Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa

3 comments
salam semua.. sorry la hari ke-3 berpuasa baru nak bukak entry ucap selamat berpuasa... tak terlambat lagi kan..

2 hari pertama berpuasa di rumah..frust jugak sbb tak dapat balik kampung berpuasa di kampung..plan asalnya kami akan balik kuantan sbb cuti sekolah husband pun cuti seminggu.. plannya nak berpuasa di kampung la konon2nya nie..pastu baru la aku tau rupanya aku tak dibenarkan bercuti selama tempoh sebulan pertama bekerja.. (sib baik raya dah di bulan ke-2)..

jadi terpaksa la kensel plan..sian anak2 dah excited nak balik kampung..almaklumla.. dah berminggu2 kami tak bwk derang gi jln2 giant/jusco/tesco.. sampai kan smlm lalu dpn giant si adik dengan nada sedihnya cakap..mama, adik nak pergi giant.. adik suuuuuuke pegi giant... sian kan... terpaksa la aku pujuk nnt keadaan dah ok kita jalan2 ye.. tak dpt byg kalau derang dok umah je sepanjang masa.. semalam pun kitorang bwk naik kete round2 kl walaupun tak kuar drp kete pun..excited budak2 tu tgk2 jalan.. tak dpt pegi mall dapat jln2 naik kete pun jadi la..
eh apa aku melalut nie..drp cite psl pose ke citer psl mall pulak..hehe...

thn nie thn pertama aku berpuasa + breasfeeding...almaklumla sbl nie tak pernah cukup setahun nyusukan derang...(bday anak2 ku dlm bulan pose & lps pose)... memang kena kuat semangat la kalau breastfeeding time pose nie.. aku yg tak lalu makan kurma pun terpaksa telan jugak sbb byk tips menyusukan di bulan pose ckp kena makan kurma.. not bad jugak rupanya kurma tu ya... hehehe sblm nie try makan skit dah tak lalu..sampai besar la aku dah takut nak try...

spt thn2 lps, co kami bg kelonggaran utk kami blk kol 4.30 tp mula keje pukul 8.00.. keje kol 8.00 tu ok la sbb aku insyaAllah akan sampai 7.30-7.40... balik awal tu yang semangat skit...apatah lg minggu pertama nie anak2 ada di rumah dengan hubby..tak sabo nak blk umah nie..

itu saja kot..dah nak start keje nie...

sedikit update tentang Qaisara.. Alhamdulillah Sara dah boleh meniarap sejak 2 minggu yang lepas..which is genap umurnya 3 bulan..cuma kadang2 tangan terkepit lagi... cuma sekarang kena lebih perhatian kat dia takut dia meniarap tapi tak pandai bebaring balik... suka betul2 kakak2 tgk si adik dah pandai meniarap dgn gelak... :)

Thursday, August 20, 2009

Original Samsonite Notebook Backpack For Sale

1 comments

Plannya nak let go backpack ni sbb jarang diguna..biasa pakai beg satu lg.. jd sape2 yg berminat nak beli boleh contact k...

Wednesday, August 19, 2009

Kebun Mimpi

4 comments















Kebun Mimpi yang menggabungkan 3 cerita (Keranamu Ain, Nyanyian Tanjung Sepi & Biru Ungu Cinta). Rupa-rupanya watak2 utama 3 cerita ni ada kaitan. Jadi kalau dah baca 3 novel ni pasti kita nak tau sedikit perkembangan kepada watak-watak utamanya.apa terjadi kepada Fatah, Kamal, Ain, Nik Mohd Adam, Dr. Sharifah Nur Khaleeda... Kebun Mimpi nie menyelitkan sedikit sambungan daripada kisah-kisah sebelum ini. Dan ending yang meruntun hati dalam kebun mimpi.. watak utama dalam Kebun Mimpi nie lebih fokus kepada Ain & Adam (sambungan cerita Keranamu Ain), rasanya mungkin ada sambungan lagi kot sbb belum tau apa yang terjadi pada kisah Ain & Adam.
Oh ya.. dalam Kebun Mimpi nie ada 3 cerita tau.. 2 lagi kisah drp Syud & Rnysa..tapi aku belum habis baca lagi.. sbb lepas baca Kebun Mimpi aku patah balik ke Biru Ungu Cinta..hehe

Biru Ungu Cinta

0 comments





















Cerita yang membuatkan air mata berjuraian..dari awal sampai akhir..kisah antara Seera Asyikin (sedapkan nama tu), Fatah & Kamal.. aku tabik dengan Seera yang sangat tabah menghadapi pelbagai ujian..berpisah dengan kekasih yang dikenali sejak kecil hanyalah disebabkan oleh kesilapan orang lain..boleh menyelami bagaimana perasaan orang yang menunggu saat2 malaikat maut datang menjemput..mmg sedih sangat.. juga dapat merasai perasaan yang bakal ditinggalkan..kisah cinta 3 watak ini akan bersambung di Kebun Mimpi..(sayang aku dah terbaca dahulu, sepatutnya baca kemudian, tak sangka pulak dua cerita ni berkaitan..)

tapi yang belummemiliki mmg patut beli..ataupun pinjam..mmg best sangat cita nie.. harap lepas nie kak Noor Suraya dapat keluarkan novel2 yang mcm nie.. (mmg semua novel kak Su best pun).

Satu kelebihan novel2 Kak Su nie selain drp ayat2 yg sedap, watak2 di dlm setiap novel mmg selalunya akan berkaitan (wpun sedikit).

Thursday, August 6, 2009

keja lama keje baru..

5 comments
wah wah wah..berabuk sungguh dah umah nie... berabuk tu membayangkan tuan rumahnya busy la tu.. sangat2 busy lately sampai jangankan nak update..nak baca blog kawan2 pun tak sempat... balik umah dah flat..bukak internet kat umah hanya utk check email atau urgent transaction..selebihnya aku gunakan masa berkualiti tu utk anak2 n rehat..

apa cita keje di tempat baru? hemmm seperti yg aku dah jangka..keje banyak menunggu... pending keje lebih drp setengah thn..byk tu nak kena catch up balik.. sabar sabar... nie la namanya cabaran di tempat baru kan.. aku jugak yang buat keputusan nak tinggalkan confort zone.. jd selamat datang la ke zone keje tanpa henti lak.. nie pun sempat curi2 masa di pagi hari sbl orang ramai dtg... aku belum biasa lg la dgn open concept nie.. rasa mcm semua org tgk apa yg aku buat.. hehhee

hari last kat opis lama mmg aku down habis.. sayang sungguh nak tinggalkan kawan2.. meleleh jugak la.. tapi control... tanak tunjuk sedih sgt..sbb nnt aku akan selalu ke sana jugak..cuma bukan sebagai opismate..sbg partner pulak.. sememangnya keje2 di sini akan byk berhubung dgn opis lama ku...

hari pertama di opis baru? hemmm ingatkan 7.40 tu dah dikira awal...rupanya parking dah penuh...sedih tul sbb pass card ku belum boleh ekses parking..terpaksala parking di open air parking berbayar tu...jauh lak tu nak menapak dah la barangnya byk..almaklum la first day...sabar2 cabaran tu...

tapi rasa legaaaa sangat sbb dah jumpa port utk express ebm.. ada surau yg complete dgn kunci dan electric supply di belakang nun.. takpa la asalkan ada..wpun sgt penat nak ulang alik ke toilet yang jauh dan turun tangga hantar ebm ke freeze (menumpang freeze orang)...aku sentiasa berdoa semoga dipermudahkan aku nak susukan anak ku dgn susu ibu selama yg mungkin...

kalau ikutkan tahap kesabaran mmg sgt byk cabarannya.. awal2 report duty aku dah disuruh outstation 3 hari ke Butterworth.. aku perlu korbankan salah satu,... bos atau anak...so aku pilih anak..sorry bos..kali nie sy terpaksa menolak.. aku dah berikan alasan..dan byk jugak alasannya utk aku pergi..last sekali dia kata ok wpun muka tak berapa nak ikhlas.. aku mmg sgt tak sedap hati..ya la baru keje dan byk songeh.. tapi mcm aku kata, aku kena korbankan salah satu.. takpa la..kalau lama di sini nnt bos akan tau aku bukan sengaja nak tolak..nnt kalau anak dah besar skit boleh la aku outstation mcm tu...

apa2 pun isnin ni aku akan ke kuching... dan demi anak jugak aku kuatkan diri utk balik hari..keluar di awal pagi dan terus balik flight petang...

itu saja utk hari nie... bos ada kat depan la.. satgi dia kata curi tulang.. hee

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez