Jadi nie la cerita serba ringkas di hari Raya 2009.. aduhh sonok betul beraya rasa mcm malasnya nak balik KL kan.. rasa tak puas pun ada..padahal bercuti di kampung dari hari Khamis sampai ke Ahad.. haa lama tu..lebih dari seminggu...
kami bertolak dari Kl lebih kurang pukul 3.30pm (slp hubby balik sekolah), konvoi dgn family kakak.. berhenti berbuka di Simpang Pulai..sedap betul kakak sediakan nasik lemak..lupalak nak snap gambar sbb lapar punya pasal..sambung perjalanan di selang seli berenti rehat di Gurun..dan seterusnya direct ke Perlis.. sepanjang perjalanan mmg mencabar sbb nie first time kami balik malam..hujan pulak lebat sungguh sampai tak nampak jalan.. mmg bawak 70-80km/j saja.. Syukur Alhamdilillah kami selamat sampai di kampung jam 1.00am... fuhh letih mmg letih.. tapi bila dah jejak kaki di umah mak ayah mmg hilang semua letih..sonokkkk...
Hari Raya Pertama:
kami sedondon turqoise thn nie.. kecuali Qaisara je tak ikut theme..sorry dik.. thn dpn insyaAllah kita sedondon k..
Hari Raya Ke-tiga:
Majlis pertunangan adik.. seronok bila sesekali umah berkenduri.. meriah!.. menunya Laksa K.Perlis + kuih muih..
Hari Raya Ke-4 :
Ke Padang Besar shopping 'skit'
Hari Raya Ke-5 :
Ke Aloq Setaq beraya di umah sedara mara & kawan2 hubby
Hari Raya Ke-6:
Trajedi Dini jatuh di dlm umah, tulang pergelangan tangan retak & bengkok.. mmg cuak sangat tgk.. siannya tgk dia meraung2 sakit... kami bwak dia mengurut lps x-tray...
Hari Raya Ke-7:
Tangguh balik KL sbb dah letih semalaman berubat dini.. balik Ahad.. petang bwk anak2 ke Kola Peghelih tgk laut..anak2 suka sgt tgk air laut..
itula cerita raya kami... mcm mak kata.. kalau benda nak jadi mmg akan jd jugak..dah ditakdirkan mcm tu..itu semua ujian kan..
ada lagi gambar yang tak upload..lom transfer dr camera.. nnt leh share lagi.. :)