Tuesday, June 24, 2008

Hati Berbunga Riang

4 comments
baru je telefon lawyer.. yahoooo esok cheque keluar.. lepas cheque clear boleh lah collect kunci.. kunci yang ditunggu-tunggu tu.. hehe..

rasanya barang2 keperluan utk masuk umah dah settle kot..kipas, lampu, hob, hood, quotation utk dapur..(estimated, tapi dah finalised nak pilih kontraktor yang mana).. lps nie boleh start memasang lampu, kipas dan renovate dapur.. target masuk rumah b4 end of august..sempat ke.. sbb kalau lebih dr tu dah nak masuk bulan pose.. mintak2 semuanya dipermudahkan..

ada sape2 penah upah cleaner tak? kalau ade nak mintak info skit..


Tuesday, June 17, 2008

Template Baru :D

5 comments
hehe..suke sangat berjaya menukar template baru dengan sendirinya.. tq semah for the link.. lepas nie senang la nak tukar2.. tapi kena tunggu jemu dulu..kalau tak terase sayang pulak nak tukar kulit..


Monday, June 16, 2008

selamat Hari Bapa - 15 Jun 2008

0 comments
Diucapkan selamat menyambut Hari Bapa terutamanya buat ayah tersayang, suami tercinta dan tak dilupakan bapa mertua ku di Pahang.. Dan juga untuk semua yang bergelar bapa, daddy, papa, ayah, abi, bapak dan apa2 gelaran sekali pun..



love you ayah.. terima kasih di atas semua jasa-jasa ayah mendidik, membesarkan,
menjaga kami berempat.. - anak ayah-

Wednesday, June 11, 2008

kisah balik kampung..

5 comments

Nak meredakan rasa marah dan geram..hari nie tgk gambar2 sepanjang di kampung hari tu.. terjumpa gambar semasa ke dusun ayah.. ayah mmg rajin kalau bab2 pertanian nie.. apatah lagi lepas bersara nie.. mmg masa diluangkan di kebun di Tunjong atau di dusun pusaka arwah tok di Bukit Manik.. yang untungnya ke-empat2 anak perempuannya la.. balik kg kalau kena musim nya dapat la makan buah sebanyak mana sampai kenyang.. saja nak share gambar2 kebun baru ayah utk kenangan dan tracking progress pertumbuhan pokok2 ayah.. :) Ini gambar pokok2 yang ayah tanam lebih kurang 2 thn di Kebun Tunjong..

pokok getah diselang seli dgn pokok pisang.. sbl diusahakan, kebun nie semak mcm hutan..tiap2 hari ayah ke kebun nie utk jaga supaya tak semak..


pokok petai..
pokok durian..
pokok manggis yang ayah tanam..eh eh dah ada buah



pokok manggis yg ditanam oleh anak ke-3 (aku la tu) eh apesal tak besar2 ek sama je mcm tuan dia..

pokok rambutan..eh eh dah menghijau..senang nye nak pungut.. ayah berbaju biru.. dan cucu2 nya serta menantu...




sementara menunggu pokok buah-buahan membesar, ayah selang seli dgn pokok pisang..pisang emas..pisang berangan.. Alhamdulillah menjadi..



Monday, June 9, 2008

sangat marah..

1 comments
aduh meluap-luap betul.. sangat marah nie.. baru je call law firm kepada nyonya seller tu..ntah apa2 punya keje..tiap2 hari nak kena call..call sekali belum tentu dpt cakap..attending client la..engage on the line la.. kali ke-3 baru nak dpt ckp tu pun dgn kerani je.. since January..nie dah berapa bulan pending..walaupun ongoing..tapi yang pasti aku belum dpt kunci sbb keje lemau sangat.. document di bank seller dah siap jumaat hr tu.. itupun aku tau sbb hr2 call org bank.. nak harapkan law firm tu follow up/feedback jgn harap la.. aku jugak yang kena call bgtau sila gi collect document..hampeh.. sib baik la law firm panel agak proactive bab2 nie.. sejuk skit...

hari nie pulak rasa nak meletup sbb call law firm tu dia ckp dah pegi collect tapi tak ada document.. dah pegi salah tingkat mmg la tak ada.. aku dah pesan jumaat hr tu.. pegi tingkat 4.. ini la akibatnya kalau tak take note... dipergi nya tingkat 5..mmg la tak ada.. kan dah rugi 1 hari lagi..esok la pulak.. itupun kalau office boy dia keje..dibuatnya dia cuti ke mc ke.. tak pegi bank tu ke.. aduhh meletup lagi makcik....

nyesal betul ikut nyonya tu hire lawyer lama dia..kalau aku terus amik panel lawyer utk s&p & loan pun ok.. tayah susah2 nak contact firm yang ntah apa2 tu..harapkan opis je lawa..so black list la law firm di Taipan ni..

dah la perangai nyonya tu pun meluat.. b4 jual ckp bukan main elok..bila dah bayar 10% deposit PR ntah apa2.. nak call pun susah..nak mintak masuk umah amik gambar pun susah..apa tah lagi nak kautim mintak kunci awal..marah nie marah.... adui

Thursday, June 5, 2008

harga minyak naik lagi??

8 comments
aduh aduh aduh..patutla jem semacam je on the way balik rumah smlm..stesen minyak penuh sesak..Alhamdulillah aku tak termasuk sekali di antara yang beratur nak isi minyak sbb terbuka hati nak isi minyak malam sebelumnya.. pening betul bila memikirkan harga minyak naik lagi..lepas ni siap la..segala2nya naik.. harga saham je yang tak naik2.. aduhhhh

tadi Hot check di Hot FM bincang pasal langkah2 utk berjimat-cermat..aku nak cut cost kat mana ek? pening gak pk sambil drive ke opis pagi tadi.. kat mana yang perlu di slash nie..

1. mengurangkan makan di luar - dah mmg jarang sangat2

2. Parking kete di LRT - tambang LRT pegi balik cuma RM80 sebulan + parking RM40 + minyak ke stesen terdekat (Bkt Jalil) kurang RM100 = RM220 berbanding budget minyak sebulan utk harga baru RM400

3. bwk bekal breakfast setiap hari - boleh dipertimbangkan

4. Mengurangkan penggunaan minyak kereta di hujung minggu - bawak anak2 ke tempat dekat2 je...asalkan derang happy..cthnya Giant Kinrara/IOI/Equine

5. Memperbanyakkan penggunaan kereta manual berbanding kereta auto..

6. Tukar pakej astro ke pakej yang paling murah - akan buat hari ini

7. Perlu keluar seawal 6.30am utk mengelak jem, jd boleh jimat minyak - dah biasa buat, cuma lately lambat 15 minit

8. Kurangkan activity shopping terutamanya hari Jumaat - beli masa2 tertentu sahaja (boleh buat ke?)


*** kalau berterus-terusan mungkin kena consider item no. 2 tu..

Wednesday, June 4, 2008

gambar terkini

0 comments
tak ada apa yang nak diupdate..tak ada idea la nak mengarang.. letak gambar je la..


Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez