKU..OPPSS SORRY NAPE HURUF BESAR LAK NI..SBB UPDATE PAKAI HANDPHONE MCM BENGONG2 SKIT



















Thursday, December 23, 2010

Jom ke Pesta Buku Kanak-Kanak KL

3 comments













dah lama tak update kan..actually banyak benda nak update.. tapi masalahnya kat opis nie lepas kol 8.30 mmg tak boleh nak upload gambar... nak upload kat umah faham2 la kan..memang bercinta..

apa-apaun saja nak update pasal Pesta Buku Kanak-kanak nie.. kitorang plan nak bwk anak2 pegi..tapi harinie Inche hubby nak pegi 'sola- sola' (survey) dulu...

untuk kawan-kawan satu company..selamat bercuti mulai minggu depan straight sampai thn depan ye.. :)

Friday, December 17, 2010

Cuti-cuti Malaysia : Fraser's Hill

0 comments





citer pegi Cameron tak citer lagi rasa nak skip dulu la...memandangkan kitorang sekarang kat Fraser's Hill, terus update sementara ada masa nie kan.. lagipun senang nak update sbb fresh lagi...
sebenarnya nie percutian tak dirancang nie.. tiba2 je anak sedara ajak join dengan family kakak bercuti kat sini.. dia sponsor kondo bank tempat dia keje.. Pine Resort..
kitorang betolak dari umah kol 6.45..sbb nak kejar gate ataupun GAP pukul 9.00... ada masa 40 minit sebelum GAP ditutup... kalau yang tak pernah naik ke Fraser's Hill, ada jadual untuk naik ke atas..bermula kol 7.00am naik ke atas dan 8.00 turun ke bawah.. senang citer nak naik ikut jam ganjil, nak turun ikut jam genap..
Dari KL kitorang ikut Guthrie Highway terus ke arah Utara ikut Exit Rawang Selatan.. lepas tu terus menuju ke arah Kuala Kubu Baru (KKB).. dari KKB dah nampak dah tanda arah ke Fraser's Hill.. best jugak sepanjang perjalanan boleh nampak hijau je.. nampak empangan,.. nampak kera yang jinak2..cuma sementara nak naik ke GAP tu agak boring la.. tertanya-tanya bila nak sampai nie.. sbb tepi kiri kanan semuanya hutan...

kitorang sampai kat depan GAP tu betul-betul jam 9.20am.. suspens!!! takut terlepas 9.40 tu.. maunya kena tunggu kol 11 lak...daripada GAP lebih kurang 20 minit nak naik ke Fraser's...

dah sampai di atas terus ke Resort... dari luar biasa je.. tapi bila dah masuk dalam.. waweeeeeee.. cantik sangat... rasanya bari reno nie..suma interior baru.. sesuai dengan imej Bank Negara.. ada 3 bilik.. Master bedroom ada katil king.. pastu untuk 2nd room dengan 3rd room semuanya ada 2 single bed yang besar...mmg sangat selesa.. semua peralatan dapo ada.. tayah susah-susah nak bawak periuk nasi bagai..sume lengkap.. sampai ke lesung batu...kitorang taktau pulak mmg complete sampai mcm tu..mmg dah siap bwk beras semua sbb plannya nak buat BBQ malam nie.. dah dtg 2 keluarga nie mmg happening la kan.. meriah kondo nie...

lepas lunch..kitorang bertolak ke town kat bwh tu balik sbb nak bergambar.. tak boleh tahan tgk cuaca cantik.. baru la view cantik kan...sempat la singgah kat kedai Rose Green.. ala2 foodcourt ada jual burger.. goreng2 tomyam sume tu.. pastu souviner pun dah byk jual kat area sini..kalau tak silap masa 1st time dtg dulu..souviner ada jual kat kedai kat jam besar tu je.. nie ada la competitor skit kan.. kitorang cuma beli fridge magnet comel2 ada gambar burung ada gambar jam besar kat mini round about tu.. saja la kan tanda kenang-kenangan dah dtg ngan family kat sini... ntah bila nak dtg pulak.. almaklumla nak sampai sini agak mencabar.. fenin fenin...

ok layan gambar dulu la.. nnt update lg utk bbq malam nnt dan esok..ingatnya esok nak jalan-jalan area lain pulak... daaaa.. Assalamualaikum...:)






Tuesday, December 14, 2010

0 comments
Order nie daripada Lela, my ex-housemate untuk makan-makan di opis.. Thanks Lela for supporting me.. Harap-harap Lela dan kawan-kawan suka.. Lela pun tak menetapkan apa-apa design untuk cupcakes nie..Pikir punya pikir rasanya kali nie nak cuba buat vanilla cupcakes yang diisi dengan blueberry filling. Kalau nak letak aising risau pulak pakcik makcik di opis akan muak atau tak boleh makan sbb manis..kalau kanak2 memang la suka aising kan.. jadi cara terbaik ialah cuba letakkan coklat parut nie dan dihias dengan sos coklat Hershey's kat atas..

Harap-harap Lela dan kawan-kawan suka dan berbaloi dengan setiap sen yang dikeluarkan..risau sangat kalau ada pelanggan yang rasa tak berbaloi..tapi saya akan cuba yang terbaik untuk memastikan semua berpuas hati :)




keratan rentas cuppies.. hehe.. blueberry filling

Monday, December 13, 2010

Ini atau ini.. yang mana satu..tolongggg

4 comments



yang mana ek.. need a fast decision.. hehehe

Friday, December 10, 2010

cupcakes strawberi coklat..

2 comments


sempena pegi Cameron.. sempat la siapkan cupcakes dan letak strawberry kat atas cupcakes tu campo dengan coklat..yummy...

Wednesday, December 1, 2010

Cream Puff lagi.. Resepi Puan Farra..

3 comments
Salam... tiba2 semalam Inche Hubby request nak makan creampuff untuk supper.. sbb kebetulan mmg kakak kat Kinrara pun minta..katanya tak puas makan haritu..hehehe.. dan kebetulan juga hari nie hari Selasa.. ada citer LBS mama.. (LBS : Lagenda Budak Setan).. jadi dapat la mama stay up sambil buat creampuff tu.. sbb citer tu sampai kol 11.. kalau melangut je tgk tv boring pulak kan.. so sambil tgk tv tangan leh la buat cream puff.. anak2 semua papa bawak pegi surau ngaji..Sara pun ikut sekali.. sekarang nie mmg meraung la kalau tak dibawa sekali ke surau.. sampai dia dah tau azan je cari tudung nak ikut papa...

jadi kali nie nak cuba resepi Fara aiza.. farra..minta izin akak tepek kan resepi kat sini sekali ye.. senang nak buat lain kali.. resepi farra memang sangat mudah dan tak banyak pakai bahan.. semuanya mmg dah ada kat rumah..anytime boleh buat..

ok nie resepinya

Cream Puff :
(Pastry)
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
3 biji telur

(Cara2) :-
-Didihkan air dan butter hingga cair.
-Kemudian masukkan tepung yang diayak.
-Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk.
-Angkat dan alihkan dalam mixer
-Pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.

(Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan)

Custard
(ni adunan asal, aku guna half je sbb dpt byk krimnyer ni)
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara2 :-
-Hangatkan susu dan gula atas api sederhana.
-Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

Nota :-
*Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
*Belah tengah cream puff dan masukkan cream menggunakan sudu.

Jadi inilah hasilnya semalam.. daku buat 2 adunan.. pastu utk custard tu ikut resepi betul2.. kiranya kalau nak buat 2 adunan boleh la pakai resepi custard tu..kalau nak buat 1 adunan perlu bahagi dua..

yang paling bestnya..smlm saja buat eksperimen apa jadi kalau tak guna butter tapi guna marjerin.. (ekonomi skit)..hasilnya.. sama saja :)

satu lagi eksperimen.. daku langsung tak ayak tepung..sbb pikir nnt nak masak bukannya nak terus mixing kan.. dan keputusannya.. tak ada beza juga...:)

jadi lepas nie kalau nak buat cream puff dah confirm akan pakai resepi nie dan tak perlu la ayak .. jimat masa.. nak jimat budget boleh beli marjerin macam gambar kat bawah nie.. dapat jimat 50% daripada harga mentega.. tapi utk kek tak sesuai la kan.. nnt kek tak sedap...nie khas utk cream puff je...




rupa cream puff selepas di pipe ..daku pakai nozzle swirl










nie first time beli marjerin.. saja nak cuba...memang jimat!


nie rupanya custard selepas pekat... kalau dah lama makin pekat..tapi senang nak masukkan dalam pastri.. nnt nak makan puff tu boleh panaskan sekejap dalam microwave..

first batch creampuff yang dah ready utk dimakan..tu tangan sara.. dia pun suka betul makan.. apatah lagi panas2 kan.. yummmmyyy...



Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez