Monday, March 31, 2008

update umah...

5 comments
semalam, kami sempat jalan kaki ke bakal umah baru sbb owner dia dah dtg.. bukan sng nak masuk umah tu sbb ownernye sangat la bz.. so kesempatan yang ada aku amik gambar byk2.. dgn amik video.. senang nak berangan dan budget apa yg patut sementara menunggu proses pindah milik siap.. cuma nak share kan skit ja gambar yang berkaitan.. tayah la lebih2 sbb bukannya betul2 selesai lagi..lagipun kalau dah complete nnt br syok share gambar kat sini kan..

==>> (toilet) : cadangan nak tambah cermin, heater dengan toileteries storage ===>> toilet no. 3, pintu dah ditukar ke sliding ..
==>> porch : cadangan perlu pindah tiang dan tukar pagar,so boleh masuk 2 bj kete..tapi tu budget ntah bile..hehe
===>> dapur : counter top dah sedia ada, cadangan : tambah hanging cabinet
==>> pandangan belakang umah.. boleh sambung tanam atau pindah pokok betik..pokok serai dan pokok pandan dr umah sekarang..blkg kaler biru tu sekolah dini..senang nak hantar dini :)
===>> stor kat bawah tangga..


aktiviti weekend..

3 comments
Assalamualaikum.. syukur Alhamdulillah..bonus dah masuk.. plan thn nie mmg tak nak shopping sakan sbb nak gunakan duit bonus tu utk kos masuk umah nanti.. tapi takde la 100%..ada la bahagikan utk parents + adik beradik, zakat, husband, dan reward diri sendiri.. utk reward diri sendiri tu aku dah plan nak beli buku/magazine/novel kat book fair jumaat nanti.. tapi dalam2 dok plan tu.. kebetulan Vantage ade sales skit.. dah lama plan tambah koleksi pinggan vantage ni sbb aku mmg minat gile kalau bab pinggan mangkuk nie.. so apa lagi..hehe..


















Friday, March 28, 2008

Pesta Buku Antarabangsa 2008 - 4th-12th April 2008

0 comments
yahooo Pesta Buku datang lagi.. dah sediakan budget khas nak beli buku/novel/majalah fave..walaupun stok thn lepas pun tak habis baca lagi..heheh.. jangan lupe simpan resit buku... kita entitled RM1000.00 kan..

rasanya thn nie nak pergi berdua je.. thn lepas tinggal alesya kat umah kakak..bwak dini je.. tapi dini pun tak tahan kalau lama sgt jalan.. so thn nie kena tinggal adik dan kakak kat umah je la.. nie post2 yg related ngan pesta buku..

post 2005
post 2006
post 2007

p/s: ini yang menambahkan semangat nak buat built-in bookshelf nie.. rak buku sedia ada dah penuh la..

kisah demerger lagi..

0 comments
semalam bercerite dengan best friend ku..luahkan apa yg sedih2 tu.. rupanya2 dia pun hampir2 menerima nasib yang sama.. tapi aku ingat lagi pesanannya yang buat aku kembali semangat bekerja dan dah tak sedih2 dah.. dia kata.. walaupun kita tak dihargai..tak dapat 4..tak dapat 5..tak naik pangkat..tak naik gred.. tapi kita dapat pahala.. pahala bekerja dengan ikhlas dan pahala diumpat keji di belakang.. terima kasih kawan..

buat kawan2 ku/adik2 ku yang dah dapat surat naik pangkat/naik gred.. tahniah semua.. syukur Alhamdulillah.. kerja rajin2 tau..

satu lagi nak ucap selamat dtg kat best friend merangkap opismet aku yang akan bertukar ke HQ (opis aku).. wahh kita satu opis la lepas nie.. selama nie dia di Subang pastu dipindahkan ke Kuantan.. at last berjaya jugak pindah masuk KL.. welcome hisye.. :)

Wednesday, March 26, 2008

update rumah..

4 comments
Baru balik dari settlekan EPF.. Alhamdulillah kali nie dapat selesaikan semua..takde document yang sangkut dah huhu.. pastu terus ke highly recommended kedai utk beli hob/hood... inipun base on experience ofis2met ku yang kuat survey..so aku tumpang je la outcome drp survey2 tu..balik kena discuss ngan hubby dan kalau dia setuju..leh gi tgk weekend nnt.. kedai tu betul2 blkg sekolah dia je rupanya.. best best.. nie dia yg aku plan nak beli...


Hood : Fotile D8BH (link)

Hob : Rinnai RB-2GSi (Inner Flame)



Total Set Hob & Hood = RM2,200.00 (plus free gift yang harga RM100++)

Wednesday, March 19, 2008

rezeki..

10 comments
syukur Alhamdulillah.. di syarikat aku rasanya masing2 tersengih sampai ke telinga.. bonus..esos.. dan lepas ini increment.. ini la bulan-bulan yang ditunggu-tunggu..

Rumah baru
syukur Alhamdulillah....rezeki yang datang ini boleh la aku gunakan utk perbelanjaan umah baru kami.. banyak benda nak kena buat yang memerlukan banyak $$$$$ tu.. nak bayar lawyer fees (2 lawyer) nak topup lebihan harga rumah (harga umah melebihi kelayakan loan).. dan budget selebihnya untuk kitchen cabinet,wardrobe,bookshelf, lampu,kipas, dan misc cost mcm utiity & cukai tanah..

status umah sekarang dah sign document dengan loan lawyer (loan dah approved) dan pending di lawyer sebelah owner.. kalau nak diikutkan memang pening nak beli umah nie..sbb tak pernah ada pengalaman.. bermula dengan s&p, letter of concent, melantik panel lawyer, kelulusan loan, epf & signing stage.... itu belum dikira layanan EP* yang ntah apa2.. naik jugak darah aku mcm nie.. agaknya dia rasa dia tu bagus sangat kot..

nanti2 la citer psl umah.. nak share gambar pun tak sempat lagi.. sbb selagi tak bayar 100% owner takkan beri kunci.. untuk pengetahuan aku beli umah drp owner yang tak jd pindah slp renovate utk pindah..disebabkan dia bertukar kerja ke tempat lain... jd dr segi renovation takde la pening sangat sbb majority dia dah buat yang basic2 mcm plaster ceiling..wiring tambahan..tile tambahan..kitchen counter top dan sebagainya..

cuma ada 3 benda yang perlu ditambah..kitchen cabinet..wardrobe dan bookshelf di tingkat atas.. itupun perlu modal dik.. :)

esos
habis kisah umah berbalik ke esos tadi.. untuk pengetahuan bagi yang bukan syarikat kami..esos nie merupakan saham yang diberikan oleh syarikat utk semua anggota secara diskaun 10% drp harga pasaran..lot saham pulak diberikan mengikut gred anggota itu sendiri..nampaknya ada yang tak berpuas hati dan sampai diheboh2kan ke media.. kalau org taktau mesti org ingat kesatuan tu utk semua anggota syarikat kami.. sebenarnya itu merupakan segelintir sahaja drp bukan eksekutif syarikat ku.. sepatutnya mereka kena la faham betul2 apa yang cuba diterangkan..tapi kalau dah sesi perbincangan pun diboikot..macam mana nak berbincang.. piket tu jalan penyelesaian ke.. ish ish ish..

bagi aku..aku terima apa yang syarikat aku berikan.. walaupun aku tak dapat rating tertinggi utk maps (bonus) tapi aku tetap berazam keje bersungguh-sungguh.. kerana aku cukup mengenang jasa syarikat ku yang membiaya pengajianku di universiti sehingga graduate.. dapat elaun tambahan lagi.. syukur Alhamdulillah.. walau apa pun org perkatakan ..aku tetap sayangkan syarikat ku ... terima kasih... :)

demerger..
hemm dengar citer division aku sekarang nie akan dirombak besar-besaran.. suspens.. sape pulak jd bos aku lepas nie.. hopefully dia ok.. tungguuuuuuuuu

Thursday, March 6, 2008

gambar lagi...

1 comments
nie la keje aku masa lunch..... scrapbooking gambar anak2.. hehe









Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez