Friday, December 31, 2010

sepintas lalu memori untuk tahun 2010

2 comments
pejam celik pejam celik 2010 dah nak melabuhkan tirai.. mmg banyak sungguh kenangan pahit manis kalau nak kenangkan.. kalau boleh yg pahit tu mmg taknak kenang dah..yang manis2 aja ok.. tapi cuma nak recap sepanjang tahun 2010 nie sebelum bermula tahun baru sebentar lagi...


Cuti-Cuti Malaysia
rasanya tahun 2010 ni banyak sangat kitoorang pegi cuti-cuti malaysia bawak anak2.. daripada ke PD bula Feb, pastu ke Penang, Cherating, Cameron Highlands & Fraser Hills.. percutian yg biasa2 saja tapi anak2 sangat suka.. mungkin sbb dah besar..

Gadget
2. beli handpone baru E72, 2 camera baru, 1 Lumix, 1 Nikon, 1 Netbook baru HP

Keluarga
pulangnya ke Rahmatullah Arwah Tok Embun, kenduri kawen adik Ina

Hobi
Bermulanya aktiviti baking cuppies, dan seterusnya melarat ke bisness.. dan dapat ke kelas cupcakes 1st time..

itu antara coretan yang dipaparkan di dalam blog.. banyak lagi yang hanya tersimpan di dalam memori tuan punya blog..hehehe..yg lepas tu biar la lepas kan.. yang pasti apa azam 2011 ya?

1. nak perbanyakkan amal ibadat.. akhirat..akhirat...jgn duniawi je nieta
2. nak kurangkan marah2 kat anak2... (rasanya nie tiap2 thn aku berazam)
3. nak kumpul duit skit2 setiap bulan utk dibekalkan kpd mak ke Haji thn 2011 insyaAllah...
4. apa lagi ek.. nnt la dipikir-pikirkan... tengah tahun pun boleh berazam kan.. yang penting ke arah positif..Hijrahhhhh...

ok kawan2 yg baca blog nie.. Selamat Tahun Baru diucapkan... semoga tahun yang mendatang akan lebih cerah dan bermakna untuk kita semua.. Amin..

Siap!! esok sekolah yeaaaa

1 comments
Esok kakak akan mula sesi orientasi Tahun 1.. kami hantar ke sekolah Kinrara Seksyen 1.. sekolah kat dalam taman nie dah siap tpi sbb dah last minute, nak elakkan kelam kabut proceed je kakak ke sekolah nie..
Mama doakan kakak berjaya.. belajar pandai-pandai ya kakak.. :)



atas permintaan kakak nak bergambar dengan baju sekolah yg dah siap digosok oleh si mama..

beg sekolah purple utk sekolah agama, beg sekolah pink untuk sekolah kebangsaan..
almaklumla kakak kami nak tinggalkan di umah baby sitter utk transit..so tanak kelam kabut ataupun konpius better sediakan 2 bj beg..





baju sekolah kebangsaan ada 5 pasang, sekolah agama 2 pasang.. yg hujung tu sekolah tadika adik.. sesat kat situ..hehe














uniform sekolah kitorang pelbagaikan brand.. darpada yg mahal sampai yg murah.. sebab tak ada pengalaman beli uniform lagi, so taktau mana yg sesuai dengan kakak.. list harga kat bwh nie untuk rujukan sendiri thn dpn.. hehe

1. kiko baju & kain (RM55.80)
2. canggih baju & kain (RM42.80)
3. Unggul baju (RM12.99), kain sekolah agama Canggih
4. School baju (RM14.99), kain sekolah agama Canggih
5. 2 pasang baju yg ditempah, kain di Jackel jenama Canggih, tak igt dah semeter berapa, tapi upah sepasang RM20

Untuk sekolah kebangsaan dini akan bersekolah petang, dan sekolah agama sesi pagi.. kitorang akan hantar kakak ke umah baby sitter kol 6.30, dan akan naik bas sekolah ke sekolah agama..lepas tu transit umah baby sitter dan ke sekolah kebangsaan.. petang papa akan tunggu di rumah uruskan homework dan ngaji kakak..

mama doa sangat2 semuanya dipermudahkan.. harap2 kakak akan mudah adapt dengan dunia sekolah baru.. setakat hari nie mmg tak ada kwn2 tadika dulu yg pegi sekolah tu.. majority ke sekolah bkt Jalil/ Taman U... huhuhu..kakak kena survive ok cari kwn2 baru... insyaAllah.. yakin boleh ye kakak.. :)

Saturday, December 25, 2010

coach baru..hehehe

2 comments
Syukur syukur... duit SIS dah masuk...apa itu SIS? sis tu mcm bonus la..tapi sbb kitorang nie kat bahagian 'jualan' jadi kitorang tak entitle utk dpt bonus..kitorang entitle untuk dapat insentif..kiranya kalau achieve target insyaAllah akan dpt insentif nie setiap suku tahun...

jadi apa yang dah makcik laburkan utk sis suku pertama nie.. jeng jeng jeng... ini la hasilnya..reawrd diri sendiri la konon2nya nie..

dah lama minat dengan brand 'jurulatih' ni..mula2 berjinak2 beli wristlet dulu.. makcik mmg suka beg yg 100% leather.. jadi cita2 dah tercapai nak beli handbag 'jurulatih' 100% leather nie.. ini dia.. apricot color.. :)

Kalau sape2 nak ke butik Coach, kat The Garden ada diskaun 30% utk selected item.. :)





Friday, December 24, 2010

shopping lagi..

1 comments
Dah lama plan nak beli jeans Levi's nie.. sbb sangat cantik warna dan fabriknya, ringan je.. mak kumpul duit drp jual cuppies ok.. bukan senang nak kelurkan RM250 hanya utk beli jeans....jadi sbb tanak rasa bersalah guna duit gaji..ku gunakan duit bisnes.. (ada beza ke? hehehe)..untuk rekod sendiri dan kenang-kenangan ye.. lagipun bukan ramai pun yg baca blog nie.. saja nak share dgn kawan2 je.. so lepas ni kalau nak beli jeans lagi boleh la refer kat size nie.. :) kalau badan tak naik la.. huhuhu

type : Bold Curve Skinny Boot
Size 25
Color : Blue Black



pesta buku kanak-kanak 2010 part 2

2 comments
TIKET KE ZOO NEGARA..ADA DISKAUN SBB BELI KAT PESTA BUKU..OPPSS SORRY NAPE HURUF BESAR LAK NI..SBB UPDATE PAKAI HANDPHONE MCM BENGONG2 SKIT



















Thursday, December 23, 2010

Jom ke Pesta Buku Kanak-Kanak KL

3 comments













dah lama tak update kan..actually banyak benda nak update.. tapi masalahnya kat opis nie lepas kol 8.30 mmg tak boleh nak upload gambar... nak upload kat umah faham2 la kan..memang bercinta..

apa-apaun saja nak update pasal Pesta Buku Kanak-kanak nie.. kitorang plan nak bwk anak2 pegi..tapi harinie Inche hubby nak pegi 'sola- sola' (survey) dulu...

untuk kawan-kawan satu company..selamat bercuti mulai minggu depan straight sampai thn depan ye.. :)

Friday, December 17, 2010

Cuti-cuti Malaysia : Fraser's Hill

0 comments





citer pegi Cameron tak citer lagi rasa nak skip dulu la...memandangkan kitorang sekarang kat Fraser's Hill, terus update sementara ada masa nie kan.. lagipun senang nak update sbb fresh lagi...
sebenarnya nie percutian tak dirancang nie.. tiba2 je anak sedara ajak join dengan family kakak bercuti kat sini.. dia sponsor kondo bank tempat dia keje.. Pine Resort..
kitorang betolak dari umah kol 6.45..sbb nak kejar gate ataupun GAP pukul 9.00... ada masa 40 minit sebelum GAP ditutup... kalau yang tak pernah naik ke Fraser's Hill, ada jadual untuk naik ke atas..bermula kol 7.00am naik ke atas dan 8.00 turun ke bawah.. senang citer nak naik ikut jam ganjil, nak turun ikut jam genap..
Dari KL kitorang ikut Guthrie Highway terus ke arah Utara ikut Exit Rawang Selatan.. lepas tu terus menuju ke arah Kuala Kubu Baru (KKB).. dari KKB dah nampak dah tanda arah ke Fraser's Hill.. best jugak sepanjang perjalanan boleh nampak hijau je.. nampak empangan,.. nampak kera yang jinak2..cuma sementara nak naik ke GAP tu agak boring la.. tertanya-tanya bila nak sampai nie.. sbb tepi kiri kanan semuanya hutan...

kitorang sampai kat depan GAP tu betul-betul jam 9.20am.. suspens!!! takut terlepas 9.40 tu.. maunya kena tunggu kol 11 lak...daripada GAP lebih kurang 20 minit nak naik ke Fraser's...

dah sampai di atas terus ke Resort... dari luar biasa je.. tapi bila dah masuk dalam.. waweeeeeee.. cantik sangat... rasanya bari reno nie..suma interior baru.. sesuai dengan imej Bank Negara.. ada 3 bilik.. Master bedroom ada katil king.. pastu untuk 2nd room dengan 3rd room semuanya ada 2 single bed yang besar...mmg sangat selesa.. semua peralatan dapo ada.. tayah susah-susah nak bawak periuk nasi bagai..sume lengkap.. sampai ke lesung batu...kitorang taktau pulak mmg complete sampai mcm tu..mmg dah siap bwk beras semua sbb plannya nak buat BBQ malam nie.. dah dtg 2 keluarga nie mmg happening la kan.. meriah kondo nie...

lepas lunch..kitorang bertolak ke town kat bwh tu balik sbb nak bergambar.. tak boleh tahan tgk cuaca cantik.. baru la view cantik kan...sempat la singgah kat kedai Rose Green.. ala2 foodcourt ada jual burger.. goreng2 tomyam sume tu.. pastu souviner pun dah byk jual kat area sini..kalau tak silap masa 1st time dtg dulu..souviner ada jual kat kedai kat jam besar tu je.. nie ada la competitor skit kan.. kitorang cuma beli fridge magnet comel2 ada gambar burung ada gambar jam besar kat mini round about tu.. saja la kan tanda kenang-kenangan dah dtg ngan family kat sini... ntah bila nak dtg pulak.. almaklumla nak sampai sini agak mencabar.. fenin fenin...

ok layan gambar dulu la.. nnt update lg utk bbq malam nnt dan esok..ingatnya esok nak jalan-jalan area lain pulak... daaaa.. Assalamualaikum...:)






Tuesday, December 14, 2010

0 comments
Order nie daripada Lela, my ex-housemate untuk makan-makan di opis.. Thanks Lela for supporting me.. Harap-harap Lela dan kawan-kawan suka.. Lela pun tak menetapkan apa-apa design untuk cupcakes nie..Pikir punya pikir rasanya kali nie nak cuba buat vanilla cupcakes yang diisi dengan blueberry filling. Kalau nak letak aising risau pulak pakcik makcik di opis akan muak atau tak boleh makan sbb manis..kalau kanak2 memang la suka aising kan.. jadi cara terbaik ialah cuba letakkan coklat parut nie dan dihias dengan sos coklat Hershey's kat atas..

Harap-harap Lela dan kawan-kawan suka dan berbaloi dengan setiap sen yang dikeluarkan..risau sangat kalau ada pelanggan yang rasa tak berbaloi..tapi saya akan cuba yang terbaik untuk memastikan semua berpuas hati :)




keratan rentas cuppies.. hehe.. blueberry filling

Monday, December 13, 2010

Ini atau ini.. yang mana satu..tolongggg

4 comments



yang mana ek.. need a fast decision.. hehehe

Friday, December 10, 2010

cupcakes strawberi coklat..

2 comments


sempena pegi Cameron.. sempat la siapkan cupcakes dan letak strawberry kat atas cupcakes tu campo dengan coklat..yummy...

Wednesday, December 1, 2010

Cream Puff lagi.. Resepi Puan Farra..

3 comments
Salam... tiba2 semalam Inche Hubby request nak makan creampuff untuk supper.. sbb kebetulan mmg kakak kat Kinrara pun minta..katanya tak puas makan haritu..hehehe.. dan kebetulan juga hari nie hari Selasa.. ada citer LBS mama.. (LBS : Lagenda Budak Setan).. jadi dapat la mama stay up sambil buat creampuff tu.. sbb citer tu sampai kol 11.. kalau melangut je tgk tv boring pulak kan.. so sambil tgk tv tangan leh la buat cream puff.. anak2 semua papa bawak pegi surau ngaji..Sara pun ikut sekali.. sekarang nie mmg meraung la kalau tak dibawa sekali ke surau.. sampai dia dah tau azan je cari tudung nak ikut papa...

jadi kali nie nak cuba resepi Fara aiza.. farra..minta izin akak tepek kan resepi kat sini sekali ye.. senang nak buat lain kali.. resepi farra memang sangat mudah dan tak banyak pakai bahan.. semuanya mmg dah ada kat rumah..anytime boleh buat..

ok nie resepinya

Cream Puff :
(Pastry)
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
3 biji telur

(Cara2) :-
-Didihkan air dan butter hingga cair.
-Kemudian masukkan tepung yang diayak.
-Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk.
-Angkat dan alihkan dalam mixer
-Pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.

(Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan)

Custard
(ni adunan asal, aku guna half je sbb dpt byk krimnyer ni)
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara2 :-
-Hangatkan susu dan gula atas api sederhana.
-Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

Nota :-
*Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
*Belah tengah cream puff dan masukkan cream menggunakan sudu.

Jadi inilah hasilnya semalam.. daku buat 2 adunan.. pastu utk custard tu ikut resepi betul2.. kiranya kalau nak buat 2 adunan boleh la pakai resepi custard tu..kalau nak buat 1 adunan perlu bahagi dua..

yang paling bestnya..smlm saja buat eksperimen apa jadi kalau tak guna butter tapi guna marjerin.. (ekonomi skit)..hasilnya.. sama saja :)

satu lagi eksperimen.. daku langsung tak ayak tepung..sbb pikir nnt nak masak bukannya nak terus mixing kan.. dan keputusannya.. tak ada beza juga...:)

jadi lepas nie kalau nak buat cream puff dah confirm akan pakai resepi nie dan tak perlu la ayak .. jimat masa.. nak jimat budget boleh beli marjerin macam gambar kat bawah nie.. dapat jimat 50% daripada harga mentega.. tapi utk kek tak sesuai la kan.. nnt kek tak sedap...nie khas utk cream puff je...




rupa cream puff selepas di pipe ..daku pakai nozzle swirl










nie first time beli marjerin.. saja nak cuba...memang jimat!


nie rupanya custard selepas pekat... kalau dah lama makin pekat..tapi senang nak masukkan dalam pastri.. nnt nak makan puff tu boleh panaskan sekejap dalam microwave..

first batch creampuff yang dah ready utk dimakan..tu tangan sara.. dia pun suka betul makan.. apatah lagi panas2 kan.. yummmmyyy...



Monday, November 29, 2010

Happy Birthday sayang mama Alesya.. yang ke-4

2 comments
Mama ucapkan Happy Birthday untuk adik.. dah 4 tahun adik ya.. walaupun ada adik still panggil adik.. kalau mama panggil adik.. dua2 tgk.. hehehe...

Alesya nie jenis yang sangat berdikari.. pakai baju sendiri..sikat rambut sendiri..makan sendiri.. dia mmg jenis yang tak byk songeh sejak kecik lagi..
Alhamdulillah walaupun baru mencecah 4 tahun.. (sekolah pun dah tutup)..dia dah pandai membaca (belum lancar).. Rasanya dia la yg paling muda dalam kelas kan.. tapi kata Ustazah..kalau Alesya tak dtg sekolah sunyi rasanya.. cikgu2 mmg suka dengar kaletah dia bercakap.. katanya nak jadi cikgu.. sekarang pun dah practise jadi cikgu.. ajar adik Sara membaca.. dia nie jenis yang sangat berdiplomasi..kalau tegur adik Sara..mmg dia akan tegur dengan lembut.. pastu cara dia bercakap mmg nampak mcm matang.. contohnya kan kalau mama tegur dia "adik..yang nie tak boleh bla bla bla" .. nanti dia akan jawab.. "mama, ataupun macam nie.. " dia akan bagi pendapat dia pulak.. seronok mama dengar... first time dengar dia cakap mcm tu rasa mcm teruja jugak..siapa la ajar dia cakap mcm tu.. hehehe...

ok adik.. mama doakan adik akan bejaya di dunia dan akhirat.. menjadi anak yang solehah.. doakan untuk mama dan papa ya.. amin...



p/s: semalam dengar dia cakap dengan kakak.. (sbb derang tgh summarize balik citer kat Oasis, fave channel kakak).. dia kata kakak tu dah meninggal, dah masuk kubur dah.. nnt kalau kita lalu kubur kita cakap la macam nie.. "Assalamualaikum, ayah ibu kami datang".. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh





Shopping Buku di PTS Book Cafe

3 comments



Salam semua.. Selamat Hari Isnin..hehe..so amacam weekend? menarik ke?kitorang tak plan pun nak pegi Kilang PTS nie.. tapi Encik hubby browse2 tgk2 ada 'warehouse sale' kat PTS, so apa lagi kan.. terus la print map ke Batu Caves tu ..kitorang plan kalau tak jumpe takpe anggap jalan2 je..then bwk anak2 singgah tasik ke mana2.. je.. asalkan bawak derang jalan2.. almaklumla dah cuti sekolah...kalau kita pun sure boring dok rumah je kan...
bila sampai sana pelik pulak tgk nape takde org pun nie.. kata warehouse sale.. rupa2nya derang mmg ada buat sale kat tingkat atas gudang tu.. cantik tempatnya..dah mcm kedai buku.. nama pun Book Cafe.. ada meja ada kerusi..kalau umah dekat2 situ mmg boleh lepak2 baca buku..
so far ok la untuk yg mmg plan nak beli buku.. especially buku2 agama.. yang normal price ada diskaun 25%.. buku2 motivasi ada diskaun 50%.. tapi mama tak berapa excited sbb byk lg buku kat umah.. lgpun lg suka baca cuku JS.. kalau buku PTS nie suka beli koleksi Andrea je..tapi yang baru lom keluar...
lepas ke PTS kitorang terus ke PJ singgah Amcorp Mall.. saja bwk sbb derang tak penah pegi lagi.. sempat la bergambar depan aquarium..suka betul2 budak2 tu tgk fish...
itu saja update utk minggu nie :)
p/s: Ariani ada Sale.. nak pegi la lunch hour jap gi.. hehe




Friday, November 26, 2010

cupcakes untuk potluck di opis ..

2 comments
Hari ni kami ada buat makan-makan untuk sector.. seperti biasa la kan..mesti la daku nak sponsor cupcakes.. my passion la kan.. jadi semalam lepas balik keje..dinner, solat maghrib..terus bergegas buat cuppies nie.. plannya nak bwk dlm 40..tapi Tupperware nie muat 32 je.. rasanya tak semua yang ada hari nie..insyaAllah cukup.. takpun sape cepat dia dapat la ye..

tema untuk hari nie.. Lovely Flowers.... daku buat perisa blueberry...

Ding dong ding dong siap semua pukul 11 lebih you..dari pukul 7 lebih tu... siap sempat nyusukan Sara sambil deco deco..hehe.. nak buat mcm mana kan..dah pukul 10 lebih time tu dia pun dah tido agaknya.. mula la nak merengek2.. nak kacau papa pun sian sbb hari nie hari Khamis mmg dia puasa..sure letih lps berbuka..

tupun rasa sonok sangat bila balik keje papa dah siapkan semua device2 nak buat cupcakes nie.. siap tolong belikan bahan2 yang takde mcm telur sume tu..papa pun dah boleh hafal ye bahan2 nak buat cupcakes.. hehe.. love you..muahhhhhhh









Sara dan Coach..

0 comments

Taktau la kenapa..dalam banyak-banyak handbag mama, mmg wristlet nie la yang dia paling berkenan.. tgk la gaya dia bwk wristlet tu.. mama sempat snap time dia tgh main2... siap posing gitu.. mmg mcm mama la.. :)

Harry Potter & The Deathly Hallows..my review

0 comments
sebelum nie ada citer nak gi tgk Harry Potter (HP) And The Deathly Hallows kan (boleh baca di sini ya).. nak review lebih-lebih tak pandai.. just nak share la kan..sorry la kalau agak berat sebelah sbb daku mmg peminat setia HP..

Ini first time tgk HP kat wayang..sebelum nie tgk DVD je.. tapi saja nak rasa pengalaman tgk citer yang ada bunyi boom boom nie kat wayang..

HP nie PG13 tau.. untuk kanak-kanak umur 13 thn ke bawah tak boleh masuk ye.. tapi haritu nampak ada je yang masuk.. rasanya derang tak la strict sangat kan.. terpulang kat parents la.. maybe sbb citer kali nie agak ganas.. byk aksi tekejut2 especially part Nagini (ular kesayangan Voldermort) muncul..

so far daku bagi 4 bintang la kot.. kalau 5 bintang tu tahap nak gi tgk lagi sekali la kan.. 4 bintang ni mmg rasa nak ulang tgk..tapi ulang tgk DVD lak..hehehe

awal2 dah sedih ok.. part Hermione sihirkan parents dia utk hilang ingatan dan pindah ke Australia..sedih la part dia hilangkan ingatan diorang yang diorang pernah ada anak perempuan.. ye la kan..nak selamatkan keadaan..kang kena seksa dgn Death Eater lak...

tapi seperti biasa banyak jugak part2 penting tak ada dlm movie.. contohnya part Dudley (mcm nie ke ejanya) jumpa Harry buat kali terakir.. yg tu tak ada..watak Dudley pun sikit sangat..dari belakang je..

dalam semua2 citer..rasanya part yang paling best masa Hermione & Ron asyik gaduh.. mcm mana Hermione marah bila Ron tinggalkan derang sbb merajuk.. Si Ron boleh buat muke selamba dia je..

last sekali babak yang buatkan mak mengalir la jugak kan.. babak Dobby mati... waduhhhh sedih banget.. itu saja la kot.. kang citer lebih2 tak suspens la org yg belum tgk kan.. overall rasanya nie antara Movie HP yang best.. cuma kelakar2 dah kurang la kan..dah jln citer dia pun mcm tu...

so nantikan Harry Potter And the Deathly Hallows Part 2 merangkap Finale la ye tahun depan..



Tuesday, November 23, 2010

cupcakes untuk Auni

0 comments





satu lagi order daripada opismetku Ain..dia oreder cupcakes nie untuk Bday anak sedara dia 24 hb.. ain nak perisa coklat bertemakan princess... tulisan auni tu tak berapa menjadi..jadi kutukarkan dengan cuppies baru (dalam kotak).. tapi terlindung dengan reben tu.. apa2 pun harap2nya Auni suka..

cuppies utk anak2 sedara

0 comments


Saja je nak sharekan nie tgh practice menulis atas cup cakes.. cupcakes ni utk anak2 sedara berempat di Kinrara.. Qilah, Baby, Udin & Muqiit..

cupcakes untuk adik ipar.. Zaza Lyha

0 comments
Cupcakes ni surprise dr kami untuk adik ipar di seri kembangan.. tak jauh pun.. jadi malam tu sempat la hantar.. dia suka sangat ye la dah nama pun surprise kan..harap2 maksu happy selalu..belajar rajin2.. and jaga diri ye..























Monday, November 22, 2010

Harry Potter & The Deathly Hallows

4 comments
Jeng jeng jeng.. kalau ikutkan ini kali ke-dua kitorang dating tgk wayang selepas kawen.. sebelum kawen lagi la tak penah kan.. 1st movie citer tak best pun..tapi yang penting dpt tgk berdua kan.. almaklumla mode bulan madu lagi time tu..tak plan..saja je.. tapi yang ini mmg special.. sbb citernya pun special..harap2 best la kan..ini pun tak plan.. kebetualan masa pegi IOI hrtu..tgh2 makan berdua.. (anak2 kat umah kakak)..terus ajak dia beli tiket..saja je test tgk..tak sangka pulak dia nak.. sebelum nie ajak gi tgk LBS dia taknak..tapi dia benarkan..suh gi tgk ngan adik.. tapi sbb citer HP..mmg dia minat...
tak sabar nie nak tunggu esok.. harap2 semuanya ok.. anak2 spt biasa akan dok umah kakak..cuti sekolah mmg derang suka lepak sana..sbb kakak2 cousins ada kat umah..
syhhhhh...kitorang tak bgtau derang..nnt derang nak ikut..hehhee

Cream Puff ~ Percubaan pertamaku..

0 comments
Cream Puff nie mmg my favourite..tapi tak pernah cuba buat.. sebelum ni main tunjuk je.. tapi weekend nie rasa mcm nak cuba sendiri je.. resepi cedok kat my resepi ..

Alhamdulillah menjadi rasa sama mcm yg makan2 sbl ni.. cuma agak keras.. maybe terkurang air..ataupun suhu microwave tak betul.. yang penting sedap tul tak.. :)

rasanya tayah tepek resepi la kot kan..semua dah tau kan...


seperti biasa..jamu En. hubby yang baru baliki dr surau..konon2 buat surprise la..padahal tak surprise pun sbb dia dah nampak td..





Friday, November 19, 2010

Salam AidilAdha 2010..

0 comments
Salam Aidiladha diucapkan kpd semua... Hari nie dah masuk raya ke-3 dah.. kitorang pun tak sambung cuti.. tak balik kg thn nie.. sbb plannya nak balik cuti sekolah nnt.. kenduri anak sedare bersunat.. lagipun Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit sempurnakan 1 bahagian korban untuk Alesya..

Menu masakan di pagi raya? Bihun sup tulang, nasik impit cicah rendang daging, fruit cocktail & kek choc moist.. ala saja masak skit2 just in case ada yg datang.. si ayahnya separuh hari habis di surau utk gotong royong korban.. balik umah dah letih..sian...

jadi nie la tetamu yang dtg.. family kakak... sonok sangat sbb derang lepak2 sampai malam.. sbb nak hilangkan rasa sunyi tak balik kampung..





mama tak sempat nak bergambar di pagi raya..






Alhamdulillah thn ni mama dpt solat di Surau.. Qaisara kakak jaga kat belakang..


model kek mama.. hehe









kek tu pakai EI utk Happy Birthday..tapi sbb anak2 nak sgt gambar Barbie tu..hantam saja la kan..







cuppies perisa Blueberry untuk jamuan makan-makan kat sekolah papa..




Thursday, November 11, 2010

cupcakes untuk Alesya Umairah bday..yang ke-4

4 comments
Sebenarnya birthdaynya belum lagi..26 Nov nie baru cukup 4 thn.. tapi disebabkan mama dah janji nak buatkan cupcakes utk bday dia di sekolah..terpaksa la diadvancekan..almaklumla dah nak cuti sekolah.. jadi ini lah hasilnya.. 70 biji cuppies.. ada 4 tema.. saja dicampur-campurkan..plannya nak buat semua edible image..tapi edible image pulak dah hbs..sorry la boys yang kat sekolah tu ye..sumernye girly themes.. hehe..sib baik ada sorg lg akan celebrate birthday esok...harap2 Hazim bawak kek yg boyish skit..hehe..



alesya with her cuppies




adik n kakak...excited sgt derang..






mama isi dalam dome case.. dome case nie extra 50 sen kalau sape2 nak order ye..



royal icing princess/doll...






yang bunga-bunga nie untuk cikgu2 kat school.. tak sesuai pulak mama nak bg kartun2 kat teachers kan..



princess themes...




















yang nie paling derang suke.. Barbie theme.. ada sape2 nak order?


















Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez